Rabu, 4 Mei 2011

Exam Oh Exam...

Assalamualaikum...

Tak de apa nak citernye. Patutnya minggu ni aku kena pulun siapkan baju pengantin. Tapi memandangkan minggu depan 11 Mei aku kena exam, so konon2nya prepare la nak exam. Baca buku la konon. Aku bab study ni memang malas. Dari dulu lagi. Kalau aku ni spesis rajin, ntah2 skarang ni aku dah jadi akauntan ke..lecturer ke.. cikgu degree ke..lawyer ke.. Tapi sebab aku malas. Dalam malas2 pun SPM tetap dapat Pangkat 1. Kalaula kau rajin sikit time tu, at least agreget aku lagi cantik.Huh!!

Malas nak recall kisah lama. Ni nak exam untuk KPSL N27. Memang ramai yang p exam ni termasuk aku. Semuanya 3 paper. Aku dah pass 2. 1st paper yang aku pass masa tu 1st time amik exam tu- Undang-Undang Umum (see!! aku memang layak jadi lawyer..uweekkk!!)..2nd exam kantoi 2-2 sebab aku tak baca buku (sengal!) ..3rd times aku amik exam last year, aku pass paper Perintah Am..Tahun ni aku just ambik paper Pekeliling Kemajuan Pekhidmatan Awam. Aku rasa tahun lepas yang aku tak pass pun sebab tulisan aku mengalahkan doktor. Memang buruk gila. Sebab jawapan aku , aku rasa memang dah betul. Agaknya pemeriksa tu meloya tengok tulisan aku. Nak tulis elok camne..3 jam 5 soalan tu.Essei pulak tu. Muntohh!!!


So tahun ni aku start baca buku, tanda apa yang patut dari malam ahad lepas. Punya la susah nak panggil mood tu datang..buka selai..mata layu..buka selai lagi terus mata tertutup. Dah tu cmna. Aku sendiri pun tak tau apa kriteria permakahan JPA ni. Payah sangat nak pass exam2 keluaran JPA. Yang aku heran, kawan2 aku yang ambik PJJ tu, dengan subjek yg bermacam2 tu, boleh pulak pass. Ni 1 subjek pun depa ambik tak pass2 lagi walau dah berkali2 ambik. Pakai kuota ke hapa!

Macam la jugak exam BITK tu. Berpuluh2 kali ambik semata2 nak up elaun BITK dari RM40 ke RM80 pun tak pss2 jugak. Nasib baik kali ke3 aku ambik tu bleh pass. Yang heran tu sebab aku langsung tak baca buku. Yang aku pulun separuh gila tu, hagham tak pass pun. Padahal soalan tu semua berkaitan kerja harian ..peik tapi benar.

Sama la jugak cam exam PTK. Nasib baik PTK dah dimansuhkan. Tak la menambahkan kesusahan orang.  PTK 1st time ambik aku dapat aras 4 untuk paper Umum dan aras 3 untuk paper khusus..So paper Umum aku dah pass dan tak yah repeat. Tinggal yang Khusus je lagi.3kali ambik,sat2 dapat aras2,last skali aku ambik tahun lepas dapat aras 3. dah tu malas dah nak pikir. Tahun ni dah dimansuhkan..ntah bala apa pulak nak mai lepas ni ..Buat kerja sama ja..kadang2 lebih lagi..Tapi gaji ciput..patut ke?


Ni le contoh buku yang aku dok baca. Tapi gambar kat atas tu bukan buku aku. Aku hambik je dalam intenet, sebab aku malas nak snap gambar buku2 aku tu . Bukan dia tau senyum pun!! Yang best nya buku yang aku beli dah masuk 4tahun tu masih putih, bersih, lendik dan plastik balut tu pun dok cekang elok je..sikit calar pun xde..bukan kerana aku pandai jaga tapi kerana aku jarang baca!.

So demi meningkat taraf kehidupan kakitangan kerajaan mcm aku yang berada di aras kemiskinan ni, terpaksalah attent exam. Mana tau ada rezeki. Dapat naik pangkat walaupun bukan mudah dan memang tak pernah senang. Try aje la..Kalau naikpangkat pun aku kena pikir banyak kali. Aku tak mau jadi pegawai yang tahap pengetahuan dan kemahiran lebih rendah dari orang bawahan, dalam kata lain, bodo cap ayam! sebab ramai pegawai kerajaan yang spesis macam tu sekarang ni.


Nah! siku dari My Chubby!!
Sorry 2 say, tapi itulah reality. Fresh graduet, masuk keja kerajaan terus jadi pegawai, dah tu belagak tak mau tanya orang bawah yang dah berpuluh tahun pengalaman kerja. Dia tak tau, apa yang dia study kat u tu, 50% pun tak da dalam alam pekerjaan terutama dengan kerajaan. Aku tak mau jadi macam tu. Hari2 kena sumpah dengan orang..Dah tak reti buat kerja, main arah orang bawah. Dapat gaji ribu2..halal ke?  Aku nak gaji yang berkat sesuai dengan kerja buat aku. So..biarlah ilmu penuh didada, baru aku berani jadi pegawai. Kalau aku jadi pegawai pun biarlah aku dihormati kerana ilmu, kemahiran dan kecekapan yang ada pada diri aku..

So minggu ni off la jahit manik. Kita baca buku dulu. Aku dah malas nak ambik exam banyak2 kali ni. nak muntah dah rasa. So harap2 pass la kali ni. Ok..aku nak sambung keja.. Arioss

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...