Tetiba pagi ni aku teringatkan sahabat-sahabatku yang bukan sama bangsa dengan aku. Mereka ini memang aku tak pernah lupa..sentiasa di ingatan.
Masa aku Form 3..aku ada 2 orang kawan berbangsa Cina yang cukup baik dengan aku. Aku memang teruk dalam Math, diorang ni lah yang banyak membantu. Bukan itu saja..banyak lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan. Masih aku ingat..hari tu hari peperiksaan penggal. Dan aku demam teruk. Kepala aku pening berpinau-pinau. Aku tak mampu nak jawab soalan. Aku rasa nak pitam. Sahabat aku ni namanya Ng Boon Pin..dia duduk di belakang aku. Oleh kerana aku tak tahan sakit kepala..aku tulis atas pemadam pensel "Boon..saya sakit kepala"..pastu tanpa menoleh kebelakang, aku hulurkan pemadam tu dan letak depan dia. Kononnya mcm aku nak pulangkan pemadam tu pada dia..tak sampai seminit, dia cuit belakang aku..aku toleh sikit..aku nampak dia hulurkan balik pemadam tu..aku hulur tangan ..owh..rupanya dia hulurkan pemadam berserta sebijik panadol..macam nak nanges masa tu. Aku pun makan ubat tu dan aku tertidor..nasib baik aku terjaga dan sempat habiskan semua soalan..
Sorang lagi namanya Tan Shy Wei..minah ni gilakan lagu Ziana Zain dan Fauziah Latif..dan akulah guru vokalnya. Aku pernah terpaksa berjalan kaki dari simpang jalan besar menghala ke jalan kampung untuk balik kerumah sebab abah aku tak sempat ambil aku dari sekolah. Jarak dalam 2km. Shy Wei beranikan diri ambik motor bapak dia semata-mata nak tolong hantar aku balik...
Ng Boon Pin barisan tengah yang tangan didagu tu..dan Tan Shy Wei..yang duduk depan sekali..
Walaupun sekarang aku tak tahu dimana mereka berdua, tapi aku t ak pernah lupa semua kebaikan mereka pada aku dan kenangan aku dengan mereka. Lagi seronok kawan dengan diorang ni sebab diorang ni aku tak pernah dengar mengata kat orang atau bercerita pasal boyfriend. Dan bila aku berada dikalangan mereka, mereka akan bercakap melayu sesama sendiri..jarang mereka bercakap bahasa cina kalau aku duduk dengan mereka berdua...Rindu pulak rasanya.. :(
Bestnya ada kawan selain melayu. Saya masa skolah rendah dulu ada kawan berbangsa Singh. Tapi sekarang pun tak tau ke mana. Dan kawan cina saya skrg ada sorang je. Tu pun kawan masa amik kursus bahasa inggeris dulu. Dia ni pun baik. Kalau keluar makan dia dia, mesti tak pernah saya kuarkan duit walaupun sepatutnya saya yg belanja.
BalasPadamyelah bila baca entry ni tetiba teringat kawan2 zaman sekolah tapi saya dapat berhubung dengan mereka melalui fb..
BalasPadamdulu time upper six js pun ada kwn cina lelaki..suka gaduh ngan dia..nasib baik tak couple...hehe
BalasPadamsalam PB..bila dapat bertemu semula mesti seronok kan..budi baik kawan tak kan dapat kita lupa
BalasPadamSalam PB...
BalasPadamAda ketika kita teringatkan kawan2 zaman sekolah. Rindu.
Akak dah tinggalkan sekolah puluhan tahun. Kawan2 sekelas masa menengah dah ramai yang jadi dato Dan datin, mana nak kenal kita dah,, tapi sykur mereka berjaya dalam hidup. Yang tinggal sama2 menongkat tua kawan2 bangsa china. Salah sorang sudah pun memeluk Islam sekian lama. Nice memory.
wah, bestnya dapat kawan cina ni kan... terkenang palk saya zaman sekolah memengah dulu.. banyak juga kenangan manis yang sukar utk saya lupakan bersama2 kawan lama..
BalasPadammemang rapat juga dengan kawan2 cina masa sekolah menengah..serius best..diorang senang kalau nak mintak tolong ape ke..ada yang terpisah dah lepas masuk U...rindu la bila teringat...
BalasPadamrindu kan zaman sekolah dulu..happy je dan pastinya kita tak lupa kawan2 w/pun tidak lg bersua
BalasPadambf akak pun bangsa cina..sgt baik dan mereka cukup faham dgn adat dan hormat agama kita islam
kenapa cina power math ek.. sebab dari keturunan keluarga berniaga ek..
BalasPadam