Ahad, 29 Julai 2012

KAREMEL GULA HANGUS SENANG

Assalamualaikum..

Aku rasa aku takde cerita lagi bab makan dalam blog ni. Sebabnya ?? Aku tak de menu menarik. Pada aku, puasa ke tak, makanan dan menu aku adalah sama seperti hari-hari biasa.  Tak lebih malah berkurang!.

Teringin nak makan Karemel Gula Hangus. Untuk membuatnya aku tidaklah punya masa . Nak kukus-kukus bagai. Leceh. So jalan mudah aku gunakan  serbuk karemel segera. Mudah aje. 

 Bahan-bahannya ..1 kotak susu UHT atau 1 liter susu segar. nak guna dalam 700liter aje. dan sebungkus 100g serbuk karemel dan gula untuk buat gula hangus.

Cara-caranya:
ada kat gambar ni..

Rasanya?? sedap dan aku suka. Sama aje macam kita buat sendiri guna telur. Tapi yang ni lagi mudah. Mana nak dapat serbuk karemel ni?? 

Boleh oder dengan aku. Harganya seperti berikut;

Set A : 1pek/100g : RM13
Set B : 2pek/200g : RM19
Set C : 3pek/300g : RM25
Set D : 4pek/400g : RM30
HARGA TERMASUK POSLAJU
(SWK + RM3/ SBH + RM4)

*UNTUK HARGA BORONG SILA SMS HOTLINE

UNTUK TEMPAHAN SILA SMS : 
MTC SET(SET PILIHAN ANDA) KE HOTLINE 0125677630

PENGHANTARAN PADA ISNIN DAN KHAMIS SETIAP MINGGU.


Kan??? senang aje kan..jom la oder..apa tunggu lagi.. :p

Adeus!!!

Sabtu, 28 Julai 2012

TEMAN BARU

Assalamualaikum..

Senyum lebor hari ni. Teman lama yang dah al-marhum kini dah berganti. 


Puas aku melilau 1 pekan Jitra nak cari radio jam ni. Semuanya tak ada. Pelikkan? Oleh kerana aku dah malas nak menghabiskan minyak kereta dan masa aku, lalu aku pun buat keputusan beli oniline aje kat www.superbuy.com.my . Senang citer. Aku oder hari Selasa, ...Khamis dah dapat.

Murah je. Termasuk pos RM64..kalau nak comparedkan dengan masa dan minyak kereta aku nak pusing-pusing cari. So..kini hidupku tak sunyi lagi..lalalalalalalala...

Jumaat, 27 Julai 2012

SHOPPING BAJU RAYA ONLINE

Assalamualaikum..

Entri ni khas untuk korang yang suka membeli melalui online. Perkara pertama yang perlu tahu, setakat mana kewujudan kedai online tu. Sekarang ni banyak penipuan berlaku. Untuk itu aku nak perkenalkan, kedai onine yang diyakini. Dah 3 tahun beroperasi. Tapi hanya jual pakaian baby & budak-budak aje. Sesuai untuk yang ada anak kecik.

Actually kedai ni BFF aku yang punya. So kepada yang sibuk kerja tak sempat nak membeli diluar bolehla oder dengan beliau..


Korang juga boleh follow di FB. Nama tokeynya Iera. Ok..Sekian iklan tak berbayar :p

Khamis, 26 Julai 2012

PERABUT RAYA

Assalamualaikum..

Dapat bonus? Alhamdulillah. Gunakan sebaik-baiknya. Jangan beli benda yang tak bermanafaat. Bersyukur dengan rezeki Allah. Jangan pula ada yang pertikai kenapa setengah bulan..kenapa tak sebulan..tak dapat langsung baru padan muka.

Intro yang takde kena mengena dengan tajuk. Ni ha ..aku terjumpa gambar sofa ni...mana nak cari ekk??


canggih gila ni,..huhuhuh..

yang pastinya duit bonus aku tidak cukup untuk memiliki sofa ini...
Sekian!

Rabu, 25 Julai 2012

TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak kongsikan sedikit tips bila nak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Tips ni hasil dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri pun dah banyak kali terkena. So aku bile terkena aku himpunkan semua pengalaman itu..agar korang pun tak terkena di bulan yang mulia ni.

gambo dipinjam dari gugel sebab tahun ni aku belum pergi lagi bazar ramadan!

Bukan apa..dalam bulan puasa ni, memang banyak perkara yang menyakitkan hati berlaku bila membeli makanan. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. Alih-alih..jual makanan yang dah nak basi..ada yang takde rasa apa-apa..tawar heber, tak sedap, dan macam-macam lagi. 

So..inilah tipsnya..

  1. Pastikan gerai yang korang nak beli tu memang dah biasa berniaga sebelum puasa lagi. 
  2. Pilih gerai yang ramai pengunjung.
  3. Tengok gerai yang penjualnya berpakaian bersih.
  4. Kalau nak beli minuman, terutama air tebu, pastikan peralatan dan mesin yang digunakan dan cara pengendalian tu bersih..(ada mata tengok betul-betul..)perhatikan persekitarannya..
  5. Kalau nak beli murtabak, tengokla dulu stok telurnya..tanya dulu telur dibasuh atau tidak. Sebab? tangan yang memecahkan telur itulah yang akan mencanai tepung. So fikirkanlah dari mana datangnya telur itu dan apa yang ada pada telur kalau telur tu tak di basuh.
  6. Elakkan membeli air yang berwarna. Aku yakin kebayakkannya menggunakan aip paip sahaja tanpa di masak. Bancuh aje la sendiri, bukan susah pun!
  7. Tengoklah pada harganya sebelum membeli. Jangan beli kalau mahal. Mahal belum tentu sedap.
Ok.itu aje rasanya untuk dikongsikan. Lebih afdal masak sendiri. Nak beli pun boleh tapi tengoklah dulu . Jangan ikut nafsu. Beli sekadar perlu. Tak perlu membazir.

Selamat Berpuasa semuanya!

Adeus!!

Selasa, 24 Julai 2012

ENTRI PALING HOT!!!

Assalamualaikum.


Nah..pertamakalinya entri ni tiba-tiba jadi paling hot dan panas. Hitsnya mencecah 1148 hits sempena bulan Ramadhan ni. Namun aku yakin banyak pengguna internet yang klik entri aku tu akan mentuuuuut tuuuuut aku sebab bukan itu hasil yang mereka inginkan.

Entri yang aku maksudkan ialah  : CARA-CARA MENJAHIT MANIK


Pada yang tak tahu kenapa aku cakap orang yang klik entri tu pastinya akan mentuuuuut tuuuut aku..korang kliklah dan tengoklah sendiri..

Mahapkan aku!

Adeus!!!

Isnin, 23 Julai 2012

BILA SAMPAI AJALNYA

Assalamualaikum..


Sungguh sedih.

Dia sudah menemani hidupku hampir 11tahun sejak tahun pertama aku di alam kerjaya.

Sedih, suka, jenaka dengannya kini hanya tinggal kenangan..

Penghiburku dikala kesunyian...

Tiba-tiba tiada khabar, tiada suara..hilang semuanya..

Peneman aku kini tiada lagi..

Setia menemani aku dari 8pagi hingga 5 petang dan waktu dahulu hingga 3pagi...

Kini hidup aku sunyi...sunyi dan sunyi....

Sudah sampai ajalnya..dan pastinya aku akan merinduinya walaupun aku sudah ada pengganti nanti..

Maafkan aku sayang kerana aku perlukan pengganti dirimu..

Kenangan bersama mu takkan ku lupa hingga akhir hayat...

Entri sedih ini aku tujukan khas buatmu wahai....













radio ku...

Khamis, 19 Julai 2012

AKU KEMBALI

Assalamualaikum..

Aku kembali..dah lama aku tak menulis..kaco-kaco korang kat blog korang..buat lawak boduh..gelak sana..gelak sini..rindu. Memang aku rindu. Aku pun ada stori mori nak cerita. Tapi bukan sekarang sebab aku dah kembali kerja. Banyak yang perlu aku selesaikan..

Nanti aku terjah blog korang ye.. rindu betul dengan AMT tegar yang rajin ziarah aku..

Thanks to:

Nini D, Mama Maszull, TF, Kak Saniah, Qaseh Johanna, Mak Ngah Pora, LdySunshine, CikMoon dan banyak lagi . Pada yang aku tak sebut nama jangan kecik hati ye sebab korang sentiasa di hati aku.

Kata orang  aku, meluahkan perasaan melalui tulisan adalah lebih tulus dari bercakap. Bercakap adalah suara lidah dan lidah kadangkala melebihi hati. Tapi bila kita menulis...hanya hati yang berkata-kata dan lidah hanya tersimpul di dalam tanpa mampu melangkaui suara hati. 

Sekian!.. Adeus...

Ahad, 15 Julai 2012

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum semua.

 Aku minta maaf sebab dah lama tak bw blog korang dan aku dah lama tak menulis. Aku tak sihat sekarang. Tekanan buat aku bertambah sakit.Aku tak mampu nak menulis dan bergurau dengan korang.Aku rindu dengan korang..doakan aku ye..

Khamis, 12 Julai 2012

I'AM TIRED !!!

Assalamualaikum..



Thanks for everything...

Rabu, 11 Julai 2012

SPEED TRAP

Assalamualaikum..

Aku dapat gambar ni dari fb seorang kenalan.. Katanya ini ialah kamera perangkap hadlaju atau Speed Trap.


Katanya juga kamera ni di pasang di beberapa kawasan yang biasanya sesuai untuk memecut di lebuhraya. Tapi lokasinya tak pula diberitahu. So kita kenalah allert sendiri. Sejauh mana info ini, benar atau tak, aku tak pasti. Aku cuma berkongsi sahaja.

Pengajarannya, tak perlu tunggu ada polis tepi jalan baru reti nak reti slow..ok! Adeus!!!

Selasa, 10 Julai 2012

DARI KEJAUHAN...

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan gambar yang sempat aku shoot masa tengah drive untuk balik ke kampung minggu lepas (ceh...macam la kampung tu jauh sesangat...)..

 di kejauhan itu aku nampak Gunung Jerai..kampung aku dikaki gunung itulah...dan di kejauhan itu juga aku nampak...


lori lebih muatan..nak potong pun takut..dihempapnya Cik Ah aku..mau ranap jadi tin sadin!

Di manakah penguatkuasaan???

Isnin, 9 Julai 2012

SAYA DAH MENANG!!!

Assalamualaikum..

Minggu lepas ada aku ceritakan perihal kemenangan Peraduan Peminta Maggi Kari di Sinar...kisahnya DiSINI. Semalam aku dah dapat tengok senarai 10 orang pemenang yang dicari..termasuklah aku..



Alhamdulillah..rezki Allah.. :)

Ahad, 8 Julai 2012

POWER BANK

Assalamualaikum..

Aku nak tanya.Korang pernah dengar tak pasal Power Bank?? Kalau tak pernah, meh sini aku nak cerita..

Power Bank ni bukanlah bank untuk menyimpan, mengambil apatah lagi untuk meminjam duit. Tapi ia digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik. Benda ni amat berguna kepada kita terutama sekali kalau kita adalah golongan yang rajin berkelana sana sini atau kerja luar. 

Bagi pengguna telefon bimbit (semua orang ada handphone termasuk budak sekolah), smartphone, tap, kamera digital..atau apa-apa sahaja yang perlukan bateri boleh caj semula..benda ni lah penyelamat. Bayangkanlah kita tengah syok-syok bercuti..possing depan kamera mengalahkan model..tetiba bateri kamera habis..camno? Tak ke kalut cari soket nak caj balik kamera tu.. Kalau ada kat hotel tak pelah..kalau korang tengah panjat gunung??? Mana nak cari soket..so inilah penyelamatnya.


Ini yang aku beli semalam. Jenama Yoobao. Jangka hayat 500kali caj..(caj dia ke elektrik ye..bukan caj dia ke gajet kita)..Pada aku berbaloi. Ada banyak jenis sebenarnya Power Bank ni..dari 2000mAh ke 11200mAh..aku beli yang 11200mAh. So dalam kiraan aku boleh caj Galaxy Note aku sebanyak 3kali penuh. 





Power Bank ni boleh caj semua jenis gajet sebab ia di datangkan dengan  USB yang pelbagai jenis saiz ikut jenis brand gajet kita tu. Ia berbaloi sesangat.

Harganya??  Dalam lingkungan RM130. Ada tempat yang jual sehingga RM250. So kena tengok betul-betul mana yang lebih murah tapi barangan adalah sama.

Ok..itu jer perkongsian aku. Pada yang teringin nak benda alah ni..boleh bagitau aku. Aku tolong belikan, dengan syarat korang bagi duit kat aku ye..

Hokay..thats all..adeuss!!!

*Pengakuan: iklan ini tidak dibayar apa lagi ditaja.Sekian

Jumaat, 6 Julai 2012

BUDAYA SATE

Assalamualaikum..

BUDAYA SATE?? macam pelik jer bunyi. Aku pun pertama kali dengar..tapi bila di amati memang inilah budaya orang yang bekerja makan gaji tak kira kerajaan atau swasta..di mana-mana pun..


Budaya Sate ni lagi dahsyat dari BUDAYA AIRCOND. Aku yakin ramai yang tau istilah budaya aircond tu digunakan untuk apa. Kalau dizaman 80an-90an dulu dipanggil BUDAYA KIPAS sebab masa tu semua tempat pakai kipas je..bila masuk era 2000, dalam jamban pun ada aircond.

Pada  yang masih blur dengan istilah ini biar aku jelaskan.


Budaya Kipas:..orang tu kena berusah payah mengipas bos..kipas guna tangan so agak teruk jugaklah..asalkan bos sejuk! -Maknanya untuk membodek bos kena berusaha keras agar bodekkan itu diterima.



Budaya Aircond:..yang ni mudah sikit, sebab kena "petik suis aircond" jer untuk sejukkan bos..janji bos tersangat sejuk! -Maknanya, hanya menggunakan sedikit kreativiti sahaja untuk membodek dan memastikan bodekkan itu tahan lam.

Budaya Sate :..yang ni lah paling jahat sekali. Bukan takat mengipas..sebelum kipas kena potong sana sini, cucuk sana sini..baru boleh kipas. Nak bagi best kena simbah minyak..barulah berapi-api dan berasap-asap punya kejadian ! -Maknanya..sanggup buat onar, cari pasal, reka cerita semata-mata untuk membodek..dan yang pastinya bodekkan itu amat "sedap" sekali hasilnya..

Paham????

So pada yang tergolong dalam kumpulan Budaya Sate tu..ingat..akhirnya sate akan dibakar di atas api!



Aku????
Aku pakai Budaya Machine Gun..kalau tak puas hati aku tembak tak kira sape,..janji aku puas..lebih-lebih lagi pada yang kepala otak tak betul, suka cari pasal dengan orang dan menyusahkan orang.



Korang budaya apa???

Khamis, 5 Julai 2012

KHAMIS KEPOH

Assalamualaikum..

Kenapa Khamis Kepoh?? sebab di Kedah, hari Khamis kerja sampai 3.30ptg aje. So masa yang ada macam tak cukup. Semua jadi kepoh dan kecoh.. Tapi bukan untuk hari ni...sebab???


KOSONG & GELAP!!!

Semua kawan-kawan aku ada exam hari ni. Actually diorang exam 3 hari, exam KPSL. Aku pulak dah pass ketiga-tiga paper dalam exam ni tahun lepas, so aku tak ambiklah exam ni lagi. Tapi semalam dan kelmarin tu ada juga sorang dua yang datang keja sebab diorang dah pass paper pada hari tu..tapi hari ni???

Semua tak de..tinggallah aku sorang jadi penunggu ofis selama 3 hari ni. Tapi hari ini lah yang paling bosan gile. Tinggal aku sorang ni..huhuh..

Hari ni aku lah bos aku lah kuli di unit aku..nasib baiklah kerja sampai 3.30 je, kalau tak boleh migrain jugak ni..

*errrr..ada sapa-sapa nak datang lepak dengan aku?? kalau ada sila bawa makanan sekali sebab aku tak boleh keluar beli makanan..sebabnya aku tak boleh tinggal opis tanpa ada orang jaga..haru jugakkan???..

Rabu, 4 Julai 2012

RABU BISU

Selasa, 3 Julai 2012

ULTRAMAN..FIRE!!!!

Assalamualaikum..

Aku pasti lagi kompom ramai peminat Ultraman dizaman kanak-kanak..termasuklah aku. Sebenarnya klip ni aku pernah masukkan kat fb..tapi kali ni aku nak share dengan korang. Bila aku tengok klip ni..wajib aku gelak..

Kenapa aku gelak...

Ultraman ini terlupa cara-cara nak fire rasaksa..jom tengok


Isnin, 2 Julai 2012

KADUK NAIK JUNJUNG

Assalamualaikum..

Seringkali kita dengar perkataan kaduk naik junjung..ia ditujukan khas pada spesis manusia yang tak tahu dari mana asal-asul tapi bila diberi sedikit kesenangan dan kelebihan, dia nak lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan sanggup memijak orang lain asalkan tempat dia sentiasa di atas..ala macam makhluk tuhan yang aku cerita hari tu.

Tapi kali ni bukan aku nak cerita bab makhluk tuhan yang tak bertamadun tu. Aku nak cerita pasal daun kaduk. Ada yang tak kenal rupa daun kaduk..sebab rupa daun kaduk dan sirih hampir sama, tapi rasanya yang berlainan.. (jangan sampai ada yang terguna daun kaduk buat sirih junjung dah le...)


 Ini daun sirih...

dan ini daun kaduk

Memang agak sukar nak bezakan kan?..apapun aku nak cerita bab daun kaduk je. Mungkin ada yang pernah makan..dan ada yang tidak. Aku pun baru 1st time makan minggu lepas. Sedap juga rupanya..

Hidangan ini dikenali sebagai Mieng Kam..dari segi nama pun dah tahu, makanan ni datangnya dari Siam la..inilah rupanya..


Ianya terdiri dari daun kaduk, kacang tanah goreng, kelapa goreng, halia, bawang besar, limau nipis, udang kering , cili padi dan sirap gula merah. Cara nak makan senang je..bungkus ala-ala orang bungkus sirih tu...dan masukkan kemulut..

Memang sedap. Sebenarnya set di atas tu, kawan aku yang jual. 1 set RM3..murah kan??? 

Mula-mula nak makan aku agak risau jugak..macam manalah rasanya..bila dah masuk mulut.,.aik..sedap bukan main. So untuk hari ni aku oder 2 set.. Apa lagi...jom makan..

Ahad, 1 Julai 2012

MASJID KITA

Assalamualaikum..

Tertarik hati aku nak publishkan gambar-gambar masjid di Malaysia walaupun kita sering memandangnya di mana-mana. Aku publishkan kerana aku rasa terharu dengan seorang kenalan aku dari Pakistan yang di wall fb nya dipenuhi dengan gambar-gambar masjid di Malaysia dan di "Like" oleh beratus-ratus sahabatnya..

Antara gambar yang ada di wall beliau..

 dikenali sebagai Masjid Shah Alam

Masjid terapung Pulau Pinang 

Masjid Al-Bukhari

 Masjid Jamek Muar Ke2

Masjid Klang 

Masjid Bandara Kota Kinabalu

Masjid Kristal

Masjid Negara

 Masjid Selat Melaka

 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid Ubudiah atau dikenali sebagai Masjid Kuala Kangsar

Sebenarnya banyak lagi masjid yang indah di negara kita ni. Setiap negeri ada masjid tersendiri. Orang luar buka mata dengan masjid kita, sehinggakan di wall fb pun ada gambar masjid kita. Sedangkan kita??? hanya dipenuhi dengan???..sama-sama kita fikirkan...


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...