Assalamualaikum..
Khamis lepas aku ke Cameron Highlands..dah hampir setahun aku tak jumpa Mak Long dan abang sepupu aku yang sempoi tu..Pukul 3.30 aku bertolak..ditemani BFF aku si
Cuda..sampai kat sana dah pukul 7.30 lebih..
Oleh kerana boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku pegi sana, so aku tak berapa nak excited untuk mengshoot gambar-gambar permandangan atau pun bunga-bungaan apa lagi gambar pokok teh.
Aku cukup suka dengan 1 tempat ni. Time Tunnel namanya. Sekali masuk RM5 je, tapi kepuasaan memang tak dapat digambarkan. Walaupun tempat ni takdelah besar sangat, tapi serius aku boleh habiskan masa hampir 2 jam di dalamnya..
Aku tak dibayar upah untuk promote tempat ni okeh. Aku nak share dengan korang je apa yang ada dalam Mini Muzium ni..yang bila aku berada di dalamnya aku terasa seperti diri aku dah back to the pass. Jom lah tengok apa yang ada dalam Time Tunnel..
sejarah Cameron Highlands..
sejarah banglo-banglo lama di Cameron Hinghlands
Surat khabar tahun bila ntah..
Set kopitiam lama..betol-betol macam balik ke zaman dulu-dulu..
Home Guard yang terawal di Cameron Highlanda..semuanya Melayu..yang sekarang ni posisinya telah berganti kepada mat-mat bangla
Susu Untuk Membesar...
A-GO-GO..ada bran?heheh
Signboard Castrol dolu-dulo
Tengok kaler Luna kat belakang tu..itulah kaler pensel idaman aku masa sekolah dulu..time tu nak beli mahal..
Mainan zaman kecik2-kecik dulu..anak patung kertas yang boleh tukar-tukar baju..
Cuba tengok bola kecik yang kaler merah dan biru tu..zaman aku sekolah rendah, bola tu selalu jadi permainan masa pendidikan jasmani..
Haaa...ni yang paling aku suka..belon getah yang kena tiup guna straw kecik tu..
Iklan Eye-Mo dulu-dulu..ada tulisan jawi lagi..
Ntah mana diorang dapat botol-botol lama ni..yang best tu masih ada isi di dalamnya..
Rasanya cukup takat ni dulu..esok aku sambung lagi sebab intenet macam hamapeh nak upload sekeping gambar pun berjam-jam..jumpa lagi esok okeh..Adeus!!!
Nak tengok lagi?...
Time Tunnel Part 2