Kali ni aku nak kongsikan sedikit tips bila nak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Tips ni hasil dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri pun dah banyak kali terkena. So aku bile terkena aku himpunkan semua pengalaman itu..agar korang pun tak terkena di bulan yang mulia ni.
gambo dipinjam dari gugel sebab tahun ni aku belum pergi lagi bazar ramadan!
Bukan apa..dalam bulan puasa ni, memang banyak perkara yang menyakitkan hati berlaku bila membeli makanan. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga. Alih-alih..jual makanan yang dah nak basi..ada yang takde rasa apa-apa..tawar heber, tak sedap, dan macam-macam lagi.
So..inilah tipsnya..
- Pastikan gerai yang korang nak beli tu memang dah biasa berniaga sebelum puasa lagi.
- Pilih gerai yang ramai pengunjung.
- Tengok gerai yang penjualnya berpakaian bersih.
- Kalau nak beli minuman, terutama air tebu, pastikan peralatan dan mesin yang digunakan dan cara pengendalian tu bersih..(ada mata tengok betul-betul..)perhatikan persekitarannya..
- Kalau nak beli murtabak, tengokla dulu stok telurnya..tanya dulu telur dibasuh atau tidak. Sebab? tangan yang memecahkan telur itulah yang akan mencanai tepung. So fikirkanlah dari mana datangnya telur itu dan apa yang ada pada telur kalau telur tu tak di basuh.
- Elakkan membeli air yang berwarna. Aku yakin kebayakkannya menggunakan aip paip sahaja tanpa di masak. Bancuh aje la sendiri, bukan susah pun!
- Tengoklah pada harganya sebelum membeli. Jangan beli kalau mahal. Mahal belum tentu sedap.
Ok.itu aje rasanya untuk dikongsikan. Lebih afdal masak sendiri. Nak beli pun boleh tapi tengoklah dulu . Jangan ikut nafsu. Beli sekadar perlu. Tak perlu membazir.
Selamat Berpuasa semuanya!
Adeus!!
nice tips..sy pon tiap hari rseny beli juadah bebuka kat bazar..hehe
BalasPadammasak sendiri jugak yang besh =)
BalasPadamsetuju....
BalasPadamutk pose tahun ni..setakat nih,Nini blom jejak lagik bazaar Ramadhan :)
BalasPadamMasak sendiri, walaupun ringkas InsyaAllah kebersihannya terjamin. :)
BalasPadamjarang beli makan kat bazar..masak lebih baik, dah tentu2 bersih dan yang penting sedap...:)
BalasPadamTerima kasih. Selamat berbuka puasa, PB
BalasPadamBagus jugak tips ni. Saya jarang dpt makanan basi, tapi yg tak sedap tu sangat selalu. Keciwanya. Bayangkan masa lapar pastu makanan plak takleh makan. Kalau basi plak lagi la keciwa kan? Langsung takleh makan.
BalasPadamsetakat ni belum ke bazaar ramadhan lagi.masak yg simple2 je.bagus tips ni supaya pengguna mcm kita ni blh lebih berhati2 memilih.
BalasPadamselamat berpuasa
BalasPadamsb x berpeluang lg masak2 terpaksa jg beli tp hanya utk alas perut
tp biasanya kalu beli kuih yg dah pasti sedapnya
Telur mmg kena basuh... najis tu kuar dr uk! erk...hehehe... Tegas betul lah PB ni... Suka entry ni! ;))
BalasPadamya setuju...tak suka pergi bazaar yg sesak dengan lautan manusia..macam nak pitam je ghasa ;)
BalasPadam