Sabtu, 31 Mac 2012

SEKADAR RENUNGAN...

Assalamualaikum..

aku pinjam ini dari fb..


i'm speechless..

Jumaat, 30 Mac 2012

PENARI TIANG..MEGAH SANGAT KE??

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang baca kisah 3 perempuan bengong ni..


Sedih betul..dengan perbuatan yang memalukan dan tidak bermoral ni, hanya didenda RM25 je..Ish...buat lekat celah gigi je kalau banyak tu, sedangkan pendapatan diorang bukan main-main lagi..

Apa agaknya perasaan diorang masa menari tu? Seronok? Bangga?  Megah??  Nak dijadikan cerita, takdir Allah..tengah berpusing-pusing dan mengeliat-liat ditiang tu, ajal datang menjemput...Nauzubillah

Bayangkanlah jika itu terjadi...

Macam dah takde kerja lain dalam dunia ni....insaflah!

Khamis, 29 Mac 2012

HIDUP TANPA GOOGLE

Assalamualaikum...

Betul tak..kita sebagai pengguna internet, kalau la google search tak de..kita akan mati kutu..

Nak tanya siapa kalau google search tak de..Aku tak suka tanya Yahoo, sebab jawapan dia tak menepati kehendak dan amat terhad sesangat..Aku yakin, boleh dikatakan 80% pengguna internet lebih memilih google berbanding yahoo..betul tak?

Walaupun kadang-kadang dan selalunya lah kan, carian google ni entah apa-apa..tapi kira ok lah dari yahoo yang macam tak tahu apa-apa..kesian..

Apa agaknya kalau google jadi macam ni...
|
|
|
|
\/


Selasa, 27 Mac 2012

MAYAT BERJALAN

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan 1 gambar yang aku terima melalui email..Jom tengok



Dikatakan gambar ini adalah mayat yang berjalan pulang ke rumah sendiri. Lokasinya di Kg.Toradja Indonesia, dimana terdapat satu ilmu luar biasa yang menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri dan kejadian ini berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit bukau.

Jika ada kematian di Kg.Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya akan berhenti bila sampai kerumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut

Bila aku tengok gambar ni, aku teringatkan peristiwa yang aku timba masa aku melawat Medan pada Mac tahun lepas. Aku diceritakn oleh pemandu pelancong disana, bagaimana kaum batak menyempurnakan acara kematian . Orang yang mati akan di tanam. Selepas 3 atau 5 atau 7 tahun, mayat itu akan digali semula dan dimasukkan kedalam binaan kubur berbentuk rumah batak dimana rumah itu diletakkan di tepi rumah ahli keluarga atau di tanah milik simati...

Aku cuba mencari gambar yang aku tangkap sendiri, tapi entah mana hilangnya..terpaksa aku pinjam dari pakcik google..beginilah bentuk rumah atau keranda terakhir mayat orang batak..


Apa pendapat anda?...fikirkan..Adeus!!!

Isnin, 26 Mac 2012

BAWA AKU PERGI -KAKA&ZIZAN PATUT DIHARAMKAN!

Assalamualaikum..

Aku bukan menolak seni..aku pencinta dan peminat seni. Tapi apa gunanya seni jika didalamnya terkandung benda-benda yang negatif. Orang seni sepatutnya dapat membezakan apa yang baik dan tidak dalam sebuah karya seni.

Teman blogger aku mendahului aku dalam post entri ini..aku pun terfikir nak buat entri yang sama sebelum ni. Rupanya kami sama pendapat.. , korang boleh baca ini Abghani ini..

Sabtu lepas, aku menonton Muzik-muzik di TV3. Ada 1 lagu yang dipertandingkan..tajuknya "Bawa Aku Pergi"..ya memang dinyanyikan oelh penyanyi yang aku haram langsung tak kenal..cuma tukang rap dia je aku kenal..si Zizan. Melodi dah sedap, tapi liriknya macam hampeh!..sekali dengar je aku dah menyampah..korang baca lirik ni..

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
**************************

Apa yang korang faham dengan lirik ini?
Apa motif lagu ini?
Apa maksud lagu ini?
Apa moral of the story lagu ini?
Apa mesej lagu ini?

Kita semua ada akal yang Allah bagi, fikirlah sama-sama. Penulis lirik seperti mengagung-agungkan perbuatan anak gadis lari ikut kekasih dimalam hari..Wah..bagus betul karya seni beliau ini..boleh dibuat lagu lagi. Dia tak sedar ke, bila ada kes ini, siapa yang menangis dan meraung kalau bukan ibu bapa?..mungkin beliau akan menyanyi riang bila anak daranya lari ikut jantan, siap bawak passport bagai..ya ampun!!!

Apa nak jadi. Dengan karya seni , sepatuntnya kita semaikan moral yang baik dan sampaikan mesej yang positif,bukan sampah macam ni. Aku pun tak pasti, kenapa TV3 boleh lepas lagu ni dalam rancangan mereka. Lagu ni patut dibanned aje. Banyak lagi lagu lain yang bagus untuk didengar.

Aku taknak letak klip lagu ini dalam blog aku sebab aku rasa ia akan mengotorkan blog aku ni. Korang boleh cari kat youtube kalau nak tengok dan dengar sendairi..kalau aku silap, sila betulkan aku..

Terima kasih sebab korang semua sudi baca entri aku ni..Adeus!!!

Ahad, 25 Mac 2012

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian.. Wasiat, tak kira siapa pun yang membuat wasiat, orang yang menerima wasiat adalah wajib menjalankannya. Jangan dipandang enteng pada wasiat. Mungkin ada antara kita yang tak tahu tentang wasiat dari Raja-Raja Melayu..Berikut adalah wasiat tersebut..

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga 50 peratus,selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini
  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain.

Sabtu, 24 Mac 2012

MACARONI CHEESE .. MENU PEMALAS

Assalamualaikum..

Aku ni jarang sangat nak publish citer bab makan-makan..resepi-resepi..bukan sebab aku tak reti masak, tapi aku malas sebenarnya..malas nak masak sebab masa aku amatlah tidak cukup. So takat ikan kembung goreng cicah sambal belacan pun takkan aku nak masuk blog kot. Buat semak je kan?

Hari ni aku nak tunjuk 1 resepi yang paling senang didunia,memang sesuai dengan orang yang malas  sibuk macam aku..Senang gile nih.

Macaroni Cheese..hehehe..cecaranya, korang rebus pasta @ makaroni sampai kembang (masak le)..pastu toskan..

Pastu sila bancuh Cheese Powder ini   bagi pekat likat..


Pastu korang campak je makaroni  tadi dalam bancuhan cheese..kacau bagi rata..SIAP!!  Kalau nak bagi sedap lagi, korang potongkan isi ayam ke..sotong ke..udang sekor-sekor ke, pastu goreng sikit dengan minyak..taruk atas makaroni tadi..pastu tabur je sikit lada sulah..Siap!!

dan inilah hasilnye...


Korang nak terai ke?..senang je. Tak yah pergi ke Kenny Rogers Roaster untuk makan ,kita pun boleh buat sendiri. Makan sampai lebam..so sesapa yang nak oder Cheese Powder, sila sms aku ye  0125677630..Adeus!!!

Jumaat, 23 Mac 2012

BERENANG PAKAI SPENDER ???

Assalamualaikum..

Aku bukan nak melucah kat blog musyuk aku ni. Tapi tu..tajuk kat atas tu adalah salah satu keyword bulan ini kat blog aku..hahahaha



Ada jugak makhluk tuhan yang nak tengok orang berenang pakai spender..apa masalah dia , aku pun tak tau.. Betulla kata orang, dalam dunia ni ada 99 jenis gila..ini pun salah atu dari 99 tu..aduhai..


Bagi memenuhi hajat hati orang berkenaan , gambar ni aku dedikasikan untuk beliau..semoga  beliau berpuas hati...   
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Khamis, 22 Mac 2012

BUAT DUIT DI RUMAH

Assalamualaikum...
sumpah ni bukan duit aku..kalau duit aku banyak cam ni..sekarang aku tengah goyang kaki kat Paris

Korang sure pernah dan selalu dengar perkataan kat atas tu kan? "Buat Duit Di Rumah"...ia menggambarkan bagaimana duit boleh masuk tanpa perlu kita keluar rumah. Tapi ada sesetengah makhluk telah memanipulasikan ia sebagai " buat duit tanpa perlu buat apa-apa "..

Pada aku, duit takkan jatuh dari langit dan jatuh melayang-layang di depan mata tanpa kita buat apa-apa yang boleh mendatangkan hasil. Tapi kalau dah dari keturunan kaya raya, itu memang mungkin. Itupun lama-lama boleh bankrup kalau duit asyik keluar tapi takde yang masuk.

Kadang-kadang aku naik menyampah bila baca iklan kat mana-mana pun yang memujuk orang untuk join diorang dengan ayat manis..1 daripadanya.."Perniagaan Tanpa Modal"...lagi "Duduk goyang kaki duit masuk berpuluh ribu dalam akaun dalam 1 hari.." amboi..senangnye hidup. Bagi yang mudah terpedaya, memang ada yang terkena. Perlu di ingat wahai kawan, tak ada perkara yang mudah dalam dunia ni kalau kita tak usaha. Apa-apa pun kita tetap kena kerja kalau kita nak dapat duit. Mana ada bisnes tak yah modal. Nampak sangat menipu. Macam aku kan senang, bisnes dengan modal kecik..bila modal kecik, untung pun kecik jugakla..padanla dengan modal yang dilabur tu.

Memang..aku akui kita memang boleh buat duit di rumah. Sebab aku pun macam tu. Cuma bezanya, aku kena kerja untuk buat duit tu. Bukan duduk goyang kaki jer. Itu orang malas namanya.  Kerja kat ofis..ofis jelah. Tapi langkah je masuk ke rumah, rasanya lagi sibuk dari di ofis. Mana dengan menjahit manik, packing Cheese Powder lagi, dalam celah-celah tu ada pulak orang nak beli topup..huih...memang bizi la katenye..itu belum kira kalau ada yang mengoder makan kat kat aku..bersilat-silat aku kat dapur nuh!

Pendek kata..takde jalan pintas untuk kaya, tak de jalan mudah untuk hidup senang. Semuanya perlukan usaha dan kerajinan. Kalau malas, memang tak kemana. Aku petik kata-kata Dato' Wira Johari Baharom (Ahli Parlimen Kubang Pasu) pada seorang peserta Bersamamu kat TV3 baru-baru ni ,katanya "Dalam Malaysia ni semua orang boleh kerja, mau dengan tak mau saja"..so apa maknanya??

Jadi , pada yang nak tambah pendapatan, dengan modal setakat yang mampu dan paling minima, dengan usaha keras dan kerajinan, berusahalah buat apa yang termampu. Macam aku..aku pun makan gaji dengan gomen..dalam pada masa yang sama , macam-macam kerja sampingan aku buat,tapi aku buat kat rumah ye..bukan kat ofis.

Pada yang terasa nak tambah side income tu, joinlah aku jual topup atau jual Cheese Powder. Aku boleh supply kan . Lepas tu, terpulang pada koranglah apa nak buat. Kalau rajin..larisla jualan. Kalau malas, aku tak boleh tolong.

sila klik gambar INI...dan




Terima Kasih !!!

Rabu, 21 Mac 2012

KAWAN OH KAWAN

Di sekeliling kita..
Ada kawan yang sudi mengumpat kita...
Ada kawan yang syok mengutuk kita...
Ada kawan yang bermuka-muka...
Ada kawan yang tikam belakang kita..
Ada kawan yang minta tolong dengan kita...
Ada kawan yang minta kita ajarkan dia..
Ada kawan yang ingat pada kita...
Ada kawan yang simpati dengan kita...
Ada kawan yang hormati kita...

Apa jua sekalipun, kita tak dapat lari dari mereka, kerana mereka ada disekeliling kita..dan kita hanya perlu bertenang walaupun dihati rasa terguris dan jangan bimbang kerana kawan-kawan mereka pun akan buat seperti apa yang kawan kita buat kat kita..ok kawan-kawan..

Selasa, 20 Mac 2012

CANTIKNYA BUDIBAHASA DIA

Kisah ni berlaku hari Sabtu lepas..sms yang paling kurang ajar pernah aku terima dari sorang hamba Allah yang nak buat bisnes tapi PR langsung tak de..

Aku      :  Salam.Cik, Sy *** dr alo star. Sy nk tny psl ***** ***** yg pakej ***** untung ***% . Mcmna cara sy nk join ***** ni? Berapa yurannya? Bolehkan ia buat ***** (dan beberapa soalan lain) Harap cik dpt bg jwpn a.s.a.p

Mohd Sengal    :  yuran kami ambil ***** shj .boleh bla bla bla.....U kedai ke?

Aku     :  x, sy buat kt umh je.Dh 5 thn dgn ********. Agen sy bla bla bla bla....(pastu aku tanyakan beberapa lagi soalan biasa)

Mohd Sengal   :  u boleh bla bla bla bla...

Aku     :  cik ada d mana?Klau boleh sy nk jmpa. Byk bnda  nk tny.bla bla bla bla...

Mohd Sengal   :  kalau nk jumpa, sorry. biz untung kecil, bukan berjuta  (jawapan paling kurang ajar!)

Aku     :  mmg, sy tau untg bukan bejuta. Tp knp jwb mcm tu dgn sy.Okla xpe.Tqvm

Mohd Sengal   :  detail boleh tanya sini atau baca di blog kami ******.blogspot.com

Aku     :  xpela, klaupun cik x hingin jumpa sy, jwble elok2.."Maafla sy sibuk xboleh jumpa" ke, apa ke,xyah la jwb mcm td. Itu jwpn yg paling x beradab pnah sy jumpa.Xpe cik.Klau dh dr awal sik layan sy mcm tu, masa akan dtg xtau lg mcmne.Maaf ye cik.Sy tny sbb berminat, tp dh d jwb mcm tu,mmg tawar hati.Sori n tq krn sudi luangkan masa.Byk lg syrkt lain.Sy akn cuba.Mgkin xde rezki sy dgn sykt u.Budibahasa budaya kita cik. Wslm

Mohd Sengal   :  ok.awak jgn tanya syarikat lain soalan yg sama. jawapan sama juga. kena pakai otak awk. untung awk pun berapa ringgit shj. nak keluar jumpa sudah minyak berapa? 2ribu sale pun untung *** jer sebulan. system kami komisin tertinggi. xperlu cari lain lagi. itu jer boleh katakan

Aku     :  ok.Terima kasih

Mohd Sengal   :  kami cakap cma tu bukan pakai ayat pancing awk masuk. cuba sebelum tanya kena pakai otak. semua soalan kami boleh jawap. syarikat lain cma ***** nanti join sama juga. rugi awk

Aku     :  cik pn sma.sblm jwb kna pakai otak jgk.Klau tak boleh jumpa, jwb baik2 .ok. Assalamualaikum!

Aku tak penah bengang dengan orang yang aku tak kenal sampai macam ni. Syarikat tu memang aku boikot sampai mati. Aku dapat no. tel dia pun dari iklan di FB. Memang kurang ajar kan??? Blog dia pun macam orang tak ada otak yang buat! Serabai gila. Blah la!

Isnin, 19 Mac 2012

CURANG!!!

Assalamualaikum..

Curang..dimana-mana saja ada kecurangan..ada yang nyata ada yang tidak..ada yang nampak di mata, ada yang tidak..ada yang disedari, ada yang tidak..gambar di bawah ini dipinjam dari post entri FB seorang sahabat..tahniah kepada beliau kerana amat prihatin dan dapat menangkap gambar bukti ini..



Apa pendapat anda?...Adeus!!!

Ahad, 18 Mac 2012

AKU TERINGIN NAK KE ???

Assalamualaikum..

GUILIN!!!

Ya. Aku memang teringin nak kesana. Entah bila..





*pic dari google

Ada sape-sape nak join aku???

Sabtu, 17 Mac 2012

BUNGA KRISTAL

Assalamualaikum...
Untuk kali ni aku nak tunjukkan design aku sendiri. Pelanggan aku nak baju yang penuh dengan kristal. Baju pelanggan ni jenis dress labuh kain payung. So dia nak aku jahitkan kristal di bahagian bawah dada dan hujung baju..

Agak sukar jahit kristal sebenarnya sebab kristal tu tak reti dok diam, asyik terpeleot je bila aku nak jahit. Bila dah masuk benang dah ok dah. Cakap banyak pun tak guna, jom tengok ajelah






Ok..untuk baju ni aku cakap memang agak mahal sikit ye sebab batu kristal tu pun dah mahal. Harganya RM130. Nasib baik pelanggan aku ni saiz S je..kalau saiz cam aku, mau-mau dalam RM160. Apa boleh buat. huhuhu.. So sesapa yang terberkenan di hati nak tempah jahitan camni jangan memalu.. sms @ call aje aku 0125677630.okeh!  Adeuss!!!

Jumaat, 16 Mac 2012

BUNGA LABUCI MANIK TABUR - 7

Assalamualaikum..

Manik lagi???  nasibla kan.. Tengok ajerlah..




Aku panggil baju ni aiskrim paddlepop sebab warnanya yang amat manis ini..Untuk harga baju ini RM60, baju saiz M. Kalau saiz besar dan nak bunga lebih meriah, maka harganya pun agak meriah sikit la kan..Okeh..itu je untuk hari ni.. Adeus!!!

Khamis, 15 Mac 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 4

Assalamualaikum..

Aku tak mo citer pasal SBPA atau SSM. Semua orang dah tau. Blog-blog pun banyak yang bercerita. So aku nak paksa korang tengok hasil jahitan aku.hahah..

Ini lagi  crumble atau pun pearl tabur. Memang sekarang design ni tengah hot. Tapi aku nak pesan, kalau ada yang menempah, jangan minta harga murah tau, sebab pearl dan kristal yang digunakan untuk sepasang baju pun harganya dah mencecah RM40 keatas. Kalau nak murah, bersiap sedialah menangis bila pearl korang tu nanti tertanggal kulit..huhuh

Ok..layan jer la ye..





Moh cepat sape nak crumble mumble kan baju korang, cepat call @ sms aku..ye 0125677630..Aku stop sini dulu ye..Adues!!!

Rabu, 14 Mac 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 3

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjukkan jahitan crumble simple. Sebelum aku jahit, aku dah explain kat pelanggan. Kalau nak design crumble ni, aku dah bagitau awal-awal, tangan  atau bahagian baju yang dijahit akan jadi berat. Sebab pearl yang aku gunakan adalah berkualiti. Kalau korang pegang pearl yang ringan, itu maknanya ia adalah pearl murah dan tak berkualiti, kaler dia senang tanggal dan menggelupas.

Yang penting jangan masuk mesin basuh baju-baju macam ni. Kalau masuk mesin jangan kata jahit dengan benang 2 lembar, jahit dengan dawai pun boleh tanggal kau!  So kita tengok ajela rupanya bila dah siap.





Ok..harga baju ni dalam RM70 ikut saiz tangan baju. Baju ni pun kecik je..So inilah hasilnya.. Sesapa berminat, sila cari aku ye..Adeus!!!

Selasa, 13 Mac 2012

ULANGTAHUN...TAHUNULANG?

Assalamualaikum..

Hari ni 13.03.2010 buat pertama kalinya aku berentri di alam siber ni..dengan menggunakan url penbirumenulis.blogspot.com dan juga memperkenalkan diri sebagai Penbiru. Dan entri PERTAMA mula menyesakkan lagi enjin carian google dengan cerita ceriti, manik dan labuci dan apa-apa aja yang aku meraban2 kat sini.

*gambo dr gugel jer

Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) aku (korang lah tu) tak dela seramai blogger lain. Dalam setahun jer dah beratus-ratus follower. Macam aku pulak..macam yang korang tengok le..tak pela tak ramai pun, at least aku boleh betul-betul kenal dengan setiap AMT aku, kalau ramai sangat nanti aku pulak yang tak kenal ..heheh..

Terima kasih pada korang semua AMT aku yang disayangi sekalian. Tanpa korang, blog aku ni seumpama bercakap sorag-sorang atau bercakap dengan skrin lappy jer. Takde la aku kesunyian di alam internet ni. Terima kasih pada semua ye..sayang korang!!

Isnin, 12 Mac 2012

SEBGHATULLAH PEMIDATO TERBAIK ANTARABANGSA

Assalamualaikum..

Aku memang minat dengan acara tahunan ini..ia melibatkan lebih 70buah negara seluruh dunia yang masing-masing menghantar wakil yang amat fasih berbahasa Melayu dan yang lebih penting, mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul dan istilah yang jarang kita pakai seharian. Kita lebih banyak bercakap bahasa rojak sekarang ni. Pertandingan ni ditayangkan di TV1 pada hari Khamis lepas - 8 Mac selepas Berita.

Dan mereka ini di satukan di bumi Malaysia, dan mengenali satu sama lain dengan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Pendek kata , mereka di satukan dengan bahasa kita.

Apakata luangkan  masa selama 8 minit dan tengok klip video ini. Aku yakin korang tak menyesal.




Peserta ini dari Afghanistan, sebuah negara yang bergolak. Aku memang tabik dengan dia. Bila dah menang, terus bersujud syukur. Namanya  Sebghatullah Qazizada. Memang kelakar dia ni..Tapi bila dia buat sujud syukur sejurus selepas kemenangan , jatuh pula airmata aku..sensitif betulla...

Inilah senarai peserta akhir..Tahniah kepada mereka

SEBGHATULLAH QAZIZADA ( AFGHANISTAN ) - Johan
POLINA MATVEYCHEVA ( RUSIA ) - Naib Johan
ELENA VOROBYEVA ( LATVIA ) - Tempat Ke 3
YOTA TAMURA ( JEPUN )
MARINA MAKAROVA ( MOLDOVA )

Aku kagum dengan semua peserta. Masing-masing ada kelebihan dan yang lebih menyentuh hati, mereka yang bukan Melayu, berusaha belajar bahasa kita. Dan bertutur bahasa kita. Sedangkan orang kita sendiri, bila di temubual di TV, yang wartawan berbahasa Melayu, yang menjawab tu , berabuk cakap BI. Ntah apa-apa aku tengok. Bukan aku menolak bahasa asing, tapi berpada-pada. Sedangkan perserta ini, tidak habis-habis memuji keindahan bahasa dan budaya kita. Itulah sebabnya mereka sanggup belajar bahasa kita. Dan sekarang, kalau kita tak hormat bahasa kita, siapa lagi?

Ahad, 11 Mac 2012

MANIK SIMPLE - 7

Assalamualaikum..

Bila dah sampai mood memanik ni, jangan korang boring dah le tengok blog aku. Memang penuh dengan manik jer la. Dah memang tujuan asal blog ni nak cerita pasal manik , ntah camne boleh melalut macam-macam pulak dah..huhuh..layan ajelah

Ok..baju ni adalah jahitan manik yang simple. Sebab orang kerja opis cam aku memamng nak simple jer. Kalau berbunga-bunga kang tersangkut dengan bucu fail, mau berguguran bunga tu ke lantai..Jom tengok




Design baju ni adalah atas permintaan pelanggan. Dia nak aku tabur warna yang menonjol. Biar kaler pelik pun tak pe katenye...aku pun buat ajela..so ini lah hasilnya. Untuk baju ni harganya RM70. (untuk tangan baju sahaja). Nantikan lagi gambar jahitan terbaru ye..stop sini dulu.. Adeus!!!

Sabtu, 10 Mac 2012

HOMESTAY MURAH DI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum..

Wahai kawan-kawan sekalian yang mana plan nak bercuti ke Cameron Highlands tak kira lah bila-bila pun dan yang paling penting nak pergi sekeluarga, aku nak promot Homestay milik abang fufu aku ..

Apa-apa pun jom tengok dulu keadaan dan kemudahan rumah sewa itu ye..

RUMAH 1- Flat Wisma Muhibah
2bilik tidur 1bilik air
kemudahan memasak dan astro
RM200 satu malam
lokasi di Brinchang

Halaman Homestay Flat Wisma Muhibah
 
 Bilik Tidur 1 : 1 katil King, 1 katil Single

Bilik Tidur 2 : 2 katil Queen

 Ruang tamu : Astro

Dapur


RUMAH 2 : Greenhill Apartment
3bilik tidur 2bilik air
kemudahan memasak dan astro
RM280 satu malam
lokasi di Tanah Rata,berhampiran Heritage Hotel

Kawasan Apartmen Greenhill, Tanah Rata 


 3bilik tidur : 2 katil Queen setiap bilik dan 2 bilik air

Permandangan ...

Ruang tamu : Astro

Dapur

So kepada yang berminat, boleh terus call abang sefufu aku ye.., Mr.Zarul (bukan Zarul Umbrella tau..ni Zarul Cameron..hikhikhik) 012-5336959

Jumaat, 9 Mac 2012

TIKET BAS ONLINE

Assalamualaikum..

Aku nak kongsi dengan korang. Mungkin ada yang tak tahu mengenai perkara ini. Sebelum ini semua orang tahu tentang "tiket bas ekspress mesti beli di kaunter tiket'..betul tak? Kalau itu pendapat korang, ternyata salah sebab sekarang kita dah boleh beli online. Actually, aku dah gunakan perkhidmatan ni dari tahun 2010 lagi. Memang mudah.  Siap boleh pilih seat mana yang kita  nak..ala..macam orang booked tiket flight la jugak. Cuma korang perlu ada  kad kredit jer. Kalau tak de..pinjam kad orang, pastu bayarla kat orang tu..takkan itu pun aku nak kena ajar..haish!

Tapi, bukan semua syarikat bas yang menyediakan kemudahan ni. Yang ada hanyalah MARALINER. Untuk pengetahuan , aku tak dibayar oleh Mara untuk promot benda ni ye. Aku cuma nak kongsi kemudahan yang ada. So bagi sesiapa yang nak merancang perjalanan ke mana-mana, molek sangatlah guna kemudahan ni.


Bukan setakat booked tiket, korang boleh plan kan perjalanan korang juga sebab kat sini ada  jadual perjalanan bas, siap dengan harga tiketnye sekali. Memang mudah dan kornag tak perlu beratur panjang tiap kali nak balik kampung masa cuti perayaan. Yang penting, kena booking awal.

Apa yang korang perlu buat ialah..daftar dulu..free aje..

 Ini skrin untuk pendaftaran..skrin ni akan keluar automatik lepas korang klik Buy Ticket..kalau yang dah berdaftar, boleh terus login. Kalau tak kena daftar dulu..aku tunjukkan secara ringkas..

Masukkan User ID dan password korang..reka lah sendiri..pastu klik Cornfrim & Continue yang kat bawah tu

 Keluar form ni, korang kena isi aje..mudah sesangat..siap isi. klik Submit.

 Skrin ni akan keluar bila proses Submit tadi berjaya..pastu korang boleh terus login..

 Skrin ni akan keluar dan korang boleh pilih tarikh dan waktu perjalanan korang kat menu yang dah ada kat situ..klik2 jer..pastu klik Next

 Lepas tu jadual perjalanan dan kadar tambang akan keluar..pilihla mana korang suka pastu korang kena klik kat mana-mana perkataan yang korang pilih ,atas jadual tu

 Pastu skrin ni keluar , korang boleh pilih seat. So korang pilihla mana yang korang suka..pastu klik Next

Lepas tu akan keluar kotak biru kat bawah tu..korang kena isi nama orang yang nak naik bas tu ..pastu klik Next..

Skrin ini akan keluar. Korang pilihla nak bayar macam mana. Klik aje samada kotak Prepaid, Web Cash atau Credit Card..pastu klik Next dan korang akan diminta buat pengesahan bayaran..sampaila last sekali korang boleh print tiket online tu..Senang kan???

Bila hari perjalanan tiba, bawak tiket yang korang print tu ke kaunter untuk cornfirm balik. Itu je..ala2 macam check-in nak naik flight gitu..

Okeh..aku harap benda yang aku share ni boleh bagi manafaat kat korang yang mana nak gunakan perkhidmatan pengangkutan awam ni. Aku senang naik Maraliner. Pemandu pun aku yakin. Bawak tak laju sebab diorang tak kejar trip macam bas-bas lain. Sesape yang pernah booked tiket flight tu, cara yang ini pun sama je, dan lagi mudah la bagi orang yang dah biasa. So..itu aje untuk kali ni..Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...