Isnin, 28 Mac 2011

2 Hari Lagi...

Assalamualaikum..

Emm,...sebelum mulakan keja, nak jugak update blog aku.Nak upload gambar,xsempat la pulak.Tulis ajelah. Dalam perkiraan lagi 2 hari la aku nak ke Medan. Semalam aku p la kat tour agency tu -Persona Holiday. Lepas bayar itu dan ini, staf dia sempat lagi bagi khidmat nasihat.Maklumla 1st expirient nak p indon. Macam2 tips la dia turunkan kat aku.Lama la jugak.Bagus jugak agensi ni.At least masa aku dah sampai sana nanti tak la aku terkapa2 tak tau apa.Bagus betoi la..Masa nak balik tu, siap bagi beg lagi.Kira okla dengan harga yang murah tu.RM370 (ground+entrence fee+food+tipping guide)..ha.complete set la kata aku.

So sapa2 yang lepas ni rasa nak p bejalan makan hangin tu aku rasa better la p kat agensi tu.Bukan nak promote , tapi aku crita benda betol dan baik.Xda aku dapat komisen pun..Yang baik aku kongsi2 la.Yang tak baik pun aku kongsi jugak.Jadikan pengajaran.

Semalam kak cik aku call.Sempat la aku bersembang dengan My Hero. Kesian, tak berapa sihat.so x da la sepetah dulu."Nanti mak balik medan,mak p tengok abang ok.."dia pun jawab "mak!" sepatah tu ja kluar..aduh sedih la pulak..

Ok la dah tak ada apa aku nak tulis.Aku nak buat keja dah pukul 8 ni.Apa2 nanti aku update kemudian.Tapi yang nyata, aura nak ke medan tak sehebat nak ke Beijing..dan sibuk riki baju sejuk..haha..Arios!!

Khamis, 24 Mac 2011

LAST-LAST PAKEJ JUGAK!!

Assalamualaikum

Cite hari ini.Setelah sakit kepala nasib baik la aku terjumpa agensi ni Pesona Holiday Sdn. Bhd.. sembang punya sembang,kecek punya kecek at last dia bagi harga RM370 untuk 3 hari 2 malam, untuk semua sekali (per head) .Harga termasuk hotel, makan, tour guide, enterence fee dan jugak guide tipping. Puas hati dah x yah pikir apa2 dah. Hari tu ya2 nak p sendiri .Aku dah jumpa hotel dan orang untuk guide dengan2 van sekali. Kira p kira mai baru jatuh RM250 sorang.EEEhhh..nyampah plak aku orang banyak akai.So,final decision, p pakej jugak.

Kepada sesiapa yang nak try tour agency ni..ambik no tel ni: 067338487 atau email personaholiday@yahoo.com .Bukan aku nak kempen,tapi 4 dari tour agency, depa ni yang paling murah. Asari Murni, Al-Nile semuanya RM430++. Kalau dengan Pesona Holiday ni harga RM430++ tu dah boleh p yang 4hari 3malam.

http://www.personaholiday.com/



Nasib baikle bestfriend aku ok ja. X pe la ida,nanti kita p beijing,2 orang kita ja.Senang hati.Ok la.Pada aku semua dah settle. Isnin ni aku nak p bayar duit kat agensi tu.Khamis pagi..chow!!.Nanti kalau ada masa aku uploadla gambo2 masa p sana.. Okla aku nak buat keja dulu. Arios!!

Rabu, 23 Mac 2011

Duhai Mimpi...

Assalamualaikum..

Haduh..mimpi oh mimpi. Kenapalah mimpi yang hampir sama menginterframe mimpi aku tiap2 malam. Kenapa tak jadi di alam realiti? Gini citernya. Aku mimpikan sipolan yang jahanam tu ,datang jumpa aku.Tapi x cakap apa2.Kata orang kalau kita mimpi orang yang x cakap apa2 tu biasanya orang yang dah mati..dah kiok ke jahanam tu?bagusla.Biar dia terima balasan dia kerana menyakitkan hati aku ni.

Tiap malam mimpi, tapi berlainan keadaaan,tapi mesti ada muka dia.Siap dengan muka mak dia skali interframe.Apa kejadahnya nih!!padahal siang hari tu memang aku x penah ingat atau pikir pasal dia pun.Dalam kepala otak aku skrang ni do pikir nak p Medan hujung bulan ni , pastu tengah bulan 5, aku nak p Sarawak pulak,bawak mak aku jalan2,pastu bulan 11 nanti pulak aku nak p Beijing. Tahun ni keja berjaaaaaaaalan keja aku.Macam jutawan la pulak.Padahal..hampesss.So mcm mana dan kenapa dia muncul dlm mimpi aku.Bak kata  bomoh siam cite Hantu Kak Limah "Kalau kite ingak ke dia,dia pun ingak ke kite, sebab tu dia maghi jumpe kite' hahah.Masalahnya kau tak ingat kat dia dan x mau ingat langsung kat dia.pehal tu?

Aku rasala..agaknya memang dia tengah teringat kat aku kot.Teringat balikla segala salah dan dosa dia pada aku.Lagi dia frust menonggeng kalau dia tau dan boleh tengok aku skrang,ada keja tetap, gomen plak tu, ada kereta(beli koyak plastik lagi),dok umah sendiri(beli sendiri wei,tak main la sewa2)..kalau la aku masih dengan dia,ntah2 smpai skarg naik motor cabuk dia tu lah(yang roadtax dan insuran  dah expired tuh).Blah la ko.

So..tolonglah jgn masuk dlm mimpi aku lagi.Kacau daun betoi.Aku nak tdor dengan aman,mimpi jadi jutawan ok.shooohhh...shohhh..p jauh2.

Ok aku nak sambung keje.jumpa lagi nanati .Arios!!!

Ahad, 20 Mac 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...SUPERB!!!


 
Assalamualaikum
Wah..aku ni tak sabar2 nak ceta pasal HMM ni. Memamg sejak dari dok shooting tu lagi aku dah memang x sabar nak tengok.Apa lagi bila dah siap.Aku x mau p tengok awal(10Mac) sebab dah tau..kompom panggung penuh punya.So aku buat la keputusan nak p tengok kemarin dengan member.Sekali p ..nah haih..penuh jugak.tinggal 2 seat ngam2..tu pun sorang dok row depan sekali sorang .So aku pilih dok depan la sebab boleh aku lunjurkan kaki tanpa gangguan.sakit tengkuk memangla sakit.Tak pe la.nak buat camna.

So aku pun menonton dengan penuh kusyuk.Kalau boleh 1 sin pun aku x mau terlepas.Kesimpulan yang boleh aku buat..memang best gila lah!  Tak sangka betoi ada anak Melayu yang boleh buat filem macam ni.Tahniah la untuk KRU. ols memang berwawasa..(aku ucapkan jugakla tahniah walaupun aku tau depa takkan baca blog aku..ahaks!)

Aku pun belek 1 per 1 apa yang ada pada filem ni.Aku berpuas hati walaupun ada beberapa kelemahan yang memang aku perasan sangat2.Tapi x pa la.Bak kata omputih "Close 1 eye' lah. So inilah kelemahan yang boleh diperbaiki dan mungkin orang tak perasan
  1. Penggunaan bahasa Melayu.- bukanlah maksud aku mesti berdialog dengan bahasa melayu klasik yang kadang2 aku sebagai anak melayu jati sendiri pun tak paham, at least..puak Geruda tu (Wan Hanafi Su dan Khir Rahman) bercakap macam Merong Mahawangsa atau Pak Kesum tu. Itu sebenarnya bahasa Melayu Utara (BAKU). Sebab setahu aku yang tak berapa pandai sejarah ni, Bahasa Melayu yang pelat "e" di belakang( ala mcma org KL cakap tu) adalah Bahasa Melayu Riau.So, kalau benda ni berlaku di selatan semenanjung (Johor) boleh diterima la cakap mcm tu. Ini kisah UTARA yang mana bahasanya bercampur BAKU dan sikit SIAM. So aku rasa nak gelak pulak bila bahasa tercampur aduk..atau mungkinkah puak Geruda tu asalnya dari Riau.hahaha..Nak kena saman ke aku ni? hahah
  2. Baju Merong ketika dah ditabalkan jadi 'King'..hmm..nampak amat baru sekali..hehehe..ala2 bau kedai gitu..agak kurang sesuai.Lagi elok kalau di "antik" kan sikit kain tu.Baru nampak real
  3. Tatu pada muka Khir @ Kemawa - nampak mcm dilukis dengan ink sebab memnag sah2 berkilat.Setahu aku la..tatu ni sama macam kulit kita jer .So adakah kulit kita berkilat?sila tengok kulit anda sendiri..uhuk!
  4. Pelakon yang sama- aku dapat cam beberapa pelakon extra(kalau aku x silapla) yang pegang beberapa watak extra.Dalam kata lain mati idup semula..Mungkin aku silap,tapi aku rasa muka tu jugak yang tadinya mati kena cantas,tiba2 ditempat lain jadi oran lain pulak..huhu..kalau aku silap..i'm so sorry la..
  5. Bab ni agak sensor sikit.Masa puteri china tu berendam dlm tab.Fuiyo..masa kamera ambil gmbar dari atas..badan puteri tu terlindung dengan bunga2 yang ada di permukaan air.Apa yang aku nmpk puteri tu seolah2 mcm tak pakai apa2(bogel) sebab aku nmpak bahagian pelipat dari badan ke paha tu,berlipat2 je mcm memang x pakai apa2..eh2..lembaga penapisan tak nampak ker? Cmne aku bleh nampak? sebab bunga2 atas air tu terselak bergerak ikut kocakan air..Fuh! tajamnya mataku..kahkahkah
So rasa2nya itu jela yang aku nampak.Nanti aku rewind balik ingatan aku semalam.Kalau ada lagi, nanti aku tambah lagi. Apapun, teknik CGI yang aku belajar tak penah pas tu memang nmpak REAL.Dan kerana itulah aku hampir jatuh cinta kat Stephen tu..hahaha..hensem la pulak mat saleh kacuk tu.ok la.Nanti ada apa2 aku  ceta lagi ok..Arios!!

Rabu, 16 Mac 2011

Medan..Antara GEMBIRA dan TAKUT

Assalamualaikum...

Pelik betul tajuk entry hari ni.Camni citenye. Aku ni akan ke Medan 31hb3 ni.Pi tu asalnya plan 6 orang.Tapi disebabkan ada aral yang melintang,so tinggal 4 org aj le yang jadi pi.Secara automatiknya,aku la yang jadi kepala.

Sebelum p,aku pun dengan rajinnye cubalah surf blog2 yang ada cite tentang bercuti di Medan nih. Inilah 1st time expirient nak keluar dari Malaysia ni.Kebetulan pi dengan tambang murah (RM100 pi dan balik..murah ker?).Itulah yang aku happy sangat. Kebetulan ex-jiran aku dulu orang sana.Dan aku baik jugak la dengan dia.So dia la yang kenalkan aku dengan adik sepupu dia. Aku dapatla arrange kereta,minyak,driver ect..apa2 je yang berkaitan dengan nak pi jalan2 kat sana.So pagi tadi dia call aku dia kata harga sewa kereta dengan driver 1.4juta.(kira pi kira mai dalam RM240++).Tak termasuk minyak. Minyak asingla.Tapi dia kata kena standby dalam 500k. Dia kata itu yang paling murah dia boleh bagi.Kalo aku dah sampai sana , baru nak cari sendiri,lagi kena cekik.Ntah la.

Happy nya aku nak pi sana tambah2lagi pi dengan geng 1 kepala. Meriah la wooo. 1st night tu aku plan nak tido kat Berastagi.So aku pun surf la intenet dan booking Hotel Sibayak 1 bilik je(biar jadi sadin cap ayam!) untuk 4 orang.Harga boleh tahan la RM136.81(dalam web tu dia bagi harga dalam USD) So harap2 hari nak pi tu currency untuk USD turun la sikit..ngehngehngeh..jangan mimpi la.

2nd night tido kat medan la.Hotel Grand Sakura 1 bilik RM85.28,murah dari yang di Berastagi la pulak..OOOOOppppppppps ada call...


Aisey, Firefly call aku baru tadi neehaa..ikut2tu flight aku pukul 10.40am..tiba2 ditukar pada 7.15 pagi ..mampos aku.Dah le aku naik dari Penang.So kena bertolak dari umah dalam pukul 4.30pagi????? Gila siot!!. Xpela.dah beli pun...huhuhu.

Ok sambung balik cite aku tu.Dah ada pulak kawan2 yang mengirim itu dan ini.Aku sebenarnya tak suka shopping.(Bleh caya ke?) ye betol la.Aku hanya akan beli apa yang perlu dan penting je.So bila ada kiriman ni aku susah hati juga sebab takut beli tak kena dengan kehendak  diorang.Lantakle.Sapa suruh diorang kirim kat aku kan?,,hahaha

Berbalik pada tajuk harini..kenapa aku TAKUT pulak? Bila aku baca blog setiap orang yang dah penah pi medan,bandung, jakarta atau apa2 ja yang berkaitan dengan indon...semuanya kat sana tak ikhlas..uii..takut gila dengar.Camni , apa yang aku baca,100% orang kata, pi sana kena hati2 dengan peniaga, peminta sedekah atau apa2saja kat sana. Kalau silap turun tempat,kita akan dihurung oleh peniaga.Kena pulak yang paksa kita beli barang yang dia jual. Tu belum masuk bab yang sampai ikut kita sampai dalam bas..huhu..mengerikan.

Ada juga tu yang aku baca, sampai tukang payung dan tukang tolak troli pun, minta duit.Padahal kat Malaysia ni,dah memang jadi kerja dan tak pernah pulak ada yang minta duit.Kisah beg kena kopak kat airport pun banyak juga .Ada tu kisah hotel menipu.Hotel letak jajan(keropok dan kacang ect. ) dalam bilik.Diorang letak tu kurang.Bila guest check-out,dia caj kat guest sebab dia kata guest makan.Padahal guest tu tak usik pun.Kuang ajar betol tu. So pesanan dioraang dan kawan2 aku yang dah penah pi sana,kalau takmau beli,jangan belek2,jangan tanya.Buat taktau je.Kalau x siap la.

Ada lagi kisah yang kena kencing dengan peniaga.(jahat betul la masyarakat sana).-statement berani mati..kalo la ada orang indon medan yang baca ni, silap2tak balik aku..hahahah.Rata2 cite yang aku baca semuanya 70% kisah yang amat negatif.Yang positif hanya cite tempat yang cantik dan barang yang murah ke.

Hui..camna la agaknya nanti ye.Risau gak aku nih.Minggu depan baru nak pi buat pasport.Harap2semuanya ok la kot.Ok la ..ni aku nak cari ilham pulak camna nak arrange time bertolak dari sini ke Penang..nanti ada cite ,aku cite lagi..Arios!!

Isnin, 14 Mac 2011

Gila Manik

Assalamualaikum.
Awalnye masuk blog harini..tengah "in mood" la katakan. So kali ni bagi memenuhi permintaan ramai yang nak tengok contoh manik yang aku jahit..neeehaa..aku dah masukkan.Kepada kengkawan yang nak cuci-cuci mata..silakan. Sapa nak tempah..lagi la silakan. Actually banyak lagi gambar baju yang dah aku jahit.Tapi ada pulak yang terlupa nak snap gambar .Pastu dah bagi kat tuannya pulak. So sesapa nak tempah,bolehle sesangat.Kalau tak berkenan dengan design yang ada kat sini, boleh lukis design sendiri atau print-out la mana-mana gambar yang ada dalam intenet ni, pastu bagi sekali dengan baju,senang sikit aku nak menjahitnye.


Bab harga yang selalu orang tanya.Harga aku tak la mahal macam kat butik nun.Murah aje.Kalau sapa-sapa nak yan murah lagi boleh,tapi manik yang digunakan pun murah jugakla.So pikirla banyak kali sebab sayang kain je kalau guna manik murah. Aku guna manik Apple dan Miyuki.Semua dari Jepun yang aku beli di kedai cina.Ok.Harga aku berdasarkan harga manik dan kesusahpayahan aku kena menjahit.

Kebanyakkan tanya harga dan minta aku bagitau berapa harganya. Susah sikit sebab semuanya dikira berdasarkan berapa bungkus manik yang diguna,berapa susahnya nak dijahit,tapi jangan risaula,harga murah dari butik atau kedai jahit.Kalau jahit kat tangan bodo-bodo tu dan guna dalam 2 bungkus manik,harganya dalam RM15 camtula.Lagi banyak manik digunakan dan lagi rumit nak jahit,harga tu up la sikit.Berpinau jugak mata tu..hehehe.


Sapa nak murah lagi,hantar 5pasang baju,aku bagila diskaun iaitu Free Postage.Kalau kurang dari tu kos mengepos balik,pelanggan kena bayarla.Sapa-sapa nak hantar tu,berpakat-pakatla dengan kawan-kawan.Hantor banyak,boleh jimat sikit.Kos pos RM5 jer tambahnya. Jangan risaula.Aku keja gomen,takkan aku nak naya orang pulak.Aku pun cari makan maaa..ok.Jom la jamu mata dengan beberapa rekaan aku nih. Kalau cantik,timakasih le.Kalau tak cantik , tak pe.Nanti aku buat sampai cantik.Aku pun sedang belajar lagi.Kita jumpa lagi ok..Arios!!















Kepada yang berminat..call atau sms aku ye..0125677630-Ana.


Nak tengok lagi?...Manik Part 2


Ahad, 13 Mac 2011

Mukadimah Pen Biru...

Assalamualaikum...

Apa yang nak dimulakan? Pen Biru baru belajar menulis..jangan salah faham.."baru belajar menulis blog". Bukan baru nak mengenal ABC. Dulu dah ada blog,tapi kerana kekangan waktu aku xsempat nak tulis apa-apa , lastly sampai terlupa email dan password ..hahaha..

Member kamceng aku tu si Cuda http://love-life-cuda.blogspot.com/ rajin betoi dia menulis. Berabuk speaking.Maklumlah lecturer BI. Mana aci..aku pun nak lawan dia la.Tapi aku tulis melayu dah le. Xde pun mat salleh sesat nak baca blog aku..ahaks!!!

So..planning untuk tahun ni..banyaknya program jejalan makan angin perabih duit. Nanti bila aku dah balik dari melencong tu,aku akan ceciter kat sini. Sape nak baca ..bacelah..sape x mo bace pun xpe.Aku anggap je kat sini tempat aku nak luah apa yang terbuku di hati dan lebih baik dari aku bercakap sengsorang..kurang sikit stress aku.Ok..thats all for today..Arios!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...