Selasa, 29 November 2011

JALAPENO CHEESE POWDER

Assalamualaikum semua..

Korang peminat KFC Cheezy Wedges tak? Aku memang peminat setia. Kalau beli Cheezy Wedges, aku mesti beli extra cheese tu. Suka sangat-sangat sampai aku boleh makan begitu saje. Memang suka. Oleh kerana aku suka, lalu aku pun mengambil keputusan untuk menjual la pulak cheese tu. So kepada sesape yang berminat nak beli secara paket-paket atau borong, boleh contact aku. Harga yang aku dapat memang antara yang termurah.

Cheese powder ni hanya perlu bancuh dengan air panas dengan ukuran 1bahagian power nisbah 2 bahagian air. Ada yang tak faham , aku explain cam ni lah ye..katakan korang nak bancuh 1 skoop powder, airnya mestilah 2 skoop.Paham?..senang je kan..kacau sampai rata, pastu bolehla dicicah dengan apa-apa yang korang suka. Kalau nak cicah dengan jari pun boley..no hal punya.


Sebelum ni aku jual kat opis je..malas nak masuk online ni. Tapi rasanya tak rugi pun masuk online..so aku nak jual la kat korang atau kepada sesiapa yang berminat..

SET A : 400gm ( 2 pek ) = RM 31.00
SET B : 600gm ( 3 pek ) = RM 43.00
SET C : 800gm ( 4 pek ) = RM 55.00
SET D : 1kg      ( 5 pek ) = RM 65.00


*Harga adalah termasuk kos pos

Bagi yang nak beli secara borong 3kg dan ke atas, sila contact aku ye..harga yang lebih murah untuk korang. Untuk yang stay area Alor Setar dan Jitra, boleh mai ambik sendiri ye..boleh call or sms di 012-5677630
.

Pada yang berminat, sila hubungi aku, akan aku berikan nombor akaun nanti atau pada yang stay area Alor Setar dan Jitra, anda boleh beli Cash N Carry..

okeh..terima kasih atas perhatian kalian..Adeus!!!

Isnin, 28 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 9

Assalamualaikum...

Akhirnya sampai jugak ke part yang terakhir..lepas gerak dari Forbidden City kami di bawa shopping ke Sunny Gold Market, masa diberi hanya 1jam setengah je. Aku tak sempat nak shoot gambar . Barang kat sini memang jauh lebih murah dari Silk Street..Lepas shopping, da lepas aku menyambar lagi 2 handbag, kami terus ke tempat dinner. Mungkin korang yang akan pergi ke Beijing lepas ni takan jumpa lagi tempat  ni sebab diorang akan berpindah ke tempat baru.

Parking khas untuk basikal aje..motorsikal sebijik pun aku tak nampak.

Pintu masuk ke restoran untuk malam terakhir.

Menu-menu lain sama jer cam malam-malam yang sebelumnya. Kat sini ada le jugak sayur taugeh..ikan goreng segaring-garingnya. So aku just ambik gambar menu yang lain dari yang lain..iaitu...

 Ayam goreng madu bercili kering..ada bran?? cili kering punya berlambak sampai kena selak-selak untuk cari isi ayam..tapi tak pedas pun..

1-1nya sup yang aku jumpa di sini yang ada sayur, telur dan cili kering..cili kering??? ya ..itulah bahan utama di restoren ni
Bukti rakyat Malaysia ramai datang ke restoran ni..penuh kat dinding depan kaunter dengan duit gambar orang Malaysia..meninggalkan jejakla kononnya..

Lepas dinner kami pun balik ke hotel..malam ni kami balik awal sikit untuk kemas beg dan apa yang patut dan aku pun tidurla sepuas-puasnya sebab esok malam hanya akan bermalam di LCCT memandangkan flight dari KL ke Alor Setar adalah keesokkan paginya..

5th day..

Kerana tak tahan dengan breakfast menu yang meloyakan tekak, pagi ni aku hentam megi cup aje lah..dapat gak kenyangkan perut yang lapar nasi lemak nih. Dalam pukul 8 cam tu kami pun bergerakkan meninggalkan Beijing dan menuju ke Tianjin..
Masih ada lagi kereta kuda di tengah kota yang sibuk

Pemandangan yang berkabus..tak lama lagi pokok-pokok ni tinggal batang aje, daun semua dah luruh

Antara design bangunan di sini..

Tol ke Tianjin..

Well..inilah pondok tol diorang..look like gondola kereta kabel je kan??

Ni Tesco kat Tianjin..besar gak bangunan dia..

Aku puji kat sini, sungai dia memang bersih

Mungkin Guardian Pharmasi agaknya..patent tulisan sama je, nama jer lain..

Pusat Karoke kat Tianjin..1 bangunan ni..

And last kami sampai kat Culture Street di Tianjin..

Pintu depan Culture Street..aku tak nampak apa-apa pun , macam tak de orang jeh.

Gendang depan bangunan tadi

Aku tak pasti apa benda ni..semua tulis cina

Lepas bangunan tu..jalan je sikit kat belakang nya..mak aih..rupanya ada jalan yang kiri dan kanannya adalah kedai-kedai lama yang menjual macam-macam barang dari yang tradisional sampailah ke makanan..

Antara bangunan lama yang menjual serba mak nenek..


Memang penuh dengan manusia..

dan lagi..

lagi..

..lagi..

Kami berhenti kat sini dalam setengah jam cam tu la. Aku tak de la beli apa pun..just tengok dan ambik gambar. Nak beli makanan pun seriau jugak kang terbeli yang ada oink-oink..apa cer?

Lepas tu kami pun di bawa terus ke restoran untuk lunch..perjalanan dari Beijing ke Tianjin hampir 2 jam, tup-tap tup-tap dah tengahari..
Bank Of Tianjin..

Kereta or motor roda 3?..ntah le.Tapi kiut sangat

Sebelum makan, kami singgah kat Snack Market ke hapa ntah..kat sini jual macam-macam jenis snack la..aku tak beli pun..was-was dengan kandungannya snack tu.

Antara pemandangan dalam market tu

sarung botol arak..ala yang macam Drunken Master tu..

Lepas tu kami pun terus ke restoran yang terletak beberapa langkah jer dengan snack market tu..tapi menu hari ni agak pelik sikit iaitu Stimboat tanpa air untuk di minum..betol-betol stimboat jer..air kosong untuk minum memang tak de..diorang cakap minum air rebusan tu jer..telan jugak la lapar punya pasal..

Antara bahan-bahan untuk di stim kan..

Bekas stim ni cantik jer..aku tak nampak pulak kat mana jual, kalau tak,nak je beli 1

Lepas lunch..tekak aku pun dah macam nak loya dah...kami pun terus bertolak ke Tianjin Airport..Flight pukul 3.30 petang..

Apa maksud signboard ni? sila potong cilok?

Ni aku paham..lane tepi untuk basikal..

 Dont drink and drive..tak reti2..?

Jangan mencampak kulit pisang dari kereta anda..haha
Dalam pukul 2 petang cam tu sampai la kami di Airport..check in semua siap-siap (kat sini takde kios self check in ye..) aku dan Cuda pun lepak-lepak la sementara tunggu depature..kali ni  kami jadi artis sebab naik flight paling last dari orang lain..jalan lenggang lenggok dengan bangganya..releks la..seat dah beli..tu pun ada yang sengal p dok kat seat kami.

Gambar last kat Tianjin..after this..bye2..

Okeh..itu je liputan cerita sepanjang aku di sana. Sampai kat LCCT dalam pukul 9.50 malam, 10 minit awal dari jangkaan. Malam tu kami pun lepak-lepak dalam keadaan separa sedar sebab letih dan mengantuk sementara menunggu flight dari LCCT balik ke Alor Setar..On the way nak balik dari LCCT pulak hujan ribut siap dengan kilat-kilat bagai..itulah 1st time aku naik flight yang bergoyang-goyang dari mula terbang sampai landing..kecut perut la weh..berdoa sepanjang jalan ..mula tu angan-angan bolehla lelap kejap dalam flight..rupanya hampess

And pukul 9pagi sampaila aku kat rumah aku...dan incik suami tersengeh depan pintu tunggu kot-kot aku beli apa-apa untuk dia..esoknya aku demam selsema dan batuk selama 5hari..sekian..

Khamis, 24 November 2011

THE COUNTRY OF GREAT WALL - PART 8

Assalamualaikum..

Masih lagi 1001 cerita yang aku bawak balik dari Beijing, maklumlah 5 hari di sana, pelbagai kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku rasa rugi kalau aku tak share dengan korang semua yang mungkin berhajat nak kesana. Kalau tak berhajat pun, ianya boleh dikongsikan jugak sebagai satu ilmu.Ok lah..lepas jer kami siap solat Zohor (12.15 tghari ) kami dibawa ke next  destination..

Our next destination ... Dataran Tian Men (Tianmen Square) katanya seluar 4000meter persegi...Coaster kena parking jauh dan kami kena menapak..

Tunggu turn nak lintas jalan

Daun pokok ni akan luruh tak lama lagi..

Pemandangan dari tepi..

Nah..memang luas..dan disini lah tempat orang-oang China  sambut Hari Kemerdekaan diorang.

Muzium Beijing ada disebelah kanan..ikut hati nak je aku masuk melawat tapi tak ada dalam itenary..next time kalau aku sampai sini, aku memang akan masuk.

Disebelah kanan adalah Menara Tianmen..di belakang menara adalah bangunan persekutuan

Di belakang..adalah skrin terpanjang di China..ada 2 buah skrin kat situ

Selapang-lapang dataran..

Akhirnya aku berdiri di dataran ini..gambar apek kat dinding tu adalah pengasas Republik Rakyat China..atau dalam kata lain pengasas negara China

Muzium ni..memang aku ralat sebab tak dapat masuk

Lepas puas bergambar, kami masuk ikut subway untuk keseberang jalan menuju ke Forbidden City..Yang aku salute dengan orag-orang kat sini, semua orang akan guna subway, tak de pun berani-berani lintas jalan. Kalau kat Malaysia, hmmmm..jejatas ada eskelator pun tetap ada jugak yang melintas jalan di bawah.

Pintu masuk ke subway...

Keadaan dalam subway ..luas jugak


keluar dari subway..this is the one and only toilet yang ada kat sini..

Tiang ni ada di hadapan pintu masuk Forbidden City..bentuk pedang sebenarnya..

Dihadapan pintu masuk Forbidden City..

Forbidden City ni luas yang teramat sebenarnya. Cerita si Cathy ada 9,999.5 bilik dalam Forbidden City ni., yang dihuni oleh pembesar, kerabat, pekerja istana, gundik dan sebagainya.  Bila aku tanya kenapa ada .5 katanya sebab bilik tu bapak Maharaja yang punya kalau tak salah aku..Aku pun tak berapa dengar sebab bising dengan suara orang yang ramai..lautan manusia.

Melangkah masuk melalui pintu lapisan pertama.

Kalau korang nampak koridor atas bangunan tu sebenarnya ada diletakkan 3 patung  yang kononnya Maharaja, Maharani dan sorang gundik kesayangan raja..katanya itu contoh macammana maharaja dulu nak bagi titah kat rakyat jelata yang berada diluar kota ni

Pintu lapisan kedua dibelakang aku tu..nak masuk tapi katanya hari ni tak boleh sebab ada kunjungan ahli diplomatik apa ntah..aku frust..

Tengok aje dari jauh..

Aku, Cathy dan Cuda..dibelakang kami adalah pintu keluar sebelah timur kota ni..dan di tepinya adalah deretan dorm untuk askar..yelah..kota ni kan dijaga oleh askar..tentulah ada dorm untuk diorang.

sibuk merakam view disekeliling kota..tangan kiri pegang kamera, tangan kanan pegang handycam..nilah yg dinamakan photographercameraman..hheheh

Dari tepi tembok Forbidden City

sungai ini mengelilingi Forbidden City..untuk tujuan keselamatan dan pertahanan sebenarnya..

Delicious Wall..tembok kota ni dibuat ikat bukan dengan simen tapi dari campuran telur,madu dan beras pulut..sebab itulah dinamakan Tembok Yang Sedap.  Tingginya  7 meter.

Salah satu balai pengawal di setiap sudut kota.

dan lagi..

Gambaran plan sebenar Forbidden City..aku hanya berjaya melalui pintu 1 dan 2 sahaja..kemudian keluar ikut pintu timur.

Ini sebenarnya yang aku nak sangat masuk..aku frust..Inilah bahagian dalam kota ni..terpaksa pinjam dari pakcik gugel sebab nak bagi korang tengok.

aku tak paham apa maksud signboard ni..adakah hati aku ketika itu seperti gambar kereta itu..

Bagi korang yang datang sendiri , tak susah sebanarnya . Kat area kota ni ada hotel dan restoran muslim.

Hotel Kapok..heheh..besar gak hotel ni..dekat sangat dengan kota larangan ni.

tak jauh dari hotel tu di seberang jalan ada restoran muslim..inilah gambarnya..

China National Children Theater

Tak jauh jugak dari situ ada panggung ni..oklah..esok aku sambung lagi. Part akhir untuk semua cerita dan pengalaman aku kat negeri ini. Aku memang agak ralat sebab hajat nak masuk tak kesampaian..frust ooo..ok la kita sambung esok ye.. Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...