Isnin, 31 Disember 2012

AZAM..SIAPA AZAM??

Assalamualaikum..

Siapa Azam? Asal tahun baru je, semua sibuk cerita pasal AZAM..tahun-tahun yang lepas sejak aku hidup, aku tak pernah ada azam..aku harung aje hidup ni setakat mana aku mampu. Apa yang Allah bagi aku terima. Apa yang aku nak , aku akan cuba sampai dapat..Untuk berazam tidak sama sekali..tapi bukanlah bermakna aku hidup tanpa cita-cita...

Apapun, tiba-tiba tahun ni aku ada azam. Aku anggap ia sebagai Batch Mark untuk hidup dikala menjengah usia 33tahun..angka ganjil yang amat ganjil yang datang sekali seumur hidup.

Aku yakin korang pun ada azam sendiri..

Tapi ..inilah azam aku..

ingin menjejakkan kaki ke sini..dan mengabdikan diri dengan Allah..semoga ibadah ku diterima

nak beli motor hensem ni..

Itu aje azam aku..semoga Allah permudahkan urusan hidup dan matiku..aminnnn...

Selamat Tahun Baru 2013..moga tahun ini akan memberi kebahgiaan untuk diriku..dan kalian..

Ahad, 30 Disember 2012

SAMA TAK?

Assalamualaikum..

Tak apa nak cerita hari ni..nak layan gambar sahaja..







Ini antara gambar kartun dan orangsebenar yang aku ada..sebenarnya banyak lagi. Sekadar memenuhkan lama sesawang dari terbiar bersawang.. Adeus!!!




Sabtu, 29 Disember 2012

SAKIT HATI BERGANDA

Assalamualaikum...

Banyak betul cobaan aku di hujung-hujung tahun ni. Semalam  aku ada ceritakan pasal cat rumah yang luntur berkulat dan dinding retak.

Hari ini sakit hati aku bertambah. Masa aku mula cat dapur, dan nak alihkan peti sejuk dari tepi table top dapur,bucu table top terkena pintu peti sejuk..bukanlah kuat mana pun.prrannggggg!!!!!!...warghhhhhhhh.....


Aduyaii..tile tepi table top tu tertanggal. Anak sedara aku cakap,simen pengikat tile tu sikit sangat. Lekat tak kuat. Untuk pengetahuan  korang, table top ni pun dibuat oleh tukang yang sama.

So, salahkah aku kalau aku tak maafkan dia?. Aku betul-betul bengang. Hanya terkena pintu peti sejuk,sekeping tile boleh tertanggal sedangkan pintu peti sejuk aku sikit pun tak calar.
Memang aku sakit hati...


Jumaat, 28 Disember 2012

SAKITNYA HATI

Assalamualaikum..

Hati siapa yang tak sakit bila rumah yang di renovate menjadi tidak seperti yang diharapkan. Sudahlah retak,cat habis luntur berkulat. Rumah aku yang di renovate tahun lepas sudah kelihatan seperti rumah hantu..

Cat tembok luntur dan berkulat...

Dinding retak terbelah..

sila usha betul-betul..dalam gamabr nampak kecil garisan retak..tapi kalau tengok depan mata..memang sakit hati


tukang cat merangkap anak sedara aku yang sudi menolong aku..korang tengoklah sendiri dinding yang belum dicat tu..


Aku dijanjikan oleh situkang untuk membetulkan semuanya. Baki bayaran masih aku pegang sebagai jaminan.hingga ke hari semuanya hampeh..

Berapa lagi harus aku bersabar? 

Hari demi hari aku menunggu..hingga nak masuk tahun baru..

Sudahnya aku terpaksa membeli 5 tin cat Dulux  untuk mengecat semua sekali. Dinding yang retak masih retak. Aku akan cuba baiki sendiri. Walaupun dinding yang retak boleh di elokkan..tapi hati aku tetap terus retak dengan perbuatan mereka yang  buat kerja tak sudah. Situkang rumah khabarnya sedang berbahagia dengan bini muda

Mujur anak sedara aku sedang cuti semester..maka dialah yang menjadi tukang cat aku. Sambil-sambil juga aku tolong mana yang sempat. Mana dengan baju-baju yang perlu aku settle kan untuk dijahit manik.

Sesungguhnya.. sakit mata memandang,sakit lagi hati mengenang!


Khamis, 27 Disember 2012

AMT KE-400

Assalamualaikum,,..

Terima kasih di ucapkan pada AMT @Ahli Mesyuarat Tingkap ku yang ke 400..Saudari  Eida's little world.


Korang bolehla follow beliau di http://eida-little-world.blogspot.com

Dan kepada Saudari Eida..Allah lebih menyayangimu ! :)



Rabu, 26 Disember 2012

OREN @ RENNY KU..KURUS..

Assalamualaikum..

Ingat tak kisah anak kucing yang jatuh dari kolong air-cond ofis aku yang aku ceritakan di SINI tempohari..?? Aku panggil dia Renny..tapi macam tak layan je..so aku panggil dia Oren..eh..eh..ok pulak..agaknya dia suka aku panggil dia Oren..Oren pun Oren la..janji sihat.


Hari ini genab 3 minggu Oren dibawah jagaan aku..aku anggarkan umur dia dah 4 minggu sebab masa aku jumpa dia, mata dia baru terbuka sebelah dan tali pusat pun dah tak ada.

Aku bagi dia minum susu formula khas untuk kucing.. tapi agak merisaukan badan dia tak naik-naik..kalau boleh biarlah gemuk sikit. 


Aku rasa dah sampai masanya untuk dia makan makanan pejal..maka aku belilah makanan pallet ni..aku beli di Tesco..


Permulaannya aku basahkan sikit agar makanan tu lembut dan Oren mudah nak gigit. Tapi sekarang Oren dah pandai makan.

Aku ajar Oren berak kat pasir..aku belikan pasir beraroma Epal...

Sekarang dia dah pandai cari kotak pasir bila nak membuang..tapi sebelum dia akan mengiau kuat-kuat.. Mula-mula aku suspen..sakit ke ..apa ke.. rupanya..dia nak aku tunggu dia membuang..penakut pulak budak nih!

Nah..ini susu termahal pernah aku beli untuk seekor kucing



Brand Neu Zea..aku beli susu ni pun sebab aku ada google..kebanyakkan orang cakap, susu ni boleh gemukkan kucing. Aku dah cari sekitar Alor Setar dan Jitra, tapi tak ada; last-last aku minta tolong kawan aku Iera, tolong beli kat 1 kedai di Pandan Indah..nama kedai tu Pet Save. Nama kedai ni pun aku dapat dari internet juga. Nak beli tin kecil rasa macam tak cukup, makanya Iera belikan aku tin besar 1.5kg.. dengan harga RM80++. Sebelum beli kena buat Member Card dulu, baru boleh dapat harga tu..haih..macam-macam..

kepada yang berminat nak beli susu ni, boleh contact alamat kat bil ni..

Harapnya lepas Oren minum susu ni, bolehla badan dia gemuk sikit..kang kurus nampak macam aku bagi tak cukup makan. Tengok tuan punya montel..tengok kucing..kurus keding..masalah jugak tu..

Itulah cerita hari ini..Adeuss!!!

Selasa, 25 Disember 2012

CERITA TUN.M

Assalamualaikum..

Gambar ini aku dapat dari page Saya Sayang Tun Dr. Mahadhir Muhammad..maka aku nak kongsi dengan korang..

100 Hari Sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 1981

1981...
Beliau telah menggunakan komputer..
dari situ kita dah tahu..betapa "advance" nya Tun pada ketika itu..dan begitu jugaklah "advance"nya pemikiran beliau sehingga membawa Malaysia jadi seperti hari ini, walaupun ada yang mencerca dan menghina..(sedangkan yag mencerca tu langsung tak buat apa-apa kebaikan untuk negara..hanya tahu bercakap dan menghukum..dari dulu hingga kini)

Semoga Allah panjangkan usia Tun dan  diberikan kesihatan yang baik..amin......

Isnin, 24 Disember 2012

TEMBIKAI 4 SEGI

Assalamualaikum..

Aku penggemar tembikai..di zaman kolej aku dan BFF aku pernah makan tembikai sorang sebijik..dan esoknya kami menghadapi cereti bereti ..padan muka!

Suatu masa dulu aku tertanya-tanya, dari mana datangnya buah tembikai macam ni..

* pinjam pakcik gugel

Yang aku tahu buah ni tak ada kat Malaysia. Banyaknya ada di Jepun dan Taiwan....

Aku pun pelik, macam mana buah yang bulat boleh jadi macam ni..hairan sangat-sangat. Akhirnya untuk mendapatkan jawapan..maka ini yang aku dapat..


owh..rupanya buah ni dimasukkan dalam kotak semasa tempoh pembesaran..Sekarang semuanya suda terjawab..tapi bab harga tu.. errkkkk...saper nak jawab??

Ahad, 23 Disember 2012

AISKRIM GORENG

Assalamualaikum..

Aiskrim Goreng..aku pasti ramai yang sudah tau tentang  cara penyediaannya dan ramai juga yang memang kategori terer yang boleh buat dengan sempurna. Kesiannya aku amat ketinggalan dalam bab masak memasak ni. Maklumlah sibuk dengan menjahit. Tapi kali ni aku try juga buat . Dengan sekali cubaan, Alhamdulillah menjadi.

Dulu aku ada bagi resepi cara nak buat aiskrim sendiri..korang boleh tengok di link ini ---> AISKRIM SDN.BHD

Seperti biasa..resepi aku adalah resepi yang senang ..

Bahan-bahannya:
Aiskrim, Roti


1. Letakkan roti, ceduk aiskrim dan letak atas roti

2. Tutup dengan roti

3. Tekan dengan apa-apa bekas yang bulat (tupperware, atau apa2 sahaja)..inilah rupanya lepas ditekan

4. Seeloknya sejukkan kembali dalam peti sejuk..atau goreng aje terus (kena buat cepat-cepat)

5. Goreng dalam minyak panas..kalau minyak tak panas bukan goreng namanya..

6. Siap!

Ok..selamat mencuba di hari minggu.. Adeuss!!!



Sabtu, 22 Disember 2012

XOXO LOL

Assalamualaikum..

Terus terang aku mengaku selama ni aku tak tahu apa maksud XOXO dan LOL tu.. Sejak aku tertawan hati dengan filem Istanbul Aku Datang, aku pun tanya En.Wiki....apa maknanya. OOO...baru aku tau..



XOXO tu gabungan 2 huruf X dan O (ye la kan..mana ada huruf lain ye tak?..ceh! ) X mewakili cium dan O mewakili peluk. Kira-kiranya lebih kurang "peluk cium" la.. Contoh macam kita di zaman dulu..di akhir surat selalu orang tulis " sampaikan salam peluk saya pada sipolan..."..so kalau zaman sekarang ia bertukar menjadi " sampaikan salam XOXO saya sipolan..."..huh...buruk la pulak bunyinya.. Apapun itulah yang selalu disebut budak muda mudi sekarang...

Sejarahnya, bermula di Zaman Pertengahan (1765) dan penganut Kristian Awal apabila sebuah salib Kristian telah ditarik ke atas surat sebagai tanda keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran dan 1 ciuman diletakkan atau dicium pada salib sebagai tanda sumpah mereka. Oleh kerana pada zaman itu rakyat biasa buta huruf, maka huruf "X" digunakan untuk sebagai ganti ciuman pada surat. Selepas itu huruhf "X" juga digunakan sebagai simbol suci sepanjang  sejarah Kristian kerana mewakili perkataan Kristus atau Kristian (Kristian dalam bahasa Yunani ditulis sebagai ΧΡΙΣΤΟΣ )

Huruf "O" pula, dikatakan dibawa oleh pendatang Yahudi ke Amerika Utara dan huruf  "O" digunakan pada surat sebagai tanda pelukan (kerana bentuknya ia diumpamakan "mengelilingi"). Huruf  "O" ditulis di tempat huruf "X".





LOL pula adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris untuk  "Laugh Out Loud" yang bermaksud "ketawa terbahak-bahak". Perkataan LOL mula dimasukkan kedalam Kamus Oxford pada Mac 2011.

Itu rupanya kisahnya..barulah aku tahu..kesian kan..aku ketinggalan zaman..

Jumaat, 21 Disember 2012

HOT PERFUME..TERHANGAT DI PASARAN

Iklan Berbayar

Assalamualaikum.

Pernah dengar pasal HOT PERFUME ??..

Ini bukan perfume untuk di pakai di badan, tapi untuk wangikan rumah, kereta, bilik tidur malah almari pakaian juga dan di mana-mana sahaja. Didatangkan dalam botol kecil yang comel. dengan pelbagai wangian.




Antara wangian yang ada seperti : LEMON TREE, LAVENDER, TUTI FRUITI, WHITE GOLD, ENGLISH ROSE, GREEN APPLE, STRAWBERRY.

Pada yang berminat, harganya hanya RM10 sebotol. Mampu bertahan sehingga 2 bulan (ini terbukti atas penggunaan sendiri) . untuk penggunaan dalam kereta, jangkahayatnya boleh melebihi 1 bulan memandangkan suhu dalam kereta adalah lebih panas.

Jika anda berminat, boleh hubungi

En. Azhar - Hp : 012-4345173
Harga sebotol RM10
Kos pos untuk 5botol kebawah adalah RM6


Khamis, 20 Disember 2012

MENCARI PENGUJUNG BERTUAH

Assalamualaikum..

Aku sedang menanti penyekodeng @ pengunjung blog ini yang ke 333,333. Jika anda orangnya..sila tinggalkan nama dan link (email atau no.hp) kerana ada hadiah menarik menanti anda.. Untuk mengetahui anda pengunjung yang ke berapa..sila tengok side bar kanan "Berapa Kali Di Skodeng"--------->



Siapakah orang itu???Adakah anda???

CURRY CRUNCHY

Assalamualaikum

Curry Crunchy? Apa tu?..aku tak tau apa nama asalnya..tapi nama ni diambil sempena kerangupan gorengan bersama serbuk kari.. Macam biasa Penbiru hanya akan berkongsi resepi simple dan senang. Kalau nak yang hotel punya standart, sini bukanlah tempatnya..

Resepi kawan aku yang cuba-cuba buat dan menjadi.. Makanan ni sesuai bagi menggantikan keropok yang kita beli untuk anak-anak..sebab keropok di pasaran terlalu banyak serbuk perasa dan kita tak tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Keropok ni, halal dan yang penting kita yang buat sendiri.

Bahan-bahan:
1/2 bungkus laksa kering (ikut suka la korang nak guna banyak mana pun)
Minyak untuk menggoreng.

Bahan serbuk (blender kering):
5 camca besar Nestum
1 camca besar serbuk kari daging (boleh tambah lebih kalau nak pedas)
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
sedikit serbuk cukup rasa(tak guna pun tak apa..ini sebagai option sahaja)

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak..goreng terus laksa (tak perlu basuh), sampai  kembang macam keropok
2.  Angkat dan toskan..biarkan sejuk
3.  Bila dah sejuk, gaulkan rata-rata dengan bahan yang di blender kering tadi..
4.  SIAP!

Kan?? senang kan??..



Untuk mrnambahkan kelazatan,tambahkan jalapeno cheese powder masa mengaul..cheese ini boleh didapati di http://cheezycrazy.blogspot.com

Inilah hasilnya..
rasanya hampir sama seperti keropok Twisties..sedap!

*resepi credit to my friend : Hazlin lynhomemadecake.blogspot.com

Tunggu apa lagi..moh le kite buat..Adeuss!!!




Rabu, 19 Disember 2012

CIKGU KETAM

Assalamualaikum..

Petikan per"chating"an dari sebuah fb group.(.sila left click gambar untuk paparan yang lebih besar)

betul tak cara aku komen??
*anak murid tulis dia pening..dia tulis ..dia tak pening pun....aduhai cikgu!


Selasa, 18 Disember 2012

RESEPI PAVLOVA SIMPLE

Assalamualaikum..

Tahukah anda..minat memasak amat sukar di tanam pada orang yang baru nak belajar memasak apabila resepi dan cara-caranya amat panjang, susah, leceh, bahan-bahan yang sukar dicari..itu..ini...bla..bla..bla.. Bukan itu aje, sesuatu resepi yang "berat" boleh menyebabkan orang tak minat nak cuba ..orang itu adalah spesis aku.

Seperti biasa.. PenBiru tak akan menyusahkan korang dengan berkongsi resepi yang panjang berjela dan renyah. Resepi aku amat simple..senang sangat-sangat. 

Dulu aku bagi resepi Durian Crepe. Hari ini aku nak kongsikan resepi PAVLOVA SIMPLE. Ini di kira basic Pavlova la. Sesuai untuk makhluk Tuhan yang tak sukakan sesuatu yang menyusahkan.

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh jus lemon(boleh gantikan dengan cuka)
2 sudu teh tepung jagung
1cawan Whipping Cream(boleh tambah ikut suka)
Buah-buahan yang nak di tabur - ikut suka koranglah.


Cara-cara:
1. Panaskan oven kepada 300 darjah F (150 darjah celcius)

2. Pukul putih telur sehingga kembang, tambahkan gula sikit demi sikit. Pukul sampai adunan jadi tebal dan berkilat. Untuk testing, cedukkan adunan dengan sudu dan terbalikkan..kalau tak jatuh maknanya dah ok.

3. Masukkan esen vanila, jus lemon dan tepung jagung. Pukul rata.

4. Masukkan adunan dalam loyang yang di alas kertas minyak. Jadikan adunan tebal sedikit di tengah (seperti bukit)

5. Bakar selama 1 jam. Siap bakar, biarkan kek sejuk 

6. Pukul Whipping  Cream sampai kembang dan ketepikan sebentar.
*jika di dalam diri ada perasaan malas yang melampau, tak perlu penat-penat nak pukul Whipping Cream tu. Korang beli je yang dalam tin..pastu spray je.

7. Buang kertas  pada kek dan ratakan krim yang siap di pukul tadi..(kalau rasa nak makan kertas tu pun boleh aje..perut korang..bukan perut aku  :p )

8. Taburkan / letakkan buah-buahan yang korang suka. (lazimnya orang guna buah kiwi dan strawberi). Buah boleh dipotong nipis atau ikut suka koranglah. Korang yang nak makan..bukan aku.

9. SIAP !

pinjam dengan p.cik gugel..

Ada banyak versi resepi Pavlova. Kalau korang nak yang lebih advance tahap Masterchef..resepi ini  bukanlah resepinya. Maka korang kenalah cari sendiri. Resepi aku amat senang..yang penting sedap. Ok..selamat mencuba..
Adeuss!!!

*nak try Pavlova buah-buahan tempatan ..mangga.. pisang.. nenas.. rambutan.. ciku.. betik... bla..bla..bla. sebab tu aku pinjam gambo pak cik gugel..sebab pavlova aku buat haritu tidak berbuah.. kosong..kosong..kosong.. (najwa latif) !

Isnin, 17 Disember 2012

SYILA AMZAH VS SITI NURHALIZA

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entri ni. Tapi sibuk memanjang. Entah bila masa yang aku tak sibuk. 

Inilah kisahnya. Masa aku remaja remaji dulu sekitar tahun 1999 camtu. waktu kegemilangan Siti Nurhaliza (yang pada itu belum lagi bergelar Datuk), ada seorang ulama terkenal juga (namanya aku lupa) pernah buat kenyataan berbentuk ramalan (bukan tilikan)..katanya Siti Nurhaliza akan ada pengganti yang sama hebat. Namanya juga bermula dengan huruf S. Kisah ramalan ini agak heboh ketika itu (mungkin ada yang sudah lupa dan mungkin juga yang masih ingat)  Kemudian dari itu  muncullah penyanyi baru wanita yang namanya bermula huruf S. Maka aku tertunggu-tunggu nak tengok siapakah S yang dimaksudkan. 

Muncullah ..
Siti Nordiana...bukan..
Syura...bukan
Siti Sarah... bukan..
Syazliana..bukan (mana pi ntah dia ni)
Suki..pun bukan..

Abih tu saper????

Nah..tetiba budak kecik (yang namanya ketika itu Shila Techno) telah pun muncul dengan nama baru dan meningkat dewasa, Shila Amzah.

Dulu mungkin ada yang tak kenal dia..aku kenal la sebab mak aku peminat bapak dia ND Lala.. Tapi serius masa dia kecik aku tak berapa suka suara dia. Badan budak kecik tapi suara rentak suara dan nyanyian macam orang dewasa.

Bila dah bertudung ni, makin mencurah rezekinya dan suara pun bertambah sedap. Minggu lepas baru aku berkesempatan tengok video ni..tu pun pada jam 2pagi..

meremang bulu roma..huh!!..
p/s : klik pada gambar dan kemudian sila klik perkataan "Watch On YouTube"..untuk menonton klip ini

Apapun..kebangkitan Shila Amzah amat ketara selepas bertudung. Moga-moga tudungnya kekal begitu dan tidak makin tergelongsor kebelakang sehingga jambul terkeluar di depan.

Terasa bangga dengan imej macam ini, menyanyi dengan lunak tanpa perlu terlompat-lompat di atas pentas. Mungkihkah dia akan menandingi Siti Nurhaliza atau melebihi dari itu..Tunggu dan lihat.

*Tahniah juga atas kemenangan di Anugerah Planet Muzik 2012..



Ahad, 16 Disember 2012

SI JANTUNG HATI

Assalamualaikum..

Cepat sungguh mereka membesar...makin hari makin cerdik..makin nakal...makin banyak akalnya...mulut petah bercakap..ayat-ayat yang keluar dari mulut kadang-kadang diluar jangkaan..

3 bulan...


3 tahun...

moga mereka terus membesar dan menjadi anak yang soleh dan bijak..love them so much!

Sabtu, 15 Disember 2012

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Assalamualaikum.

Khas untuk kakitangan awam.. Jadual pembayaran gaji untuk tahun 2013. ( Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2013 )

sila klik untuk paparan yang lebih jelas dan muat turun 

Berbelanjalah dengan berhemah dan bersyukurlah ..kerana kita telah terjamin gajinya. Jangan hanya tahu meminta itu dan ini sedangkan sumbangan kita tidak seberapa.

Jumaat, 14 Disember 2012

BAYI JATUH DARI SILING


Assalamualaikum...

Kejadian ini berlaku Rabu minggu lepas. Berlaku betul-betul depan mata aku. Masa tu aku tengah tutup pintu kereta. Tiba-tiba aku nampak 1 kelibat yang terjatuh dengan laju di sebelah kereta aku.

Dari sinilah bayi itu jatuh. aku tak pasti orang panggil apa. Tapi ini adalah saluran air-cond. Yang merah tu kereta aku..Che Ah namanya ..

Aku pun berani-berani takut nak tengok apa yang jatuh,..rupanya..bayi kucing yang baru kering tali pusat..Mula-mula aku angkat tengok mana tau patah ke apa ke..tapi ok je cuma dia terkencing mungkin sebab terkejut dia dah jatuh dari tempat tinggi..

Aku letak balik..tapi langkah aku tak lepas sebab aku takut dia kena lenyek dengan kereta..tak pun jatuh dalam longkang besar..lalu aku pun ambil keputusan untuk bawa dia balik..


terpaksa bawa naik ke pejabat dulu..Oren warnanya..dan kebetulan baju yang aku pakai hari tu pun kaler oren..maka aku namakan dia Oren..



comelkan..

Maka lepas habis waktu kerja aku terus ke Pets Shop..beli apa yang patut..untuk Oren..

Botol susu dan susu tepung ..

Harap-harap Oren suka..miowwwwww...

Khamis, 13 Disember 2012

BUTTON BADGE

IKLAN BERBAYAR

Tahukah anda apa itu Button Badge?.. Kalau tak tahu ..inilah dia..



Mungkin ia terlalu formal. Tapi tahukah anda, selain untuk tujuan formal, Button Badge ni boleh direka pelbagai design dan boleh dijadikan cenderamata untuk pelbagai majlis atau acara.



Berminat???

Anda boleh mendapatkannya di Malaya Button Badge. Sebuah perniagaan bumiputera yang pernah menerima tempahan bukan sahaja dari .,

 ..orang perseorangan

..badan korporat..

dan juga NGO..


Ini harganya..
Harga untuk 100unit kebawah

Harga untuk belian secara borong

Jika berminat sila hubungi

FB Fanpage :malayabuttonbagde
Email : malayabuttonbadge@gmail.com
Contact Person : 012-5838291 - Naimah(sms only)
0193751766 - Izzah


  • Kos poslaju RM10-RM20 (bergantung pada kuantiti) 
  • Tempahan sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh diperlukan (tempahan URGENT akan dikenakan caj tambahan)
  • Saiz badge 58mm sahaja
  • Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB, Maybank atau Bank Islam


Untuk Bulan Disember 2012, Malaya Button Badge sedang mengadakan promosi akhir tahun..

 Untuk keterangan lanjut bolehla hubungi nombor yang tertera di atas.


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...