Terbaca 1 artikel yang amat menarik perhatian. Lalu aku nak kongsikan dengan korang. Kita sedia maklum kisah Nabi Luth dan umatnya yang diterbalikkan buminya kerana kemaksiatan yang mereka lakukan. Tapi kisah Bangsa Pompeii adalah mirip kisah kaum Nabi Luth. Pun begitu , ramai yang tidak tahu kisah ini.
Gambaran awal Kota Pompei
Bangsa Pompeii mengamalkan hidup yang sangat jijik. Melakukan seks ditempat terbuka adalah perkara biasa samada berpasangan atau sesama kaum sejenis. Dan dikota bangsa ini, pusat pelacuran ada dimerata-rata tempat malah patung berbentuk alat kelamin lelaki akan digantung di pintu masuk pusat pelacuran .
Dikatakan sekitar 23 Ogos tahun 79Masihi, kota purba Pompeii di zaman Romawi Kuno berhampiran dengan Kota Napoli(merupakan 1 kawasan di Itali di wilayah Campania) berlaku 1 kejadian misteri yang melenyapkan kota itu bagaikan ia tidak pernah wujud dalam peta dunia, sedangkan kota tersebut merupakan salah satu kota terkemuka dalam Empayar Rom. Lenyapnya kota itu sehinggakan tiada siapa yang tahu tentang kewujudannya sebelum itu.
Dalam tahun 1594, sekumpulan pekerja telah menggali terowong di kai gunung berapi Vesuvius bagi perojek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Namun kerja-kerja itu terpaksa dihentikan setelah mereka menemui benda aneh yang tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh tersebut berbentuk artifak. Lalu kerja menggali dikawasan itu diteruskan bagi mencari tinggalan-tinggalan lain.
Pada tahun 1631, gunung berapi Vesuvius meletus 7kali dan memusnakan apa sahaja yang berada berhampirannya termasukkan kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian , kerja mengorek kembali dilakukan dan dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun. Berikutan itu terbongkarlah misteri kehilangan kota Pompeii.
Turut dijumpai bersama artifak yang berupa barangan tembikar dan purba adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang menggerunkan iaitu sekumpulan jasad manusia seolah-olah sedang menjamu selera telah bertukar menjadi patung batu.
Juga turut ditemui puluhan patung jasad manusa yang sedang melakukan hubungan seks termasuk seks diluaar tabii. Lebih menakutkan, jelas kelihatan raut muka patung-patung batu itu yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan seolah-olah 1 bencana telah datang secara tiba-tiba.
Berikut adalah ringkasan mengenai Kota Pompeii
- Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali
- Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan senibina dan kesenian, kota itu membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan
- Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung si pintu pusat pelacuran berkenaan.
- Masyarakat Pompeii juga dikatakan mengamalkan kepercayaan "Mithra" yan menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
- Selepas 1 tempoh masa yang lama kota itu hanyut dalam kemaksiatan, secara tiba-tiba gunung berpai Vesuvius yang tidak aktif selama 2 juta tahun, akhirnya meletus dan lava panas membanjiri dan menenggelamkan kota itu
- Tiada seorang pun yang terselamat dari kejadian itu dan penduduknya menjadi patung batu.
Kejahilan mereka bukan sekadar pada perlakuan, malah turut terbukti pada artifak yang ditemui terkubur bersama mereka..tinggalan itu merupakan duit syiling..
Aku bukan nak rosakkan puasa korang dengan membaca dan melihat gambar-gambar yang agak melampau, tapi inilah kejadian yang benar...nauzubillah....
Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Dan kita kena ambil ikhtibar atas kejadian lalu. aku risau dengan negara tercinta ini bila ada pihak yang menghalalkan perkara yang haram.
penah baca n dgr pasal cerita nie..
BalasPadamSalam PB skang ni pon da byk yg berani2 tiru gaya hidup songsang,. Nauzubillahminzalik
BalasPadamassalamualaikum pen biru....menarik info ni...:)
BalasPadamSalam,
BalasPadamBuat hubungan seks di tempat terbuka dah macam haiwan plak. Kalau diikutkan, lahar gunung berapi tu bila kena boleh menghancurkan terus sbb terbakar kan? Tapi kausa Allah menukarkan manusia tu jadi patung batu. Mungkin sbg peringatan untuk kaum yg hidup ni.
Duit syiling dia pun kemain lain porno. Heheh. Cemana le kanak2 yg hidup zaman tu. Sejak kecik terdedah dgn aktiviti yg sepatutnya lambat lagi derang tengok @ tahu.
sy pernah terbaca dan tgk gambar2 tu dlm paper..sekarang pun fenomena mcm tu dah start berlaku blk kan..dijauhkan lah..nauzubillah..
BalasPadamnauzubillah!!...
BalasPadam