Khamis, 26 Januari 2012

DISEBALIK KETENANGAN DI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum..

Selalunya ornag akan bercerita tentang keindahan dan ketenangan di Cameron Highlands. Kali ni aku tak nak ceritakan itu semua sebab dah terlalu banyak orang bercerita mengenainya. Aku nak ceritakan kisah lain pulak..

Ini..kisah tempat peranginan di musim cuti sekolah. Aku nasihatkan , korang janganla pegi sana time-time cuti sekolah yang bersambung dengan cuti umum. Kalau nak pergi jugak, pergi jer time cuti minggu. Ketenangan tiada di sana. Yang ada hanyalah jalan yang sesak dihiasai bau hangit enjin kenderaan. Memang menyesakkan. Kedai makan melambung-lambung harganya. Ini hakikat.

Tapi kalau ada jugak yang nak pergi time tu, aku nasihatkan..
  1. Pastikan kenderaan korang dalam kondisi yang tip top
  2. Pastikan korang pemandu yang cekap bukan yang terhegeh-hegeh
  3. Masa memandu disana, TOLONG jangan pasang aircond sebab itulah punca banyak kereta yang lingkup ditepi jalan dan tersadai kehangitan bila jalan jammed! Enjin jadi berat la weh!
  4. Jangan ikut rapat kereta dihadapan (ini yang paling penting sebab pemandu di Malaysia ni suka sangat cucuk-cucuk kereta depan. Ini sikap paling kurang ajar. Kalau dia nak cucuk sangat, korang bagi laluan suruh dia potong. Kalau dia nak tercucuk sampai rapat pun biarlah dengan kereta orang lain, bukan kereta korang.
  5. Jangan parking depan kedai yang korang nak singgah sebab benda ni menyusahkan semua orang kecuali memang ada parking kosong.(ni kes berat kaki nak menapak ..nak senang dan dekat jer!)
  6. TOLONG JANGAN GUNAKAN EMOSI SEMASA MEMANDU...yang ni semua orang tau, tapi buat-buat tak tau!
Ini yang aku nampak bila aku kesana. Pada yang berkereta baru jangan ingat kereta anda amat power sekali. Sesak di jalan berbukit dan bercerun tidak sama dengan sesak di  jalanraya biasa. Banyak kereta yang tersadai di tepi jalan kerana sesak di kawasan berbukit nih...
Sedikit gambaran sesak di sana untuk tatapan..







Bila dah tiada kesabaran dan masing-masing nak tunjuk lagak..inilah yang berlaku...

Dibawah payung itu terkujur mayat seorang ibu muda bersama bayinya..yang baju putih tu...si bapa..menyesal pun tak berguna lagi...(aku lebih cepat dari wartawan)

Dan aku pasti yang ambulan mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai ditempat kejadian memandangkan dari Hospital Tanah Rata ke lokasi terpaksa melalui jammed yang teruk(sesak yang langsung tak bergerak)..apa lagi yang mampu kita buat jika ini yang berlaku kerana kelalaian kita ...???

26 ulasan:

  1. jgn ckp kt CH..kt kpg sy pon sesak..maklom la kpg kat dgn kwasan mee udang matang...smp ikan, udang sume org borong..org luar mkn..org kpg sndri gigit jari..hehe


    **yg last tu, xyah le nak mnyesal sgt..sndri yg buat..nk meratap pon xgna dh..msa buat xnak pikir..!

    BalasPadam
  2. ramainya org, awk pergi masa CNY ker?

    BalasPadam
  3. masyaallah..bayangkan klu kemalangan tu berlaku dekat ahli keluarga?percutian bertukar jadi pengebumian..musim perayaan dan cuti umum mmg bkn masa yg sesuai utk bercuti,sebaiknya dielakkan..

    BalasPadam
  4. al fatihah!

    musim cuti nie semuanya nak pergi ke tempat yang sama..pastila sesak...ermmm...

    BalasPadam
  5. suka bertukar duka,
    Nauzubillah minzalik...

    BalasPadam
  6. liza pun g sana semalam...mmg betul pun, jalan penuh sesak, serik pulak rasanya nak ke sana....hihihhii

    BalasPadam
  7. assalamualaikum Pen Biru...kalau dah cuti mesti ramai kat tempat2 mcm tukan ada yg balik kg ada yg bercuti tapi berhati2lah semasa memandu kerana kemalangan itu tidak berbaukan...

    BalasPadam
  8. lg satu yg paling buat sy fobia nak ke CH..lori2 sayur bila memotong ikut suka dia.Kat selekoh pun dia bedal je..sbb dia dh biasa dgn selekoh2 tajam tu

    BalasPadam
  9. mmg ya..sy dah smpi sana pd hujung mingu dan inilah realitinya huhuhu

    BalasPadam
  10. tak pernah lagi pergi cameron...hehee.ye la betul kalau nak pergi bercuti time cuti umum ni memang kena buat perancangan rapi...banyak perkara kena dipertimbangkan....kereta,emosi,duit dll.org pergi bercuti nak tenangkan hati,nanti alih2 sangkut dalam jam hangat hati pulak.
    kemek teruk kereta yang accident tu...:(

    BalasPadam
  11. fuyoo.. nasib baik tak gi.. tapi biasala esp cuti CNY.. mana2 pun sesak..tu blm lagi genting erk.. cz cina pun suka panjat atas sana bila perayaan dorang.. huhu

    BalasPadam
  12. pernah pergi time hujan..kalau kawasan berbukit tu jem..memang sakit..kereta rapat je

    BalasPadam
  13. teruknya..nasib baik JS lepak kat umah je..

    mula2 JS plan nk ke colmar tp bila tengok hotel pun full..kami cancel jln2..

    jom join teka teki di blog JS..manalah tau kot2 jadi pemenang nti...hihi

    BalasPadam
  14. kesian kat mangsa kemalangan tue...malang tak berbau...

    BalasPadam
  15. Tips tu semuanya berkenaan dengan pemanduan dan jalanraya. No 4 tu saya setuju. Paling bengang kalo org main2 cucuk2. Dah tak reti nak bersabar. Ramai giler org kat Cameron time cuti2 ni ek? Sian plak yg meninggal tu. Kereta teruk macam tu sekali.

    BalasPadam
  16. cuti sekolah balik kg aje....bile cuti sabtu ahad naik cameron H baru xramai org camni....jd tumpuan dah lepas jalan baru dibuka......jom g cameron sabtu niii....xcdent tu cam memotong d line kembar jeee

    BalasPadam
  17. sekali je pernah cameron, tp xde sesak camni...

    BalasPadam
  18. selalunya memang tak suka plan bercuti waktu cuti2 umum..nanti yg dapat cuma stress..

    BalasPadam
  19. Byk nye kereta,tat y papa mifz suko cuti weekday compare weekend atau public ;-) baru la betul2 aman ;-)

    BalasPadam
  20. mmmmmm aci tak nak komen walaupun dah passed 2 days?....

    kalau di CH tu, xde maknanya nak jalan2 time cuti. cam saya ni langsung tak lalu... selalu dah tengok, terperangkap berjam2 dalam kesesakan, nak bergembira pun entah ke mana... baik balik kampung...

    BalasPadam
  21. tq pada semua komen.sebenarnya jammed ni berlaku bukan kerana keadaan jalan atau ramainya org, tapi kerana sikap pemandu yg kalau boleh nak paking dekat dengan tempat yg nak dituju..hasilnya, ada la sengal-senagl yang paking atas jalan, yg menghalang lalu lintas dan pemandu lain terpaksa memperlahan kan kenderaan. ada yg nak tunjuk lagak memdu macam jalan yg dia dh biasa lalu smpai berlaku kemalangan.itu aje puncanya

    BalasPadam
  22. aduhhh..terasa betul baca entry nih lah..
    insaf..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...