Assalamualaikum...
Hari ni aku nak citer mengenai 1 jiran aku yang sengal. Bukan aku nak mengata, tapi aku nak cerita dan tanya pendapat korang. Patut ke tak apa yang dia buat.
Aku ni merupakan orang pertama yang menghuni kawasan taman perumahan yang aku duduk sekarang. Orang lain belum pindah lagi. Aku yang 1st sekali pindah masuk tanpa 1 umat manusia pun. Dengan lampu jalan takde, lori sampah takde..semuanya serba tak ada. Aku masuk jugak rumah yang aku beli dengan titik peluh aku tu pada 4 Januari 2010...Lepas3 bulan aku duduk situ barulah satu demi satu jiran aku yang masuk pindah kerumah diorang.
Dalam banyak-banyak jiran aku, cuma ada 2 orang yang sengal. Yang 1st tu jiran depan rumah aku. Sengalnya sebab dia suka tiru apa yang aku buat. Memang aku perasan sangat-sangat. Aku dah setahun buat grill sliding ikut kesukaan aku..sebelum bulan puasa yang lepas dia pun buat jugak dengan patent dan kaler yang sama sebijik cam grill aku. Aku ambik think positive mungkin rasa grill aku tu cantik...padahal biasa aje.
Yang ke2, ni memang betol-betol terkantoi. Lepas siap je dapur aku di renovate..ada kisahnya
Di SINI , dapur aku tu menggunakan cermin gelap. Dan pada 1 hari di kala simen masih berbau, si jiran aku tadi ni, kelihatan berdiri di dapur aku sambil mengintai-intai keadaan dapur aku. Yang aku bengangnya, dia datang bawak tukang. So..sahnya dia memang suka tiru aku. Macam ni punya manusia pun ada.
Kali ke3 dia buat perangai mengintai-intai ni masa bulan puasa tu jugak, dia nak pasang awning depan rumah dia. Dia boleh berdiri tercegat didepan rumah aku sambil menunjukkan itu dan ini pada tukang..nak kata dia tak tau aku ada dalam rumah tu tak patut sangat sebab kereta aku ada depan rumah. Kali ni dia hanya mampu tiru gutter (longkang air dibumbung) jer sebab awning aku jenis polikarbonat yang harganya hampir RM3500.
Yang aku nak citer sorang lagi ni (dia ni lah punca aku renovate dapur sampai rapat kelongkang)ialah yang hobi dan tabiatnya yang suka sidai kain baju dia kat pagar jiran..pun ada kisahnya dalam blog aku ni..kisahnya ada
Di SINI. Pada mula tu aku tak tak sure jiran yang mana 1 punya kerja, tapi hati aku berat mengatakan jiran yang rumahnya sebelah jiran yang dapurnya bertentang dengan aku..
Jumaat lepas..aku dapat buktinya. Bila aku dah tambah rumah sampai ke pagar, so memang aku tak ada pagar lagi di belakang rumah. Cermin gelap dapur menjadi penyelamat yang dia tak nampak aku di dalam..nah ini gambarnya..sila tengok dan fikirkan...
Aku tak sempat tangkap gambar dia masa dia tengah menyidai kat pagar jiran sebelah dia..ini je yang aku dapat..
Tengah menyidai..
Sidai lagi selagi boleh..
Inilah hasil sidaian manusia bangang tu. Ni kira sikit lagi tau, yang kat pagar aku dulu, memang penuh dari kiri ke kanan pagar sampai melendur pagar aku dengan jeans sampai berhelai-helai
Kebetulan aku didapur masa dia tengah mengangkat kain baju dia..nah..kena lagi dia aku tangkap gambar!
.
Kutip..bermula dari penyidai dia..
Dengan selamba biawak dia angkat selimut dia di pagar jiran belakang umah aku
Selesai angkat kain..pulang dengan hati yang riang!
Aku tak faham kenapa ada manusia yang macam ni. Sumpah aku cakap, sebelum dia sidai baju dia kat pagar aku dulu, dia sikit pun tak pernah tegur aku, senyum pun tak pernah. Buat kenduri pun tak jemput. Bagus ke manusia ni? Khabarnya dia kerja nurse kat Hospital Sultanah Bahiyah. Nak kata orang ulu..orang ulu pun tak pernah buat perangai macam ni. Yang buat aku bengang, aku sendiri pun tak pernah sidai baju kat pagar. Sebelum basuh baju akan aku pastikan, muat ke tak dengan penyidai aku.
Kalau rumah dia betol-betol menghadap dapur aku, mungkin aku tak berapa kisah dia nak sidai, tapi dengan syarat, bagi salam dan minta izin..ini rumah dia disebelah sana..dia boleh lintas jalan dan menghala ke pagar rumah aku. Sedangkan jiran sebelah aku yang dapurnya menghadap ke dapur manusia bangang ni, langsung dia tak usik, tak sidai apa-apa..
So setelah korang tengok dengan mata kepala sendiri apa yang aku tunjuk ni, aku nak tanya apa pendirian dan pendapat korang...Fikir-fikirkan..Adeus!!!