Selamat Tahun Baru untuk semua orang. Semua orang dan blogger hanya bercerita mengenai tahun baru termasuk jugak aku (walaupun pada hakikatnya entri ini adalah autopublish kerana aku sibuk dengan hal dunia dan akhirat)..dan aku tak pasti berapa ramaikah antara AMT aku yang sudi membaca entri ini.
2011 adalah tahun yang paling mencabar kemampuan aku sebagai pekerja, mencabar kesabaran aku sebagai manusia, mencabar emosi aku sebagai isteri. Tak perlu aku menghebahkan pada kalian apa-apa jua kesedihan dan kepedihan yang aku lalui kerana aku lebih banyak memendam rasa itu dari berkongsi dengan khalayak yang belum tentu suka mendengar/membaca mengenainya.
Aku tak pasti samada korang semua perasan atau tak, setiap entri aku berbaur lucu, dan komen ku penuh dengan perkataan "haha".."hihi".."huhu"...penuh dengan gelak ketawa. Jarang sekali aku menangis di blog aku ini kerana blog ini adalah untuk aku cari kawan dan cari makan, walaupun pada hakikatnya aku lebih banyak menangis dari ketawa..
Aku berdoa agar 2012 ini memberi kebahgiaan padaku dan keluargaku. Semoga kasih sayang ku suami isteri jauh dari gangguan anasir yang berupa syaitan yang gembira kiranya ia roboh menyembah bumi. Namun andai ia telah tertulis di azali, aku terima dengan redha dan hukuman serta balasan Allah pasti akan menanti pada iblis bertopengkan syaitan dan bermukakan manusia.
Selamat tinggal 2011. Aku tak mahu tahun ini berulang lagi. Cukuplah kenangan yang dibawa. Selamat datang tahun 2012..semoga Allah memakbulkan segala doa , harapan dan impian ku. Sesungguhnya aku juga ingin hidup bahagia..amin..
Selamat Tahun baru akak..moga tahun nie memberi rezeki,kebahagian pd kita semua..
BalasPadamsemoga tahun 2012 membawa sinar baru.selamat tahun baru!
BalasPadamTiramisu..selamat tahun baru..insya Allah..amin
BalasPadamPuan kutu, selamat tahun bru.. tq
BalasPadamselamat tahun baru pen biru..:-)
BalasPadamSelamat tahun baru
BalasPadammoga Allah mempermudahkan kita ya di tahun ni..
selamat thn baru, semoga tercapai hasrat dan impian. insyaallah.
BalasPadamassalamualaikum...selamat tahun baru moga tahun baru memberikan sinar baru dlm hidup kita...:)
BalasPadamsemoga tahun 2012 memberi kenangan yang manis untuk dikenang kak..bungkus semua kisah tahun lepas..:)
BalasPadamgitulah kan..bukan semua apa yg kita rs boleh dikongsi dalam blog walaupon hakikatnya bloglah tempat kita nk meluah rasa..
BalasPadamsy doakan 2012 memberi lebih sinar kebahagiaan buat penbiru..:)
Chekgu Azrine, Norh, Mama MAszull, prettywrite, rina cik betty, slmt thn baru semua..semoga doa2 kita di makbulkan Allah
BalasPadaminsyaAllah, smeoga 2012 memberi sinar baru dan haapan yg lebih baik...
BalasPadamnoriz..insya Allah..amin
BalasPadamSalam Pen Biru..semoga tahun baru bawa rahmat baru untuk awak ya
BalasPadam