Selasa, 31 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 5 (Last)

Assalamualaikum

And..at last, abis jugak..Part last ni..

Lepas membeli kek (tak adala sampai tahap borong)..kami pun di bawak makan..kata driver tu, ke kedai Ayam Penyet paling sedap sekali.. sampai2 jer...laaaa...kedai aku yang kawan aku bawak pi semalam tu.. RJ Ayam Penyet..hahahha..maknanya memang sah kedai tu yang paling sedap ayam penyetnya. Kali ni aku ambik set yang biasa dan sup ekor.sebab aku tak leh makan nasi kering tanpa kuah..semalam makan memang sedap cuma rasa macam lekat je sebab tak de kuah langsung..

Sesudah kenyang, balikla ke hotel.. kawan2 aku balik letak barang pastu keluar pulak nak pi bergambar dengan tugu kucing tu. Mak aku pun dah letih..aku pun letih jugak.

Sampai hotel mulala berkemas barang. Oleh kerana bilik yaang sempit tu, mak aku menggunakan daya kretivitinya untuk menyidai baju yang nak di pakai esoknya..

 Nilah daya kreativiti yang aku maksudkan..disebabkan aku tak ambik pakej TV, so tv ni tak berfungsi..lalau mak aku jadikannya penyidai..nah kau!!

Day 3...
Pukul 7 kami terus ke Pasar Sarikin..Time tu dah panas gila. sampai sana baru breakfast. Nak makan sembarangan kedai pun tak berani takut kedai non-muslim pulak. So kami lepak kat 1 gerai ni.. aku oder nasi ayam..harga boleh tahan la.RM5 untuk sepinggan nasi ayam yang tak besalad atau tomato(sehiris timun pun tarak)..Mee Kolok pun sepinggan RM5 jugak..pada aku memang mahal la..

Terpaksa makan sebab lapar. Pastu aku pun jejalan la.Mak aku sambar telekung 5 pasang..aku tak beli apa pun..tengok2 je,.

 Aku pinjam gambar ni dari orang..sebab tak sempat shoot..tangan aku penuh dengan barang mak aku..tapi cuacanya memang panas macam ni lah..baru pukul 9 time ni..So sapa2 yang tak tahan panas, sila bawak payung atau beli je topi kat situ..Harga ok2 je. Kena pandai bargain la kalau nak beli.

Puas shopping, balik ke Kuching..Driver tinggalkan kami kat Pasar Satok. Pada aku, Pasar Satok ini amat menguntungakan dan memudahkan penduduk tempatan je sebab banyak jual bahan segar. T-Shirt, dan lain2 tu biasa jer. Tak delah banyak sangat. So sebagai pelancong, aku hanya beli terubuk masin sebagai buah tangan.. Okla depa tolong packkan ke dalam kotak ikan tu. Aku beli yang 3 ekor RM10..

 Gambar ni pun aku pinjam jugak..ikan terubuk masin..

Pada aku tak adalah apa yang special sangat dengan Pasar Satok ni..macam pasar tani je. So aku tak de cerita nak di ceritakan..lepas lunch..kami bertolak balik ke Airport,..

 Inilah pesawat yang akan aku naik..untuk balik ke Semenanjung...bye2 Kuching..ada rezeki nanti aku datang lagi..tapi ingatnya nak pi sorang jer..boleh merambu dengan kawan2 aku di sana..

Sampai di KLIA dalam pukul 8.30..Pukul 10 kami bertoak ke LCCT..naik bas..dalam RM2.50 ja..so malam tu aku bermalam di LCCT sementara tunggu flight ke Alor Setar pukul 7.15pagi...

Sebelum landing di kampung halamanku.. Alor Setar...

Walaupun indah negeri orang, padaku, Kedah tettap di hati. Sejauh mana aku pergi..Kedah jugak yang aku suka. Makanan yang murah, living cost yang rendah. Kalau jem pun takdelah teruk sangat..Lepas ni aku akan buat entry mengenai negeri aku sendiri..Insya Allah jika berkesempatan dan dipanjangkan usia..Setakat ni dulu..mata aku berpinau sebab tak cukup tidur akibat dok memulun jahit manik baju orang..adeh...ok..Arios!!!

Isnin, 30 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 4

Assalamualaikum..

Masuk Part 4....sambung kisah di Taman Budaya..Lepas penat berjalan2 menengok rumah suku kaum di Sarawak..kami masuk la Panggung Budaya tu..ada persembahan dari penari2 kat sana..ok la pada aku. Depa ni dah pro dah. Pandai tarik perhatian penonton..Jom tengok gambar..

Sayangnya aku tak ingat apa nama tarian ni..tapi best...

Ni tarian opening...

superb!!!

 Nilah geng paling lawak..memang gamat 1 panggung gelak tengok aksi depa ni..


Personally, aku memang puas hati menghabiskan RM40 untuk menikmati hidangan minda di sini..memang best..sapa2 yang buta seni memang tak rasa apa2. Rugilah sapa yang tak masuk..

 Gunung Santubung dari tepi..(on the way nak balik Kuching)


Sampai di Kuching, kami request nak beli kek lapis kat seberang sungai..tapi oleh kerana aku sorang ja yang penakut nak naik perahu tu..driver tu dengan murah hati tanpa caj bawak kami ke seberang. Member aku ada cakap, jangan beli Kek Dayang Salhah..tak sedap dia kata. Aku pecaya cakap dia sebab dia anak jati Kuching..so dia lebih tau. Ada jugak kawan2 yang kata kat aku sebelum aku pi.. kalau nasib tak baik..kek kat situ ada yang dah hapak..

So kawan aku tadi suggest beli kat Mira Cake..kek dia sedap. Malam raya beratur orang beli..dia le citer kat aku..so aku pun try la..semua penjual kek kat sini, dah potong kecik2 untuk orang rasa. Aku tengok ada setengah tu, rasa sampai kenyang..last2 hagham tak beli..So aku pun beli la 4 biji, mak aku 4 bijik..murah je..sebiji RM10..

 Aku pinjam gambar ni dari blog lain sebab aku tak sempat nak shoot gambar..tangan aku dah penuh barang..Ni meja kedai Mira tu..dia jual kat bawah payung jer..tapi laris gila

 Ini aku ambil dari blog Mira sendiri..Kek ni aku beli..memang sedap. Nama dia Lapis Neslo tak salah aku. Tapi aku beli haritu, tak de pulak warna camni...

Aku beli cheese,neslo,samarinda dan apa ntah 1 lagi..aku pun dah lupa..memang sedap. Tapi harus di ingat tak boleh simpan lama sebab dia kek yang basah. Senang berkulat. Tak macam kek lapis indonesia yang lebih kering, ringan dan tahan lama..

So pada sesiapa yang nak try kek ni tanpa perlu terbang ke Sarawak.. klik link ini  http://miracake.blogspot.com/ okla..sambung nanti..untuk part last..Arios!!!

Ahad, 29 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 3

Assalamualikum...

Msuk part-3..kisah di Taman Budaya..Salah 1 tempat yang wajib p dan masuk kalau dah sampai Sarawak. Kalau tak macam tak cukup syarat. Lepas lunch, kami pun bertolak ke sana. Di perjalanan tu singgah sat di Muzium Kucing..tinggi ken main tempatnya..atas bukit. Disebabkan hari ujan..so tak delah gambo yang dapat aku shoot di luar kawasan muzium tu.. kalau tak memang boleh nampak bandar Kuching tu..sedey..

So ni adalah beberapa gambar yang dapat aku shoot dalam muzium tu. Nak masuk muzium tu free je. Cuma pada yang nak bawak kamera kena bayar..RM4 untuk kamera digital, RM5 untuk kamera camcoder tu..so dah alang2 masuk..bayar ajelah...

 kat Muzium Kuching...

Macam best ja ikan tu...

 Kucing tidur....

Dalam muzium ni terdapat beratus2 jenis spesis kucing yang dipamerkan samada berbentuk gambar ataupun yang telah diawet. Rasanya ok jugak masuk muzium ni. Banyak info yang aku dapat tau..Sejarah kucing dan sebagainya..Kepada peminat kucing, elok rasanya masuk muzium ni. Pada aku yang sukakan ilmu (buweek!!! statement paling angkuh), aku suka muzium ni..

Lepas lebih setengah jam dok melilau kat muzium tu, barulah bertolak ke Taman Budaya. Hujan lebat gila..risau jugak takut kat Taman Budaya pun hujan. Tapi member aku cakap, taman tu jauh lagi. Mungkin sana tak hujan..

 Gunung Santubung..yang dapat aku shoot dalam van masa on the way ke Taman Budaya..

Dalam pukul 2..sampaila kami kat Taman Budaya tu..Nasib baik tak ujan. Nak masuk ke Taman tu kena bayar RM60 (dewasa) dan RM30 (budak). Kalau anak Sarawak RM25 jer..student RM35 kot.. Pastu diorang akan bagi 1 passport yang mana, passport tu bila kita sampai setiap umah dalam taman tu , kita boleh cop..sebagai kenangan jer..Nasib aku baik sebab ni kakitangan kerajaan..so aku dapatlah guna passport murah yang di khaskan untuk insan2 terpilih macam aku..Aku ada kenal budak AG Kuching. Dia la yang pinjamkan aku passport untuk masuk Taman Budaya tu. So aku kena bayar RM40 jer tapi passport tu tak dapatla kat aku..dah abis guna kena bagi balik...

Inilah rupa passport yang di khaskan untuk kakitangan kerajaan. Kalau kaler kuning untuk anak Sarawak..kaler hijau untuk orang awam..

 Sedap gak sora makcik ni..dalam umah melayu..dia menyanyi sambil berpantun..

Letih2 berjalan..(luas betul taman ni..view memang cantik berlatar belakangkan Gunung Santubung..Dalam pukul 4, ada pulak persembahan budaya kat panggung. So kami pun terus le melepakkan diri dalam panggung tu..nsib baik ada aircond..kering semua peluh yang keluar masa menapak nak melawat taman tu..

okla ..cukup entry kali ni..esok la aku sambung..ada sikit lagi nak abis..kerja aku pun sedang menunggu atas meja ni..Arios!!!

Khamis, 26 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 2

Assalamualaikum...

Masuk Part 2...Petang lepas lepak2 kat Waterfront, aku call member lama aku..1 kolej. So dia datang ambik aku jalan2 pusing Kuching..pastu kita lepak makan kat RJ Ayam Penyet. Memang sedap dan banyak sampai aku tak abis makan. Oleh kerana sedap dan kelaparan, aku tak sempat plak snap gambar ayam penyet tu..

Ini le kopitiam yang memang ada class tu.. " Rj Ayam Penyet "

Ini le member aku tu..Humi nama dia..

Bila perut dah kenyang.. pusing2 bandar Kuching, terus balik. .zzzzzzzzzzzzzzz... letih gila ooooo...... Kami stay kat Tune Hotel jek.2 malam dalam RM115++ termasuk pakej a-cond (aku tak leh dok dalam panas..buwekk!! statement paling belagak ) & toileteries (segan nak bawak towel buat berat beg aku je..)


2nd day...

Disebabkan sini cepat siang (sebenarnya sama jer cuma jam depa dah dicepatkan 1 jam ikut waktu Malaysia Barat) pukul 7 pg semua dah tercogok depan hotel. Van sewa datang bawak p breakfast , pastu terus ke Semanggoh nak tengok orang utan. Dalam pukul 9 sampaila. Orang kat sana bagi briefing sikit, pastu terus bawak masuk dalam hutan untuk tengok orang utan makan..Kesian mak aku sebab briefing dalam english..so aku kenalah jadi translater dia..bagi dia paham..Kat sini Feeding Time 2 kali sehari , pukul 9 pagi dan pukul 3 petang kalau tak salah aku..Tiket masuk RM3 jerr..
Penat berjalan,last2 sampai jugak. Dalam 5 minit, sekor (sekor ke sorang???) demi sekor orang utan sampai..bergayut ikut laluan yang sama..

 1st orang utan yang keluar makan...besar gak nih..

 Memilih pisang yang elok je..pandai betoi!

 Ni yang paling kecik dan paling belagak..ambik pisang pastu naik makan atas pokok..eksyen betoi

Ni yang paling besar dan yang paling tua.. Richie nama dia...Dari info yang aku dapat , umor dia 30 tahun (aku tua setahun dari dia..ahaks!!)..berat 130kg

 Richie ni special sikit. Lepas makan dalam hutan dia akan keluar melawat kawasan dan di bagi makanan extra..kata penjaga kat situ.."tuan yang di pertua nak lalu".hahaha

Tak sempat pulak aku nak bergambar dengan orang utan, maklumla bukan senang dia nak rapat dengan kita. Selesai tengok gelagat orang utan, terus ke kilang pasu sarawak. Aku tak beli pun. Tengok2 jer...Ada banyak kilang pasu sepanjang jalan dari Semanggoh nak balik ke Kuching tu.. Kilang yang aku singgah ni, salah satu daripadanya saje..

Pastu terus gi lunch. Makanan macam semenanjung jugak. Tak ada yang beza pun...Selesai makan pegi kedai tempat orang ikat batu kristal dan pearl... mak aku sibuk memilih dan membeli..aku tengok jer..
Mak aku yang memborong sakan. Dia nak beli kat aku.Aku yang tak mau. Bukan ape, bukannya aku pakai pun. Buang duit jer. Lagipun kulit aku yang mulus ni hanya terima barang emas dan berlian aje ye..

So esok la aku sambung bab ke Taman Budaya Sarawak..banyak keje plak aku nak kena buat ni.. Arios!!


Isnin, 23 Mei 2011

ESCAPING D' SARAWAK - PART 1

SARAWAK- 19.05.2011

Sarawak Bumi Kenyalang..?? tapi aku p sana tak jumpa sekor pun burung kenyalang. Yang aku jumpa bulu burung kenyalang yang penari taman budaya dok guna buat menari tu...yang banyaknya kucing..maklumla tidor di Kuching..

Assalamualaikum..

Bermula al-kisah aku pi bercuti ke Kuching pada 19 Mei lepas, dengan mak aku dan ditemani En.Hubby yang sepanjang2 jalan asyik nak begaduh dengan aku ja. Malas dah nak p mana2 dengan dia pasni.

Bertolak dari umah aku pukul 8.30 malam dah tercegat di airport Kepala Batas..flight pukul 9.50. Sampai kat LCCT dalam pukul 11 lebih. So nak lepak kat Tune Hotel tu pun mahal gila vavi. RM200 untuk 1 malam dengann keluasan sebesar bilik air mak aku di kampung. So aku ambik keputusan nak lepak kat surau LCCT. Sekali dalam pukul 12mlm ada orang mai nak tutup surau. Dia kata surau buka sampai pukul 12 ja. Cit!!  Pastu aku pun usung mak aku nak lepak dalam LCCT. Gaya nak lelap mata dengan kebisingan tahap jebon, dah announce plak depa nak fogging bangunan tu dalam pukul 12.30. So mak aku kata,better pi lepak kat KLIA terus. Tapi malam dah lewat . Bas dah tak de. Yang ada shuttle yang mahal. Mau tak mau terbang RM8 perhead. Kalau dari awal terus p KLIA baru RM2.50 jek. So sampai kat KLIA dalam pukul 1.30pg. Aku lepak kat kerusi luar tingkat 5. Kesian kat mak, aku ajak mak tidor surau. So barulah leh lelapkan mata..dalam kesejukkan lantai surau yang tile 100%..



 Tengah2 minum geng ni mai..nak p mana ntah. Tak sombong. Tengah makan oran ami minta auto pun dia bagi..siap possing2 tangkap gambar lagi


 Tiba2 aku terjumpa member lama dalam flight..tu yang lelaki tu. Nama dia Saiful Akmal.hahah..nasib tak jumpa live..jumpa dalam pamplet ja..huhuh

dari awan biru, nampak Sungai Pahang..

Masa sampai kat air-port tak sempat pulak nak possing masing2 kalut naik van. Ada 1 peritiwa yang betol2 buat spoil mood aku ja. Dari sehari sebelum aku pi sana lagi. Nanti2 la ku cerita. Semoga dapat jadi pengajaran pada orang lain. sekarag mood aku nak cerita pasal aku p jalan2 kat sana dulu..so dipendekkan citer, dah sampai ke hotel. Lepak kat Tune Hotel jek. Petang tu dalam pukul 5 aku turun jalan2.
Batu tanda kat Waterfront tu..ntah apa dia tulis..aku baca sekali lalu je..

Dari dataran sebelah Waterfront.. yang seberang sungai tu bangunan Dewan Undangan Negeri Kuching..gambar sebelah kanan tu, kepala patung buaya..yang aku nampak, ada 2 ekor kat situ..

Sedikit sejarah James Brooke kat tugu sebelah Waterfront tu..

Disebabkan aku sibuk harini,nak upload gambar pun slow macam jebon...so takat ni jelah citer aku. banyak sebenarnya aku nak citer. tapi harini sibuk betol. Maklumla dah dekat seminggu aku tak masuk opis. Esok aku sambung..ok..Arios!!!

Ahad, 15 Mei 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Assalamualaikum..
Dah lama aku membisu dari sebarang post. Sibuk dengan menjahit manik di hari cuti.. Pagi Ahad yang dilanda blues. Ingin aku memperlihatkan 2 wajah yang menjadi kesayangan ku..Apa bezanya mereka berdua?? Bezanya mereka dilahirkan oleh orang yang berbeza yang lahirnya juga dari orang yang sama. Ya..mereka adalah sepupu...Rasanya lain2 tu tak ada. Yang ada hanyalah persamaan...

  Mereka dilahirkan pada bulan yang sama..Jun 2009, cuma berselang 2 hari...


Mereka berkongsi kasih sayang yang sama,walaupun berbeza ibu bapa..


Mereka diberi pakai baju yang warnanya sama, walaupun kadang2 berlainan jenama


Mereka suka bermain bersama, cuma mereka sekarang sudah jarang bejumpa..


 Mereka berkongsi dan kadang2 berebut Walit yang sama, ingin didukung berdua,walaupun kadang2 mereka bercakaran muka


Mereka suka naik kuda besi, cuma abang penakut tapi adik berani..


Mereka selalu minum susu pada masa yang sama, walapun ada yang suka buang dan ada yang habiskan semua

Apa jua perbezaan mereka, padaku mereka tetap sama. Anak2 yang aku sayang. Si Chubby dan Si Naughty. Kedua2nya adalah anak2ku..."Mak sayang abang dan adik. Mak tak pernah bezakan kamu berdua. Kamu tempat mak meluah kasih. Kamu anak2 mak yang nakal dan manja. Semoga dewasa mu menjadi anak yang berguna.."

Isnin, 9 Mei 2011

Farid Kamil Kembali Bersama DD???

Assalamualaikum...

Wah, hangat topik ni. Actually aku sebagai FK Admin pun tak tau benda ni. Khabarnya DD masuk statement kt twitter dia. Ramai fans FK yang pertikai benda ni. Hatta ahli Admin sendiri pun. Ada jugak yang frust menonggeng..hahahahaha..kesian !

So dari perkara jadi panas dikalangan Admin...aku cuma boleh nasihatla, apa juga keputusan FK untuk bercouple balik dengan DD, nak kawin ke..nak apa ke..biarlah. Dia yang nak hidup dengan DD, bukan kita. Kalau dah suka, kita sebagai orang luar tak berhak masuk campur. Aku tau, ramai yang tak suka dengan DD, apalagi bila DD becinta dengan FK. Ramai sangat yang tak suka dan tak setuju. Tapi pada aku, terpulangla pada FK sendiri. Dia lebih kenal DD dari kita semua.  Ramai lagi orang lain yang suka kalau aku jadi menantu depa(kalau aku artis la..hekhekhek). tambah2 kalau macam FK. Dia amat hormat pada orang tua. Aku taula, dia pernah mai umah aku, dok bersembang dengan abah aku . Sampai lani abah aku dok memuji dia.

So, pada semua yang terbaca post aku hari ni, kita hormatilah keputusan FK. Biarlah dia tentukan hidup dia sendiri. Kita sebagai saudara, kawan dan peminat, hanya perlu sokong kerjaya seni dia je. Bab personel dia, biarlah. Bukan dia kacau kita pun, mintak duit kita pun tak. Cuma kalau dia nak kawin tapi tak jemput aku, memang melampau la kan. Dan sekarang aku dan geng Admin yang lain sedang menantikan jawapan dari FK sendiri, nampaknya dia belum respond pun. Apapun jangan lupa Khamis ni..KongSi di pawagam..Arios!!!

Ahad, 8 Mei 2011

BUNGA LABUCI

Assalamualaikum...

2 hari aku tak on blog. Sibuk di rumah. Ingat mula tu nak baca buku..tapi ntah la mana p mood aku. Last2 aku pun mulakan dengan operasi menjahit manik..baju pengantin . Tapi belum siap lagi la. So untuk kali ni aku uploadkan 1 lagi hasil jari jemari ku ini. Kali ni bunga yang dibuat dari labuci. Untuk memperkembangkan lagi bisnes kecik aku ni, aku pun publish la http://www.mudah.my/ . So gambar yang aku upload ni aku ambil dari situ la. Saje nak tunjuk kat korang yang aku dah iklankan kt situ..belek punya belek baru aku perasan yang jahitan bunga labuci ni rupanya aku tak upload sekali dengan gambar2 yang lain haritu. tengok kat link ni..--> Manik Part 1
So..selamat tengokla ye..sapa nak dan perlukan khidmat aku..boleh call atau sms aku . Harga aku murah dari butik . Jangan risau la tu.. Kat link yang aku bagi tu, aku ada cerita bab harga. So selamat baca la ek..

Oleh sebab aku terlupa nak snap gambar baju ni masa lepas siap dijahit, so aku terpaksa menangkap gambar sekali dengan tuannye la. Apa nak buat. Kebetulan dia pun dah pakai baju tu..hahahah..tengok ajela hokay.. Arios!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 3

Rabu, 4 Mei 2011

Exam Oh Exam...

Assalamualaikum...

Tak de apa nak citernye. Patutnya minggu ni aku kena pulun siapkan baju pengantin. Tapi memandangkan minggu depan 11 Mei aku kena exam, so konon2nya prepare la nak exam. Baca buku la konon. Aku bab study ni memang malas. Dari dulu lagi. Kalau aku ni spesis rajin, ntah2 skarang ni aku dah jadi akauntan ke..lecturer ke.. cikgu degree ke..lawyer ke.. Tapi sebab aku malas. Dalam malas2 pun SPM tetap dapat Pangkat 1. Kalaula kau rajin sikit time tu, at least agreget aku lagi cantik.Huh!!

Malas nak recall kisah lama. Ni nak exam untuk KPSL N27. Memang ramai yang p exam ni termasuk aku. Semuanya 3 paper. Aku dah pass 2. 1st paper yang aku pass masa tu 1st time amik exam tu- Undang-Undang Umum (see!! aku memang layak jadi lawyer..uweekkk!!)..2nd exam kantoi 2-2 sebab aku tak baca buku (sengal!) ..3rd times aku amik exam last year, aku pass paper Perintah Am..Tahun ni aku just ambik paper Pekeliling Kemajuan Pekhidmatan Awam. Aku rasa tahun lepas yang aku tak pass pun sebab tulisan aku mengalahkan doktor. Memang buruk gila. Sebab jawapan aku , aku rasa memang dah betul. Agaknya pemeriksa tu meloya tengok tulisan aku. Nak tulis elok camne..3 jam 5 soalan tu.Essei pulak tu. Muntohh!!!


So tahun ni aku start baca buku, tanda apa yang patut dari malam ahad lepas. Punya la susah nak panggil mood tu datang..buka selai..mata layu..buka selai lagi terus mata tertutup. Dah tu cmna. Aku sendiri pun tak tau apa kriteria permakahan JPA ni. Payah sangat nak pass exam2 keluaran JPA. Yang aku heran, kawan2 aku yang ambik PJJ tu, dengan subjek yg bermacam2 tu, boleh pulak pass. Ni 1 subjek pun depa ambik tak pass2 lagi walau dah berkali2 ambik. Pakai kuota ke hapa!

Macam la jugak exam BITK tu. Berpuluh2 kali ambik semata2 nak up elaun BITK dari RM40 ke RM80 pun tak pss2 jugak. Nasib baik kali ke3 aku ambik tu bleh pass. Yang heran tu sebab aku langsung tak baca buku. Yang aku pulun separuh gila tu, hagham tak pass pun. Padahal soalan tu semua berkaitan kerja harian ..peik tapi benar.

Sama la jugak cam exam PTK. Nasib baik PTK dah dimansuhkan. Tak la menambahkan kesusahan orang.  PTK 1st time ambik aku dapat aras 4 untuk paper Umum dan aras 3 untuk paper khusus..So paper Umum aku dah pass dan tak yah repeat. Tinggal yang Khusus je lagi.3kali ambik,sat2 dapat aras2,last skali aku ambik tahun lepas dapat aras 3. dah tu malas dah nak pikir. Tahun ni dah dimansuhkan..ntah bala apa pulak nak mai lepas ni ..Buat kerja sama ja..kadang2 lebih lagi..Tapi gaji ciput..patut ke?


Ni le contoh buku yang aku dok baca. Tapi gambar kat atas tu bukan buku aku. Aku hambik je dalam intenet, sebab aku malas nak snap gambar buku2 aku tu . Bukan dia tau senyum pun!! Yang best nya buku yang aku beli dah masuk 4tahun tu masih putih, bersih, lendik dan plastik balut tu pun dok cekang elok je..sikit calar pun xde..bukan kerana aku pandai jaga tapi kerana aku jarang baca!.

So demi meningkat taraf kehidupan kakitangan kerajaan mcm aku yang berada di aras kemiskinan ni, terpaksalah attent exam. Mana tau ada rezeki. Dapat naik pangkat walaupun bukan mudah dan memang tak pernah senang. Try aje la..Kalau naikpangkat pun aku kena pikir banyak kali. Aku tak mau jadi pegawai yang tahap pengetahuan dan kemahiran lebih rendah dari orang bawahan, dalam kata lain, bodo cap ayam! sebab ramai pegawai kerajaan yang spesis macam tu sekarang ni.


Nah! siku dari My Chubby!!
Sorry 2 say, tapi itulah reality. Fresh graduet, masuk keja kerajaan terus jadi pegawai, dah tu belagak tak mau tanya orang bawah yang dah berpuluh tahun pengalaman kerja. Dia tak tau, apa yang dia study kat u tu, 50% pun tak da dalam alam pekerjaan terutama dengan kerajaan. Aku tak mau jadi macam tu. Hari2 kena sumpah dengan orang..Dah tak reti buat kerja, main arah orang bawah. Dapat gaji ribu2..halal ke?  Aku nak gaji yang berkat sesuai dengan kerja buat aku. So..biarlah ilmu penuh didada, baru aku berani jadi pegawai. Kalau aku jadi pegawai pun biarlah aku dihormati kerana ilmu, kemahiran dan kecekapan yang ada pada diri aku..

So minggu ni off la jahit manik. Kita baca buku dulu. Aku dah malas nak ambik exam banyak2 kali ni. nak muntah dah rasa. So harap2 pass la kali ni. Ok..aku nak sambung keja.. Arioss

Isnin, 2 Mei 2011

SIAPA KATA ARTIS POPULAR TU SEMUANYA CANTIK???

Assalamualaikum..

Ha..kali ni aku nak crita pasal artis la pulak. Tapi bukan artis Malaysia,maaflah aku tak berapa minat dan kenal artis Malaysia ni (statement aku yang paling berlagak). Aku kenal yang betul2 famous je. Macam Lisa Surihani , Erra Fazira, Abby Abadi ....tu artis perempuan. Tu pun aku cuma kenal muka dan lakonan depa je. Lain2 aku tak tau. Dan depa pun tak kenal aku.  Tapi kalau artis lelaki tu yang betul2 aku kenal  dan dia kenal aku cuma Farid Kamil sorang sajelah. Dan baru2 ni aku bleh terkamceng pulak dengan Bro Ahmad Idham. Nasib baikla dia tak sombong. So buat masa skrang ni, kalau aku pm atau mesej dia, dia kenal la aku. Tu pun gara2 aku tolong dia burnkan CD Mr.Cinderella.

Ok..jauh pulak peginya. Berbalik kepada cerita asal. Ni hah! Bab artis ni. Kat TV semua nampak cantik, anggun, cun dan sebagainya. Gambar2 yang aku upload ni aku dapat dari email aku yang di send oleh kawan aku. Mana dia dapat aku pun tak tanya. Aku hanya nak syer kat sini je supaya korang dapat menilai, depa ni cantik ke...korang yang lagi cantik dari depa..

Karisma Kapoor
Aku respect Kareena..walaupun tak makeup, tapi masih cantik. Tapi Karisma, sekali tengok memang aku tak cam.. So macamne..cantik ke??


Ranee Mukherjee
Nah kau! tak makeup..cantik kerr??


Ashwariya Rai
 Hampir tersedak aku melihatnya.. Bekas Miss Universe ni.. cantik kee???



J-Lo 

  Jeniffer Lopez..rasanya kalau jumpa kat luar , gerenti aku tak kenal..uhukk!!

Beyonce
Pergh...dah macam pelarian dari Argentina je aku nengok..kesiannye

So..kesimpulannya di sini, sedarlah wahai anda2 sekalian...anda2 sebenarnya lebih cantik dari depa2 ni. Tanpa makeup pun nampak cantik. Kalau makeup apalah lagi . Bersyukurlah dengan rupa anda. Tak yah cocok2 botox. Ok.. Arios!!



Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...