Rabu, 29 Februari 2012

TONSIL

Assalamualaikukum..

Apa yang aku nak sharekan hari ni adalah kejadian benar ye. Ya , gambar yang bakal di paparkan dibawah ini mungkin tidak sesuai ditonton segolongan orang yang mabuk darah dan tak tahan loya. Sila tutup mata pada yang tak mampu ye..



Inilah gambar tonsil adik aku. Aku pun heran, macam berpakat-pakat pulak kami ni dengan tonsil. Dia dah selamat operate Isnin lepas. Hari ni masih kat ward lagi. Mungkin esok dah boleh discharge dah..

Benda ni memang menyakitkan dan buat pesakit mudah demam..cam aku jugak la. Bila dah tak de benda alah ni, harap-harap lepasni bertambah baiklah kesihatan tu..ok..itu je aku nak share sempena hari di tahun lompat ini.

Jangan ada yang melompat lepas tengok gambar ni..melompat ke toilet atau sinki..sorry ekk!!!

Selasa, 28 Februari 2012

DI MANA KITA SEBENARNYA?

Assalamualaikum..

Tak de apa yang menarik untuk dikongsikan. Semuanya aku autopublish kan memandangkan kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan sekarang ni.



Apa yang nak aku bebelkan hari ni , memang aku akui, bukan aku sorang jer perasan, semua orang perasan dan tahu hakikat ini. Tapi apa yang kita mampu buat. Kita hanya boleh bercakap dan memberikan idea itu dan ini. Tapi siapa yang nak melaksanakan?..

Sekarang ni, siaran TV kita dipenuhi dengan drama dari negara luar. Yang paling sakit hati, drama tu boleh pulak di ulang tayang pada channel yang lain. Tak salah aku, TV1 jer kot tak pernah ada drama murahan cam tu. Asyik menangis tak berhenti-henti. Naik rimas aku tengok(bukan tengok tapi tertengok) Betul tak apa aku kata ni?

Drama buatan Malaysia pun ada yang bagus. Ada moral di dalamnya. Episod pulak takde la meleret-leret sampai jadi episod ke 356 (ini siaran untuk 1 tahun tanpa henti).Betul tak apa aku kata ni?

Jangan kata TV..siaran radio pun sama. Lagu buatan rakyat dan nyanyian rakyat kita pun berlambak-lambak yang sedap didengar dan berkualiti. Tapi yang aku hangin, tetap diselitkan jugak lagu negara seberang tu. dan stesen radio pulak macam tak ada pilihan sangat. Asyik nak menyelit jugak dengan lagu seberang.Betul tak apa aku kata ni?

Aku pernah ke Indonesia dan China. Apa yang aku tengok, kat siaran TV diorang yang beratus-ratus channel tu, TAK ADA SATU PUN drama dari Malaysia. Sedangkan kita, setiap channel paling koman mesti ada 1 drama dari negara-negara tu. Aku bukan perkauman. Tapi aku rasa ini tidak adil..tidak adil..(jadi Yuna jab)..Betul tak apa aku kata ni?

Sudahla kat luar sana warga diorang bersepah sana-sini. Pergi je kat mana pun, mesti ada muka-muka diorang. Yang sanggup caras laki orang semata-mata nak jadi warga kita pun bersepah-sepah.Betul tak apa aku kata ni?

Dah tu pulak, artis kita cukup susah nak tembus pasaran diorang. Sedangkan diorang, di negara sendiri pun orang dia sendiri pun tak kenal. Tiba-tiba , bila masuk ke Malaysia, diorang jadi terkenal sesangat. Penganjur pulak berpusu-pusu nak taja itu dan ini. Betul tak apa aku kata ni?

Kalau korang perasan, iklan di TV kita pun sebenarnya banyak dilakonkan oleh orang luar dan dilakonkan diluar Malaysia..Iklan sabun ke, aiskrim ke, shampu ke..semua nya bila mulut gerak lain, suara sebut lain..Macam dah tak de orang Malaysia yang boleh berlakon iklan. Betul ke apa aku kata ni?



Tak salah kalau sesekali kita terdedah dengan dunia luar, tapi jangan sampai kita terlindung langsung dari dunia sendiri. Betul tak kata aku ni?

Sampai satu tahap, aku tertanya-tanya pada diri sendiri..Dimanakah kita sekarang??

kita adalah Buatan Malaysia..

Isnin, 27 Februari 2012

AKU DAN AIRMATA

Assalamualaikum,...

Korang kenal aku di sini penuh dengan gelak tawa..huhu..haha..hihi..
Aku suka berjenaka...
Aku suka mengusik..
Aku suka berlawak..
Aku suka ketawa..

Tapi tahu tak korang..

Ada kawan yang gelar aku ratu air mata..
Aku mudah menangis hatta melihat orang berjalan kaki dalam hujan.
Aku mudah tersentuh dengan apa saja..
Aku memang sensitif..

Sekarang aku perlukan bahu untuk ku bersandar dan menangis..
Ada sesapa tak nak bagi aku pinjam???

kucin sapa ni?aku pinjam sat..nak buat lap airmata dengan bulu dia

Ahad, 26 Februari 2012

AMT??? APA TU??

Assalamualaikum..

Ada yang bertanya padaku.. AMT tu apa? Aku dah gunakan sejak pertama kali mem"on" kan blog ni. Sebenarnya AMT adalah AHLI MESYUARAT TINGKAP.. heheh istilah tu aku gunakan kepada korang yang sudi memfollow aku..dalam kata lain "follower" aku lah tu..

Kenapa  AHLI MESYUARAT TINGKAP?..Sebabnya ialah..
  1. Tiap kali kita on pc atau lappy..apa yang keluar dulu?..ya..WINDOW..
  2. Tiap kali kita melayari internet..apa yang terpapar depan mata?..ya..WINDOW..
  3. Bila kita berbual atau berkomen-komen diblog..kita klik Post Comment..apa yang keluar?..ya..WINDOW..

Apa jugak alasannya, apa jugak gelarannya..apa-apa bentuk kekotak yang terpancar di depan pc atau lappy korang, ianya adalah tetingkap atau WINDOW.. disebabkan kita hanya berkenalan dan berbual di WINDOW itulah, aku menamakan korang AHLI MESYUARAT TINGKAP..tak betul lagi ke istilah aku ni..heheh..itulah kisahnya..Adeus!!!

Sabtu, 25 Februari 2012

GAMBAR ARTIS BOGEL

Kenapa?
Terkejut dengan entri aku??
Korang nak tengok jugak ke???
Betul ke ni????
Tak nyesal?????

Korang jangan ingat aku ni baik sangat..aku pun ada yang tak baiknya. Aku ada simpan gambar ni, dah lama. Memang cun gila...siapa artis yang aku maksudkan tu? Dia ni pernah berlakon dengan artis popular tanahair. Gambar ni pulak di ambil dengan teropong..dah tu pulak possing maut yang amat menghairahkan..Mengucap panjang aku tengok..


Aku pun terkejut dan tak sangka mula-mula  tengok dulu. Tapi lama-lama dah biasa. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun muka dia ada keluar tv.Korang nak tau sape? Sapa yang tak sanggup tengok, sila tutup mata..sapa yang nak tengok ..Ini gambarnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

"KAU KENAL NIH???"
Nah!!! Ambik kau!!! Nak tengok sangat ye!!!

Jumaat, 24 Februari 2012

BEDAK TUAN!

Assalamualaikum...

Saja aku nak ajak korang mengimbau memori. Bagi yang hidup dizaman sezaman dengan aku..membesar dai awal tahun 80an, pasti semua ni masih boleh di ingati. Aku nak citer bab bedak..akanku pertunjukkan 1 per 1 (gambar semua ku pinjam dari atuk google ye)

Ini bedak pertama ku..mak aku yang cakap.. 

 dah agak-agak membesar dengan jayanya..bertukar ke bedak ke-2..Cuticura...

 Ini..bedak kegemaran masa form 3..bedak Samfoo atau lebih popular dikenali sebagai Bedak Nyonya..mak aku masih pakai sampai harini..muka mak aku memang tak de jeragat

 Ha..ini yang paling aku suka..Holiday On Ice..aku pakai dari Form 4 sampai Form 5. Masa tu aku dok hostel. 1 tin ni tahan 2 tahun ..sejuk jee..

Itulah dia bedak-bedak yang aku suka . Sekarang dah msuk 3series ni dah tak pakai dah semua ni. Dulu ye la..mana ada duit. Dah kerja sendiri ni memang tak pakai dah semua ni(elek..belagak!)..huhuh. Itu semua zaman sekolah dulu. Dan yang paling best masa zaman sekolah dulu..ni ha..



 air milo sejuk dari lori milo..errrk!!..apa kena mengena dengan ini cerita?? ahh!! lantak le..blog aku ..huhuh Adeus!!!


Khamis, 23 Februari 2012

KU REDHA SENDIRI

Assalamualaikum..

Aku terpanggil nak buat entri ni sebab salah sorang dari AMT aku yang terminat lagu ni.. cik Ladybird. Dalam entrinya semalam, beliau ada menyebut, lirik lagu ini memang terkena pada dirinya. Lagu ini sebenarnya amat popular pertengahan 80an. Aku yang hidup dizaman itu selalu dengar lagu ni. Dan aku pun memang suka dengan lagu ni. Bukan hanya lirik tapi melodi dan suara penyanyinya yang amat sedap didengar..

Penyanyi asal lagi itu adalah Klthsom. Suara dia memang best. Sebenarnya aku memang hafal lagu ni. Liriknya memang aku tak pernah lupa. Pada yang belum pernah dengar, jom kita dengar ramai-ramai..ia mengambalikan nostalgia kita..jom dengar


Aku pilih klip ni sebab ada wajah penyanyinya. Walaupun audio kurang sikit, tapi oklah..ada juga klip yang gambar apa ntah, tapi audio dia lebih jelas..apapun aku harap, korang boleh tengok sendiri klip ini dan terhibur dengannya..*sape2 yang tak dapat tengok klip ni..tengok jer kat youtube..heheh

Aku Bukan Aku
Yang Kau Kenali Dulu
Engkau Bukan Engkau
Yang Pernah Memukau..

Di Hadapan Kita
Dua Insan Berbeza
Yang Mencari-Cari
Arahnya Sendiri..

Suara Senada
Seida Sekata
Tiba Saatnya
Bercanggah Jua..

Kita Yang Bersifat Baru
Berubah Dengan Waktu
Kau dan Keangkuhanmu
Mencabar Kesabaranku..

Ke Mana Kelembutan
Bicara Yang Bersopan
Diriku Dikasarkan
Oleh Pengalaman..

Andainya Berjauhan
Rahmatnya Kedamaian
Biar Kau Pergi
Biarku Di Sini..

Biar Kau Pergi..
Biarlah..
Ku Redha Sendiri..

dan lirik lagu ni ..memang menyentuh jiwa (bagi yang mengalami). Bagi yang tidak mengalami, mungkin tak rasa apa-apa..itu jer perkongsian hari ni..Adeus!!!

Rabu, 22 Februari 2012

NAK MESYUARAT KE NAK MAKAN???

Assalamualaikum..

Ni kisahnya..bukan berlaku di opis aku ye..tapi di opis orang lain dalam sektor gomen. Asal nak meeting ke..nak kursus ke..semuanya nak oder makan yang sesedap tekak je. Kekadang tu melampau-lampau jugak dan orang yang mengoder makan kat diorang tu terpaksa menahan sakit hati bila di komplen..makan tak sedap..makan tak cukup..makan itu...makan ini..tak makan itu..tak makan ini..

Bab minum pun sama, tak minum air O la..mesti ada susu la, naik menyampah dibuatnya.  Asal nak meeting je, mesti request makan. Hatta nak meeting pasal cara-cara nak susun selipar pun, mesti request makan. Tak ke sakit hati. Lagi sakit hati kalau nak makan itu ini tapi nak suruh cari yang harga murah.,dey tambi!! dunia sekarang mana ada yang murah. Nasi lemak bodo pun sebungkus RM1..itupun ade la ikan bilis sekog dua..

Ni  aku dah terbaca kat web JPA.. sila patuhi ye Surat Edaran ini : Surat Edaran: JPA BPP 384/2/8/1 (22)

Dan yang ini adalah petikan dari Panduan Penyajian Sihat Semasa Mesyuarat




Pasni siapla deme tu. Aku pun nak pakai Panduan ni la kat opis sebab kat opis aku cuma ada 1 makhluk saja yang suka oder makan walaupun nak buat meeting yang tak sampai sejam..bukanlah pegawai besar pun, tapi berasa diri tu macam pegawai .Oklah..esok kite citer pasal lain lak ye.. Adeus!!!

Selasa, 21 Februari 2012

SETIA KAH KAMU???

Assalamualaikum..

Entri kali ni pendek jer. Aku nak tanya korang.."Setiakah kamu???"..
Adakah kamu seorang yang setia? Tak kira setia pada barang, hobi, negara mahupun pasangan???

Jika aku..jawapannya "YA"..

Aku memang setia. Kalau tidak, takkanlah aku..
...masih menggunakan handphone yang dah ketinggalan zaman
...menggunakan ringtone yang sama selama 5 tahun tanpa terniat dihati untuk menukar yang lain
...masih memandu kereta pertamaku yang dah hampir 9 tahun usianya
...masih simpan dan pakai jeans yang aku beli 13tahun lalu..

Namun sesungguhnya "Setia" itu kadangkala hanya akan memakan diri...
Tidak bermakna "curang" itu baik, tapi orang "setia" seperti aku selalunya tak dihargai...

Ada sesiapa tak yang boleh ajar aku untuk "curang"???

sorrylah menyusahkan korang baca entri ni!...

Isnin, 20 Februari 2012

MEMBURU IMPIAN

Assalamualaikum...

Percaya atau tidak, sudah hampir 5 tahun aku menggunakan Ring Tone lagu Memburu Impian nyanyian Kaza. Aku cuba tukar ke lagu lain, tapi, aku rasa macam ada sesuatu jer yang tak kena. So sampai hari ini aku masih menggunakan Ring Tone yang sama. Aku sebenarnya suka sangat dengan lagu ni. Bila aku dengar je lagu ni, ada macam 1 aura didalamnya yang melekat dengan hati aku..samada lirik atau melodinya.(adakah ini buktinya aku ini spesis manusia yang amat setia?? *uhuk!!! uhuk!!!) .Lagu ini juga merupakan lagu tema filem Gila-Gila Remaja..yang heronya "Oh..Azroy.."..jatuh chenta aku dibuatnya..hahaha

Ku jejak..
Jalan yang berliku,
Membara jiwaku,
Memburu impian...

Ku renang...
Lautan gelora,
Biar pun tersadai,
Di hujung dunia...

Akan ku rempuhi..
Segala rintangan,
Biar pun  rebah,
Ku bangun sendiri

Akanku genggam..
Biarpun hitam..
Menjadi milikku..

Ku mula..
Dengan langkah ini,
Menuju sinaran yang abadi..

Ahad, 19 Februari 2012

AKU TAK MAMPU LAGI...

Assalamualaikum..

Sedih bila anugerah ditarik balik..Aku bukanlah artis atau penyanyi yang menggunakan suara untuk mencari sesuap nasi. Aku nyanyi suka-suka. Sedap atau tak, ntah la. Dah lama tak nyanyi..ada la bulan lepas aku ikut BFF aku , p buat ujian suara (karok la tu) ..hehe..bila dah nyanyi baru tau suara aku dulu dah hilang..hanya low note saja yang lepas..yang lain..hampess.. Jangan kata nyanyi, mengaji Quran pun bunyi macam sumbang je..ish..semuanya gara-gara 2 bijik tonsil dalam tekak aku yang dah sebesar bola ping pong ni..Pendek kata..aku dah tak mampu lagi menyaring dan melunakkan suara sendiri..semua itu sudah tiada..sebab tu bila orang ajak aku join kior , aku takmo..jangan kata nyanyi..kalau dulu aku kena handle kelas sistem, 8jam bercakap, memang sakit gila tekak aku. Telan liur rasa cm telan batu. Nasib baik aku dah retired dari handle kelas tu.


aku tak reti baca tulisan dokter ni..yang aku tau, tu..gambo yang aku tanda merah tu..tula rupanye tekak aku sekarang..heheh

Apa nak buat, 21 Mac ni ada appoinment dengan specialist kat Hosp.Sultanah Bahiyah..alamatnya memang kena potong la leher aku pasni..Sebelum kena refer ke HSB, aku p check kat Klinik Kesihatan biasa je..sekali dokter tu tanya, "Awak tidor berdengkur x?"..aku jawab "Ntah la..saya taktau sebab masa tidor saya tak sedar.."..heheheh..betol tak aku jawab..bunyi cam loyar buruk pulak, tapi iyelah kan?

Oleh kerana aku tak mampu untuk menyanyi lagi semua lagu yang jerit-jerit  tu..apa kata kita nyanyi lagu popular ni reramai..jom ikut aku.."tepuk amai-amai..belakang kupu-kupu..."

*nanges bawah meja..


Jumaat, 17 Februari 2012

MENCARI AGEN TOPUP PREPAID

Assalamualaikum...

Actually , aku dah menceburkan diri dalam bidang topup menopap ni dah masuk tahun ke 5..kiranya dah lama jugak la. Syarikat topup yang aku join ni, mudah jer. Tak perlu nak mencari downline ke hapa. Tapi kalau ada yang berminat nak join, tak salah pun. Boleh aje. Yang penting, boleh jual dan guna sendiri pun tak pe..sekurang-kurangnya kalau ada emergency tengah-tengah malam, topup abis , aku tak susah dah. Bukan takat aku, abis semua dengan kawan-kawan aku akan cari aku di malam buta..diorang sms je aku..siap. Esok datang keja, diorang bayar.

So aku nak ajaklah sesape yang minat nak jual atau nak guna sendiri, meh le jadi agen aku. At least, kalau korang beli kat kedai RM10..tetap kena bayar RM10..ada yang nasib tak baik, siap caj pulak 5kupang. Tak ke hangin. Kalau jadi agen ni, topup Celcom RM10 tu harganya cuma RM9.65 sen. Memang nampak sikit tapi bayangkanlah kalau dalam sebulan 5 kali topup.. 0.35 X 5 : RM1.75..kalau setahun, X 12 : RM21.00.

Memang, nampak cam sikit jer..tapi cuba korang kira, start dari korang pakai handphone..katakan dah 5 tahun..berapa ye?..RM105 derrr..itu baru 1 nombor.kalau yang ada 2-3 nombor? How?

Ni aku nak offer kat korang la...nak jadi agen ni mudah jer.. Luangkan masa tengok table kat bawah ni..

Yuran sekali seumur hidup...

Pilihla mana korang nak jadi..ikut kemampuan lah ye..Pastu...



1 server dah cukup ye..boleh topup ke nombor apa pun tak kira telco apapun yang nak ditopup. Tapi tak salah kalau save aje 1 lagi nombor Server tu..bukan nak rugi pun, manalah tau tetiba server yang biasa kita guna tu ada apa-apa masalah ..so kita ada server back-up.

Lepas deposit modal berjaya(akan dimaklumkan melalui sms) barulah korang boleh menopap-nopap ye..





Bagi yang selalu on YM..boleh send ke server guna YM..jimat kan??? Caranya...



Jika modal telah habis digunakan(topup habis dijual), kenalah bank-in semula modal tu..cara-caranya...

Harus di ingat, format-format kat atas ni hanya perlu di send ke Server yang korang pilih jer. Senang jer kan?..so apa lagi ..siapa yang berminat boleh sms aku ye..0125677630. Sms atau call aje tau..misscall tak akan dilayan..okeh..Adeus!!!

Khamis, 16 Februari 2012

CARA MEMBUAT BANTAL DULANG HANTARAN

Assalamualaikum..

Sebelum aku menulis aku nak gelak dulu..kah..kah..kah.!!!!

Apasal aku gelak..Tajuk entri aku harini adalah mengenai Cara Membuat Bantal Dulang Hantaran. Dan apa yang lawak sangat sampai aku nak tergelak.??

Sebabnya, itulah keyword yang paling banyak untuk bulan lepas. Seingat aku, aku tak pernah sebut atau tulis pun mana-mana perkataan dalam ayat tu di blog aku ni..Korang cubalah cari mana ada perkataan Bantal kat blog musyuk ni.. apalagi Dulang dan Hantaran.. agaknya google ni dah gila. aku yang takde kena mengena dalam ini cerita pun turut terkena tempias..kah kah kah..Dan yang paling menggelikan hati, google macam nak perli aku jer sebab aku memang failed bab-bab nak buat hantaran ni..

Oppss..ada jugak ye yang nak tau cara buat bantal tu, ala, payah-payah sangat, taruk jer atas dulang, tak pun dalam kotak atau lebih mudah, beli jer..ekekekekekek...jangan marah haaaaa...

oleh itu..sape-sape yang nak sewa pegi jer kat blog ni --> anismagicfingers.blogspot.com

atau kalau nak belajar juga, boleh tengok blog ni.. http://mesdamestobe.blogspot.com/

Adeus!!!

Rabu, 15 Februari 2012

HATIKU BERBUNGA-BUNGA

Assalamualaikum..

Hatiku berbunga-bunga..sukar digambarkan ..bunga-bunga itu menjadi taman..lalu,dalam hati ada taman.. walaupun berbunga di dalam kelukaan, tapi bunga-bunga itu makin mekar dan hampir berjaya memadamkan kelukaan itu...

Aku ketawa dalam tangisan..aku tersenyum dalam kesedihan..

Sure korang terkejut dengan statement ini..sebab aku tak pernah meluahkan rasa cintan-cintun sayang mayang dan sebagainya kat blog musyuk ni..yang ada hanyalah perkongsian apa yang aku tau, lepas geram, manik, labuci, cheese powder dan topup dan entah hapa-hapa..

Kenapa berbunga?..biarlah ia terus menjadi 1 bunga yang besar, kemudian aku maklumkan..kalian doakan untuk aku ye..sesungguhnya, aku tak ramai kawan, dan korang adalah kawan aku. Aku harap korang sudi mendoakan yang terbaik untukku..

Terima kasih semua..

Selasa, 14 Februari 2012

ALAHAI ANAK - Part 2

Kisah 2 orang budak nakal jantung hati aku. Sambungan dari Part 1,..kali ni Si Abang ni cuba sedaya upaya nak pakaikan baju kat si Adik..(macam la dia boleh pakai baju sendiri)..last-last dia yang meraung bila cubaannya gagal..uwaaaaaaaaaa!!!!!!



Isnin, 13 Februari 2012

ALAHAI ANAK - Part 1

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan video candid, kisah permata hati aku ni..Abang Bob dan adik sepupunya Adik Fahri. Beza umur diorang ni cuma 2 hari je. Gelagat diorang ni kadang-kadang memang buat aku tergelak..kali ni si abang nak bagi adik pakai lampin..jom layan..


Ahad, 12 Februari 2012

DEDICATE TO MR.ZARUL UMBRELLA

Assalamualaikum...

Senyum dulu :)
Memblogwalking semalam menemukan aku dengan vokais yang menjadi kegilaan ramai masa aku sekolah menengah dulu. Thanks to Mama Maszull.

Lagunya pernah meniti dibibir aku dulu.. Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu dan macam-macam lagi. teringat kembali masa Form 4. Dikelilingi kengkawan yang sekepala, asal cikgu tak masuk kelas je, kami pun mula lah buat kelas nyanyian kat belakang kelas (dah memang pun aku dok kat belakang sekali)..macam-macam suara ada, sumbang, mambang..hahah

Berbalik ke cerita asal..entri Mama Maszull yang membawa aku ke blog istimewa itu. Lalu aku memfollowkan diri dan tak sampai setengah hari, abang Zarul kita pun mendaftarkan dirinya sebagai Ahli Mesyurat Tingkap aku yang ke 168..thanks bro! Tak semua orang femes sudi memfollow peminat diorang tambah-tambah lagi peminat yang tak dikenali..ada yang dikenali pun tak hingin nak follow pun ada..kan..kan..

Apepun, sekali lagi nak ucapkan thanks bebanyak kepada vokalis kumpulan payung @ Umbrella, iaitu Zarul. by the way..suara beliau maintain dari dulu sampai sekarang..

"salahkah..andai ku memuja..keindahan milikmu.."..cewah!
Adeus!!!

Sabtu, 11 Februari 2012

MESIN ATM EMAS

Assalamualaikum..

Nak kongsi cerita dengan korang. Selalunya dan biasanya kita hanya tau adanya mesin ATM dan Cash Deposite..tapi di Dubai dah ada mesin ATM jual emas..masukkan duit, pilih emas mana kornag nak, pastu, emas akan jatuh tergolek2 depan mata.. Agak-agak korang lah, kalau kat Malaysia bolehke nak pasang mesin ni??
Sedangkan mesin ATM biasa pun ada penyamun tarbus yang nak angkut..inikan pulak jual emas.. Jom tengk klip ni..


Jumaat, 10 Februari 2012

DETECTIVE CONAN

Assalamualaikum...

 *from google

Detective Conan?,..saper penah tengok? Aku suka betul dengan siri ni, yang kartun atau yang real, 2-2 aku suka. Sebelum kat tv hanya tayangkan yang siri kartun je...bila ditayangkan yang lakonkan orang betul, aku lagi suka. Nak-nak lagi watak yang dilakonkan tu, rupa dan gaya hampir sama dengan watak kartun.

*from google also

Walaupun ianya hanya cereka, tapi cara penyiasatan tu sebenarnya boleh mengejar kita cara-cara menyiasat. Contohnya ,masa rumah mak aku dipecah masuk dulu, tak salah aku 7 tahun yang lepas...kerana selalu tengok Detective Conan lah, aku berjaya teka sape yang masuk dan melalui mana dia masuk..hehehe..sampai incik polis tu kata kat aku, “mudah kerja saya hari ni”.hehhe

Sementara nak tunggu polis datang rumah mak aku, aku awal-awal lagi dah siasat. Aku tengok permukaan bingkai tingkap ada kesan tanah dan bingkai tu berserpih..aku syak penyamun tu masuk ikut tingkap. .pastu kat tempat abah aku sorok duit dia tu agak berdebu dan memang ada bekas jari. Saiz jari tu kecik je..aku agak budak-budak yang punya kerja dan yang pernah masuk rumah mak aku ni, tak ramai. Dan hanya orang-orang tertentu saja yang tau tempat abah aku sorokkan duit.

Nasib baik laptop adik aku yang dia tingal depan tv tak kena samun..Aku dapat jejak bekas selipar penyamun tu, dari tingkap, masuk ke bilis abah aku, pastu direct masuk bilik aku. Bila aku buka laci..sah, sekotak cincin aku hilang termasuklah cincin pusaka arwah tok aku . Bila polis sampai, aku cerita kat polis tu apa yang siasat..pastu polis tu just check balik tempat yang aku cerita kat dia..pastu dia kata betullah apa yang aku siasat tu..hehehe

Last-last, makhluk jahanam yang aku agak tu memang betul..anak jiran belakang rumah mak aku..budak tu kecik je. Mak dia pulak dengan muka tak bersalah, backing anak dia gila-gila punya. Inilah yang aku belajar dengan Detective Conan. Time tu kat tv hanya tayang siri kartun je, so tak sia-sia la aku layan cerita kartun tu..kehkehkeh..

Err..korang ada tengok ke?..

Khamis, 9 Februari 2012

ROSAK BAHASA

Assalamualaikum..

Aku nak share yang korang, gambar yang aku sempat snap masa on the way balik kampung haritu..Apa nak jadi..ke aku yang ketinggalan zaman sebab dah ada istilah baru...layan jer la..

MUAT + ATAS = MUATAS.. ???

Ada ke? cer citer..cer citer..Adeus!!!

Rabu, 8 Februari 2012

MARI MENARI BERSAMA BOB

Assalamualaikum..
Saje aku nak share dengan korang, aksi permata hati aku yang sorang ni..Pantang dengar muzik rancak..tergendut-gendut menari..jom tengok ..jamu mata..


Nanti aku akan upload video ke 2 ..saksikan saja tarian Bob yang mengikut rentak muzik..harap maklum, tak de sape-sape pun yang ajar dia..ini bakat semulajadi ye..hihihi...Adeus!!!

Selasa, 7 Februari 2012

PROMO PANGGUNG SABTU BEST!

Assalamualaikum…

Aku nak citer kat korang dah lama since benda ni keluar kat tv. Tapi memang tak sempatla. So hari ni aku nak citer la..

Kat TV3 sekarang ni kan ke ada montaj promo untuk Panggung Sabtu yang lagu background dia tu lagu Dari Sinar Mata, nyanyian kumpulan BPR. Kalaulah korang perhati betul-betul, korang akan perasan. Setiap gambar yang ditayangkan sepanjang klip tu, mulut pelakon yang menyanyi tu memang sama dengan lirik lagu tu..serius 1st time aku tengok, aku gelak terguling-guling..pandai betul orang yang edit klip tu, memang match dengan lagu tu..


Apapun aku rasa enjoy dengan montaj@klip promo tu.

Isnin, 6 Februari 2012

SEEFOOD..ANIMASI MALAYSIA BERTARAF HOLLYWOOD???

Assalamulaikum..

Aku tertarik dengan 1 iklan kat tv ni. Iklan tu promosi kepada filem animasi Seefood. Mula-mula aku tengok, macam best jer. Tengok punya tengok..eh..eh..dalam filem tu Siap ada gambar wau bulan ..aik..dari mana filem ni datang..korek punya korek..ooo baru aku tau, filem animasi tu memang Made in Malaysia lah!..


Wow..memang menarik nih! Kalau tak dikorek-korek tu dan kalau tengok sekali lalu jer,memang aku tak sangka filem tu buatan Malaysia. Kartun dia cantik, sound dia pun best,sama macam filem animasi dari Hollywood.

Kisahnye mengenai sekumpulan ikan yang diketuai oleh seekor jerung yang bernama Julius yang ingin naik ke darat. Apa akan jadi lepas tu..ni kena tengok kat pawagam. Layan filem macam ni lagi bagus,kepala pun tak serabut..enjoy jer..



Filem ni pulak akan menjelajah ke lebih 90 buah negara. Dan aku rasa, dengan kualiti yang baik macamni, memang boleh sesangat filemni masuk ke negara luar. Di Malaysia pula akan di tayangkan pada 8 Mac 2012. Itu jer aku nak kongsi dengan korang..Adeus!!!

Khamis, 2 Februari 2012

HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT

Assalamualaikum..

Aku yakin korang semua pernah tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan saudara Mamat Khalid. Semua orang suka ..tak delah pulak aku dengar orang komplen itu ini walaupun ada jugak scene yang merapu tapi memang kelakar gila.

Tak lama lagi akan ditayangkan filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit, juga arahan Mamat Khalid. Aku sebenarnya tak sabar nak tengok filem ni. Adakah ianya sekelakar  Hantu Kak Limah atau lebih kelakar lagi dari itu. lbih-lebih l agi filem ini adalah sequel dari filem Hantu Kak Limah. Aku sekarang ni rasa nak sangat tengok filem-filem macam ni. Otak aku dah sendat sangat dengan kekusutan. Kalau dapat tengok filem macam ni , memang boleh release tension aku ni.



Filem ni masih mengekalkan pelakon yang sama dengan filem Hantu Kak Limah.  Dan yang pastinya, daya penarik untuk filem ini adalah Usop..


kali ni Usop tidak lagi berwilcha..


dan warung Pak Jabit dah semakin seksi..


Apapun..kena tunggu tayangan yang dijangka pada hujung tahun ni..aduhai lambat lagi tu...Sinopsis untuk filem ini memang masih menjadi tandatanya..tak saper yang tau melainkan pengarah, penerbit dan pelakon-pelakonnya..

Ape lagi la gamoknye citernye kan?..cer citer..cer citer...
Adeus...

Rabu, 1 Februari 2012

AKU PUN MAMPU !

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan Februari..bulan kasih sayang kononnya. Tolong jangan ikut budaya barat ok. Nih aku nak tunjuk kat korang. Aku tengok la kan, sekarang ni semua orang belomba-lomba membeli smartphone yang canggih gila tu. Brand yang keluar pun sampai tak terkira punya la banyaknya. Aku pun tergugat sama. Tapi, buat apalah aku buang duit yang tak berapa ado ni untuk beli benda-benda tu..baik aku buat modal bisnes aku..kan?

Pada yang mampu, silakan lah. Aku tumpang seronok jer walau pun tak boleh tumpang guna..kihkihkih...Dulu ni, kalau aku bercuti, travel ke mana-mana, aku memang sepi tanpa apa-apa update kat blog musyuk aku ni. Tapi kini tidak lagi..aku pun ada henponbijak aku..walaupun selow tapi kebanyakkan post dihari cuti dan komen di blog AMT yang lain dan jugak mempublish komen korang kat blog aku adalah menggunakan henponbijak aku ni.. 

Jom tengok..

Ini page depan blog..

Ini entri semalam...

sama seperti di lappy/pc atau medium internet yang lain..pemuka blogger.

Memang kecik. Kalau korang perasan ada kotak 4segi yang ada anak panah tu..itu kena klikkan, baru dia besar. Tapi tak boleh taip entri...henponbijak aku tak boleh baca yang biasa, aku kena taip dengan kod html sekali..so biasanya aku akan buat entri siap-siap..cukup masa aku post aje..

Korang nak tau henponbijak aku ni model apa? Ya ..model yang paling seksi sekali..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

Tuuuuu.....chak!!! 

Nokia Sabun namanya..dibeli pada tahun 2005..dengan memori card 64Mb jer.

Inilah nyawa aku..henpon cari makan..Walaupun aku takde smartphone cam orang lain, at least aku ada henponbijak aku ni. Walaupun agak purba, tapi still boleh upload post blog dan status fb. Selagi boleh guna, aku guna. Pendek kata..aku pun mampu!..Adeus.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...