And..at last, abis jugak..Part last ni..
Lepas membeli kek (tak adala sampai tahap borong)..kami pun di bawak makan..kata driver tu, ke kedai Ayam Penyet paling sedap sekali.. sampai2 jer...laaaa...kedai aku yang kawan aku bawak pi semalam tu.. RJ Ayam Penyet..hahahha..maknanya memang sah kedai tu yang paling sedap ayam penyetnya. Kali ni aku ambik set yang biasa dan sup ekor.sebab aku tak leh makan nasi kering tanpa kuah..semalam makan memang sedap cuma rasa macam lekat je sebab tak de kuah langsung..
Sesudah kenyang, balikla ke hotel.. kawan2 aku balik letak barang pastu keluar pulak nak pi bergambar dengan tugu kucing tu. Mak aku pun dah letih..aku pun letih jugak.
Sampai hotel mulala berkemas barang. Oleh kerana bilik yaang sempit tu, mak aku menggunakan daya kretivitinya untuk menyidai baju yang nak di pakai esoknya..
Nilah daya kreativiti yang aku maksudkan..disebabkan aku tak ambik pakej TV, so tv ni tak berfungsi..lalau mak aku jadikannya penyidai..nah kau!!
Day 3...
Pukul 7 kami terus ke Pasar Sarikin..Time tu dah panas gila. sampai sana baru breakfast. Nak makan sembarangan kedai pun tak berani takut kedai non-muslim pulak. So kami lepak kat 1 gerai ni.. aku oder nasi ayam..harga boleh tahan la.RM5 untuk sepinggan nasi ayam yang tak besalad atau tomato(sehiris timun pun tarak)..Mee Kolok pun sepinggan RM5 jugak..pada aku memang mahal la..
Terpaksa makan sebab lapar. Pastu aku pun jejalan la.Mak aku sambar telekung 5 pasang..aku tak beli apa pun..tengok2 je,.
Aku pinjam gambar ni dari orang..sebab tak sempat shoot..tangan aku penuh dengan barang mak aku..tapi cuacanya memang panas macam ni lah..baru pukul 9 time ni..So sapa2 yang tak tahan panas, sila bawak payung atau beli je topi kat situ..Harga ok2 je. Kena pandai bargain la kalau nak beli.
Puas shopping, balik ke Kuching..Driver tinggalkan kami kat Pasar Satok. Pada aku, Pasar Satok ini amat menguntungakan dan memudahkan penduduk tempatan je sebab banyak jual bahan segar. T-Shirt, dan lain2 tu biasa jer. Tak delah banyak sangat. So sebagai pelancong, aku hanya beli terubuk masin sebagai buah tangan.. Okla depa tolong packkan ke dalam kotak ikan tu. Aku beli yang 3 ekor RM10..
Gambar ni pun aku pinjam jugak..ikan terubuk masin..
Pada aku tak adalah apa yang special sangat dengan Pasar Satok ni..macam pasar tani je. So aku tak de cerita nak di ceritakan..lepas lunch..kami bertolak balik ke Airport,..
Inilah pesawat yang akan aku naik..untuk balik ke Semenanjung...bye2 Kuching..ada rezeki nanti aku datang lagi..tapi ingatnya nak pi sorang jer..boleh merambu dengan kawan2 aku di sana..
Sampai di KLIA dalam pukul 8.30..Pukul 10 kami bertoak ke LCCT..naik bas..dalam RM2.50 ja..so malam tu aku bermalam di LCCT sementara tunggu flight ke Alor Setar pukul 7.15pagi...
Sebelum landing di kampung halamanku.. Alor Setar...
Walaupun indah negeri orang, padaku, Kedah tettap di hati. Sejauh mana aku pergi..Kedah jugak yang aku suka. Makanan yang murah, living cost yang rendah. Kalau jem pun takdelah teruk sangat..Lepas ni aku akan buat entry mengenai negeri aku sendiri..Insya Allah jika berkesempatan dan dipanjangkan usia..Setakat ni dulu..mata aku berpinau sebab tak cukup tidur akibat dok memulun jahit manik baju orang..adeh...ok..Arios!!!
nak merambu jgak nnti..jom2...
BalasPadamnanti kita p merambu..heheheh
BalasPadam