Khamis, 10 Mei 2012

SAYA MEMINATI NORA DANISH KERANA...

Assalamualaikum..

Thanks to AMT Ladysunshine yang buat entri pasal blog Nora Danish. Aku sememangnya minat dengan budak comel ni. Comel sesangat. Bermula dalam drama Puteri, memang bakatnya sangat bagus. Tambah lagi dengan drama Sumpah Bunian yang sekarang ada ulangan di TV3 pada jam 12.30mlm tiap malam jumaat. Rindu pulak dengan Tentang Dhia..

Aku sebenarnya sedang menjoinkan diri dalam contest Nora Danish. Dengan tajuk "Saya meminati Nora Danish kerana..."

Sebenarnya terlalu banyak sebab aku meminati dia. Ianya terlalu subjektif. Bukan setakat meminati, tapi aku lebih mengagumi beliau. Maaf andai tulisan aku agak emosional, tapi inilah hakikat. Aku mungkin tak mampu nak jadi setabah dia..tentu korang ingat kisah peribadi beliau..masih tersenyum manis dalam keadaan berbadan dua ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana diceraikan.. Ya Allah..aku yang tak ada kena mengena pun terasa sebak memandang..

Mampukah kita jadi setabah dia. Aku tak nak menyebut tentang bakat dan kebolehan beliau dalam lakonan. Itu memang sudah terbukti. Tiada apa yang perlu dibuktikan lagi. Semua orang tahu.

Dia tidak pernah meraih simpati sesiapa atau menyalahkan sesiapa dalam  apa juga hal yang berlaku. Sesungguhnya dia sangat kuat!.  Aku tabik spring dengan dia. 



Selalunya orang akan upload gambar yang berwajah ceria..tapi aku nak letakkan gambar ini..percaya tak..dihati aku terasa kesedihan wajah itu..(hanya orang yang melalui sahaja yang akan mengerti...)

Walaupun syarat contestnya tidak kurang 20patah perkataan dan tidak lebih 50patah perkataan, tapi aku tak peduli semua tu. Tak menang pun tak pe..asalkan dia tahu aku sangat suka dengan dia..dan kalau boleh aku nak kongsikan kekuatan dia dengan aku..dan contest ini aku menulisnya dengan melihat dari sisi yang lain..

To: Nora Danish "saya sangat meminati Nora Danish kerana..bakat dan lakonan awak yang tak perlu dipertikaikan dan tidak meniru sesiapa, awak ada kelebihan yang tersendiri yang tiada pada orang lain dan yang paling penting, saya kagum dengan semangat dan ketabahan awak selama ini. Semoga awak akan terus kuat mengharungi liku-liku hidup ini dan dilindungi Allah selalu..amin..."

special tag to : http://love-life-cuda.blogspot.com/
                     : http://mamaikin-ikatankasihku.blogspot.com/


14 ulasan:

  1. dkna pernah jumpa nora danish dan dia memang peramah..cantik..putih melepak..

    BalasPadam
  2. Saya sebenarnya suka dia sebab yg macam pen biru tulis tu jgk yg pasla ketabahan tu. Tapi segan nak tulis kat entry saya. Heheh. So, mengaku kat sini la...

    BalasPadam
  3. sy suka dia blakon dgn beto khusyairi tu..apa ntah nama cite tu..best! dr xsuka jd suka terus..

    goodluck utk akak k =)


    *a'ah, kereta tng sy hilang skali ngan duit hntaran kawin..hr selasa lepas.kalau akak rjn, semalam n kelmarin sy ada buat entri..bacalah

    BalasPadam
  4. sy pon suka.... :D

    cantik kan dia..seorang yg tabah :D

    jemput ke blog sy di afasz.blogspot.com ada GA dr shakiddo.com , byk hadiah lumayan :D

    BalasPadam
  5. yaa, dia memang seorang wanita yang tabah.. semoga Nora akan terus sukses dalam bidang kerjaya dan kehidupannya..

    BalasPadam
  6. sy suka dia berlakon masa drama tentang dhia..best sngat..asik kena nangis je..serius lawa dia nie,kalau tak pakai mekap pon

    BalasPadam
  7. dia kuat, tu yg dia mampu teruskan hidup walaupun diduga, :))

    BalasPadam
  8. saya sangat meminati Nora Danish kerana.. dia comel. :D

    BalasPadam
  9. assalamualaikum pen biru....mama suka juga ngan die...:)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...