Masuk Part 2...Petang lepas lepak2 kat Waterfront, aku call member lama aku..1 kolej. So dia datang ambik aku jalan2 pusing Kuching..pastu kita lepak makan kat RJ Ayam Penyet. Memang sedap dan banyak sampai aku tak abis makan. Oleh kerana sedap dan kelaparan, aku tak sempat plak snap gambar ayam penyet tu..
Ini le kopitiam yang memang ada class tu.. " Rj Ayam Penyet "
Ini le member aku tu..Humi nama dia..
Bila perut dah kenyang.. pusing2 bandar Kuching, terus balik. .zzzzzzzzzzzzzzz... letih gila ooooo...... Kami stay kat Tune Hotel jek.2 malam dalam RM115++ termasuk pakej a-cond (aku tak leh dok dalam panas..buwekk!! statement paling belagak ) & toileteries (segan nak bawak towel buat berat beg aku je..)
2nd day...
Disebabkan sini cepat siang (sebenarnya sama jer cuma jam depa dah dicepatkan 1 jam ikut waktu Malaysia Barat) pukul 7 pg semua dah tercogok depan hotel. Van sewa datang bawak p breakfast , pastu terus ke Semanggoh nak tengok orang utan. Dalam pukul 9 sampaila. Orang kat sana bagi briefing sikit, pastu terus bawak masuk dalam hutan untuk tengok orang utan makan..Kesian mak aku sebab briefing dalam english..so aku kenalah jadi translater dia..bagi dia paham..Kat sini Feeding Time 2 kali sehari , pukul 9 pagi dan pukul 3 petang kalau tak salah aku..Tiket masuk RM3 jerr..
Penat berjalan,last2 sampai jugak. Dalam 5 minit, sekor (sekor ke sorang???) demi sekor orang utan sampai..bergayut ikut laluan yang sama..
Tak sempat pulak aku nak bergambar dengan orang utan, maklumla bukan senang dia nak rapat dengan kita. Selesai tengok gelagat orang utan, terus ke kilang pasu sarawak. Aku tak beli pun. Tengok2 jer...Ada banyak kilang pasu sepanjang jalan dari Semanggoh nak balik ke Kuching tu.. Kilang yang aku singgah ni, salah satu daripadanya saje..
1st orang utan yang keluar makan...besar gak nih..
Memilih pisang yang elok je..pandai betoi!
Ni yang paling kecik dan paling belagak..ambik pisang pastu naik makan atas pokok..eksyen betoi
Ni yang paling besar dan yang paling tua.. Richie nama dia...Dari info yang aku dapat , umor dia 30 tahun (aku tua setahun dari dia..ahaks!!)..berat 130kg
Richie ni special sikit. Lepas makan dalam hutan dia akan keluar melawat kawasan dan di bagi makanan extra..kata penjaga kat situ.."tuan yang di pertua nak lalu".hahaha
Pastu terus gi lunch. Makanan macam semenanjung jugak. Tak ada yang beza pun...Selesai makan pegi kedai tempat orang ikat batu kristal dan pearl... mak aku sibuk memilih dan membeli..aku tengok jer..
Mak aku yang memborong sakan. Dia nak beli kat aku.Aku yang tak mau. Bukan ape, bukannya aku pakai pun. Buang duit jer. Lagipun kulit aku yang mulus ni hanya terima barang emas dan berlian aje ye..
So esok la aku sambung bab ke Taman Budaya Sarawak..banyak keje plak aku nak kena buat ni.. Arios!!
Bersambung...Escaping D' Sarawak Part-3
hahaha..hg xmau,aku mau...best2..nak p gak sana one day...
BalasPadamhg xmau..aku mau...bestnya dpt tgk org utan live dpn mata..huhu..awat x bwk balik sekoq buat jaga umh hg?hahahah
BalasPadamjenuh angkut pisang bg dia makan..hahahah
BalasPadamakak...mcm kenal je kwn akak tu..kak Humi tu anak saudara jiran suzy la..hee :D
BalasPadam