sumpah ni bukan duit aku..kalau duit aku banyak cam ni..sekarang aku tengah goyang kaki kat Paris
Korang sure pernah dan selalu dengar perkataan kat atas tu kan? "Buat Duit Di Rumah"...ia menggambarkan bagaimana duit boleh masuk tanpa perlu kita keluar rumah. Tapi ada sesetengah makhluk telah memanipulasikan ia sebagai " buat duit tanpa perlu buat apa-apa "..
Pada aku, duit takkan jatuh dari langit dan jatuh melayang-layang di depan mata tanpa kita buat apa-apa yang boleh mendatangkan hasil. Tapi kalau dah dari keturunan kaya raya, itu memang mungkin. Itupun lama-lama boleh bankrup kalau duit asyik keluar tapi takde yang masuk.
Kadang-kadang aku naik menyampah bila baca iklan kat mana-mana pun yang memujuk orang untuk join diorang dengan ayat manis..1 daripadanya.."Perniagaan Tanpa Modal"...lagi "Duduk goyang kaki duit masuk berpuluh ribu dalam akaun dalam 1 hari.." amboi..senangnye hidup. Bagi yang mudah terpedaya, memang ada yang terkena. Perlu di ingat wahai kawan, tak ada perkara yang mudah dalam dunia ni kalau kita tak usaha. Apa-apa pun kita tetap kena kerja kalau kita nak dapat duit. Mana ada bisnes tak yah modal. Nampak sangat menipu. Macam aku kan senang, bisnes dengan modal kecik..bila modal kecik, untung pun kecik jugakla..padanla dengan modal yang dilabur tu.
Memang..aku akui kita memang boleh buat duit di rumah. Sebab aku pun macam tu. Cuma bezanya, aku kena kerja untuk buat duit tu. Bukan duduk goyang kaki jer. Itu orang malas namanya. Kerja kat ofis..ofis jelah. Tapi langkah je masuk ke rumah, rasanya lagi sibuk dari di ofis. Mana dengan menjahit manik, packing Cheese Powder lagi, dalam celah-celah tu ada pulak orang nak beli topup..huih...memang bizi la katenye..itu belum kira kalau ada yang mengoder makan kat kat aku..bersilat-silat aku kat dapur nuh!
Pendek kata..takde jalan pintas untuk kaya, tak de jalan mudah untuk hidup senang. Semuanya perlukan usaha dan kerajinan. Kalau malas, memang tak kemana. Aku petik kata-kata Dato' Wira Johari Baharom (Ahli Parlimen Kubang Pasu) pada seorang peserta Bersamamu kat TV3 baru-baru ni ,katanya "Dalam Malaysia ni semua orang boleh kerja, mau dengan tak mau saja"..so apa maknanya??
Jadi , pada yang nak tambah pendapatan, dengan modal setakat yang mampu dan paling minima, dengan usaha keras dan kerajinan, berusahalah buat apa yang termampu. Macam aku..aku pun makan gaji dengan gomen..dalam pada masa yang sama , macam-macam kerja sampingan aku buat,tapi aku buat kat rumah ye..bukan kat ofis.
setuju sgt2...kalau nak duit kene usaha la...tak ada maknanya duit tu nak datang sendiri...hiihii
BalasPadamMemang betul pun..takdelah duit nak datang tergolek2..semua pun kena ada usaha..
BalasPadambestkan buat bisness dr rumah..lg2 bisness sendiri..xkirelah kene bsilat ke ape ker..janji puas hati dr bkeje ngan org..
BalasPadamklu harapkan duit dr langit..mcm x keje keras..x syok jg..mcm xpuas hati kan..klu kite shopping ngan duit titik peluh tu yg baru best.. ;)
assalamualaikumpen biru ...wah mcm best je buat duit kat rumah tu...:)
BalasPadamBetul tu. Dulu saya pernah jgk beranggapan buat duit dari rumah tu maksudnya mcm dok mngadap PC je, duit masuk. Hehehe. Tapi rupa-rupanya bukan seperti yg disangka. Skrg dah faham. Dari rumah buat bisnes macam org biasa cuma takde kedai dan iklankan di internet.
BalasPadamSalam pen biru..
BalasPadamTiap kali tengok insan2 yang pandai menjana income dengan jualan begini, teringin nak mencuba, tapi sejujurnya akak tak reti langsung berjualan..
memang betul tu, rezeki x dtg bergolek :)
BalasPadam9/10 rezeki adalah dari perniagaan.jom ramai2 jadi businesswoman..tak dapat besor, kecik pun ok!
BalasPadamBetul tu... bila dengar perkataan buat duit dari rumah nampak mudah sangat macam durian jatuh tapi rupanya...kena susah2 dulu.
BalasPadamusaha tangga kejayaan..tiada usaha, usahkan kejayaan..tangga pun takde heheehhee
BalasPadamheheeh baru ingat nak mintak sikit tadi...heheh
BalasPadamsaya pun nak klau dok diam2..duit masyuk jek.. hehehe..
BalasPadamkalau ade pendapatann smpingan nie bagusla..bolehla tampung yg mana patut..yang penting kena rajin usaha..bukan senang nak senang...
BalasPadambaut duit kat ruamh..kene ada mesin laaa..hahhaaa..saja jer dkna melawak :D
BalasPadamtakde duit dtg bergolek.klu tak semua org dah kaya.respek dengan org2 yg rajin macam pen biru..:)
BalasPadam