Setelah bersengkang mata selama 2minggu, untuk menyiapkan 4 pasang baju, dan 3 daripadanya adalah baju pengantin (tak pasti pulak baju akad nikah ke hapa..yang pastinya, orang yang nak pakai tu adalah pengantin..)..harini aku nak share hasil kerja tanganku...
Baju ni datang dari pelanggan yang terjumpa nama aku di http://www.mudah.my/ alhamdulillah, berhasil jugak iklan aku. Thanks to http://www.mudah.my/ kerana membantu. Yang ni aku gunakan semua perkakas yang aku beli sendiri termasuk manik, jarum dan benang tanpa di kongsi sesiapa..
Bahagian dada...campuran bunga labuci dan manik
Bahagian bawah baju..sengaja tak buat bunga labuci sebab takut kang pengantin tak selesa nak bepossing bila ada bunga sekuntum2 di bawah baju..terutama yang melibatkan possing duduk, baring, lentang dan sebagainya..
Bahagian tangan yang simple
Sebenarnya, design untuk baju ni adalah pilihan pelanggan sendiri.. Surya namanye..So aku cuba buat ikut kehendak dia tapi aku ubah sikit agar tidak meniru bulat2 rekaan asal sebab aku bimbang jugak, pencipta design tu nak hangin pulak kalau tau ada orang ciplak rekaan dia..huhu..kalau aku pun mesti terasa juga bila ada orang ciplak design aku..hekhekhek..
So aku harap Surya puas hati dengan kerja tangan aku. Kepercayaan yang dia berikan pada aku, aku ucapkan jutaan terima kasih..dan aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Surya dan pasangan, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..Esok aku akan masukkan entry bab manik lagi, juga kisah baju pengantin...Arios!!!
Nak tengok lagi?...Manik Part 4
Nak tengok lagi?...Manik Part 4
huhuhu...baju saya..^_^
BalasPadamheheh..selamat pengantin baru!!! pak pak pong..pak pak pong..(bunyi kompang dengan mulut..heheh)
BalasPadamcantik gila weh....huhu..nnti baju nikah aku pun nk bg hg jahitla..hehehe..Amin.
BalasPadamboleh..bagi ja..kau try buat sehabis elok la..setakat daya aku..heheheh
BalasPadammakin maju yer sekang....^_^
BalasPadamgood luck!!!!
p/s : saya copy picca tau...
dhya, alhamdulillah. rezeki tak putus. copy le no hal punya..kalau nak upah lagi boleh jer..hehehe
BalasPadam