Kawan..
Ada bermacam jenis kawan,
Yang boleh jadi kawan,
Yang boleh jadi lawan.
Kawan...
Tak perlu banyak kalau boleh jadi lawan,
Biar sedikit asalkan boleh buat kawan.
Tak perlu kaya kalau tak boleh berkongsi,
Biarlah miskin asalkan murah hati.
Tak perlu cantik kalau tak ada hati,
Biarlah buruk asalkan tahu menghormati.
Kawan...
Ada yang mencari untuk buat kawan
Ada yang dibuang bila nak buat lawan
Ada yang lain cakap bila didepan
Ada yang dibelakang lain pula perbuatan.
Ada yang merayu bila memerlukan
Ada yang merintih bila kesusahan
Kawan...
Aku hormat kawan,
Kalau betul kawan nak berkawan
Dan hormat aku sebagai kawan
Aku hilang hormat kawan,
Bila kawan dah tak reti hormat kawan
Atau bila kawan dah lupa kawan.
Kawan...
Aku tak perlu kawan,
Kalau kawan nak buat lawan
Atau sekadar nak ambil kesempatan.
Apalagi sebagai orang suruhan
Atau sekadar bahan tempelan.
Kawan...
Jangan bagi aku hilang hormat,
Cakap-cakap kena cermat,
Kena terima kawan punya pendapat,
Jangan buat ikut sempat.
Kawan...
Jangan anggap aku akar,
Yang bila tiada rotan maka aku dikejar.
Jangan buat aku alas kaki,
Andai kau sudah punya permaidani.
Kawan...
Aku juga ada hati,
Walaupun aku bukan nabi,
Jangan dibuat sesuka hati,
Kelak kau akan kehilanganku satu hari nanti.
Kawan..
Bila aku dah berjauh hati,
Tak perlu di cari aku lagi,
Atau jangan terasa hairan,
Bila kau aku jauhkan,
Jangan lagi kau tanya kenapa,
Andai kau tak lagi aku sapa!
Kawan...
Andai aku buat salah,
Tegurlah aku dengan berhemah,akanku segera berubah.
Andai aku sudah tersilap
Beritahu saja padaku,jangan buat sentap.
Kawan..
Tak perlu berkawan denganku andai aku tak layak dibuat kawan,
Tak perlu bermusuh denganku kerana aku tak minat berlawan,
Tak perlu jaga hatiku andai hati mu tak suka,
Tak perlu berlakon atau berpura-pura
Dan tak perlu jadi talam dua muka.
Kawan...
Aku lebih rela hilang kawan,
Dari melihat kawan hidup dalam kepura-puraan,
Dari terjumpa gunting dalam lipatan.
Aku lebih suka tak ada kawan,
Dari makan sepinggan,minum secawan,
Dengan kawan yang makan kawan.
Huish...dasat nih...saipa wey...serious ja dgq nie..sapa nk mkn hg?nk kena la tue...
BalasPadamterasa yang amat sangat. Down mood aku hari.
BalasPadam