Sebenarnya sudah lama aku perhatikan stesen Petronas ini...
Ini adalah stesen Petronas Simpang Empat, Alor Setar.
Apa yang menariknya sangat pasal stesen Petronas ni?..Meh sini aku nak cerita. Aku ni kira pelanggan tegar stesen ni. Apa yang aku nak cerita di sini memang sumpah aku tak dibayar walau sesen pun apa lagi dapat bekalan minyak secara percuma lepas ni..huhuhu
Aku suka stesen ni. Dalam beratus-ratus stesen Petronas yang aku singgah, inilah satu-satunya yang sentiasa memberi gift kepada pelanggan. Kalau isi RM30 kebawah, diberinya tisu sebungkus atau air mineral botol kecik..kalau isi RM60 ke atas, dapatlah sebotol besar air mineral/minuman. Bukan pemberian itu yang aku kisahkan. Walaupun nilainya tak seberapa, sekurang-kurangnya dapatla jugak apa-apa pun..tanda mereka menghargai pelanggan dan mereka takkan jatuh bankrap pun kerana sebotol air! Jadilah kan? dari isi sampai penuh tank, tapi apa pun tak dapat!
Itu hal pemberian kepada pelanggan. 1 lagi yang aku salute dan memang kena puji ialah..inilah satu-satunya stesen yang menggunakan 90% pekerja OKU..yang jaga kaunter jer tak OKU pun. Ini bermakna tokey stesen ni, amat prihatin dengan memberi pekerjaan kepada golongan istimewa ni. Kita sebagai pelanggan yang datang pun terasa senang hati sebab diorang ni di ajar berbudi bahasa dengan pelanggan..kita sampai je.."Selamat datang"...kita nak balik jer " Terima kasih, datang lagi"..
Memang benda ni nampak remeh jer, tapi pada aku, aku kagum dengan diorang dan tokey stesen ni kerana bagi peluang kepada mereka untuk berdikari. Sekurang-kurangnya aku tidak dilayan oleh mat-mat bangla bila singgah nak isi minyak!
Kepunyaan siapa? Semoga diberkati kebajikan tuan empunya.
BalasPadamakak..baca entry ni rsa nak gugur air mata..sebak pun ada..susah nak jumpa orang yang ikhlas macam tokey petronas ni kan..air mineral je pun tapi pemberian yang cukup bermakna..dengan staff yang berbudi pekerti walaupun oku..patut jadi tauladan ni..
BalasPadamhajah..rasanya kepunyaan seorang cina..
BalasPadamprettywrite..memang diorang ni bagus2..ada sekali tu, siap bye2 kt kita.diornag ni ada yg OKU anggota tapi masih mampu bekerja, ada yang masalah lembam..walaupun kurang daya pemikiran, tapi budi bahasa tetap ada
sesetengah perkara yang kecil buatkan hati kita menjadi besar...
BalasPadambetul..mungkin ada yg anggap ini perkara remeh
Padamwah...bestnya...namun hanya satu dalam seribu
BalasPadammungkin juga..tapi tak penah jumpa kat tempt lain
Padambagus ye petronas nie beri peluang pekerjaan kepada mereka kurang upaya.sy skang klu terdesak je isi minyak dekat petronas...:)
BalasPadammemang bagus..puan kutu mmg tak guna petronas ker?
PadamBagus giler..blm pnh lg jumpa stesen minyak yg layanan superb camni..klu kl rasanya mcm susah je nk jmpa stesen minyak yg workers dia bkn bangla..huhu
BalasPadamtu la.dari guna bangla, baik guna warga sendiri
Padambila dilayan dgn baik insyaallah ramai yg akan jadi loyal customer.tp betul jarang jumpa tempat yg nak amek OKU sbg pekerja....dpt free gift lagi...murah rezeki...
BalasPadamsy pun tak penah jumpa temapat yg mcm ni..inilah satu2nya
Padamassalamualaikum Pen Biru...Tahniah buat tokey petrol pam tu sbb dah berjaya menarik pelanggannya dgn cara mcm tu...:)
BalasPadammemang pelanggan dia ramai..sebab dia tak kedekut
Padamingatkan simpat empat alor gajah. hee.
BalasPadamDi petronas kat pekan PS di daerah BEE PEE pun banyak gunakan tenaga OKU.Selalu sy perati kenapa tangan mamat sebelah asyik seluk poket je. Rupa2nya..tak pe tangan sebelah masih leh wat kerja
BalasPadamKat Petronas Tanah Merah pun ada gak bagi air mineral dulu... tapi 2012 ni macam dah tak bagilah pulak... ke masa aku isi minyak kat sini stok mineral abis dah... hehe
Padam