Rasanya belum terlambat untuk aku masukkan entry mengenai satu-satunya filem baru yang dah hampir 10 kali aku tengok. Filem lain tak pernah aku taksub sampai macam ni. Fenomena Hantu Kak Limah cukup dahsyat, seolah-olah, sesiapa yang tak tengok filem ni, ibarat tak sah jadi anak Malaysia..pas tu KITE BAKOR JE..KITE BAKOR JE..KITE BAKOR!!
Aku tak sangka, poster yang aku tengok pelik masa di tayangkan dipawagam masa minggu tayangannya dulu sebenarnya mengandungi sebuah cerita yang memang tak kering gusi..Gara-gara Hantu Kak Limah, Shy8 yang kurang dikenali, tiba-tiba meletup mengalahkan Artis Paling Popular 2010.. Nama Usop Wilcha jadi top. Semua orang kenal hatta budak kecik sekalipun. Tabik spring dengan Abang Mamat Khalid..
Sebutlah bila-bila masa pun, tengoklah bila-bila masa pun...aku akan gelak besar macam tak pernah tengok. Memang cerita lawak yang paling best pernah aku tengok. Tapi masih ada yang tak tahu, tajuk sebenar cerita ni dulu adalah ENJIT-ENJIT SEMUT, SIAPA SAKIT NAIK ATAS. Tajuk sempena lagu yang Hantu Kak Limah menyanyi dalam filem ni. Tapi ia di tukar mungkin kerana tajuk tu agak kurang komersial. Maka jadilah HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...seingat akulah, tajuk filem yang paling panjang di Malaysia..
Penangan pelakon-pelakon yang amat menjadi wataknya. Seingat aku sepanjang hidup aku, orang ramai hanya boleh ingat dialog dan babak dalam filem-filem P.Ramlee sahaja. Selepas dari itu, datanglah filem apa sekali pun, box-offiice macam mana sekali pun, sepatah dialog pun orang tak ingat. Hantu Kak Limah Balik Rumah telah pun memecah rekod itu. Boleh dikatakan dialog untuk keseluruhan filem itu, dari mula sampai akhir, sentiasa jadi sebutan dan bahan gurauan..Betul tak kata aku??? SAPE SETUJU, ANGKAT TANGAN MACAM AWOK!!!
So aku tak mau cerita panjang. Pada yang belum tengok, carilah DVD yang original. Beli dan tengoklah. Bukan setakat filem kosong, tapi di dalamnya sarat dengan mesej dan sindiran yang memang terkena batang hidung orang-orang yang berkenaan.. Aku cuba cari kesilapan dari segi teknikal atau jalan cerita..tapi tak jumpa. Yang aku jumpa....hantu kak limah..hahah..!!! Untuk itu aku berikan 5 bintang dari 5 bintang!! So selamat menonton dan lepas tu cecite..cecite... Arios!!!
Aku setuju....kita bako aje...usop dah jadi dj kt radio hot fm..huhu...rezeki dia...ni cita paling best bagi aku yg dibuat oleh mamat khalid...best giler...
BalasPadampenari kebudayaan yg edukesen : ))
BalasPadamahahah...itulah pentingnye english edukasyen..heheheh..kite jagn fanic..pasni kita tunggu cite baru.."husin dan jin pakai toncit"
BalasPadam