Sabtu, 30 Jun 2012

KERASNYA...

Assalamualaikum..

Aku tergelak tengok gambar ni..saja aku nak kongsi dengan korang..


oleh itu, belilah basikal Gamma kerana ia lebih keras dan kukuh dari kereta :p

Jumaat, 29 Jun 2012

AMSTERDAM, INDAH DAN???

Assalamualaikum..

Sengaja aku menggugelkan diri untuk melihat keindahan negara orang. Jom kita tengok keindahan Amsterdam. Siapa yang tak tau di mana letaknya Amsterdam ni???..Ia adalah ibu negara  Netherland. Bila aku gugel tengok semua gambar bandarnya, memang cantik dan menarik.

Ia bagaikan kota di tengah sungai..dan bersungai..jom kita tengok gambar ni..aku ambik sikit je. Kalau korang nak lebih gugel la sendiri ek..





Dari kejauhan..beginilah rupanya..semuanya sungai..


Dan ini..pemandangan dari aras yang lebih tinggi..terkata aku bila melihatnya..






emmm...Amsterdam , Indah dan???
korang jawab..

Khamis, 28 Jun 2012

ALHAMDULILLAH...REZEKI

Assalamualaikum..

Berkat aku pendengar setia Sinar.fm sejak mula ia berkumandang di udara,dan juga pemakan Maggi Kari yang tegar, semalam aku dapat panggilan mengezut dari Cik Piah Sinarfm..yeah..yeah.. Alhamdulillah..sekali lagi hadiah dari Sinarfm aku terima untuk tahun ni.. RM1000 dan Hamper Maggi bernilai RM50.. 

Tak sangka pantun spontan aku terpilih...syukur..


Dan lepas pengumuman di radio, maka berkumandanglah suara aku ala-ala gedik kat Sinarfm..kikhkihkih..

Dan inilah pantunnya yang aku sendiri hampir lupa;
Sedap rasanya buatku tak sabar,
Cepat dimasak mudah disediakan,
Hidangan kegemaran buatku lapar,
Aroma Maggi Kari yang tak mampu dilupakan..




So sesape nak cuba nasib, silalah layari www.sinar.fm sekarang!!

Syukur..alhamdulillah!!!

*hilang badmood kes kaki bodek semalam!

Rabu, 27 Jun 2012

AKU BENCI KAKI BODEK

Assalamualaikum.

Terus terang aku not in mood hari ni. Semuanya gara-gara meeting semalam. Walaupun dah lama aku simpan benda ni, hari ni aku kena luahkan jugak.

Kat ofis aku ada 1 makhluk tuhan ni. Hidup dia memang kuat bodek.. Yang teramat-amat melampau dan hingga membawa ke situasi kurang ajar. Dia tak boleh tengok orang lebih dari dia.. Sudahla kaki bodek, suka pulak kondem orang itu, kondem orang ini, cari salah orang, macamlah dia betul sangat dan pandai sangat.

Dah tu pulak, suka sangat menonjolkan diri yang tak seberapa tu dalam kata lain "GIAT" ya amat!. Apa saja aktiviti jabatan walaupun tidak melibatkan dia, dia akan offer diri untuk terlibat. Sehinggakan dimana-mana sahaja ada saja muka dia. Gila glamer namanya.

Hari pertama bos baru sampai, awal-awal pagi dia dah masuk bilik bos. Nak perkenalkan diri la tu. Bodek! Sedangkan pegawai lain takdela pulak menyibuk macam tu walau pada hakikatnya sepatutnya diorang yang kena buat macam tu. Dia ni bukan lah pegawai besar pun. Boleh dikatakan ke tanah tak jejak, ke langit pun tak sampai.

Aku memang hangin dengan dia. Menyampah ! Boleh dikatakan setengah dari pejabat ni terutama orang yang dah lama berkhidmat macam aku ni. Cukup kenal sangat perangai dia. Orang yang baru yang tak tau apa-apa memang la suka dia sebab lagaknya alim la sangat!

Dulu kawan aku sampai mintak tukar keluar dari jabatan ni hanya kerana dia. Dia sanggup jadi urusetia itu dan ini, tapi kerja dia, dia sub kan pada kawan aku ni. Sampai kawan aku ni tertekan. Nak kata takmau buat pun, dah sipolan tu menebeng tepi kawan aku ni, meja kawan aku, dah jadi macam meja dia. Last-last , sipolan tu jugak yang dapat nama. Yang pulun buat kerja tadi??? hanya kami yang berada disekelilingnya sahaja yang tahu bertapa azabnya kawan aku tadi.Dan sekarang dia dah selamat di pejabat baru.

Lagi 1, dia ni sedap-sedap mulut mempertikaikan kesibukan kawan-kawan aku dalam 1 unit ni. Aku dulu 4 tahun dalam unit tu. Aku tau betapa sibuknya. Boleh dia kata dalam meeting semalam "Saya tak boleh terima alasan yang depa ni sibuk sangat!"..aku rasa macam nak lempang.

Kalau dah tak pernah duduk ditempat orang, janganla sedap mulut pertikaikan kesibukan orang. nak tunjuk pandai kat bos baru la tu..eeeeeeeee...menyampahnya. Dah tu pulak, dengki dengan orang pasal parking kereta. Apa masalah dia aku pun tak tau sedangkan isu parking kereta tu dah selesai bulan April lagi. Dia sengaja timbulkan isu lama sebab tak puas hati. Memang kurang ajar.

Semalam memang aku fire dia dalam meeting sebab aku dah panas telinga dan hati tengok perangai dia yang suka mengganggu orang dan kuat membodek. Harap ketayap je ada atas kepala. Hati perut busuk macam bangkai!

sudah2..aku dah malas nak tulis..sebab aku rasa nak muntah dengan manusia tu

bye!

Selasa, 26 Jun 2012

ISMET ULAM RAJA

Assalamualaikum..

Aku sekarang dah jadi Ismet Ulam Raja..sehinggakan aku tak sempat nak menulis kat sini. Otak pun tak sempat nak memikir entri apa nak masuk hari-hari..


Kenapa aku jadi Ismet Ulam Raja???

Sebabnya..ini...





yang aku sendiri dah ada 3..tak termasuk telefon ofis ..so semua ada 4..bayangkan kalau semuanya berdering serentak!!
Memang kena heart attact!!!

Yang kecik, guna untuk topup reload, yang sabun tu untuk call dan sms (untuk bisnes aku yang pelbagai)..yang besar gedabak tu, untuk internet dan whatsapp. Kesian kat sabun tu, dah teruk aku belasah dia dulu..on internet, update fb, page dan blog hingga ke nak check payment kat Maybank2u pun aku guna dia..so nak bagi dia rehat sikit..dah tua pun..

Itu je..Adeus!!!

*nanti aku ziarah korang ek..

Ahad, 24 Jun 2012

CIKGU MARAH MURID..ITU DULU

Assalamualaikum..

Aku takde mood nak menulis sebenarnya.. jomlah kongsi gambar ni..Adeus!!

Rabu, 20 Jun 2012

DISCO TERBESAR DI ALOR SETAR !

Assalamualaikum..

Terkedu rasanya bila terlihat iklan banting yang mempunyai lesen pengiklanan dari MBAS ini tergantung di sana sini...di tiang-tiang lampu yang kebanyakkannya tiang di tengah pembahagi jalan! Memang tiada halangan   untuk melihatnya..malah ianya pula yang menghalang pandangan pengguna jalan raya. Bukan soal halangan itu yang aku nak ceritakan..tapi lebih kepada kekecewaan.


Lesen pengiklanan dari MBAS ada di lekatkan di banting ini..kalau korang nampak, ada dekat siku wanita dalam iklan tu (warna hijau)

Disco ni bakal dibuka berhampiran kawasan perumahan dan dekat dengan kawasan kampung..Agaknya anak muda kita yang baru nak mengenal dunia, teringin nak masuk??

Alor Setar ni bukan besar mana pun. Melayu lagi ramai dari bangsa lain. Bila ada disco, wajib ada arak dan  GRO..berserta maksiat!

Inikah yang mereka perjuangkan..aku sedih tengok negeri aku jadi macam ni. Tahniah kerajaan negeri. Aku amat kagum dengan kalian!

*speechless...

Selasa, 19 Jun 2012

HASIL KERAHAN KEDERAT

Assalamualaikum..

Entri ini  bukanlah berbaur riak atau takbur,..sekadar berkongsi perasaan gembira, puas hati dan bersyukur.


Gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk!

Setelah 1 tahun bersusah payah bersengkang mata menjahit manik ,berbalut-balut jari yang terluka dek tercucuk jarum, sampai bengkok-bengkok tulang belakang kerana duduk tak bangun-bangun..dan hingga bertambah-tambah rabunnya mata dek merenung butiran manik yang sebesar pasir.. (hanya yang melalui sahaja merasai dan memahami keperitannya) akhirnya dapatlah jua terkumpul duit di tangan. Kalau tahun lepas aku ke Beijing dengan hasil menjahit..tahun ni..inilah hasilnya..

*Demi membalas budi diri kerana kerajinan  kuat bekerja , aku menghadiahkan sesuatu untuk diri aku sendiri




 Alhamdulillah..

Tercapai juga hajat di hati. Terima kasih pada sahabatku Iera Cutesweetbaby yang bersusah payah tolong pilih dan belikan kat aku. Dan sekarang aku masih menunggu ia tiba kerana "hadiah" ini masih lagi berada di KL bersama Iera..

Gambar ni semua, dialah yang send kat aku..saja nak bagi aku panassss..*sabo..sabo....

Ada yang akan berkata dalam hati "eleh..macam la dia sorang je ada"..."aku dah ada berzaman  , tak canang kat orang pun".."eleh..baru nak beli , dah ketinggalan zaman la woi"..

Biarlah apa orang nak kata. Diorang beli sebab mampu, atau dapat hadiah dari seseorang (tanpa perlu keluarkan 1 sen pun)..tapi aku..usaha atas kederat sendiri. Memang tinggi sentimental value nya.

Syukur pada Allah kerana bagi aku kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki dan membolehkan aku miliki apa yang aku hajati tanpa mengharapkan belas ihsan sesiapa..



*senyum meleret-leret


Isnin, 18 Jun 2012

MEREKA INI BAHAGIA

Assalamualaikum..

3hari tanpa entri. Memang sibuk terpaksa menyiapkan 4 helai baju serentak. Hari cuti digunakan sepenuhnya untuk menjahit...

Pagi ni aku menjengah page Datuk Maznah my idol aku tu..dan aku tertarik dengan postnya..berikut adalah post dari Datuk Maznah...


SUAMI MITHALI...BAPA MITHALI

Sungguh terharu pabila membaca akhbar Harian Metro 13 Jun lalu. Sempena hari Bapa, mari kita hayati kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang suami. 

“Biarpun diri kami dimamah usia, tetapi tetap bahagia meskipun kesihatan tidak mengizinkan keluar bersiar-siar seperti pasangan lain.

“Dalam keadaan ini, memadai menghabiskan usia ini dengan berkasih sayang di dalam rumah,” kata Samsudin Desa, 72.

Samsudin, dari Kampung Jenalik Siput, Mukim Siong, di sini, yang sakit lutut dan darah tinggi, terpaksa menghabiskan usia bersama isterinya, Putih Chendra, 83, kerana kedua-duanya semakin uzur dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah.

Malah, Putih hanya terbaring dan duduk di tempat tidur sepanjang masa akibat usia yang semakin lanjut.

Samsudin berkata, dia hanya mengengsot di dalam rumah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana isterinya tidak boleh lagi melakukan kerja rumah dan duduk di tempat tidur sepanjang waktu.

“Dia (Putih) tidak boleh melihat kerana kedua-dua matanya rabun, malah mata kirinya dibedah empat tahun lalu. Isteri saya juga tidak boleh mendengar dengan jelas selain menghidap sakit jantung.

“Sayalah yang menguruskan semua di dalam rumah walaupun dengan mengengsot termasuk memandikan isteri kerana kasih sayang saya tidak pernah berbelah bagi meskipun usia kami semakin uzur dan menjaganya selagi hayat masih ada,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Ya Tuhan, terfikir oleh ku. Apakah ada lagi 'Species' insan yg. bergelar Suami dan Bapa seperti ini? .

Semoga Suami ku. Bapa kepada Anak2 ku pun akan rela jadi begitu di hari tua kami kelak. InsyaAllah.



***************************



Aku setuju dengan pendapat beliau.dan aku memang cemburu dengan mereka..Kebanyakkan orang lelaki sekarang lebih memilih dunia dari akhirat. Nak makan sendiri pun tak lepas, anak isteri baju tak bersalin baru pun ada hati nak pasang 2-3, punyalah tak sedar diri!. Malas nak komen perangai lelaki zaman sekarang (bukan semua tapi sebahagian besar )..so malulah dengan diri sendiri kalaupun tak malu dengan Allah!

Khamis, 14 Jun 2012

LACE & PEARL

Assalamualaikum..

Inilah antara penyumbang kepada kesibukkan aku hingga tak sempat nak jengah korang semua. pada AMT yang sudi datang hari-hari..terimakasih aku ucapkan..

Untuk kali ni, jahitan gabungan lace dan pearl tabur. Ini baju raya paling glamour pernah aku jahit (buat masa sekarang la..akan datang mungkin ada lagi.heheheh)..Dulu yang tanya kenapa aku tak letak harga pada tiap gambar yang aku upload kat sini. Susah juga kalau aku letak harga sebab, saiz baju, leher dan tangan tiap orang tak sama. Harga aku bergantung pada banyak mana manik yang digunakan dan tahap kerumitan jahitan tu.

Untuk baju ni kerana jahitannya adalah di dada dan bahu sahaja dan sedikit taburan ringkas ditangan, aku pun bolehla berikan harganya. Harga untuk baju ini RM200. Memang nampak mahal, tapi kos untuk pearl, kristal dan lace yang aku gunakan hampir mencecah RM110. Aku amat pentingkan kualiti. Design ni pula ada tambahan batu diamond yang perlu diseterika. Pearl yang digunakan sebanyak 30bungkus..

So, jom tengok ...











Itu jer untuk hari ni..terima kasih semua..nanti aku free, aku jengah korang ek..Adeus!!!

Rabu, 13 Jun 2012

CARA JIMATKAN BATERI ANDROID

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan satu artikel yang aku baca dalam  akhbar semalam. Artikel ni amat terpencil dan mungkin ada yang tak perasan. Bila aku baca, aku rasa baiklah aku kongsikan dengan korang yang belum baca.

Ya..entri hari  ni berkenaan cara untuk menjimatkan bateri Android. Aku yakin sekarang ni memang ramai yang guna smartphone. Aku je masih guna Nokia Sabun bertaraf zaman jahiliah.


Nah..ini caranya bagaimana nak jimatkan bateri smartphone korang..

  1. Pastikan kongfigurasi fungsi pengundian atau pengemaskinian status pada aplikasi pesanan seperti Facebook, Twitter, e-mel dan lain-lain dalam mod manual.
  2. Nyahaktifkan fungsi aplikasi Adobe Flash. Sekiranya ada aplikasi ini, ia akan memuatkan seberapa banyak komponen aplikasi ini yang berada dalam sesebuah laman web. Ini akan menyebabkan penggunaan bateri telefon meningkat.  Masalah ini boleh dikurangkan dengan konfigur fungsinya kepada atas permintaan atau on-demand seperti berikut:,  Menu > Settings > Enable Plug-ins  dan klik On Demand
  3. Sentiasa kemaskini sistem Andrid dan aplikasi telefon pintar yang digunakan kerana ia akan menjimatkan bateri. Ia boleh dicapai di Google Play > My Apps 
  4. Kurangkan kemaskini secara automatik bagi sesuatu perkara yang menggunakan funsi RSS Feed.  Ia boleh dikonfigur mengikut kesesuaian kerana penggunaanya yang kerap membuatkan jangka hayat sesuatu bateri itu menurun.
  5. Sentiasa melihat kepada kekuatan signal rangkaian yang diperolehi oleh telefon pintar itu, Ini kerana semakin lemah signal rangkaian atau frekuensi, maka telefon pinta itu akan memproses dengan lebih kuat untuk mendapatkan frekuensi tersebut. Oleh yang demikian, jangka hayat baterinya juga akan menurun.
  6. Dalam sistem Android, boleh dikenal pasti aplikasi mana yang menyebabkan penggunaan bateri yang tinggi atau terlalu keran. Sila pergi ke Setting > About Phone > Battery Use. Dengan maklumat ini, anda boleh mengurus penggunaan aplikasi dalam telefon pintar tersebut.
  7. Matikan segala fungsi-fungsi telefon pintar yang penting atau tidak diperlukan sentiasa seperti funsi LTE, GPS, Wi-Fi dan Bluetooth.  Ini kerana sekiranya ia tidak digunakan dan terdedah kepada sambugan-sambungan tersebut, telefon pintar akan beroperasi dan menyebabkan kehabisan sumber tenaga bateri.
  8. Konfigur kecerahan paparan skrin secara automatik mengikut kegelapan setemapt. Tutupkan fungsi kecerahan paparan skrin tersebut adalah lagi baik untuk penjimatan penggunaan bateri.
  9. Buang segala aplikasi hiasan yang ada pada muka utama skrin telefon bimbit termasuk live wallpaper. Pemprosesannya memerlukan sumber tenanga daripada bateri.
Pengurangan penggunaan aplikasi-aplikasi yang dicadangkan tersebut juga perlu sesuai dengan penggunaannya bagi sesetengah individu. Jadi sila buat semakan dan pengurusan yang betul. Setiap model Android ini juga ada dibuat pengujian dari segi penjimatan tenaga baterinya oleh pihak pengeluar atau pihak ketiga.

*Artikel Sembang ICT bersama Frikhan

Kekalkanlah kehenseman Android anda seperti gambar di atas..jangan biarkan ia jadi seperti di bawah ini

|
|
|
|
\/


So pada korang yang menggunakan smartphone, bolehla guna tips ini..ok..Adeus!!!

Selasa, 12 Jun 2012

DISEBALIK WAJAH

Assalamualaikum

Betul tak apa aku nak cakap ni, terpulang pada nilaian masing-masing...Kebanyakkan lelaki, pasti memilih wanita yang cantik, ayu, cun dan sebagainya..biarpun IQ rendah, asalkan cantik..betul tak?? Susah sangat aku nak tengok lelaki yang suam-suam kuku rupanya yang pasangannya, biasa-biasa je. Mesti berselera tinggi nak yang lawa-lawa..

Orang perempuan pun sama, tapi bilangan yang memlilih rupa ni tak le seramai bilangan kaum adam yang memilih rupa tu. Aku pun hairan. Seeloknya biarlah sedap mata memandang dan sejuk hari menerimanya. Contoh-contoh wanita cantik adalah seperti berikut..




disebalik wajah yang ayu, cun dan menggoda ini..yang menjadi pujaan ramai..dan kulit yang licin gebu serta pipi yang pauh dilayang..hanya ini sahaja yang ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/







Ya!!..tengkorak..
Oleh itu janganlah terlalu memilih rupa..kerana ...

 "disebalik wajah yang cantik dan ayu itu, terselindung 1 tengkorak yang amat mengerikan !"

Adeus!!!

Isnin, 11 Jun 2012

MAAFKAN AKU, GAMBAR TERLAMPAU LAGI

Assalamualaikum..

Aku nak minta maaf pada semua Ahli Mesyuarat Tingkap aku yang selalu memberi usul pada setiap agenda harian aku..minta maaf sebab aku tak sempat membalas kunjungan ke blog korang. Jumaat & Sabtu aku cuti minggu tapi sibuk menjahit la pulak. Nanti aku uploadkan hasilnya..hari ni bawak kamera tapi kabel pulak tak bawak..nak jolok dengan hapa!

Semalam aku kursus..kali ni bukan kursus ilmu dunia, tapi ilmu menuju akhirat..Kursus Pengurusan Jenazah. So memang tak sempat. Hari ni pun tak sempat juga..nak kena clearkan claim dan kerja-kerja lain. Memang busy..so ini aje untuk korang jamu mata..




Kedua-dua binatang ini amat melampau! Melampau tahap mengada-ada. Aku jentik kang!
 
*p/s : nanti aku free, aku jengah korang..adeus!!

Jumaat, 8 Jun 2012

INI NEGARA KITA

Assalamualaikum..

Ini bukan entri perkauman..bukan juga entri politik..

Ini entri untuk mengenang mereka yang terdahulu..kerana usaha mereka, membawa negara ini ke tempat yang terbaik..

Aku panas telinga bila seorang lelaki berbangsa tuuuuttttt..yang tok nenek dia datang dari India (kalaulah dia masih berada disana, jangan harap boleh jadi YB ) cuba menggugat kedudukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini negara MELAYU..hanya MELAYU yang layak memimpin dan menjadi ketua. Jangan diganggau sultan-sultan dan raja-raja melayu. Ini tanah tumpah negara kami dan asal-usul kami.


Khamis, 7 Jun 2012

CUTI BERBAKI

Assalamualaikum..

Aku rasa nak pergi bercuti..tapi tak tau kemana..baki cuti untuk tahun ni...

31 hari...

emmmm...mana aku nak pergi tahun ni..tahun lepas bukan main lagi aku bercuti sana sini..bermula dari Medan...Kuching...Beijing..tapi tahun ni..takde pun..aduh...

Rasa macam nak pi oversea je..tapi tak tahu kemana...any idea????

Rabu, 6 Jun 2012

ROMPAK & ROGOL

Assalamualaikum,

Lambat pulak entri hari ni . Sebabnya aku kena jaga orang periksa BITK  dan sekarang baru masuk ofis..

Apa kena mengena dengan tajuk di atas??

Ini lah..katakunci untuk hari ini



Rosak akhlak orang yang key in ayat tu. Ntah apa yang dia cari, si gugel pulak terus tunned ke blog musyuk aku ni..Agaknya teringin nak merompak dan merogol orang kot..Maaf cakap, yang selalunya search benda merapu-rapu ni adalah kebanyakkannya anak melayu. Takkan anak cina atau india nak  cari keyword dalam bahasa melayu..kalau adapun dia mesti guna bahasa dia..

hai...apa nak jadi ...

Selasa, 5 Jun 2012

HALAL LAH SANGAT!

Assalamualaikum..

Aku terkedu melihat gambar ini...







KESIAN.....

Isnin, 4 Jun 2012

ZED ZAIDI PRESIDEN SENIMAN, TAHNIAH!

Assalamualaikum..

Agak terlambat ke tak aku nak ucapkan tahniah pada Zed Zaidi? Bukan apa, semua entri aku dalam blog ini adalah autopublish. Aku akan menulis beberapa entri dalam satu masa bila aku betul-betul free, pastu, publishkan 1-1 agar laman sesawang aku ini tidak bersawang!

Sudah lama aku perhatikan sebenarnya..insan yang bernama En.Rozaidi @ Zed Zaidi ni. Fanpage dia pun aku ada ikut. Tapi aku hanya jadi silent reader @ follower . Sesekali jer aku memberi komen setiap status dia.

Apa yang aku nampak pada dia adalah ketokohan yang bukan dibuat-buat. Nampak gaya seorang pemimpin yang boleh memimpin dan tahu hala tuju, walaupun ada yang kutuk dia dan kata macam-macam kat dia sebab isu dia pertikai kemenangan warga Singapura di Malaysia ini. Bila difikirkan balik, artis Malaysia cukup susah nak tembusi negara jiran apa lagi nak dapat anugerah..dan bila itu berlaku di Malaysia, memang patutlah dia berasa bimbang (sekali lagi duit Malaysia mengalir keluar ke negara orang).


Aku tahu ada yang tidak setuju dengan pendapat dia, tapi dia sebenarnya sedang memperjuangkan nasib artis Malaysia yang makin sukar mencari makan di negara sendiri. Kita punya pendapat masing-masing. Terpulanglah. Kita boleh jadi peminat artis luar, tapi jangan sesekali lupakan artis kita sendiri. Mereka juga ada kualiti tersendiri. Mereka sebenarnya adalah dikalangan kita. Aku tak boleh nak komen banyak-banyak pasal anugerah tersebut sebab anugerah tu bukan bapak aku yang punya.

Dan , bila dia dah di undi hingga menjadi Presiden..apa maknanya?.. maknanya dikalangan artis Malaysia pun bersetuju dengan perjuangan beliau. Dan aku bukanlah salah seorang artis Malaysia yang popular atau suam-suam kuku..aku hanya blogger yang menulis macam-macam hal. Dia di undi oleh orang yang berkerja dalam industri yang pastinya lebih arif tentang situasi mereka..

Apa yang aku pasti..dia sedang berjuang sebenarnya. Janganlah kita menghukum tanpa tahu pucuk pangkal. Sipolan yang menang anugerah tu pun, bukanlah salah dia..dah orang Malaysia yang undi dia..dia terima sajalah, takkan nak tolak pulak. Yang salahnya anugerah tersebut yang tidak bersifat nasionalisme..buat kategori untuk raih undi tanpa memikirkan kepentingan artis sendiri. Kan lebih elok kembali ke zaman dulu-dulu..ada kategori khas contohnya dulu ada Artis Bukan  Melayu Lelaki/Perempuan, Artis Veteran, Pelakon Kanak-Kanak..rasanya dulu lebih adil..eloklah lepas ni diorang wujudkan anugerah Artis Luar Negara Popular..insya Allah ianya lebih adil..

Melalut pulak aku. Apa-apapun, aku nak ucapkan tahniah pada Zed Zaidi. Pesanan pada Zed Zaidi (macamlah dia jumpa blog aku nih :p ) "Bila anda telah diundi , bermakna orang percayakan anda dan kredibiliti anda. Berjuanglah demi anak bangsa sendiri. Biarlah ramai yang membantah dan mengutuk, dibelakang sana masih ramai yang menyokong..yang pentingnya, yang menyokong itu adalah orang-orang yang benar-benar terlibat dalam industri dan bukan orang yang hanya bersembang di kedai kopi!..tahniah Zed Zaidi.."

Aku berhenti kat sini dulu...Adeus!!!

Ahad, 3 Jun 2012

BIAR MISKIN HARTA

Assalamualaikum..

Tersentak hati aku melihat gambar ini...

mereka miskin harta..tapi mereka kaya dengan kasih sayang..
*aku cemburu dengan kasih sayang mereka ..  :[

Sabtu, 2 Jun 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 5

Assalamualaikum..

Ini adalah baju ke-2 kawan lama aku tu. Yang ni dia nak simple tapi glamer. Baju ni adalah baju kurung modern. Ini adalah pertama kali aku jahit di bahu baju..Jom tengok...

Leher dan bahu..

 Leher

Leher -close up

Leher, bahu dan tangan baju..

Leher dan tangan -close up..

Inilah hasilnya. pearl dan kristal bertabur disana-sini..aku ambil masa 3 hari untuk siapkan baju ni. Semoga kawan aku tu berpuas hati..dan selamat berhijrah ke negara orang.. luv u!

Nak tengok lagi?...tunggu

Jumaat, 1 Jun 2012

BUNGA LABUCI - 9

Assalamualaikum..

Lagi baju untuk raya. Baju ni agak special sebab bakal dipakai di pagi syawal tapi bukan di Malaysia.. Baju ini dan 1 baju lagi (akan di upload esok) bakal beraya di perantauan..di Jordan nun...Lagi 1, specialnya baju ni, ianya milik teman lama sekolej aku dulu yang aku sendiri dah hampir 13 tahun aku tak jumpa..hanya jumpa di fb saja..

Lalu aku pun menajhit dengan penuh kasih sayang..

And this is for u Juita..

Leher

 Leher -side

 Tangan

Leher dan tangan

Overall..dari leher, tangan dan bawah baju

Inilah hasilnya . Dan yang paling penting aku berharap kawan aku tu si Juita berpuas hati dengan jahitan aku..Adeuss!!!

Nak tengok lagi?..tunggu

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...