Walaupun aku tak sempat tengok games semalam, tapi aku dengar berita di radio hari ni. Hari ni semua orang bercakap pasal kekalahan Datuk Lee Chong Wei.
Kesiannya dengan dia. Masa dia menang semua orang memujua puji tinggi melangit. Bila dah kalah, pakat kutuk. Itulah..inilah..lembikla..macam-macam. Inilah mentaliti orang kita. Agak-agakla nak komen dia pun. Cuba awak tu yang main..jangan kata peringkat Olimpik, silap-silap peringkat kampung pun belum tentu boleh masuk final.
Malaysia 1 negara yang amat kecil dan saiznya hanya seperti sebuah daerah di China. Sepatutnya kita perlu berbangga. Seorang rakyat dari negara kecil mampu bersaing dengan seorang rakyat dari sebuah negara besar.
Cukup-cukuplah mengutuk dia. Dia pun nak menang. Dia pun dah usaha sehabis daya. Kalau kita nak dia memang, apalah lagi dia sendiri. Dia yang gigih menghayun reket. Fikirlah apa perasaan dia. Dah bukan rezeki dia, janganlah kita salahkan dia. Dia membawa harapan negara. Itulah satu tekanan untuk dia. Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia...apa perasaan dia..
Apapun aku amat berbangga dengan dia. Perak pun tak apelah dari sebelum pergi kesana dah gah canang itu ini, tapi balik berlenggang aje walaupun kerajaan dah berhabisan beratus ribu untuk latihan dan tanggung belanja ke sana.
Aku rasa sebak bila tengok gambar ni..bayangkanlah bertapa remuk rasa hati dia..
Tak perlulah kita mencari salah dia. Sebaliknya berbanggalah..sekurang-kurangnya dia telah menyumbang sesuatu untuk negara..sedangkan kita?????
Lu pikir la sendiri.
Adeus!!!
salam pen biru..:)
BalasPadamsalam nuzul al-quran juga
follow sini .
betol tu, beliau dah berusaha semampu mungkin...xlist ada juga sumbangannya utk negara...kita?
huhu
fuhhh..penuh perasaan dia menulis..
BalasPadamermm....
kalau lah semua orang berfikiran positif macam nih...
maintain aman damai malaysia nih..
:)
saya rasa lee chong wei bermain dengan sangat bersungguh2 semalam..walaupun kalah pujian harus diberikan kerana kesungguhan beliau semalam...we are so proud of u....
BalasPadamtentu dia sebak bila tergalas dibahunya harapan berjuta rakyat malaysia...
BalasPadamassalamualaikum pen biru...betul tu kesian DLCW sebab kalah...tapi kalah dia kalah bermaruah sebab dpt pingat perak lagi tu kira okay kan...:)
BalasPadamdisebalik ramai2 yg duk mengata tu...rasanya lagi ramai yg menyokong dia dan tak menyalahkan kekalahan dia..malah berbangga sebab dia bermain sedaya upaya semalam...
BalasPadam.....mamaijat pun nagis sama ngn DLCW....
BalasPadamnampak sangat dia berusaha...
dia dah berusaha sedaya yang termampu..
BalasPadamsekurang-kurangnya dia membawa pulang satu pingat utk Malaysia :)
Salam Pen-biru.
BalasPadamDLCW berusaha sedaya upaya tp LD macam naik hantu mengejar mata.
Ada ke orang yg kutuk DLCW? Tak patut... tak patut. Setakat yg saya dengar dan baca di FB, semua org tetap,puji dan bangga dgn pencapaian dia termasuk la saya. Bangga tau. Sbb dia kalah bukan kalah bodo je. Dia melawan bersungguh2. Cuma Lin Dan tu bernasib baik je selalu.
BalasPadamdatuk lee chong wei tetap dihati rkyat msia wlaupon tak menang..malaysia boleh! hehe
BalasPadamsebak pulak baca entri nie.serius..:)
BalasPadam