Jumaat, 31 Ogos 2012

SALAM KEMERDEKAAN !!!

Assalamuaalaikum..

Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Ini negara kita. Walau ada lalat dan langau yang sentiasa berbunyi dan membawa tahi kesana-sini, abaikan mereka. Walau ada kuman dan virus yang masuk tanpa berbunyi dan membawa daki kesana-sini, perangi mereka.Pertahankan kedaulatan kita.

pic: dari google..

Jangan kita berperang kerana makanan..kerana bola..kerana pakaian..kerana tarian..kerana itu adalah perkara paling bodoh didunia dan perkara itu hanya difikirkan oleh orang yang bodoh sahaja tanpa menyedari kesemua yang aku sebut itu adalah perkara yang sentiasa boleh terkongsi tanpa sengaja.

Ini kisah aku di hari merdeka..

Sepatutnya Kedah Maju 2010..dari harga air 30sen 1meterpadu naik ke 50sen 1meterpadu..tapi tiada apa juga yang maju. Semuanya seperti biasa. Cuma ada pertambahan flyover di Bandar Alor Setar . Itupun gara-gara keretapilaju yang akan siap landasannya setahun dua lagi.

Uji kaji yang dibuat sendiri akibat tak tahan asyik kena basuh kolah mandi..

 01 Ogos 2012 : aku gunakan kapas muka..

 4helai kapas diikat di muncung paip

 03 Ogos 2012 : setelah 3 hari..

inilah hasilnya...

Merdekanya negeri ku......

Khamis, 30 Ogos 2012

DOMINO'S PIZZA TERBAIK!!!

Assalamualaikum

Dah lama aku idamkan pizza delivery ni sebenarnya. Kat kawasan rumah aku, Pizza Hut taknak hantar sebab katanya rumah aku diluar kawasan penghantaran. Bila aku bertandang ke restoran diorang, pernah sekali tu, anak kawan aku sampai tertidur punya menunggu pizza. Lambat gila. Lagi 1 Restoren kat Jitra tu agak kotor dan akau tak tahu apa sebabnya. Tapi kalau Restoren kat Jalan Limbong Kapal Alor Setar, restorennya bersih tapi servis tetap lambat!

Baru-baru ni Domino's Pizza Jitra baru buka. So aku nak test power diorang. Bagus manalah sangat kan? So aku pun mula lah mendaftarkan diri di webside Domino's.

Selesai daftar dan buat pilihan menu dan juga send kat diorang pukul 7.01petang.. Di web tu ada skrin ala-ala GPS bagi mengetahui status oder kita tu..so aku tengok di situ..

 A: 7.01 :oder online siap dibuat
B: 7.02 : oder dah di masak


 7.09pm : oder dah di packing

7.10pm : dah dihantar


Nah..pukul 7.40 dah sampai depan rumah..bagus betulla. Memang tabik spring. Pizza dia pun lagi sedap dari yang lain. Walaupun sejuk tapi doh tak keras macam yang 1 lagi tu. Dah le lambat..tak mo hantar pulak kat rumah aku. Sombong sangat la pulak.

Dan yang aku nampak sendiri, restoran Domino's tu sampai ada yang beratur panjang..Tu sebabnya aku oder online aje. Yang bestnya sibudak pengahantar tu siap cakap, nasib aku baik sebab doh pizza aku tu yg last stok untuk lusa,..stok diorang sold out..huhuhuh..

Apalagi..nyum nyum la aku..

Congrats to Domino's..delivery cepat, pizza pun sedap..

Rabu, 29 Ogos 2012

KEDAI BATA ONLINE

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal Kedai Bata Online. Khas kepada orang yang suka beli kasut di Bata. Al-kisahnya aku ke kedai Bata yang terbesar di Alor Setar. Dah jumpa kasut yang berkenan, tapi saiz pulak dah habis. Baliklah aku hampanya. last-last aku tanya Pakcik Gugel. Dia kata ada kedai Bata Online. So aku pun shopping online la..Lega weh..semua kasut terbaru dan saiz aku ada..


Memang aku tak tahu sebelum ni rupanya ada kedai Bata Online. Senang sangat. Tak payah aku nak bersusah payah masuk town semata-mata nak cari kasut.

Sebenarnya inilah baru aku nak beli kasut raya. Raya dah lepas. Apakan daya tak sempat sebab sibuk menjahit. Maka jadilah kasut lepas raya..huhuhuh...

Yang bestnya Bata Online sekarang tengah buat promosi yang amat berbaloi. Promosi tamat pada 30 September 2012. Beli 1 diskaun 10%. Beli 2 diskaun 20% untuk tiap pasang. Beli 3 diskauan 30% untuk tiap pasang. Makanya aku membeli 3pasang dengan harga RM113.40. Free Delivery..yakni tiada kos pos..puas hati aku.

Maka aku menunggu kasut baru ku sampai nanti..huahuahua..

Err...untuk jawapan semalam..MANA AKU... aku adalah yang duduk di atas riba tu. Dalam adik beradik akulah yang bermata bulat yang sebulat-bulatnya, bukan setakat mata..badan pun bulat..Adik beradik yang lain semua sepet!..Itulah yang turun pada si BOB. Kombinasi mata sepet dan badan bulat.

Sekian cerita aku..Adeus!!!

Selasa, 28 Ogos 2012

MANA AKU??

Assalamualaikum..

Terjumpa gambar penuh nostalgia ini...

 yang mana 1 aku..???cer teka..cer teka..

Isnin, 27 Ogos 2012

INI BARU ANAK MALAYSIA

Assalamualaikum...

Tak lama lagi merdeka. Ini kisah Bob kesayangan aku.

Walaupun belum merdeka tak tak tahu apa itu merdeka, Bob sangat obses dengan Jalur Gemilang (dia sebut :bendera esia). Tak siapa yang didik atau ajar dia pasal bendera. Dia yang minat sendiri.. Hatta bendera yang terjatuh atas jalan pun dia suruh berhenti dan kutipkan untuk dia. Bila dapat bendera dia akan duduk depan kipas dan biarkan bendera itu berkibar-kibar..

 jari tu dia sendiri yang buat..takde sape ajar pun..

ni memang aku candid..tapi dia perasan aku dok perhatikan gelagat dia

malu pulak aku dengan diri sendiri..huh.. sudahkah anda kibarkan Jalur Gemilang????

Ahad, 26 Ogos 2012

12 HARI TANPA ENTRI..

Assalamualaikum..

Masih belum terlewat untuk aku memohon ampun dan maaf pada korang semua AMT yang aku sayangi . Aku juga mengambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua.  



12 hari tanpa entri..jangan kata entri nak BW blog korang pun aku tak sempat walaupun bercuti panjang..lagi cuti lagi busy rupanya. Aku tak kemana-mana raya ni..hanya duduk kat rumah tunggu orang datang. Aku tak buat open house..tapi sesape datang..pintu rumah sentiasa terbuka. Hari-hari openhouse.

Entri yang sekontot ini sekadar pengubat rindu. Hasil jahitan juga tak sempat jugak aku nak uploadkan..nantilah bila ada kelapangan waktu.

Masih dalam mood raya..dan harini aku mula bekerja. Kehidupan masih sama...sama..sama...

Nanti aku BW blog korang ye..Adeus!!!

Selasa, 14 Ogos 2012

IKLAN RAYA YANG MENYENTUH KALBU

Assalamualaikum..

Pertama kali aku menonton di TV..air mata aku jatuh macam hujan...bila aku tengok di youtube yang full version, ...bertambah-tambah mencurah airmata..bukan kerana aku yang sememangnya ratu airmata..tapi ini betul-betul sedih..tengoklah berapa kali pun..wajib aku menangis..

Sedih...yang amat sedih..

dalam kita bergembira..jangan kita lupa pada insan seperti mereka..
*tersentuh...

Jumaat, 10 Ogos 2012

AKU DAN MANIK

Assalamualaikum..

Bulan ni serius entri aku ada berapa aje. Tapi yang bestnya, hitsnya melebihi dari yang aku jangkakan. Paling tinggi . Semuanya kerana entri aku pasal manik.

Aku memang sibuk. Dah hampir 1 minggu aku manikmarathon sampai pukul 3 pagi.. Rasa hidup macam di awang-awangan je bila kat ofis. Tu pun ada lagi yang sms nak hantar baju. Minta maaflah. Bukan aku taknak ambik..aku takut tak sempat. Dan aku bukan jenis buat kerja kelam kabut.

Lagi 9 hari nak raya..dan aku??? masih bersengkang mata menjahit. Ada lagi 7 pasang untuk disiapkan. So Ahad dan Isnin aku terpaksa aply cuti semata-mata untuk menjahit.. Raya nanti aku dah aply cuti 3 hari tidur sepuas-puasnya.


Hari ni 10 Ogos..Takdir tuhan , sampai juga umur aku 32 tahun.. Kalau ikut cerita mak aku, aku dilahirkan 6.30petang hari terakhir berpuasa..dan esoknya raya. Pernah aku ceitakan pada kawan-kawan aku. Tapi diorang ni gila, siap kutuk aku, kononnya kesian kat mak aku sebab tak boleh raya..kesian kat abah aku sebab kena bayar fitrah..Diorang bergurau sebenarnya. ..

Difikirkan sejenak..dulu aku suka sambut birthday aku. Tapi bila usia macam ni..aku rasa macam agak tak best sebab..jika ditakdirkan ajal bakal menjemputku pada usia 50tahun..maknanya baki hayat aku hanya ada 18tahun aje lagi..Semakin meningkat usia kita..semakin dekat kita dengan ajal..

Aku tak minta hadiah dari korang..dan aku tak minta korang wish kat aku..tapi aku nak  minta korang doakan  yang terbaik untuk aku..Sekarang ni bulan puasa..moga-moga doa korang tu dimakbulkan..maka hidup aku lebih diberkati..

Sekian dulu wahai sahabat. Baju-baju pelangganku sedag menggamit-gamit manja memanggil aku untuk dijahit..

ini bukan kek birthday aku..dah lama birthday aku takde kek..dan takde hadiah. kesiankan..huhuhu

Adeus!!!

Isnin, 6 Ogos 2012

LEE CHONG WEI TIDAK KALAH

Assalamualaikum

Walaupun aku tak sempat tengok games semalam, tapi aku dengar berita di radio hari ni. Hari ni semua orang bercakap pasal kekalahan  Datuk Lee Chong Wei.

Kesiannya dengan dia. Masa dia menang semua orang memujua puji tinggi melangit. Bila dah kalah, pakat kutuk. Itulah..inilah..lembikla..macam-macam. Inilah mentaliti orang kita. Agak-agakla nak komen dia pun. Cuba awak tu yang main..jangan kata peringkat Olimpik, silap-silap peringkat kampung pun belum tentu boleh masuk final.

Malaysia 1 negara yang amat kecil dan saiznya hanya seperti sebuah daerah di China. Sepatutnya kita perlu berbangga. Seorang rakyat dari negara kecil mampu bersaing dengan seorang rakyat dari sebuah negara besar.

Cukup-cukuplah mengutuk dia. Dia pun nak menang. Dia pun dah usaha sehabis daya. Kalau kita nak dia memang, apalah lagi dia sendiri. Dia yang gigih menghayun reket. Fikirlah apa perasaan dia. Dah bukan rezeki dia, janganlah kita salahkan dia. Dia membawa harapan negara. Itulah satu tekanan untuk dia. Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia...apa perasaan dia..

Apapun aku amat berbangga dengan dia. Perak pun tak apelah dari sebelum pergi kesana dah gah canang itu ini, tapi balik berlenggang aje walaupun kerajaan dah berhabisan beratus ribu untuk latihan dan tanggung belanja ke sana.

Aku rasa sebak bila tengok gambar ni..bayangkanlah bertapa remuk rasa hati dia..

Tak perlulah kita mencari salah dia. Sebaliknya berbanggalah..sekurang-kurangnya dia telah menyumbang sesuatu untuk negara..sedangkan kita?????
Lu pikir la sendiri.
Adeus!!!




Ahad, 5 Ogos 2012

REZEKI RAMADHAN

Assalamualaikum..

Korang ingat tak kisah aku menang peraduan pantun Maggi di Sinarfm tu? Kalau tak ingat, sila klik DiSini


Semalam masa aku tengah memulun jahit manik tetiba ada lori dok hon-hon depan rumah. owh..lori Gdex rupanya. Mula tu aku ingatkan untuk rumah sebelah. Last-last penghantar tu call aku..barulah terhegeh-hegeh aku lari keluar..

Wah..hadiah yang ditunggu dah sampai..

Hamper barangan Maggi bernilai RM50...

dan Cek RM1000.

Terima kasih kepada Maggi dan SinarFm. Pantun main-main akhirnya pun terpilih jugak. Kalau dah namanya rezeki...Alhamdulillah.. Seronok gile maklumlah dah lama aku tak dapat hadiah yang bernilai macam ni.. Dapat je hamper tu  terus buka..tak menyempat-nyempat!


Inilah hasilnya..2 minit kemudian!

sekian..Adeuss!!

Rabu, 1 Ogos 2012

BANGSA POMPEII YANG TELAH PUPUS

Assalamualaikum.

Terbaca 1 artikel yang amat menarik perhatian. Lalu aku nak kongsikan dengan korang. Kita sedia maklum kisah Nabi Luth dan umatnya yang diterbalikkan buminya kerana kemaksiatan yang mereka lakukan. Tapi kisah Bangsa Pompeii adalah mirip kisah kaum Nabi Luth. Pun begitu , ramai yang tidak tahu kisah ini.

Gambaran awal Kota Pompei

Bangsa Pompeii mengamalkan hidup yang sangat jijik. Melakukan seks ditempat terbuka adalah perkara biasa samada berpasangan atau sesama kaum sejenis. Dan dikota bangsa ini, pusat pelacuran ada dimerata-rata tempat malah patung berbentuk alat kelamin lelaki akan digantung di pintu masuk pusat pelacuran .

Dikatakan sekitar 23 Ogos tahun 79Masihi, kota purba Pompeii di zaman Romawi Kuno berhampiran dengan Kota Napoli(merupakan 1 kawasan di Itali di wilayah Campania) berlaku 1 kejadian misteri yang melenyapkan kota itu bagaikan ia tidak pernah wujud dalam peta dunia, sedangkan kota tersebut merupakan salah satu kota terkemuka dalam Empayar Rom. Lenyapnya kota itu sehinggakan tiada siapa yang tahu tentang kewujudannya sebelum itu.

Dalam tahun 1594, sekumpulan pekerja telah menggali terowong di kai gunung berapi Vesuvius bagi perojek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Namun kerja-kerja itu terpaksa dihentikan setelah mereka menemui benda aneh yang tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh tersebut berbentuk artifak. Lalu kerja menggali dikawasan itu diteruskan bagi mencari tinggalan-tinggalan lain. 

Pada tahun 1631, gunung berapi Vesuvius meletus 7kali dan memusnakan apa sahaja yang berada berhampirannya termasukkan kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian , kerja mengorek kembali dilakukan dan dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun. Berikutan itu terbongkarlah misteri kehilangan kota Pompeii.

Turut dijumpai bersama artifak yang berupa barangan tembikar dan purba adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang menggerunkan iaitu sekumpulan jasad manusia seolah-olah sedang menjamu selera telah bertukar menjadi patung batu.











Juga turut ditemui puluhan patung jasad manusa yang sedang melakukan hubungan seks  termasuk seks diluaar tabii. Lebih menakutkan, jelas kelihatan raut muka  patung-patung batu itu  yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan seolah-olah 1 bencana telah datang secara tiba-tiba.

Berikut adalah ringkasan mengenai Kota Pompeii
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan senibina dan kesenian, kota itu membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung si pintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii juga dikatakan mengamalkan kepercayaan "Mithra" yan menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
  • Selepas 1 tempoh masa yang lama kota itu hanyut dalam kemaksiatan, secara tiba-tiba gunung berpai Vesuvius yang tidak aktif selama 2 juta tahun, akhirnya meletus dan lava panas membanjiri dan menenggelamkan kota itu
  • Tiada seorang pun yang terselamat dari kejadian itu dan penduduknya menjadi patung batu.
Kejahilan mereka bukan sekadar pada perlakuan, malah  turut terbukti pada artifak yang ditemui terkubur bersama mereka..tinggalan itu merupakan duit syiling..






Aku bukan nak rosakkan puasa korang dengan membaca dan melihat gambar-gambar yang agak melampau, tapi inilah kejadian yang benar...nauzubillah....

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Dan kita kena ambil ikhtibar atas kejadian lalu. aku risau dengan negara tercinta ini bila ada pihak yang menghalalkan perkara yang haram.


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...