Assalamualaikum..
Semoga Allah permudahkan kerja aku nak menyampaikan ilmu kepada korang..
Semalam aku ada menyebut siapa St.Paul. Ini jawapannya, mengikut Bible, dia adalah hamba Jesus. Banyak perubahan yang dilakukan Paul didalam Bible. Biar aku jelaskan disini apa perubahan yang dia lakukan.
Mengikut Perjanjian Lama, Buku Kejadian Bab 17:10 dinyatakan Hukum wajib bersunat (ayatnya --> Kejadian 17:10), dan dalam Buku Lukas Bab 2:21 (ayatnya disini -->Lukas 2:21) juga menyatakan bahawa Jesus disunatkan, tapi Paul telah menukar hukum tersebut dalam Buku Galatia Bab 5:1-6 (ayatnya disini --> Galatia 5:1-6)..
*mudahnya mereka menukar hukum dalam agama sendiri.
Juga terdapat Hukum Binatang yang haram dimakan. Mengikut Bible Al-Kitab yang dicetak pada 1984, jelas dinyatakan dalam Buku Imamat bahawa Babi haram di makan( lihat ayat di sini -->Imamat 11:4) tapi, bagi menghalalkan yang haram, catatan Bible tersebut telah diubah pada cetakan terkini iaitu Babi ditukarkan kepada Babi Hutan..( ayatnya di sini -->Imamat 11:7)
Di sini jelas dan terbukti, hanya Al-Quran lah kitab yang paling mulia. Isi kandungannya tetap sama walau berjuta tahun, walau dicetak semula bila pun.
Inilah yang merisaukan kita sebenarnya. Kenapa ada yang dilahirkan sebagai islam, boleh menukar agama . Sedangkan kitab agama itu sendiri sudah ada perselisihan dan perubahan, tapi masih ada yang murtad. Mereka kristian kerana apa?? Adakah mereka ingin mnejadi Kristian yang sejati ? atau hanya ingin melarikan diri dari melakukan perintah Allah.
Dalam Bible sendiri menyebut, dalam ayat pertama Bible, Buku Kejadian "Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya"..jadi kenapa harus kita yang menyembah Allah selama ini ingin bertukar dengan menyembah Jesus? sedangkan agama Kristian sendiri menyebut Allah yang menciptakan semuanya.
Aku yakin korang pernah terbaca atau tahu tentang kisah beberapa orang yang ternama dan tidak ternama yang asalnya Kristian, tapi hanya kerana terbaca Al-Quran, mereka terus memeluk Islam, usah katakan terbaca, ada yang mendenagar azan pun terus mengucap syahadah. Dan para pengkaji sains dari barat menggunakan Al-Quran sebagai rujukan..kenapa mereka tidak guna Bible???
Al-Quran diciptakan sebaik-baiknya. Kita tahu, bahawa banyak penghafal Al-Quran atau dikenali sebagai Al-Hafiz, dan banyak jugak pusat-pusat tahfiz diwujudkan bagi membolehkan Al-Quran dihafal. Itu kelebihan Al-Quran,sedangkan sehebat mana pun seorang paderi, kemana dia pergi, Bible pasti ditangan. Inilah buktinya bahawa Bible tidak boleh dihafal . Bagaimana hendak menghafal Bible yang sentiasa berubah isi kandungannya dan berbagai-bagai bahasa.
Penerangan aku nampak panjang, sebenarnya ini hanya secebis sahaja. Banyak lagi yang tak dapat aku berkongsi disini, aku yakin, tulisan yang panjang tanpa gambar yang menarik, agak sukar untuk dibaca oleh sesiapa pun, lebih-lebih lagi perkara yang mengandungi ilmu.
Semoga Alah memberkati apa yang aku lakukan hari ini. sedikit masa lagi, aku ingin berkongsi kisah murtad. Tunggu masa yang sesuai.
Di sini aku simpulkan beberapa fakta mengenai Asas Ajaran Kristian & Pertentangan Fakta
Secara umumnya, orang-orang kristian percaya terhadap 5 perkara dibawah
- Kepercayaan terhadap dosa warisan : mereka percaya bahawa dosa yang dilakukan Adam ketika di Taman Eden (peristiwa termakan buah khuldi)terpaksa diwarisi oleh semua keturunannya. Semua bayi yang dilahirkan menanggung dosa-dosa tersebut
- Jesus anak Tuhan : mereka percaya Jesus @ Nabi Isa itu anak kandung Allah SWT yang dilahirkan oleh Maryam
- Ketuhanan Jesus : Jesus bukan sekadar anak tuhan teteapi dia adalah Tuhan yang sama taraf dan kedudukannya dengan Tuhan
- Pensaliban Jesus : menurut kepercayaan Kristian, Jesus telah diutus Tuhan Bapa ke dunia ini untuk mati disalib. Tujuan pensaliban ini adalah untuk menebus dosa warisan. Jesus rela mati ditiang salib dan kemudiannya dibangkitkan semula setelah dikebumikan 3 hari. Jesus kemudiannya telah menampakkan diriniya kepada pengikutnya selama 40hari. Jesus telah naik kelangit pada hari ke 40 dan duduk disebelah kanan Tuhan
- Triniti : Konsep ketuhanan yang di imami oleh Kristian ialah Triniti iaitu Tuhan 3 dalam 1, Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Roh Kudus dianggap bukan 3 tuhan tai 1 tuhan
Aku berterima kasih pada Ustaz Abdullah Bin Din, kerana beliaulah yang menyampaikan ilmu ini kepada aku. Kalau korang berminat untuk mendalami ilmu ini, bolehla hubungi beliau di talian 019-8813100 atau email abuammar756@yahoo.com . Semoga perkongsian ini diberkati Allah..aminn..
nice sharing :)
BalasPadamsaya tanya suami boleh ke kita,org Islam baca bible,suami kata boleh,apa salahnya.tapi dia kata kita kena baca AL-Quran dulu,dan seterusnya faham segala isi nya..
BalasPadambuat apa kita baca bible,sedangkan kita belum baca dan tahu lagi segala isi yg ada di dlm AL-Quran.
so org2 seperti kita ni,atau sesiapa sahaja,marilah kita fahami al-quran sepenuhnya.
itu sbb ada org terjebak isu2 murtad ni..minta kita di jauhkan.
p/s kesian dah menurun ratingnya ye.tapi saya suka.
Rasanya tahu kan iqra'(baca)kata dasarnya ialah menghimpun,lps tu baru lahir perkataan,menyampaikan,menelaah,mendalami,meneliti,mengetahui ciri sesuatu,dan membaca.Iqra bermaksud bacalah,telitilah,dalamilah,dan ketahuilah.
Ruginya org tak suka ilmu.hukum menuntut ilmu bg lelaki dan perempuan adalah wajib.
betul. Kena faham dulu Al-Quran, dan kalau lepas tu kita nak baca Bible pun tak apa, at least kita boleh fikir sendiri dan bandingkan yang mana betul dan tidak betul.Bukan kita baca Bible utk ikut ajaran dia..kita baca untuk tambah pengetahuan. Disitu baru kita nampak yang sebenar-benarnya kemuliaan Al-Quran dan Islam
BalasPadamInsya Allah, kita sama-sama belajar dan tegur menegur untuk kebaikan.
Maha Suci Allah...kancil suka dengan entri nie...ada kalanya kecewa yang mereka keluar dengan agama kita...apapun semoga mereka kembali
BalasPadambaru le saya faham apa tu triniti. Sebelum ni biasa dgr. Tapi ingatkan sekadar nama.
BalasPadam