Ahad, 31 Julai 2011

MIMPI JADI KENYATAAN !!!

Assalamulaikum..

Ini lah kali pertama aku dengan tidak sabarnya nak masuk entry..Malam Khamis lepas, 28 Julai 2011, aku diwakilkan jabatan untuk ke Majlis Makan Malam dengan PM. So aku sampai Kat Dewan Wawasan Jitra dalam pukul 8.. '

Dalam asyik bersembang  tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang memang aku tak sangka..Datuk Dr. Maznah weh!!!!!! Seram sejuk aku, duduk macam cacing kepanasan tak sabar nak pergi jumpa dia. Aku perhatikan gelagat dia. Lepas dia sampai dan letak beg dimeja VIP, dia terus berjalan dari meja ke meja sambil bersalaman.. Hati aku meronta-ronta nak pi kat dia dan perkenalkan diri..Mula-mula tu aku segan jugak..sebab jarak dia jauh dari aku, tapi bila MC dan umum kejab lagi PM nak sampai, aku melambai ke arah dia..dia nampak aku dan balas balik lambaian aku tu.



YAB Datuk Dr.Maznah Hamid..my idol!!

Tapi aku confident la dia memang tak kenal aku sebab gambar di FB aku letak si kartun Pocoyo tu jer.. Dengan kamera aku buat hal. (kes betri abis, charger hilang,..dah tu charger tak beli ganti lagi)..aku tawakal jer..aku cepat2 p kat dia dan hulurkan tangan, dia sambut sambil senyum..pastu aku kata " Datuk..saya ni..Penbiru."..dengan mata terbuntang dia terkejut.."Oooo..ni lah Penbiru..saya ingat u dok KL !!! "..hahahah 1 dewan perati kat aku sebab suara Datuk masa tu memang kuat..sempat la aku bersalam dan berpeluk cium dengan aku..

She's very humble person..dalam 5 minit tu aku sempat bergambar , tu pun atas jasa baik kawan aku si Baya Brown yang heret kawan dia yang ada kamera..(gambar belum ada, nanti ada aku upload ek)..

Lepas majlis tamat, dia mencari aku..aku tunggu dia..kami bersembang dalam 15 minit..sempat dia bagi aku "Buku Rahsia 3K"..bangga gila aku malam tu..Aku memang tak sangka dia boleh ada kat situ sebab aku ingatkan dia ada di KL..Aku memang terkujat gila  la malam tu. Alhamdulillah, dalam jangka masa yang amat singkat dari peristiwa haritu..aku ditakdirkan bertemu dengan dia tanpa halangan.. Memang ada jodoh. dia sempat memberi motivasi kat aku..siap bagi no henpon lagi..

Lepas dia balik, aku mesej kat dia, to say thanks sebab bagi masa kat aku walau pun dia amat sibuk malam tu..dalam 3 minit, tiba2 dia balas mesej aku..aku balas balik..dok sat..dia pulak balas..sampai la aku say good night kat dia..barulah dia tak balas..

Apapun aku amat bersyukur tak sangka dan tak duga..memang pertemuan aku dengan dia dah direncanakan Allah..Semoga ini pertemuan yang menjadi tititk tolak untuk aku terus maju dalam hidup besana bimbingan dia..Aku bersyukur Ya Allah..amin...

Khamis, 28 Julai 2011

PERSONAL LOAN BANK RAKYAT & KAKITANGAN AWAM

Assalaamualaikum...

Hari ni aku nak bagi peringatan pada semua kakitangan Kerajaan yang merupakan peminjam dan bakal peminjam dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat dan kakitangan Kerajaan memang tak dapat dipisahkan dengan pinjaman peribadi..termasuklah aku. Aku nak cerita sesuatu yang korang perlu alert sebab benda ni amat tidak disedari segolongan besar  daripada kita yang membuat pinjaman peribadi. Apa lagi bila dah rambang mata tengok nilai duit yang mencecah 5angka masuk kedalam akaun kita.

Cenggini ceritanya. Aku dulu pun tak perasan. Tapi bila dah buat untuk kali ke3 (overlap yang lama) baru aku perasan. Sebelum aku buat loan, aku call bank tanya baki settlement ada berapa. Dan aku dapat amaun ketika itu. Selang seminggu selepas aku cornfirm nak buat (untuk renovate umah dan settle apa yang tertunggak) staff bank datang ke ofis dan explain kat aku. Dari jumlah loan yang kita pinjam akan di potong yuran stamping, insuran dan deposit 2 bulan selain amaun settlement.. So aku buat keputusan berapa yang aku nak buat.

Bila loan dah lulus, aku dipanggil ke bank untuk tandatangan dokumen. Lepas dari tu aku terus ke kaunter untuk update buku..Nak dijadikan cerita, esok paginya aku pi la kat ATM untuk check berapa yang masuk..memang mengejutkan jumlah yang masuk KURANG hampir RM240.00.!! Aku memang pelik. Bila aku call bank, barulah diorang cakap sebenarnya baki settlement aku jumlahnya langsung tak sama dengan yang mula-mula aku dapat dulu..kalau makin kurang tak apa jugak..ni makin bertambah..Pelik kan?

Pastu dia cakap semalam masa aku tandatangan dokumen tu adalah termasuk INSURAN INTIM ka hapa ntah..insuran apa pulak aku tanya. Dia cakap insuran tu semua kena ambik setahun sekali tu je. Aku memang pelik. Sebab seingat aku, borang insuran yang aku tandatangan semalam adalah insuran yang mula2 dia cerita haritu.. So sekarang ni tak pasal2 jadi 2 insuran, dan 1 insuran tu memang kita tak sedar pun borang tu dihulur untuk dipotong. Masa aku nak sain semalam pun aku ada tanya, ni borang apa, dia cakap borang insuran. So aku ingat insuran yang mula-mula tu la..rupanya idokk..insuran yang kedua..See!!

Mungkin ramai orang yang meminjam tak perasan benda ni. So bank pun buat diam je. Aku ni jenis yang alert benda-benda cmni. Bila aku check balik duit yang masuk ke akaun aku kurang banyak dari yang sepatutnya. Frust kan? Rosak plan aku.

Aku bukan nak tuduh Bank Rakyat penipu,(cuma pembelit jer!) tapi lain kali masa nak offer loan kat orang tolongla bagitau betul2, apa benda lagi yang diorang potong dan berapa jumlah bersih loan yang akan dikreditkan masuk ke akaun peminjam. Aku menyesal pun ada buat dengan Bank Rakyat. Kalau aku tau sampai 2 insuran yang terpaksa rela kena ambik buta2, baik aku buat dengan Bank Simpanan Nasional.

So aku nak pesan pada semua, kalau nak buat, tanya betul2. Tapi dengan Bank Rakyat kalau tanya betul macammana pun, bab insuran yang RM100 tu  mesti diorang takkan cakap punya. Bila duit dah kredit ke akaun kita, baru la kita sedar..tu pun kalau korang jenis manusia detail macam aku. Dalam2 detail pun aku kena kencing jugak dengan bank. Nak buat macam mana. Duit dah masuk. Kalau dari masa aku nak tandatangan tu dia bagitau aku, memang aku cancel la loan tu..baik pi buat kat Bank Pertanian atau BSN jer. So aku harap, apa yang terjadi pada aku, korang ambik ingatan. Kalau buat dengan Bank Rakyat memang ada 2 INSURANS ye..bukan 1 insurans macam bank2 lain.

To Bank Rakyat...aku memang frust sebab tak explain kat aku pasal insuran tambahan RM100 tu dan pasal baki settlement yang makin bertambah. Aku memang tak puas hati. Aku ada simpan bukti settlement yang mula-mula pegawai bank kat aku. So tu pasal aku tak takut masuk entry benda macam ni.

Ingat wahai kawan2 kakitangan kerajaan sekalian..HATI-HATI ok!!

sebelum berhutang, sila belajar ilmu ini dahulu : ILMU BERHUTANG= BEZA FLAT RATE & REDUCING BALANCE

Rabu, 27 Julai 2011

AWARD DARI MAK NGAH PORA

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita pasal Award. Aku ni mamang tak tau la apa bendanya.. rupanya2 award tu dibagi oleh sesama kita pada blog yang diorang rasa sesuai dibagi..hahah..ketinggalan zaman betul...so aku nak ucapkan pada Mak Ngah Pora sebab bagi award ni kat aku..tenkiu Mak Ngah...(tersengeh sambil menahan idung yang kembang kuncup..hahahaha)

Terima kasih Mak Ngah kerana sudi bagi award ni kat saya..tapi yeker blog saya ni beautifull??? hihihi
Arios!!!

Selasa, 26 Julai 2011

Jahitan Manik Promosi Raya 2011

Assalamualaikum..

Dah seminggu tak masuk entry. Masih terkujat dengan Datuk Dr. Maznah Hamid..heheheh..ok. Tak de apa kali ni, cuma nak war-warkan disini, kepada sesiapa yang nak hiaskan baju dengan jahitan manik dan perlukan sentuhan jari jemariku yang montel ni, aku nak  kabarkan bahawa untuk tempahan Hari Raya yang akan datang, waktu tempahan (pos dan sampai kat aku) diterima hingga 6 Ogos sahaja. Bukan apa, takut tak sempat nak siapkan jer..nak pos balik kat korang lagi ..kan?? Aku tak nak lah ada yang menanges di pagi syawal sebab takde baju nak pakai atau manik yang lekat dibaju tu aku gam jer..ahaks!!! 

So untuk kali ni aku bagi harga istimewa..FREE POSTAGE !!!..nampak macam sikit jer kan? Tapi oklah tu sebab hari-hari biasa kos pos balik kepada pelanggan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Kali ni kira aku bagi angpau la untuk pelanggan yang percaya pada skill aku yang tak seberapa ni.

*Gambo ehsan En.Google

Jangan lengah-lengah lagi..Cepat!!! Aku tak sabar nak bergelumang dan bersilat dengan manik nih...sila-sila hubungi aku di 0125677630(Ana)..

Rabu, 20 Julai 2011

DATUK DR.MAZNAH HAMID INGIN MENGENALI KU???

Assalamulaikum...

Tiba-tiba hari ni hati aku rasa cukup tersentuh. Semuanya gara-gara aku "LIKE" fanpage IronLady Malaysia, iaitu Yg. Berbahagia Datuk Dr.Maznah Hamid. Memang sejak dari kecil, aku meminati beliau dan segala cerita mengenainya aku ingin tahu. Sehinggalah sampai ke kegemarannya menyedekahkan pinggan mangkuknya yang berharga ribuan ringgit kepada stafnya kerana beliau ingin membeli yang baru..

Begini kisahnya, selepas menonton Jangan Tidur Lagi, Ahad 17 Julai lepas, dan selepas Datuk memberikan add link FB nya, aku terus meng"LIKE"..Selepas itu aku ada beberapa kali memberi respon terhdap komen-komen beliau..

Tapi ini segalanya bermula semalam (19.07.2011) apabila Datuk memasukkan 1 statement di FB nya..

 "Wahai sahabat. Apakah anda benar-benar serius untuk Berjaya, Bahagia dan Kaya? Soalannya:Berapa lama anda boleh dan sanggup korbankan untuk meninggalkan zon keselesaan anda? 3 bulan? 1 tahun? Fikirkan baik-baik dan jujur "

Lalu , aku pun mengarahkan jari jemari ku membalasnya dengan mengikut gerak hati dan naluri ku yang amat tulus dan ikhlas pada waktu itu  ....

" Datuk,jika saya punya idea & skill, tapi saya tak punya dana, tetap takkan kemana-mana. Saya berkerja dengan kerajaan, bila di rumah, selepas jam 5 petang dan cuti minggu, saya mengambil upah menjahit manik hingga pukul 12 malam dan waktu yang sama saya menjual topup prepaid. Ada kala saya mengambil upah memasak & mendobi dan kadang-kadang upah menggosok pakaian. Adakah saya dikira masih kurang usaha atau saya masih lagi di zon selesa?"

Selepas dari itu aku terus melupakan FB buat seketika hinggalah pagi ini, bila aku on FB aku, aku dapati Datuk telah meng"LIKE" komen aku tu..aku tersenyum..

Dan aku mula membaca komen orang-orang lain, sehinggalah aku terbaca komen dari Datuk..

"Pen Biru, Saya simpati dan kagum. Ingin mengenalimu. sejarah dan latarbelakangmu,Pen Biru. Kuatkan semangatmu."


Owh..rupanya Datuk dah bagi respon pada komen aku. Sedikit bangga apabila hanya komen aku yang mendapat balasan dari Datuk..dan tanpa aku sedari, jatuh airmata ku dengan kata-kata semangat dan hajatnya yang ingin mengenali aku...Aku tersentuh..

Tanpa membuang masa, aku pun membalas komen itu..

"Salam Datuk,percaya atau tidak, saya rasa amat terharu,bila Datuk ingin mengenali saya. Airmata keharuan jatuh tak tersedar. Saya anak jati Kedah seperti Datuk. Insya Allah,saya akan email Datuk. Saya dari kecil, mengganggap Datuk sebagai idola. From zero to hero. Tapi kemampuan saya amat terbatas. Datuk seusia ibu saya yang amat saya kasihi. Saya hormatkan Datuk,sama seperti saya hormatkan ibu saya. Terima kasih Datuk."

Lepas aku membalas komen tu, terus aku updatekan entry di blog ini..Aku rasa macam mimpi bila seorang wanita yang amat aku kagumi, rupa-rupanya memberi perhatian terhadap tulisan aku dan kemudian membalasnya..

Aku anggap pertemuan ini adalah yang paling bermakna dan menjadi sejarah dalam hidup aku. Akan aku cuba belajar darinya..tentang kehidupan, kejayaan dan kebahagiaan. Aku harap dia sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada aku. Kata-kata semangat yang dia beri pada aku, adalah pembakar semangat buatku..

Tiba-tiba harini, bahasa aku amat puitis..syahdu..Aku berhenti disini tanpa mengucapkan Arios!!! seperti biasa, kerana jiwa aku sedang digenangi airmata gembira dan terharu...Aku menanges...




Selasa, 19 Julai 2011

Cik Ah Ku Sayang...

Assalamualaikum...

Harini citer pasal Cik Ah aku yang paling aku sayang. Aku dah bersama dia hampir 9 tahun. Pertama kali aku pandang, memang aku dah jatuh hati walaupun pada awalnya ditentang hebat oleh abah aku. Tak berkenan katanya. Aku melawan juga. Bila aku bawak balik kerumah, tersengih pulak dia bangga. Kali pertama aku memiliki dia, aku bawa jalan-jalan kat Alor Setar semua orang pandang-pandang. Maklumla dia yang paling hensem pada ketika itu. Masa tu November 2003 (tahun ke 2 aku berkhidmat dengan kerajaan). Pada masa tu, umor aku 23 tahun. Masa tu tiada yang serupa dia dalam Alor Setar. ( Fuhh!!! takbur betol !)
Aku sayang dia lebih dari segala-galanya. Tanpa dia aku kesunyian. Kemana saja aku bawak dia. Dialah teman aku dikala aku suka ..mahupun duka. Dia tak pernah menyakiti hati aku. Hingga hari ini aku masih setia dengan dia..dengan ini aku memperkenalkan Cik Ah ku sayang ...


|
V

|
V

|
V

|
V

|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V
|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V

|
V
|
V
|
V

Hari pertama aku bawak dia balik kerumah.. 4 November 2003..

Aku namakan dia Cik Ah sebab dia kaler merah. Dia tergolong dalam kumpulan 100 unit pertama Wira S.E dengan 4 break disc. Enjin tekno lotus. Sport rim 17inci. Skirting depan belakang kiri kanan, ada spoiler(spoiler asal terpaksa aku tukar kepada yang standart sebab abah aku cakap macam tiang gol), seat patent racing, tombol gear pun stly racing, complete packej la. Beli dan pandu jer, aku dah tak modified apa-apa sebab semuanya dah lengkap. Lepas dari 100 unit tu, walaupun rupa serupa, tapi breakdisc ada 2 je dan banyak kekurangan.

Hampir 9 tahun bersama, dia tak pernah meragam. Macam tak caya kan kereta Malaysia berkualiti macam dia? Tapi iya. Memang betol. Hanya 2 kali tak bleh start, tu pun sebab betri dah kong. Ini bermakna 8 tahun pakai, baru tukar betri 2 kali jer..Cuma baru-baru ni je, tangki minyak hitam dah bocor..bukan bocor apa, getah penutup dia dah haus. Biasalah, dah tua dah..

Apapun, serius aku cakap aku lebih sayang dia dari hubby aku . Apa terjadi sekali pun, aku akan tetap bersama dia hingga akhir hayat aku. Bulan November 2012..selesai hutang dengan bank..Dia sah jadi milik aku selama-lamanya. I love u Cik Ah..

Ok..aku nak sambung keje ni. See u on next entry.. Arios!!!

Isnin, 18 Julai 2011

RUMAH KECILKU

Assalamualaikum...

Tak de idea nak menulis. Cumanye nak citer pasal rumah yang baru 1 tahun 6bulan aku duduk ni. Hajat di hati nak renovate sikitlah. Aku dah tanya beberapa tukang..at last dapat jugak tukang yang bagi quotation yang aku rasa aku mampu. Alang-alang nak buat, aku buat je depan dan dapur rumah, siap dengan tembok (tembok ni kes jiran mangkuk aku yang sesedap hati sidai baju kat pagar aku haritu, sebelum dia ceroboh lagi pagar aku, baik aku tembokkan terus. Padan muka dia ! )

Saja jer tergerak hati nak tambah apa yang patut. Maklumla rumah pun kecik. Kalau dapat conner lot haritu, tau la apa aku nak buat. Disebabkan tanah yang sekangkang monyet tu, terpaksalah aku buat setakat yang mampu jer.

Ni rupa rumah aku sekarang...tapi gambar ni aku ambik masa aku belum masuk lagi. Sekarang kat porch kereta tu aku dah tambah awning..

 Ini dari tingkap bilik..masa ni pun aku belum masuk lagi rumah ni..sekarang tanah tu dah aku tanam rumput karpet untuk aku pukul bola golf bila boring..*buwek..

Yang ni plak tanah sekangkang monyet di belakang rumah. Buat semak je. Pasni semua ni akan jadi separuh dari dapur..pagar ni lah yang jiran mangkuk hayun aku tu sidai baju dia.

 Yang ni pun gambar belakang rumah dkat yard yang bakal jadi dapur tak lama lagi.

 Ni kat dapur. Gambar terbaru aku tak snap pun sebab kamera kebisan betri..charger pulak hilang..ni ghupe masa aku mula-mula pindah masuk. Dapur ni aku nak pecah bagi luas sikit.



Ni living aku. Masa ni aku tak masuk lagi,tu yang berdebu tu. Nanti living aku akan panjang lagi 10kaki dan porch kereta akan jadi pendek, ngam2 untuk Cik Ah aku.

Ni ghupa living aku pada malam pertama aku pindah. Curtain pun tak psang lagi..sempit kan? Pasni luas la sikit.

Apa-apa pun insya Allah aku harap rumah aku siap di renovate sebelum raya. Sebab raya aku balik kampung. Kalau rumah aku tak siap cmne aku nak balik. Takkan aku nak biar rumah aku ternganga takde pintu..Penyamun lak banyak..huhuhu.

Ok lah nanti bila dah siap sepenuhnya aku upload lagi gambar. Mana la tau kot2 ada yang nak buat contoh bila nak renovate rumah sendiri nanti..ok. Sampai jumpa lagi. Arios!!!

Khamis, 14 Julai 2011

EN.SUAMI BER'SMS' DENGAN BRONT PALARAE

Rabu 13.07.2011 :
1.56 pm
En.Suami : Tahniah buat filem sendiri dah la (sekarang)

1.56pm
Bront Palarae : tq2, tapi blom siap lg.

1.58 pm
En.Suami : Tajuk apa wei? Aku pun ayah hang bagitau

1.58 pm
Bront Palarae : 3Rasa, filem lawak moden

2.01 pm
En.Suami : Nak pakai extra,panggil aku sama. Hang nak balik mai bila? Halo aku, umah aku dekat dengan airport

2.02 pm
Bront Palarae : Hang dah x dok Tmn Nuri dah lah?

2.04 pm
En.Suami : Aku dok Kepala Batas. Bini aku beli umah kat sini. Taman Jalai Jaya,belakang Shell Kepala Batas. Dah setahun aku dok sini. Tort (Farid Kamil) pun besa(pernah)mai. Hang saja yang tak sampai lagi.

2.05 pm
Bront Palarae: Insyaallah aku sampai kalau aku turun sana. Cuma xtau bila lah.

2.08 pm
En.Suami : Kalau hang balik, halo aku. Mai lepak umah aku. Bini aku tak pa. Ok. Kot hang nak guna umah aku untuk shooting, no problem.

2.22 pm
En.Suami : Hang nak tengok gambar anak aku, hang tengok fb bini aku facebook.com/aku.penbiru yang gambar kartun pocoyo biru tu. Tu akaun bini aku. Akaun aku pun ada tapi tak banyak. Hang cari atas nama syed mohd fairuz peot. Bini aku la (sekarang) Tort (Farid Kamil) ambik jadi admin fanpage dia.

2.23 pm
Bront Palarae : Oh, nanti aku check tengok


Inilah aku dapat dari hasil sportcheck ke atas henpon aku semasa aku kepengsanan tidur akibat makan ubat selsema dan ubat batuk semalam. Bukan main lagi depa . Tapi bila difikir-fikirkan, bagus juga si Bront ni. Dah jadi artis popular pun masih ada masa menjawab sms yang takda faedah dari kawan-kawan..cepat pulak tu dia jawab..

So tunggulah filem terbaru terbitan sulung syarikat milik Bront sendiri. Lakonan dari kawan-kawan dia jugak iaitu Farid Kamil..

Pesanan untuk En.Suami : Jangan guna henpon syg utk msj kawan2 abg ok.

Arios!!!

Ahad, 10 Julai 2011

KISAH SERAM - MESEJ BERPUAKA!!!

Assalamualaikum...

Kali ni entry pasal henpon dan syarikat telco yang pada aku makin hari makin kurang ajar(ditujukan khas kepada hantu-hantu di syarikat telco yang dengan sengaja menyebarkan nombor telefon pelanggan kepada pihak ketiga). Tajuk entry je saja bikin panas.

Yes, memang mesej-mesej itu berpuaka sebab bila tiap kali mesej tu masuk ke inbox henpon anda, anda akan kehilangan topup/prepaid anda serta-merta.

Dalam masa 3 hari aku terima mesej puaka dari syarikat penyamun. Benda ni bukan aku sorang jer kena. deh beribu-ribu orang kena. Yang aku pelik, macam mana penyamun ni boleh dapat no henpon kita (macam kes aku lain sebab aku buat bisnes, so no henpon aku ada di mana-mana). Contohnya macam henpon anak Pak Su aku yang bukan bisnesmen pun. Sekali topup RM30, setengah jam BERSIH!!.Puncanya dari mesej-mesej berpuaka yang dihantar dan menjerat pengguna tanpa disedari.

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jam 1.45pm
Dari no 62003
"Peringatan 0125677630 (ni no aku)
Anda diminta taip ON PF ke 32233 SEGERA utk asktifkan SMS Content Terbaru skrg!

Tanpa caj pendaftaran



EMSB80625114"

Aku kena skroll sampai kebawah baru aku nampak EMSB80625114 tu..kontent kepala bapak dia!

Mesej ni aku terima pada 07.07.2011 jugak, jam 10.28pm
"RM0.00 Notis Penting:
Aktif semula servis 3Gp video anda sebelum tamat tempoh. Tapin ON FM dan ON FT hantar ke 37886. Tiada Caj Daftar.

Bantuan:0379666547"

Setan betol. Hp aku Nokia 2660@orang panggil nokia sabun mana boleh tengok video online kalau dah guna prepaid yang aku topup RM 10 seminggu. Ngoi!!. Takde software video pun henpon aku ni. Bangang!!


Mesej ni aku terima pada 09.07.2011 jam 12.14pm
"RM0 Hi, 60162284547(ini no jembalang mana ntah, trap la ni) hantar MMS kepada anda. Untuk melayan MMS  tersebut, sila hantar ON MMS ke 39883. MMS tersebut akan dibatal dalam masa 2 hari."

 Walau dari no apa sekali pun korang terima kesej-mesej puaka macam ni, tolong delete ja. Ada sesetengah henpon yang bila mesej masuk, dia kena read/baca dulu mesej tu baru boleh padam/delete . Macam henpon aku, masuk je mesej aku boleh delete tanpa read mesej tu. Yang jadi mangsa sekarang, para makcik-makcik , pakcik-pakcik ataupun warga tua yang tak reti apa-apa tu. orang suruh taip on, dia pun taip on..kadang-kadang diorang ingat mesej tu memang betul.

Pada aku , selain dari penghantar/sender yang tertera nama syarikat telco Hotlink/Maxis/Celcom ke apa-apa ke, jangan layan. Kalau terima dari sender yang mula dengan 60XXX  sebolehnya delete tanpa read/baca.

Aku pun heran, tak ada ke undang-undang telekomunikasi di Malaysia yang boleh melindungi pengguna. Bayangkanlah kalau mangsa tu terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan yang guna henpon sebagai keperluan asas bukan untuk tujuan suka-suka, kes naya ni. Penjenayah yang bebas mencuri tanpa rasa takut sebab tak ada undang-undang(sorry kalau aku silap) yang melindungi pengguna dan untuk menghukum penjenayah macam ni.

Kadang-kadang aku rasa maca nak buat jer repot polis. Tapi risau jugak takut buang masa aku je..paham-paham sendiri la kan..ok hati-hati ye semua. Arios!!!

Khamis, 7 Julai 2011

Aku, Farid Kamil dan Fadzil Zahari

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat entry pasal 2 orang adik beradik ni. Masing-masing sibuk. Farid pun lama tak join FK Admin. Busy la tu. Walaupun aku kenal dia dahulu dari Fadzil, sekarang ni rasanya lebih rapat pulak dengan adik dia..emm..

Aku pun dah lama tak jumpa Farid. Asyik sembang kat FK Admin jer. Tapi kalau ikut plan FK Admin yang 6orang tu, raya tahun ni FK nak buat open house kat KL lagi..masalah jugak tu. Kalau tak p kang..kesian pulak kat dia. Maklumlah aku kan orang kuat ( *buwekk..perasan tahap cipan). Kalau dia nak buat kat Alor Star ke..Jitra ke..senang la sikit kerja aku. En.Suami pun ada. Boleh tolong apa yang patut.

Aku dapat cerita dari En.Suami, lepas ura-ura Pekida marahkan FK pasal tak minta maaf tu. Pada aku dalam  filem Kong-si tu takdelah menghina Pekida pun. Kalau bab shoot Man Jawa bebel "sebelum jadi abang long pun buat keja ni, dah jadi abang long pun buat keja ni"..pada aku memang betul la apa dia cakap. Serius aku cakap, En.Suami aku pun geng Pekida juga. Tapi beras kat umah abis, takda la pulak ayahanda atau abang long datang umah aku bawak guni beras.Ah!  Lantak la..

Berbalik pada cerita asal...
Rasa-rasanya kena standby jugak la cuti lepas raya untuk tolong open house dia . So pada semua peminat FK, siap sedia untuk serang open house FK. Aku mungkin akan serang umah dia kt Jitra. Dia pun dah lama tak p raya umah aku kat kampung. Last mai pun, raya tahun lepas masa aku dah balik kampung, dia datang malam raya lepak-lepak dengan En.Suami kat umah aku di Kepala Batas. .*carik penyakit, sebijik kuih pun tarak

Fadzil pulak sibuk cari idea nak buat skrip. Hari tu dah ya-ya nak buat T-Shirt untuk FK Group. Entah le apa cerita sekarang. Tunggu designer katanya. So..tak de yang menarik untuk diceritakan. Terima kasih kerana buang masa baca entry aku.hahahah Arios!!

Rabu, 6 Julai 2011

Batu Seremban

Assalamualaikum...

Lama aku menyepi tanpa sebarang entry. Sebabnya sibuk..sibuk dengan manik, sibuk dengan audit, sibuk dengan payroll, sibuk dengan failing..macam-macam sibuk..

Celah-celah sibuk tu pun, dengan tak semena-mena aku pulak jadi bidan terjun untuk Sukan Tradisional Wisma Anak Bukit  esok. Main batu seremban weh!! Mana aku reti, batu 7 atau orang Kedah panggil batu sambut tu aku tau lah. Esok pertandingan, semalam baru tengok macam mana rupa batu seremban, hari ni baru tengok senarai peraturan dan cara bermain, esok lawan..*kejam gila!

Terpaksa juga bermain sebab aku sayang nak pecahkan lemak tepu untuk bermain netball atau futsal. So tengahari ni baru stat training. Lambung aje la. Tapi aku asyik lupa 10 step..

Dulu-dulu masa budak-budak hari-hari main batu 7 tu. Sekarang nak main lambung-lambung ni masalah sikit la sebab aku dah jadi budak kacamata. Gangguan pada penglihatan..Kadang-kadang lambung kelain, tangan tadah kelain..hinggap atas muka jawabnya. Kadang-kadang dia singgah atas kepala aku.
*serius derhaka punya batu


Sebelum aku main, aku ingatkan, batu seremban ni memang betul-betul batulah..rupa-rupanya uncang kacang hijau bersaiz 3cm X 3 cm (ikut peraturan MAKSAK). Masalah bagi aku yang bertangan comel dan montel ni. Timbang je, semua jatuh tergolek. Uncang tu tak mo dok atas tangan aku..*sedey


Ni lah rupanya batu seremban. Ketua Pasukan beli 3 set uncang yang baru. Salah 1 dari set tu, kain uncang agak keras, tak lembut. Aku bagi cadangan kat kawan aku, suruh dia bawak balik dan basuh atau rendam sikit.. dia cakap, " Mana boleh, satgi kacang tu bertukar jadi togeh!"  ya tak ya jugak
*gelak terguling-guling..

Ok lah aku nak pi training ni. Esok dah ada game dah..doakan aku boleh main ye, tak menang pun tak pe..heheh Arios!!!

Ahad, 3 Julai 2011

MISI MENCARI SALASILAH - PART 3

Assalamualaikum...

Sambungan...kali ni aku nak cerita mengenai asal-usul Kerajaan Pulau Laut. Ini info yang aku dapat dari wikipedia (dalam bahasa Indonesia tapi masih mampu difahami )

Raja Pulau Laut [1]
  1. Raja Pulau Laut I : Pangeran Jaya Sumitra bin Pangeran Muhammad Nafis dari Kerajaan Kusan (1850-1861)
  2. Raja Pulau Laut II : Pangeran Abdul Kadir bin Pg. Muhammad Nafis. Ia memerintah mulai 1 Januari 1861 sampai 1873. Pada tahun 1849 ia menikahi Aji Tukul/Ratu Intan II/Ratu Agung[2][3]
  3. Raja Pulau Laut III : Pangeran Berangta Kasuma bin Pg Abdul Kadir (1873-1881)
  4. Raja Pulau Laut IV : Pangeran Amir Husin Kasuma bin Pg. Berangta Kasuma(1881-1900)
  5. Penjabat Raja Pulau Laut : Pangeran Abdurrahman Kasuma bin Berangta Kasuma (10 Januari 1900 - 7 Januari 1903)
  6. Penjabat Sementara Raja Pulau Laut : Pangeran M. Aminullah Kasuma bin Pg. Amir Husin Kasuma ( 7 Januari 1903 - 3 April 1903), Kerajaan Pulau Laut dihapus, dimasukan langsung ke dalam Pemerintahan Hindia Belanda. [4] 

Mengikut pembacaan dan pemahaman aku yang tak berapa faham ni, Raja yang terakhir adalah  Pangeran M. Aminullah Kasuma , selepas dari itu, Kerajaan Pulau laut sudah tiada lagi. Seingat aku, arwah nenek meninggal masa umur dia hampir 100 tahun, dan aku pada ketika itu berumur 9 tahun( 1989 ). Kemungkinan ketika nenek bersama bapanya datang ke Tanah Melayu dalam tahun 1880++...

Nampaknya semakin kusut...biar aku berehat sebentar dan kaji dulu.
Dalam salasilah itu juga dinyatakan 21 hidden (21 tak ditemui). Kemungkinan besar nama bapa nenek, Johari adalah salah satu daripadanya atau ada di situ cuma tidak diketahui nama apa..

bersambung...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...