Bulan ni serius entri aku ada berapa aje. Tapi yang bestnya, hitsnya melebihi dari yang aku jangkakan. Paling tinggi . Semuanya kerana entri aku pasal manik.
Aku memang sibuk. Dah hampir 1 minggu aku manikmarathon sampai pukul 3 pagi.. Rasa hidup macam di awang-awangan je bila kat ofis. Tu pun ada lagi yang sms nak hantar baju. Minta maaflah. Bukan aku taknak ambik..aku takut tak sempat. Dan aku bukan jenis buat kerja kelam kabut.
Lagi 9 hari nak raya..dan aku??? masih bersengkang mata menjahit. Ada lagi 7 pasang untuk disiapkan. So Ahad dan Isnin aku terpaksa aply cuti semata-mata untuk menjahit.. Raya nanti aku dah aply cuti 3 hari tidur sepuas-puasnya.
Hari ni 10 Ogos..Takdir tuhan , sampai juga umur aku 32 tahun.. Kalau ikut cerita mak aku, aku dilahirkan 6.30petang hari terakhir berpuasa..dan esoknya raya. Pernah aku ceitakan pada kawan-kawan aku. Tapi diorang ni gila, siap kutuk aku, kononnya kesian kat mak aku sebab tak boleh raya..kesian kat abah aku sebab kena bayar fitrah..Diorang bergurau sebenarnya. ..
Difikirkan sejenak..dulu aku suka sambut birthday aku. Tapi bila usia macam ni..aku rasa macam agak tak best sebab..jika ditakdirkan ajal bakal menjemputku pada usia 50tahun..maknanya baki hayat aku hanya ada 18tahun aje lagi..Semakin meningkat usia kita..semakin dekat kita dengan ajal..
Aku tak minta hadiah dari korang..dan aku tak minta korang wish kat aku..tapi aku nak minta korang doakan yang terbaik untuk aku..Sekarang ni bulan puasa..moga-moga doa korang tu dimakbulkan..maka hidup aku lebih diberkati..
Sekian dulu wahai sahabat. Baju-baju pelangganku sedag menggamit-gamit manja memanggil aku untuk dijahit..
ini bukan kek birthday aku..dah lama birthday aku takde kek..dan takde hadiah. kesiankan..huhuhu
Adeus!!!
Happy birthday...semoga panjang umur dan diberkati dunia dan akhirat...
BalasPadamHappy birthday...Semoga panjang umur dan diberkati dunia dan akhirat..Amin.
BalasPadamtahun lepas punya baju raya sy jahit manik sdiri...=P
BalasPadamhB KAK..
BalasPadamMOGA PNJG UMO MURAH REZKI :)
selamat hari akak..mudah2an rezeki akak betambah dan dipanjangkan umur hendak-Nya..amin
BalasPadam3 hari apply cuti nak tido je.raya setahun sekali je kak...he3
Happy birthday sis!!
BalasPadammoga panjang umur,murah rezeki,diberikan kesabaran yg tinggi dalam menangani segala masalah :)
assalamualaikum pen biru...jgn sedih2 di hari lahir ini yer selamat hari lahir...dtg blog mama...:)
BalasPadamhttp://maszull.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-lahir-buat-blogger-pen-biru.html
Salam perkenalan akak :)
BalasPadamSelamat hari lahir..
Rajinnya jahit manik.. cantik2 pulak tu :)
salam.selamat hari lahir..semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya...perasan ari ni besday kat blog mama maszull...;)
BalasPadamsalam.selamat hari lahir..semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya...perasan ari ni besday kat blog mama maszull...;)
BalasPadamhappy birthday kak..
BalasPadamjahitan saya pun tak siap lagi..huhu
selaamt hari lahir pen biru.semoga dilimpahkan rezeki dan kebahagian berpanjangan..:)
BalasPadamkita berkongsi bulan besday yg sama..sy 2hb..:)
cantiknya teringin nk jahit kt baju sendiri...yg ni manik apa ye...
BalasPadamHAPPY BIRTHDAY..PANJANG UMUR DAN MURAH REZKI YE PEN BIRU..
BalasPadamKita sebaya. Heheh. Selamat hari lahir wp dah lambat wish. Semoga Allah memberikan yg terbaik utk PenBiru.
BalasPadamHappy belated bday........
BalasPadam