Isnin, 4 Jun 2012

ZED ZAIDI PRESIDEN SENIMAN, TAHNIAH!

Assalamualaikum..

Agak terlambat ke tak aku nak ucapkan tahniah pada Zed Zaidi? Bukan apa, semua entri aku dalam blog ini adalah autopublish. Aku akan menulis beberapa entri dalam satu masa bila aku betul-betul free, pastu, publishkan 1-1 agar laman sesawang aku ini tidak bersawang!

Sudah lama aku perhatikan sebenarnya..insan yang bernama En.Rozaidi @ Zed Zaidi ni. Fanpage dia pun aku ada ikut. Tapi aku hanya jadi silent reader @ follower . Sesekali jer aku memberi komen setiap status dia.

Apa yang aku nampak pada dia adalah ketokohan yang bukan dibuat-buat. Nampak gaya seorang pemimpin yang boleh memimpin dan tahu hala tuju, walaupun ada yang kutuk dia dan kata macam-macam kat dia sebab isu dia pertikai kemenangan warga Singapura di Malaysia ini. Bila difikirkan balik, artis Malaysia cukup susah nak tembusi negara jiran apa lagi nak dapat anugerah..dan bila itu berlaku di Malaysia, memang patutlah dia berasa bimbang (sekali lagi duit Malaysia mengalir keluar ke negara orang).


Aku tahu ada yang tidak setuju dengan pendapat dia, tapi dia sebenarnya sedang memperjuangkan nasib artis Malaysia yang makin sukar mencari makan di negara sendiri. Kita punya pendapat masing-masing. Terpulanglah. Kita boleh jadi peminat artis luar, tapi jangan sesekali lupakan artis kita sendiri. Mereka juga ada kualiti tersendiri. Mereka sebenarnya adalah dikalangan kita. Aku tak boleh nak komen banyak-banyak pasal anugerah tersebut sebab anugerah tu bukan bapak aku yang punya.

Dan , bila dia dah di undi hingga menjadi Presiden..apa maknanya?.. maknanya dikalangan artis Malaysia pun bersetuju dengan perjuangan beliau. Dan aku bukanlah salah seorang artis Malaysia yang popular atau suam-suam kuku..aku hanya blogger yang menulis macam-macam hal. Dia di undi oleh orang yang berkerja dalam industri yang pastinya lebih arif tentang situasi mereka..

Apa yang aku pasti..dia sedang berjuang sebenarnya. Janganlah kita menghukum tanpa tahu pucuk pangkal. Sipolan yang menang anugerah tu pun, bukanlah salah dia..dah orang Malaysia yang undi dia..dia terima sajalah, takkan nak tolak pulak. Yang salahnya anugerah tersebut yang tidak bersifat nasionalisme..buat kategori untuk raih undi tanpa memikirkan kepentingan artis sendiri. Kan lebih elok kembali ke zaman dulu-dulu..ada kategori khas contohnya dulu ada Artis Bukan  Melayu Lelaki/Perempuan, Artis Veteran, Pelakon Kanak-Kanak..rasanya dulu lebih adil..eloklah lepas ni diorang wujudkan anugerah Artis Luar Negara Popular..insya Allah ianya lebih adil..

Melalut pulak aku. Apa-apapun, aku nak ucapkan tahniah pada Zed Zaidi. Pesanan pada Zed Zaidi (macamlah dia jumpa blog aku nih :p ) "Bila anda telah diundi , bermakna orang percayakan anda dan kredibiliti anda. Berjuanglah demi anak bangsa sendiri. Biarlah ramai yang membantah dan mengutuk, dibelakang sana masih ramai yang menyokong..yang pentingnya, yang menyokong itu adalah orang-orang yang benar-benar terlibat dalam industri dan bukan orang yang hanya bersembang di kedai kopi!..tahniah Zed Zaidi.."

Aku berhenti kat sini dulu...Adeus!!!

9 ulasan:

  1. boleh tak dkna nak usha zed zaidi nie akak?? hehehee

    BalasPadam
  2. dkna nak usha boleh je..hikhikhik

    BalasPadam
  3. mmg btol apa yg ZZ cakap aritu..kalo bukan kita yg memperjuangkan nasib artis negara kita,sape yg nak buat?..

    BalasPadam
  4. ai sokong u PB..sbb ai xminat sgt kt si polan tu...hihi :D

    BalasPadam
  5. dkna, zed zaidi ni dah kawen la.

    Erm... muda2 lagi dah jadi presiden.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum pen biru...tokoh menjadi pemimpin tu moga ada yg dpt membela artis2 kat Malaysia ni...:)

    BalasPadam
  7. tahniah zed! teruskan perjuangan yg murni :)

    BalasPadam
  8. suka dgn keberanianya bersuara lantang itu

    BalasPadam
  9. kepercayaan yang diberikan biarlah seiring dengan tugas yang dijalankan.. ;)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...