Tak de apa yang menarik untuk dikongsikan. Semuanya aku autopublish kan memandangkan kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan sekarang ni.
Apa yang nak aku bebelkan hari ni , memang aku akui, bukan aku sorang jer perasan, semua orang perasan dan tahu hakikat ini. Tapi apa yang kita mampu buat. Kita hanya boleh bercakap dan memberikan idea itu dan ini. Tapi siapa yang nak melaksanakan?..
Sekarang ni, siaran TV kita dipenuhi dengan drama dari negara luar. Yang paling sakit hati, drama tu boleh pulak di ulang tayang pada channel yang lain. Tak salah aku, TV1 jer kot tak pernah ada drama murahan cam tu. Asyik menangis tak berhenti-henti. Naik rimas aku tengok(bukan tengok tapi tertengok) Betul tak apa aku kata ni?
Drama buatan Malaysia pun ada yang bagus. Ada moral di dalamnya. Episod pulak takde la meleret-leret sampai jadi episod ke 356 (ini siaran untuk 1 tahun tanpa henti).Betul tak apa aku kata ni?
Jangan kata TV..siaran radio pun sama. Lagu buatan rakyat dan nyanyian rakyat kita pun berlambak-lambak yang sedap didengar dan berkualiti. Tapi yang aku hangin, tetap diselitkan jugak lagu negara seberang tu. dan stesen radio pulak macam tak ada pilihan sangat. Asyik nak menyelit jugak dengan lagu seberang.Betul tak apa aku kata ni?
Aku pernah ke Indonesia dan China. Apa yang aku tengok, kat siaran TV diorang yang beratus-ratus channel tu, TAK ADA SATU PUN drama dari Malaysia. Sedangkan kita, setiap channel paling koman mesti ada 1 drama dari negara-negara tu. Aku bukan perkauman. Tapi aku rasa ini tidak adil..tidak adil..(jadi Yuna jab)..Betul tak apa aku kata ni?
Sudahla kat luar sana warga diorang bersepah sana-sini. Pergi je kat mana pun, mesti ada muka-muka diorang. Yang sanggup caras laki orang semata-mata nak jadi warga kita pun bersepah-sepah.Betul tak apa aku kata ni?
Dah tu pulak, artis kita cukup susah nak tembus pasaran diorang. Sedangkan diorang, di negara sendiri pun orang dia sendiri pun tak kenal. Tiba-tiba , bila masuk ke Malaysia, diorang jadi terkenal sesangat. Penganjur pulak berpusu-pusu nak taja itu dan ini. Betul tak apa aku kata ni?
Kalau korang perasan, iklan di TV kita pun sebenarnya banyak dilakonkan oleh orang luar dan dilakonkan diluar Malaysia..Iklan sabun ke, aiskrim ke, shampu ke..semua nya bila mulut gerak lain, suara sebut lain..Macam dah tak de orang Malaysia yang boleh berlakon iklan. Betul ke apa aku kata ni?
Tak salah kalau sesekali kita terdedah dengan dunia luar, tapi jangan sampai kita terlindung langsung dari dunia sendiri. Betul tak kata aku ni?
Sampai satu tahap, aku tertanya-tanya pada diri sendiri..Dimanakah kita sekarang??
kita adalah Buatan Malaysia..
cheqna memang tak layan drama dari indon..
BalasPadammemang tak suka
banyak mengarut dan meleret2
Akak pun tak suka. Di sana tak de pun ruang untuk drama kita. Drama mereka yang ditayangkan di sini tak popular pun di sana.
Padamsoo proud to be Malaysian okeesss hehehe
BalasPadammemang semakin banyak program luar..ada jugak program yg bagus..kalau banyak sngat drama2 dari seberang..cam xde originality dah
BalasPadamTV9 dok ulang tayang drama xpa penat....tgh ari ada, ptg ada, mlm pn ada...pastu nanti yang belah tgh ari dia ulang ptg or mlm lak...hahah benda yg sama ja.
BalasPadambila buatan malaysia dianak tiri kan.. jadi cm ni lah... benda luar sume nampak hebat je... :(
BalasPadamitu la kak...dekat luar pn macam negara luar dah..tambah2 dekat KL...kt mydin Pudu tu...
BalasPadampastu dalam tb pun mcm tu jugak..haiya...
saya bukan kaki tv. tapi betul tu. cite indon or cite spain memang panjang. meleret2 sampaikan 38364 episode.. :)
BalasPadammusic or drama luar mmg mudah masuk Malaysia nih...padahal perkara sebaliknye berlaku untuk produk Malaysia itu sendiri...
BalasPadambetul...setuju sgt ngan n3 nih..
BalasPadamlagi2 tgk citer indon..adoiii..lame2 sakit jantung intan dibuatnye..nasib baik la bkerja..so xde la tgk citer2 nih..
ingt lagi time pantang//citer dorang jek..!!..dah la lame kan..makan tahun jg...
paling tak suka drama indon.. huhu
BalasPadamsaya suka dengan entri ini.. betul juga kan.. kita hanya sibuk mengagung2kan karyawan seni dari negara seberang... sedangkan hasil2 anak tempatan semakin dipinggirkan... Bila budaya kita dah semakin terhakis, barulah sibuk nak mengata itu ini...
BalasPadamBudaya kita kebudayaan kita.. selamatkan lah
Dah lama dah saya perasan benda ni. Bukan setakat rancangan TV je, masakan pun nak amik nama tempat2 lain. Pattaya la, bandung la, jawa la, USA la. Pastu kalau nak hias rumah plak nak ala2 English. padahal org English takde pun nak hias rumah bertemakan umah melayu. Lagu2 plak takyah citer la. Kita terima lagu indon, lagu korea, lagu omputih dengan hati yg lapang, tp derang ada ke terima lagu2 malaysia? Rakyat malaysia ni hanya tau meniru je.
BalasPadaminilah Malaysia kak..
BalasPadamRakyatnye terlalu mudah menerima dan memberi..
sehinggakan tiada ruang tuk diri sendiri.. semuanya dikongker oleh org lain..
mungkin kite sendiri tidak ade semangat kekitaan.. x berani nk kate.. huhu
AMT sekalian..kita tak mampu buat apa-apa. Kuasa bukan di tangan kita. Kita hanya mampu bersuara dan bersuara dan bersuara.. Jika yang mempunyai kuasa tidak melakukan apa-apa, maka sampai bila-bila pun, macam ni jugaklah jadinya atau mungkin jadi lebih teruk.
BalasPadamDemo la wak ramai2
BalasPadam