Ini lah kali pertama aku dengan tidak sabarnya nak masuk entry..Malam Khamis lepas, 28 Julai 2011, aku diwakilkan jabatan untuk ke Majlis Makan Malam dengan PM. So aku sampai Kat Dewan Wawasan Jitra dalam pukul 8.. '
Dalam asyik bersembang tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang memang aku tak sangka..Datuk Dr. Maznah weh!!!!!! Seram sejuk aku, duduk macam cacing kepanasan tak sabar nak pergi jumpa dia. Aku perhatikan gelagat dia. Lepas dia sampai dan letak beg dimeja VIP, dia terus berjalan dari meja ke meja sambil bersalaman.. Hati aku meronta-ronta nak pi kat dia dan perkenalkan diri..Mula-mula tu aku segan jugak..sebab jarak dia jauh dari aku, tapi bila MC dan umum kejab lagi PM nak sampai, aku melambai ke arah dia..dia nampak aku dan balas balik lambaian aku tu.
YAB Datuk Dr.Maznah Hamid..my idol!!
Tapi aku confident la dia memang tak kenal aku sebab gambar di FB aku letak si kartun Pocoyo tu jer.. Dengan kamera aku buat hal. (kes betri abis, charger hilang,..dah tu charger tak beli ganti lagi)..aku tawakal jer..aku cepat2 p kat dia dan hulurkan tangan, dia sambut sambil senyum..pastu aku kata " Datuk..saya ni..Penbiru."..dengan mata terbuntang dia terkejut.."Oooo..ni lah Penbiru..saya ingat u dok KL !!! "..hahahah 1 dewan perati kat aku sebab suara Datuk masa tu memang kuat..sempat la aku bersalam dan berpeluk cium dengan aku..
She's very humble person..dalam 5 minit tu aku sempat bergambar , tu pun atas jasa baik kawan aku si Baya Brown yang heret kawan dia yang ada kamera..(gambar belum ada, nanti ada aku upload ek)..
Lepas majlis tamat, dia mencari aku..aku tunggu dia..kami bersembang dalam 15 minit..sempat dia bagi aku "Buku Rahsia 3K"..bangga gila aku malam tu..Aku memang tak sangka dia boleh ada kat situ sebab aku ingatkan dia ada di KL..Aku memang terkujat gila la malam tu. Alhamdulillah, dalam jangka masa yang amat singkat dari peristiwa haritu..aku ditakdirkan bertemu dengan dia tanpa halangan.. Memang ada jodoh. dia sempat memberi motivasi kat aku..siap bagi no henpon lagi..
Lepas dia balik, aku mesej kat dia, to say thanks sebab bagi masa kat aku walau pun dia amat sibuk malam tu..dalam 3 minit, tiba2 dia balas mesej aku..aku balas balik..dok sat..dia pulak balas..sampai la aku say good night kat dia..barulah dia tak balas..
Apapun aku amat bersyukur tak sangka dan tak duga..memang pertemuan aku dengan dia dah direncanakan Allah..Semoga ini pertemuan yang menjadi tititk tolak untuk aku terus maju dalam hidup besana bimbingan dia..Aku bersyukur Ya Allah..amin...
Jeles I baca posting u kali ni..saya juga pernah bertemu dia semasa kem motivasi untuk anak2 dulu...dia memang antara wanita melayu yang hebat!
BalasPadamdia memang sangat merendah diri..semua orang dia tegur. walaupun keletihan. sy memang terkejut sangat2 bila dia sanggup sikit ruang danmasa untuk bersembang. salute la dgn dia.
BalasPadamseronoknya awak penbiru!!
BalasPadamkalau sy pon dpt jumpa wanita hebat secara personal mcm beliau mmg kenangan paling indah dlm hidup..
harap awak blh sharekan kata-kata motivasi dr beliau di blog ini ya..:)
Rina,...insya Allah..saya akan masukkan entry kata2 motivasi Datuk yg ada dlm Buku Rahsia 3K yg dia bg kat saya ;)
BalasPadamwah mesti best dapat jumpak idola..
BalasPadampuan kutu..best sehingga tidr dlm senyuman :)
BalasPadamsalam kenal...bestnya jumpa wanita hebat macam tue...
BalasPadamslm...wah seronok nyer penbiru dpt jumpa Dato maznah Hamid...mimpi menjadi kenyataan kn penbiru..:)
BalasPadamkayrul shah..salam kenal jugak..yup, memang rasa bertuah dapat jumpa dia.dah la tak sombong, humble ya amat
BalasPadammama maszull: tula..sy tak sangka dapat jumpa dalam masa terdekat.itulah jodoh namanye...
Bangga ye dapat jumpa wanita hebat macam Datuk tu...
BalasPadambest kan dapat jumpa wanita sehebat Datuk tu
BalasPadamwah..dah dapat jumpa pujaan hati..mst berbunga-bunga kn hati tu....
BalasPadammama janet, qaseh johanna..memang seronok sangat..sebab Datuk ni memang best!
BalasPadam