Selalunya aku ceritakan yang terbaik..terbest dan sebagainya. Jika baik aku katakan baik..Jika best aku kata best. Selalunya yang buruk aku jarang nak cerita kat dunia. Tapi kali ni memang teruk tahap cipan.
Kisahnya, Isnin 3 September lepas, aku pergi kursus di Sungai Petani dengan beberapa orang kawan. (6orang termasuk aku lah). So masa makan malam kawan-kawan aku ni teringin la nak try 1 restoren yang kononnya The Best In Town!..Ini titile yang di beri oleh Serina Chef Wan (what a bad taste la kau! )
Kami sampai di sana dalam pukul 8.30. Masa kami sampai tanpa dirancang kami terserempak dengan kenalan lama. Diorang ni sekeluarga 4 orang. Namanya Kak Timah.
Kawan aku oder Chicken Grill. Namanya Kak Ani. tak sampai 10minit, dah sampai. Terkejut juga aku. Dan terkejut juga bila ayam tu sejuk dan keras!. Kentang gorengnya ya ampun...macam yang di goreng petang tadi. Oleh kerana kelaparan, Kan Ani ni makanlah juga.
inilah kentang yang sejuk dan liat tu. tengok ajelah rupanya..
Aku oder Chicken chop..inilah rupanya..
Masa oder ak sampai memang la berasap-asap. Menandakan ianya baru dibuat. Sedangkan yang Kak Ani tadi? senyap sepi!.
Menu aku, ayamnya memang tak sedap. Kecik pulak tu. Mashed potato masin gila. Yang Macaroni Cheese tu tawar heber. Langsung tak ada rasa. Tasteless!! Minuman Jus Chinta yang aku oder, manis ya Robbi!.
Lepas oder kawan-kawan yang lain sampai, kitorang sama-sama tanya budak waiter tu. Kenapa Chicken Grill yang K.Ani tu sejuk. Aku angkat kentang tu dan tunjuk kat dia. Budak tu jawab, kentang tu memang dah ready. (ready?? memang sah dah ready dari petang tadi!). Tak pelah pastu bila kami tanya kenapa sejuk dia jawab yang tu kena komplen dengan tokey. Kami tunggu sampai setengah jam, bayang tokey pun haram tak nampak!
Dalam masa tu jugak, Kak Timah(yang 4 beranak tadi tu)datang ke meja kami dan kata, sebenarnya Chicken Grill tu dia yang oder . Tapi bila dia tanya kat waiter mana Chicken Grill dia? Kenapa yang meja sebelah (Kak Ani) tu sampai dulu sedangkan dia yang oder dulu dan sampai dulu, waiter cakap tengah buat dan yang kami tu sampai dulu sebab kami dah booking meja. (booking meja???? masa bila kami booking meja? kami sampai pun 4 beranak tu dah ada)
Nampak sangat waiter tu nak kelentong Kak Timah. Tapi dia silap banyak la sebab kami ni saling mengenali. Lepas tu kawan-kawan yang lain semua komplen, speggeti tawar, carbonara masin. Last-last yang paling kesian ada 1 kawan aku ni, oder dia tak sampai. Dalam 9.30 waiter datang bagitau ketam dah habis (oder kawan aku ni ada ketam dalam menu tu). So dia pun dah frust terus kensel sebab dah 1 jam tunggu.
Kami memang tak puas hati. Masing-masing mengomel pasal makanan yang teruk dan tak sedap. Tambah-tambah Kak Timah dan anak dia pun join sekaki mengutuk sebab makanan dia tak sampai , sampailah dia nak balik. Lepas je Kak Timah balik, ada 1 waiter lelaki kurus tinggi orangnya datang kemas-kemas meja yang Kak Timah duduk tadi sambil hempas-hempas kerusi. Tunjuk tak puas hati la bila kami ramai-ramai komen apa yang jadi. pada aku perbuatan tu memang KURANG AJAR.
Lepas waiter tu berambus , ada pulak geng dia di kaunter, usha-usha meja kami sambil jeling-jeling. Wei..baru kerja angkat pinggan dah berlagak. Blah la!
korang nampak yang anak panah merah tu?? yang pakai baju biru tu lah yang jeling kami bukan sekali tapi berkali-kali. Macam tu ke layan pelanggan. Kurang ajar betul.
Dah merata tempat aku pergi. Negara orang pun aku dah sampai. Tapi belum pernah aku jumpa restoren yang macam ni. Makanan teruk, pelayan kurang adab dan kurang ajar. Boleh hempas hentak kerusi depan pelanggan lain. Pada aku, hal makanan sejuk tu hal kecil. Apa salahnya bila pelanggan komplen , tukar aje dengan yang baru. Ni tak..dengan pelanggan diorang nak buat musuh. Tokey kedai tau kaut untung saja. Kenapa aku cakap macam tu?? Sila tengok bil di bawah..
10% Service Charge!!!!
Pada aku lah.kalau macam ni punya layanan, jangan kata 10% caj servis..10sen pun tak layak bagi. Betul-betul menyakitkan hati. Kesimpulannya kami 10orang malam tu MEMANG TAK PUAS HATI! dan amat menyesal sebab tak pergi Restoren Hotmas yang makanannya 100kali ganda lagi sedap dari restoren ni. Servis pun cepat tapi takde pun dikenakan 10% Service Charge.
Korang nak tau ni restoran apa???
Le Boss Ambangan Heigt Sg. Petani
Inilah kali pertama dan kali terakhir aku dan yang lain-lain datang. Orang bisnes dia pun nak bisnes. Tapi tak tau adab. Kualiti makanan langsung tak jaga...waiters pulak kurang ajar.
To : LeBoss : Kalau dah silap minta maaf dengan pelanggan. Jangan berbohong dengan pelanggan. Kalau makanan tak sedap, carilah chef lain yang pandai masak. Jangan kelentong pelanggan. Memang nasib korang tak baik malam tu sebab orang bohong tu adalah kenalan aku. Orang yang korang jamu makanan sejuk tu pun kawan aku..dan kumpulan pelanggan yang dihentak kerusi didepannya itu adalah aku. Kesimpulannya korang dah bertemu buku dengan ruas.
Always remember : CUSTOMERS IS ALWAYS RIGHT!!!
*entri ini bukan fitnah. Ini adalah kisah benar disertakan bukti dan bersaksi. Sekian
restoren ni ada facebook boleh komplen kat sini
BalasPadamhttps://www.facebook.com/pages/LeBOSS/129451496001
fuhh...dasatnya layanan..teruk la sangat..pangkah utk restoran nih..
BalasPadamuishh cheqna pulak yang panas nih..
BalasPadamTq pen biru bagi maklumat berguna ni. kalau bagus kita boleh promote, kalau teruk kita kena pesan kt org lain supaya x terkena sama. serina dtg mestilah buat bagus2..retis kan...nnti bagi review x bagus, habis lah bisnes dia. lagi satu, sekali mkn sampai beratus dia charge. service charge patut x payah bayar sbb service dia teruk. mmg tau kaut untung je restoran ni.
BalasPadamnasib baik la bkn kite yg gie..kalau tgh lapar mcm2 bende boleh jadik..silap2 angkat kaki..
BalasPadammcm mana la org melayu kite nak maju kalau cenggini gayanye..sabau je ler..
harga pun tak berpatutan ngan hidangan...tq syer..
BalasPadamHotmas the best....
BalasPadamsy minta maaf kps sorg pengomen yg komen psl restoren ni..yg anak dia termuntah sbb masakn restoren cikai ni..sy terrrrdelet komen tu..pdhal sy nk tekan publish..tolong komen lgi ye klaua awak singgah sini lagi..sorry skali lagi
BalasPadamTerus terang sya katakn.....kjadian sya n wife dimarahi pd mlm td oleh boss di restoren....... sbb anak sya muntah......mmg tak boleh ditrima. 2 kali wife sya pnggil pekerja restoren utk maklumkn tp x diendhkn.........Bila kami nk beredar ja......sorg perempuan tua (sya rasa tauke restoren) keluar dgn mmbwa paper lama n sound wife sya....... dia kata pekerja retoren tak sanggup cuci muntah n menyalahkn kami sbb tak halang anak sya termuntah......sya sgt marah n kecewa dgh cara prempuan tua tu tegur.....dah la cakap kasar.......belum pernah sya jumpa restoren yg tauke dia marah pelanggan.....kt depan customer lain.......n suruh wife sya bersihkn muntah dilantai......dlm keadaan wife sya yg sarat mengandung plak............sblm inu sya dh beberapa kalu sya makan di situ kerna ank sulung sya suka dgn masakn mereka........tp disebbkn kejadian malam tadi....sya n family TIDAK AKAN SESEKALI JEJAKKAN KAKI KAMI DI RESTOREN LEEBOSS........harap cepat2lah restoren tu BUNGKUS
BalasPadam