Khamis, 4 Ogos 2011

KENANGAN SEMASA DULU - SOLAT TARAWIKH

Assalamualaikum...

Hari ni sebenarnya nak cerita pasal manik. Tapi disebabkan gambar baju aku tak leh nak snap sebab kamera kehabisan betri dan charger pulak hilang, so aku nak ceritakan kisah lawak masa bulan puasa dulu. Masa tu aku sekolah lagi, form 5. Kekadang bila aku duduk sorang2 pun aku boleh tergelak.

Camni citernye..

Aku ingat lagi, benda ni berlaku hari Khamis malam jumaat di bulan puasa yang mulia. Sekolah aku tu sekolah asrama. 7 blok asrama puteri, dan hanya 1 blok asrama putera. So budak2 lelaki wajib tarawikh kat surau tiap malam, manakala untuk asrama puteri, ikut giliran. Aku dok blok F, dan tarawikh jemaah seminggu sekali la.

Surau sekolah aku tu memang kecik. Disebabkan ruang untuk perempuan dah penuh aku dan 2 orang kawan aku Ina dan Fadh terpaksa sembahyang kat koridor . Di belakang kami pun penuh  sampai  6 saf. Rasanya lagi best sebab malam tu angin kuat, so tak la panas macam kat dalam surau.  Koridor tu pulak ngam2 muat 3 orang 1 saf. Nak dijadikan cerita , kami ambik saf depan (lebih afdal kata ustazah). Kebetulan koridor tu adalah lintasan dan laluan budak lelaki dari ruang solat ke tempat wuduk lelaki, so ustaz terpaksa pasang tirai di laluan tu bagi mengelakkan budak lelaki lintas terus didepan jemaah pompuan.

Tirai tu simple je..just ikat bucu kain sebelah atas kiri kat paku di dinding (sebelah kiri) dan bucu kanan ikat di tiang (sebelah kanan).

Kami pun sembahyang dengan penuh kusyuq dan tawadduk..angin kuat memang best..sejuk je..lepas rukuk...sujud...tirai yang jaraknya dihujung depan sejadah kami menari2 dan berkibaran di tiup angin...

Masuk rokaat akhir..kami rukuk...angin meniup tirai tu sampai terkena dan melekap di muka kami 3 orang...pastu angin reda kembali, tirai pun turut turun kembali ke tempat asal...lalu sampai masa kami pun sujud. Elok2 kami sujud angin tiup punya le kuat . Aku dah mula tak kusyuk..elok aku nak bangun duduk antara dua sujud..angin pun reda dan tirai kembali ketempat asal sebelum kami bangun
*selamat..


Lalu kami pun sujud la yang terakhir, sekali lagi angin punya la kuat dan lama..bila imam dah sebut "Allahuakbar'..menandakan dia sudah duduk tahiyat..nak tak nak, kami 3 orang pun bangunla duduk tahiyat jugak.. kawan aku si Fadh yang dok sebelah kiri aku boleh pulak sambil baca tahiyat badan behinggut2 tahan gelak..
*sah memang tak kusyuk dah

Tak sampai beberapa saat lepas tu ada 2 orang budak lelaki keluar dari ruang solat (diorang ngelat dan dalam keadaan cuba melarikan diri) dan lintas didepan kami .
*diorang terkejut nampak kami 3 orang

gambo dari pakcik gugel

Aku tahan lagi..pastu si Ina sebelah kanan aku pun mula terhinggut2 tahan gelak. Elok2 je bagi salam. bukan takat aku, dengan2 kawan yang dok di saf belakang kami pun gelak..korang tau apasal?

Hasil kibaran tirai dek angin yang kuat, aku, Ina dan Fadh dah terkeluar dari jemaah sebab tirai yang didepan kami dah berada dan tersangkut di belakang kami..
*gelak terguling-guling

Sudah je bagi salam, kami 3-3 orang cepat2 tarik tirai tu kedepan, dan sambung gelak..

Itulah kisahnya.sampai sekarang kalau aku nak sembahyang di saf depan, aku akan pastikan tirai didepan aku adalah jenis yang takkan berkibar walau di tiup angin..
*fobia

Sekian untuk kali ni.. Adeus!!!

4 ulasan:

  1. Tahniah penbiru, anda membuatkan saya gelak sampai keluar airmata....serious kelakar gila,

    BalasPadam
  2. idah: saya pun rasa lawak sanagt dngn situasi tu..tak pasal2 terkeluar dari geng jemaah yang lain hanya kerana tirai di hadapan berubah terlepas ke belakang kitorang.:p

    BalasPadam
  3. hahahahaha..sah aku dok kt saf dpn time tue coz aku z terlibat dlm kejadian yg lawak ni..heheheh...kenangan tol kan..p terawikh kt surau sekolah dulu..

    BalasPadam
  4. ya la..hg pun ada..cmna aku leh lupa..heheheh..lawak gila.abis lawan gelak smpai abis terawih

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...