Khamis, 7 Julai 2011

Aku, Farid Kamil dan Fadzil Zahari

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat entry pasal 2 orang adik beradik ni. Masing-masing sibuk. Farid pun lama tak join FK Admin. Busy la tu. Walaupun aku kenal dia dahulu dari Fadzil, sekarang ni rasanya lebih rapat pulak dengan adik dia..emm..

Aku pun dah lama tak jumpa Farid. Asyik sembang kat FK Admin jer. Tapi kalau ikut plan FK Admin yang 6orang tu, raya tahun ni FK nak buat open house kat KL lagi..masalah jugak tu. Kalau tak p kang..kesian pulak kat dia. Maklumlah aku kan orang kuat ( *buwekk..perasan tahap cipan). Kalau dia nak buat kat Alor Star ke..Jitra ke..senang la sikit kerja aku. En.Suami pun ada. Boleh tolong apa yang patut.

Aku dapat cerita dari En.Suami, lepas ura-ura Pekida marahkan FK pasal tak minta maaf tu. Pada aku dalam  filem Kong-si tu takdelah menghina Pekida pun. Kalau bab shoot Man Jawa bebel "sebelum jadi abang long pun buat keja ni, dah jadi abang long pun buat keja ni"..pada aku memang betul la apa dia cakap. Serius aku cakap, En.Suami aku pun geng Pekida juga. Tapi beras kat umah abis, takda la pulak ayahanda atau abang long datang umah aku bawak guni beras.Ah!  Lantak la..

Berbalik pada cerita asal...
Rasa-rasanya kena standby jugak la cuti lepas raya untuk tolong open house dia . So pada semua peminat FK, siap sedia untuk serang open house FK. Aku mungkin akan serang umah dia kt Jitra. Dia pun dah lama tak p raya umah aku kat kampung. Last mai pun, raya tahun lepas masa aku dah balik kampung, dia datang malam raya lepak-lepak dengan En.Suami kat umah aku di Kepala Batas. .*carik penyakit, sebijik kuih pun tarak

Fadzil pulak sibuk cari idea nak buat skrip. Hari tu dah ya-ya nak buat T-Shirt untuk FK Group. Entah le apa cerita sekarang. Tunggu designer katanya. So..tak de yang menarik untuk diceritakan. Terima kasih kerana buang masa baca entry aku.hahahah Arios!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...