Assalamualaikum..
Dah lega 1 bab..msuk part last utk siri meronggeng di Medan..So lepas makan malam kami terus balik ke hotel.Nama hotel tu Hotel Antares.Ok jugak lokasi dia.Aku dan ida tdog bilik di tingkat 4.Malang betoi sebab bilik aku tu bertentang jalan.Punya la bising Ya Robbi..bising dengan bunyi hon.Depa ni memang ,start ja enjin kereta,hon pun berbunyi.Bayangkan la malam tu aku tidor pukul 11 pun,bunyi hon x abis lagi.Tak salah aku sampai pukul 1.Dok esoknya pukul 5pg dah start bunyi hon lagi.Teruknya cara depa drive.
Lepas bekpes esok pagi tu(tumbs up untuk bubur kat hotel ni..memang sedap!)..hari last (2 April),aku dan ida mulakan ekspidisi.Geng yang lain dok tidog tak bangun lagi.Keluar ja dari hotel,dah berseypah becak (beca) motor tu dok panggil kami naik depa beca depa..oooo sori la.Bawak masing2 macam orang gila..hello,nyawa aku terlalu mahal untuk mati di tangan seorang manusia yang tak bermoral ok.
Dari hotel kami ambik hala kiri..tak sangka jumpa Masjid Raya...katanya masjid yang terbesar di Medan.Aku nak masuk,tapi etika berpakaian kurang sesuai..aku la yang rasa cam tu.
So shoot gambar kat luar masjid ajelah..jadila kan??
Keadaan trafik dari atas jejantas sebelah Masjid Raya.Penat gak panjat tangga jejantas tu sebab tinggi,maklumla kat Pekan Rabu Alor Setar punya jejantas ada eskelator..huhuh.
Lepas ronda2 dalam pukul 10 aku balik ke hotel..Disebabkan dah 3 hari tak dapat roaming, fb pun tak leh buka,so bayar RP6000, barulah dapat surf intenet kat lobi hotel.
Lepas tu,aku dan geng2 berpakat nak p Pasar Ikan,aku nak window shopping ja. Depa2 yang nak shopping la.So ada bellboy hotel tu,nama dia Vicky,dia la yang rekomen 1 supir bangang ni. Kerana supir mangkuk hayun tu lah kami lambat sampai hotel dan lambat check-out. Dia drive pun slow2 jer..saja nak sabotaj la tuh! Sebab sewa ikut jam. Nasib baik hotel tu ok ja..
Angkutan Kota..memang pintu van ini tidak akan pernah tertutup..
Itulah rupa becak(beca) yang memang banyak kat sana. Gambar ni di ambik di Kawasan Pasar Ikan..banyak gambar yang aku takdan shoot.Terlalu banyak langau menghurung kami merayu utk beli barang depa,menyebabkan aku takut nak keluarkan kamera. Mana tau ada plak maling @ penyamun kat situ. Terus terang aku katakan...NO WAY!! aku tak mau pi dah tempat ni..serik gila.
Penjual jamu yang berkeliaran di sekitar Pasar Ikan
Pasar Ikan ni sapa yang kaki shopping,memang boleh jatuh muflis dibuatnya. Nasib baik la aku tak macam tu. Aku temankan ida beli batik ja.Mula tu aku nak beli jugak,tapi harga lebih kurang sini,so aku cancel aje. Yang murah batik dan telekung dan jugak kain lace untuk baju pengantin. Memang patut pun murah sebab itu pakaian rasmi depa.
Penjual yg berkeliaran bawak plastik berisi barang,memang macam apa ntah. Pening kepala aku. So pada sesapa yang p sana,jangan tegur,jangan tanya,jangan jawab kalau x mau beli. Yang penting.. JANGAN TERLALU RAMAH, KELAK MEMBAWA PADAH!! Kalau beli pun,siapla. Sorang bleh jual,kejab lagi, 1 geng dia mai hurung kita sampai tak boleh kemana2. Bila kita kata tak mau pun,dia dok merayu camtu jugak la. Memang tak kena putus asa dan muka tak malu.
Aku memang tak layan. Yang aku hangin tu ,sebab siap tarik tangan ni. Ni yang aku baran. Nasib baik tempat depa,kalau tempat aku dah lama kena penampor!
Di pendekkan cerita,lepas shopping,kami berkumpul ditempat yang kami turun kereta tadi. Supir bangang tu janji ambik kat situ.Puas tunggu dari pukul 12,sampai 12.30 tak sampai2.Aku nak call dah roaming tak ada. So tebalkan muka,minta pinjam telefon kat kedai. Nasib baik amoi tu bagi free.
Yang aku bengang,sebelum p,dah setuju RP60000 utk 1 jam. Bila dah balik dlm x sampai 3 jam terus jadi RP250000. Kurang ajar kan?Yang aku bengang dan nampak macam dia nak pekena kami,masa nak keluar paking tu dia mintak RP1000 utnuk bayar paking,dia kata dia tak da duit kecik. Bila sampai depan hotel,dia buat2 lupa. Oleh kerana kami kelam kabut nak check out,masa dia mintak RP250000 tu aku bayar ajelah. Tapi aku mintak balik duit paking aku. Dan2 la2 tu dia hulor kat aku RP1000. See!! memang bangsa ni suka menipu kan? Nak jumpa yang baik memang payah la kalau di Medan ni.
Yang lagi 1 aku hangin,masa aku bagi duit Rp250000 tu,aku xda duit kecik dah,. Aku bagi Rp300000. Dia kata dia tak da duit kecik. Alah tektik! Dia siap boleh kata "kalau ibu tak keberatan,beri aja pada saya,itu pun kalau ibu setuju" kepala bapak ko!.Aku terus jerit panggil kawan2 minta tukar duit RP50000. Pas aku bagi duit tu,aku tak toleh dah ,terus aku blah. Patutlah idup depa tak penah senang sebab suka menipu orang tambah2 pelancong. Buat kerja tak berkat la katakan.
So sapa2 yang nak ke Medan..beware ok. Terlalu banyak penipu disana. Nak jumpa yang baik dan ikhlas..mahapla...1 dalam sejuta.(rakyat Medan pun dah berjuta2).
Lepas check out,kami lepak kat lobi sementara tunggu van tour agency mai ambik pukul 4. Pastu kami pun keluar merewang2 di luar kawasan hotel..inilah pemandangan yang menjamu mata aku dan kawan2..
Pencari kutu dijalanan..
Pengemis yang tak punya masa depan
Kami masuk 1 pasaraya.Lepak2. Tengok apa yang dijual. Ok jugak. Tapi barang tak banyak pilihan. Aku tak beli apa2.just jalan dan tengok.Kat tingkat atas sekali ada tempat permainan.Time ni aku dah tak da mood untuk bergambar dan menangkap gambar.
antara permainan yang ada di situ...
Pukul 3,kami p makan Mc.D kat ground floor hotel tu.Yakin nak makan sebab ada tanda halal. Lepas makan ,kami beransur balik ke hotel. Dalam pukul 4,bas dari tour agency datang jemput kami ke airport. Dalam bas tu lah baru aku tau Pak Mat tu memang sah orang batak.Tu pun lepas aku tanya dengan budak yang mai ambik kami tu. Pak Mat tak boleh jemput kami harini sebab dia kena bawak bos di ake Permatang Siantar. So semalam sempatla say good bye dan minta no.hp dia.
Kat airport ada orang tunggu. Dia la yang uruskan boarding pass dan luggage kami. Pastu bayar airport tax RP75000,settle. Dalam pukul 6,semua dah ready nak balik.Aku dan sambar kek lapis 2 biji..
Hanya 1 pintu keluar dan masuk di airport ni,so bergilir2 turun untuk naik flight..
Bye2 Medan...
And lastly,kami pun terbang pulang ke Malaysia. Sampai di Penang dalam pukul 8.00 jugak la. Tiada tempat yang sebaik Malaysia. Bersyukur dan beruntunglah kita dilahirkan di bumi yang amat bertuah ini. Sapa2 rasa yang Malaysia ni bukan negara yang cukup baik untuk dihuni , bolehlah memberambuskan diri p duduk di Medan. Baru sesuai. Rasa serik nak mai sini lagi.
Cuma kalau ada flight terus ke Danau Toba,aku akan kesana sekali lagi. Tapi untuk ke Medan..mungkin tidak.Kekalutan kehidupan disini,buat aku rimas. So..pada sesapa nak p Medan,pikirla banyak kali.Kalau anda orang yang tak kisah dengan perayu jalanan,kesesakan jalan raya,kebisingan bunyi hon yang non-stop silakan. Yang pastinya setiap peniaga disana ,bila nampak pelancong luar macam kita, tiada lain yang mereka harapkan hatta RP1000 pun depa mau.. ok aku nak kena keluar ni. Jumpa lagi lain kali ..Arios!!!