Ahad, 15 Januari 2012

DAULAT TUANKU

Assalamualaikum..

Aku yakin yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah tidak dapat membaca ucapan tahniah dari aku. Sudah tentu Tuanku sedang sibuk dengan urusan negara kerana Tuanku sekarang memikul amanah sebagai Yang Dipertuan Agong..



Hari ini ulangtahun keputeraan baginda Tuanku. Ku doakan moga Allah melanjutkan usia Tuanku. Aku sebagai anak jati Kedah amat berbangga dan rasa bertuah menjadi rakyat Tuanku. Daulat Tuanku! 

Sorotan sejarah Tuanku adalah Sultan Kedah yang ke 28. Mula memerintah Kedah pada tahun 1958. Sudah hampir 54 tahun. Wajah Tuanku yang tenang , terasa sejut mata bila memandang.  Semoga Allah memberi kesihatan yang terbaik untuk Tuanku..

Sesungguhnya Tuanku Sultan Kedah adalah sultan yang cukup berdaulat. Ingin aku berkongsi peristiwa masa Sambutan Jubli Intan Pemerintahan Tuanku beberapa tahun lalu. Pagi itu hujan selebatnya..aku sendiri malas nak keluar rumah..tapi lintas langsung di TV buat aku tak senang duduk memandangkan ofis aku dengan Balai Rong Seri, aku pergilah jugak. Bukan mudah nak saksikan sendiri peristiwa bersejarah ini..

Waktu itu hujan dah reda, namun cuaca masih mendung. Sebelum beberapa minit ketibaan Tuanku dengan bahtera khas Di Raja, cuaca semakin baik tapi masih mendung dan kepulan awan hitam belum hilang. sejurus Tuanku tiba dan alunan muzik dan Nyanyian Lagu Allah Selamat Sultan (Lagu Rasmi Negeri Kedah), dengan tak semena-mena kepulan awan yang mendung bagai ditolak ketepi dan matahari memancar terik membuatkan suasana menjadi terang benderang seolah-oleh pagi tu tidak pernah hujan..Sumpah ini cerita betul yang bukan aku seorang saja alami malahan beratus-ribu rakyat yang turut serta berkumpul, tapi mungkin diorang tak perasan.. Tiap kali bila aku ceritakan atau teringat peristiwa ni, membuatkan bulu roma tu meremang..owh..itulah yang dinamakan Daulat..dan aku berdoa agar Tuanku Sultan akan terus kekal berdaulat..Itulah uniknya raja-raja Melayu..

Sesungguhnya aku bangga jadi anak Kedah dan bertuah menjadi rakyat Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah..Daulat Tuanku!!!

5 ulasan:

  1. salam...aikk tak sangka penbiru org kedah...kak pun kedah mai jugak...:) kampung kak nun kat kodiang..sebelah sempadan nak masuk perlis..tapi la ni duk kat kl la..jom CNY ni pi rmh kak..22hb ni mak buat kenduri..:) ajak betoi ni tau..buat ajak ayam aa

    BalasPadam
  2. Puan kutu..Daulat Tuanku

    kak saniah.Insya Allah klau xda aral yg melintang pukang.Hehe

    BalasPadam
  3. rasa bangga jugak la sebab pernah belajar kat politeknik kulim @ politeknik sultanah bahiyah...
    sy antara 200 student yg pertama ! :)

    BalasPadam
  4. qaseh johanna..wah mesti best, smua baru la klau cmtu..awakla yg rasmi segala2nya..katil, locker, kerusi meja..best2

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...