Rabu, 12 Oktober 2011

Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu


Tersebutlah al-kisah di sebuah negeri yang diberi nama Mangkuk Berayun...

Arakian negeri itu diperintah secara demokrasi terpimpin oleh seorang anak raja yang bernama Tengku Puteri. Adapun Tengku Puteri ini mempunyai tabiat yang kurang menyelerakan iaitu mengorek hidung di depan rakyat jelata dan kadangkala mengorek telinga dengan penuh semangat di depan khalayak tanpa segan silu. Ada-ada saja aktiviti jari-jari tangannya yang aktif itu mencemar duli dan tidak pernah berdiam pun jari jemarinya itu hatta ketika tidur sekalipun.

Maka hampir botak jua kepala semua para memanda menteri yang memikirkan dari siang ke malam akan cara bagaimana mahu menghentikan tabiat sengal Tengku Puteri itu...ada juga tiang-tiang istana yang hampir patah 4 kerana ada dikalangan memanda menteri yang menghantuk-hantuk kepala mereka di tiang istana kerana tidak mendapat idea yang bernas.

Dalam negeri Mangkuk Berayun itu terdapat sebuah kampung yang bernama Mangkuk Bertingkat. Di dalam kampung itu hanya di diami oleh 1 orang saja adanya. Ini kerana penduduk kampung itu terpaksa melarikan diri secara solo dan berkumpulan kerana tidak tahan dengan orang itu. Walaupun orang itu amat baik, tapi penduduk kampung tidak mampu bersabar dengannya kerana dia itu merupakan penternak yang amat berjaya. Penduduk kampung hilang sabar bukan kerana cemburu atau dengki, tapi kerana gatal kepala akibat dek hasil ternakannya itu. Ternakan yang tidak sengaja di usahakan secara kontan oleh orang itu adalah ternakan kutu. Hinggakan gelaran Puan Kutu telah diberikan secara berjemaah oleh penduduk kampung padanya.

Pada 1 hari, secara diam-diam, memanda Menteri menghebahkan kepada semua rakyat jelata, barang sesiapa yang mampu menghentikan tabiat Tengku Puteri itu maka silalah hubungi beliau di talian panas 998. Penghebahan secara diam-diam itu terpaksa dilakukan secara drastik bagi mengelakkan Tengku Puteri murka dan berkecil hati. Barang sesiapa yang berjaya akan diberi hadiah wang tunai berbentuk cek replika.

Setelah dicanang ke seluruh negeri , dengan tak semena-mena Puan Kutu mendapat ilham bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lalu beliau berjumpa dengan memanda Menteri dan menyatakan hasrat beliau..

Puan Kutu meminta izin untuk berkenalan dengan Tengku Puteri dan bermalam selama 3 hari 2 malam di istana Tengku Puteri. Malah Puan Kutu menawarkan perkhidmatannya secara percuma. Setelah ditilik dan tenung oleh memanda Menteri maka kelulusan pun diberi.

Lalu memanda Menteri menyampaikan hasrat Puan Kutu itu kepada Tengku Puteri. Dan Tengku Puteri yang baik hati itu pun memperkenankan permintaan berkenaan. Alasan yang diberi oleh memanda Menteri ialah, Puan Kutu amat teringin nak berkenalan dengan Tengku Puteri kerana Puan Kutu tiada berkawan lah adanya..

Bila tiba hari yang dijanjikan , maka dengan kembang hidungnya Puan Kutu mengheretlah beg trolinya ke istana Tengku Puteri. Lalu mereka pun berkawan-kawan riang..makan bersama..tidur bersama..Hinggalah ke hari yang ke 3, maka Puan Kutu meminta izin untuk pulang..

Keesokkan harinya, memanda Menteri dijemput mengadap Tengku Puteri kerana hari itu adalah hari perjumpaan bulanan Tengku Puteri dan kerajaannya.

Kali pertama memanda Menteri memandang Tengku Puteri, hatinya bersorak riang kerana Tengku Puteri tidak lagi mengorek hidung atau telinga, tapi sesekali Tengku Puteri akan menggaru-garu kepalanya. Nampak gayanya Tengku Puteri sudah bebas dari tabiat lamanya. Sekurang-kurangnya apabila Tengku Puteri menggaru-garu kepalanya ia seolah-olah nampak seperti Tengku Puteri sedang memikirkan masalah negara.

Kerana kegembiraan yang teramat sangat, memanda Menteri telah menghadiahkan RM 1 juta kepada Puan Kutu. Oleh kerana itu, Puan Kutu telah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu dengan wang itu. Lalu Puan Kutu mengajak dan memujuk bekas penduduk kampungnya agar menceburkan diri dalam permainan kutu dan hadiah wang yang diterima beliau digunakan sebagai modal pusingan. Oleh yang demikian , hingga ke hari ini, Puan Kutu masih lagi di panggil Puan Kutu.

Lalu Puan Kutu hidup dengan gembiranya kerana sudah ada orang mahu berkawan dengannya dan Tengku Puteri pun gembira juga kerana sudah lagi tidak melakukan tabiat yang tidak mulia itu. Bermula dari itu, Tengku Puteri pun bersahabat baiklah dengan Puan Kutu.Sekian..


“Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net

23 ulasan:

  1. hahaha kelakar.kreatif pen biru nie.tq sudi meriahkan suasana.semoga berjaya..:)

    BalasPadam
  2. HEEHEH...tq puan kutu..jgn marah haaaa..

    BalasPadam
  3. salam,saya singgah sini ye pen biru..

    BalasPadam
  4. Salam...amboi sungguh bagus karangan itu, sehingga membuatkan jiran tetangga saya ketawa berdekah2....kah...kah..kah...kata puan kutu...

    BalasPadam
  5. fadzli..ya..marilah kita ketawa..kalaupun tak lawak..kita ketawa juga..hahaha

    BalasPadam
  6. seronok nye baca cerita...

    cam dongeng dulu kala...

    gd luck dear!

    sudi folo sya?

    BalasPadam
  7. kapur tulis skolah saya follow pen biru...tumpang amik idea jahit manik..

    ***ttbe masuk dalam citer dongeng ni ^^,

    BalasPadam
  8. hahaha...kreatiflah...Kancil ndak pandai bercerita....ndak apa...semoga Pen Biru berjaya nanti

    BalasPadam
  9. cikgu ma:tq ye..nanti sy follow balik..

    kancil;ala citer tipu jer tu.heheh

    BalasPadam
  10. heheheh..pandainyer mengarang ayat..ni mesti score A Bm msa sekolah dlu yer..

    BalasPadam
  11. ada jerr kak, butang follow tu...sebelah kiri atas, kat sidebar pun ada jerrr butang tu..mungkin line x ok, so tak keluar butang tu ^^,

    anyway thanx jg sebab jengah blog saya...nnt design jahitan manik kat sini saya nak buat rujukan yea...bukan buka tempahan, just jahit baju sendiri ^^,

    BalasPadam
  12. nieza: kalau inilah ayat yg sy guna masa spm dulu..awal2 lagi dah bungkus.heheheh

    merahitujambu : sj je cuba nasib :)

    cikgu ma: ok nanti sy try kat tempat lain..mungkin pc sy problm

    BalasPadam
  13. perenggan pertama jer dah tau citer ni citer sengal..tapi layan...hehehe

    *singgah sini, salam kenal :)

    BalasPadam
  14. ahhahaaaahhahaaaa..datang gelak kat sini..

    BalasPadam
  15. good luck pen biru....

    leh menang neh..hehe

    BalasPadam
  16. menarik cerita dondeng nie~ ahaks~

    BalasPadam
  17. ikatankasihaku:heheh saje suke sengal2 ni.. :p

    dkna;mari keta gelak secara berjemaah..heheh

    rara; tq..

    imbobo; tq jugak ..

    BalasPadam
  18. sangat la kelakar.. sampai tergolek golek nak jatuh kerusi.. mesti letak kutu kat kepala puteri kan? hehehe

    BalasPadam
  19. Soda & Ice tea; takdela kelakar mana pun..kalau tak, mesti dah menang dapat no.1..heheheheh

    BalasPadam
  20. mak long..heheh..idea asal ni.tak tiru mana2pihak tau..heheheh

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...