Entri ini bukanlah berbaur riak atau takbur,..sekadar berkongsi perasaan gembira, puas hati dan bersyukur.
Gambar di atas tiada kena mengena dengan tajuk!
Setelah 1 tahun bersusah payah bersengkang mata menjahit manik ,berbalut-balut jari yang terluka dek tercucuk jarum, sampai bengkok-bengkok tulang belakang kerana duduk tak bangun-bangun..dan hingga bertambah-tambah rabunnya mata dek merenung butiran manik yang sebesar pasir.. (hanya yang melalui sahaja merasai dan memahami keperitannya) akhirnya dapatlah jua terkumpul duit di tangan. Kalau tahun lepas aku ke Beijing dengan hasil menjahit..tahun ni..inilah hasilnya..
*Demi membalas budi diri kerana kerajinan kuat bekerja , aku menghadiahkan sesuatu untuk diri aku sendiri
Alhamdulillah..
Tercapai juga hajat di hati. Terima kasih pada sahabatku Iera Cutesweetbaby yang bersusah payah tolong pilih dan belikan kat aku. Dan sekarang aku masih menunggu ia tiba kerana "hadiah" ini masih lagi berada di KL bersama Iera..
Gambar ni semua, dialah yang send kat aku..saja nak bagi aku panassss..*sabo..sabo....
Ada yang akan berkata dalam hati "eleh..macam la dia sorang je ada"..."aku dah ada berzaman , tak canang kat orang pun".."eleh..baru nak beli , dah ketinggalan zaman la woi"..
Biarlah apa orang nak kata. Diorang beli sebab mampu, atau dapat hadiah dari seseorang (tanpa perlu keluarkan 1 sen pun)..tapi aku..usaha atas kederat sendiri. Memang tinggi sentimental value nya.
Syukur pada Allah kerana bagi aku kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki dan membolehkan aku miliki apa yang aku hajati tanpa mengharapkan belas ihsan sesiapa..
*senyum meleret-leret
note??? tahniah tuk diri akak sbb bjaya jahit manik...kihkihkihkih...
BalasPadamWaaaa PB...
BalasPadamCantik Dan canggih.. Hehehe
Titik peluh sendiri PB, jgn di pikir apa Ada dalam hati org lain. xbaek gitu. Kita pikir yang baik2 je. :)
waaa..bestnya...hasil titik peluh sendiri tu...
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah kerana berjaya menghargai penat lelah sendiri. :)
BalasPadamKakcik tak ada tab tapi...
kalau dpt brg hasil dr susah payah, kita akn lebih mghargainye.... sbb dh penat kan bru dpt hasil... apa2 pun tahniah sbb berjaya membeli diri sndri sesuatu...:)
BalasPadamYe PB, hadiahkan diri dengan sesuatu atas usaha kita. Tahniah!
BalasPadamtak pe yang penting hasil titik peluh sendiri...lantak la org nak kata ape...
BalasPadamtahniah kak...itu tandanya rezeki akak berkat :)
BalasPadamperghhh... gadget baru.. beli ngan hasil titik peluh sendiri emang puas hati.. hehe :)
BalasPadamsyukur bertambah lg rezeki PB..mesti best dpt ber SN nti..
BalasPadamSeronoknya. Berakhir la zaman henfon lama ye dan bermula la ere smart fon utk pen biru.
BalasPadambestnya..mesti dah tak sabar nak update blog guna nie nanti...berbaloi dengan penat lelah selama nie
BalasPadamsama..... pasni leh wasap2 la..bila nk dpt tu..?
BalasPadamalhamdulillah....puas atikan hasil titik peluh sendiri...semoga rezeki terus murah,insyaallah...
BalasPadam