Ahad, 22 April 2012

INTAN...Oh INTAN !!!

Assalamualaikum..

Aku dah lama nak kongsi kisah lawak ni. Tapi belum berkesempatan. Hari ni aku nak kongsi.. Kisah ni berlaku 3 tahun yang lalu.. aku diarahkan berkursus di INTAN Wilayah Utara, Sg. Petani ataupun dikenali sebagai INTURA..pun begitu, ramai yang menyebutnya sebagai INTAN.


Kisahnya..aku berkursus di sana dengan CC aku.. Kak Miha. Masa nak daftar , datang 1 budak perempuan ni.. kami berbual tanpa bertanya nama. Sembang gitu-gitu jerlah. Oleh kerana kami daftar masuk tu sama masa, so bilik dia sebelah bilik aku (aku duduk sebilik dengan Kak Miha)..

Nak dijadikan cerita, malam pertama tu aku sibuk seterika baju untuk dipakai selama 4 hari berkursus..tiba-tiba bilik kami diketuk..Kak Miha buka pintu..oh rupanya budak perempuan tadi. Dia tanya samada aku ada bawa seterika sendiri sebab dia nak pinjam.. Aku jawab ada..aku jemput dia masuk sementara nak tunggu aku siap seterika semua baju aku..

Dalam pada tu dia ada cakap, "Seterika Intan tak boleh guna..rosak..tak boleh iron"..aku jawablah.. "oo..ye ke..hmm..iron Intan memang tak elok, teruk!!"..Kak Miha pun menyampuk "kalau dah rosak tu memang iron Intan tak elok la tu.." ..dan budak tu senyap jer tak cakap apa-apa..lepas aku siap seterika baju aku, aku bagilah kat dia..

Esoknya baru kami masuk kelas kursus. dan kebetulan budak tu pun hadir untuk kursus yang sama. Biasalah kalau hari pertama berkursus..perkara pertama yang nak kena buat adalah memperkenalkan diri.. sampai turn aku, aku pun perkenalkan lah diri..

Sekarang sampai turn budak perempuan tu..dia duduk agak jauh dari kami
"Assalamualaikum.. nama saya Intan ****** binti *****, saya dari jabatan *****"

Aku terus pandang muka Kak Miha..Kak Miha pun pandang muka aku..pastu kami tergelak sampai semua orang heran..

Kenapa kami gelak?? Sebab malam tadi ya-ya kami kata  "Iron Intan tak elok"..aku ingatkan seterika tu INTAN Sg.Petani yang punya...rupanya seterika tu dia punya..sebab dia bahasakan nama dia Intan..

Kah! Kah! Kah!..

Kak Miha kata kat aku " Ni pengajaran kat hang, lain kali kenai ja orang, tanya dulu apa nama dia, baru sembang bab lain!"..

Sampai hari ni kalau kami terserempak dengan budak perempuan tu (dia kerja dalam 1 blok yang sama dengan aku)..aku dan Kak Miha akan tergelak besar.. 

12 ulasan:

  1. isteri abang saya pun nama intan..tak payah bg intan dah..

    anak kak yg kecil sekali tu..selalu saya panggil intan.walaupun lelaki.

    berlian pun saya panggil,n mcm2 benda berharga saya panggil.heh

    BalasPadam
  2. he he tumpang gelak
    anak sedara akak pun ada nama intan he he

    BalasPadam
  3. salam pb .he he..patut dia diam aje bila kata iron tu memang tak elok ye..

    BalasPadam
  4. hehe, kebetulan nama dia intan eh, serupa ngan nama tempat INTAN tu...

    BalasPadam
  5. bokkkk....! kena sebijik.. patot budak tu senyap... hihi

    BalasPadam
  6. kompem cik Intan tu pon kompius..camne pulak la akak2 nih boleh tau iron Intan ni tak elok.kikiki

    salam kenal dari Nini :)

    BalasPadam
  7. ahaha patutla dia diam jer..dia pun bingung kot akak tuduh iron dia tak elok..ahaha

    BalasPadam
  8. hahhaah...nasib budak tu senyap je..kalau dia membalas mesti lagi tambah kusut perbualan...kekekek

    BalasPadam
  9. Hahaha.. udak tu pun cool je tak perkenalkan intan tu sape. Kalau saya saya terus je bagitau intan tu saya la, bukan INTAN. Kelakar2. Siap kutuk plak tu.

    BalasPadam
  10. haha lawak2,rupanya nama beliau pun intan...sy tak pernah lg kursus di intura.selalunya sapa yg sok area sp tak dpt penginapan,tu yg malas..:)

    BalasPadam
  11. assalamualaikum pen biru....hehehhe gelak besar...:)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...