Rabu, 31 Oktober 2012

AKU TAK TAHAN..OWHHHH....

Assalamualaikum..

Oh sungguh aku tidak tertahan ...(sabaq..sabaq..sabaq..)..

Seksi...sungguh mengghairahkan...huh!.. takde maknanye aku nak melucah kat sini.. ni kisahnya..

Baru meriki-riki superbike..tetiba terbaca pasal motor yang sesuai dengan lesen B2 aku.. (kenapalah dari dulu aku tak hambik B Full??? fool betul la )..memang shanteekkkkk..terliur aku dibuatnya...

Inilah dia Kawasaki Ninja 250R

Dah dilancarkan di Malaysia baru-baru ni.. 11 Oktober 2012...perghh!!!!..menggeletor lutut aku. Harga pun ok la ..tak dela mahal sampai ratus riban. Dimaklumkan harganya bermula dari RM22,589 (bukan OTR)..Dikeluarkan dengan pelbagai warna..yang pstinya buat aku rambang mata..

 *gila sebentar








Dah tengok rupanya..cantik oooiiii...padanla dengan lesen aku yang dah reput tu..
atas atas


dari belakang


dari depan..garang ooo


dah-dah...jangan kaco aku...aku tengah angau nih!


Selasa, 30 Oktober 2012

LACE & PEARL - 2

Assalamualaikum.

Kembali bermanik. Kali ni aku nak tunjukkan baju yang ambil masa 2 minggu nak siap..memandangkan sibuk dengan hal-hal lain..maka lambat jugak lah siapnya.

Design diminta oleh pelanggan dan harap beliau berpuas hati..sebab aku buat ikut apa yang diminta. Tak mau cakap banyak jom tengok.




Gabungan sulam lace + manik tabur + pearl crumble..
Itu aje..

Adeuss!!!

Isnin, 29 Oktober 2012

CARA BUAT DURIAN CREPE

Assalamualaikum..

Durian Crepe...Durian Crepe..Durian Crepe..

Tetiba aje Durian Crepe jadi kegilaan..tetiba aje resepi baru ini muncul. Siapa yang mula-mula mencipta Durian Crepe ni pun aku tak tau. Tahniah kepada penciptanya. Durian Crepe jadi fenomena luar biasa. Sungguh berhantu.


Maka aku pun nak berkongsi cara nak buat Durian Crepe ni.

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
*******


Cara nak buat aku dah bagi...kalau nak senang lagi..korang BELI! kan senang..boleh terus makan!

Apa-apapun..sebenarnya aku hanya mampu tengok tengok aje crepe ni sebab..??? AKU TAK MAKAN DURIAN..hohohoho... Adeuss!!!


Untuk resepi Durian Crepe Custard Filling boleh tengok kat sini -->DURIAN CREPE CUSTARD FILLING

P/S : Resepi di atas tiada kaitan dengan mana-mana PENIAGA kek dan seumpamanya.


Ahad, 28 Oktober 2012

MAHARAJA LAWAK 2012..KEMBALI

Assalamualaikum..


Ramai yang tertunggu-tunggu rancangan ni. Yang pada aku lagi bagus aku tengok orang berlawak dari tengok orang menyanyi..

Akan ditayangkan di Astro Warna. Berikut adalah peserta-peserta yang akan bertanding..

BOBOI

R2

DADIDU

SABON

SAY WHO

JOZAN

JAMBU

THE BANDUNG JOKER

SHIRO

PIMAI

Bila aku telitikan peserta ni..boleh dikatakan segolongan besarnya adalah peserta tahun lepas. Pada akulah..kan...kalau diorang nak terasa ke..terpulang... Ini pendapat peribadi aku...kalaulah yang masuk tahun lepas tu sah-sah dah kalah..janganlah masuk lagi tahun ni. Begitu juga yang dah menang. Akibatnya, kita akan disajikan dengan lawak yang sama juga. Mungkin agak sedikit bosan. 

Pada yang menang lebih baik kekalkan kemenangan itu dengan tidak bertanding lagi. Pada yang kalah tu, bagilah peluang pada pelawak lain yang lebih baik dari anda.

Yang pastinya aku yakin JOZAN boleh menjadi Juara Maharaja Lawak 2012 sebabnya mereka berdua ni (Johan dan Zizan) memang mempunyai aura tersendiri dan bilangan penyokong dan peminat yang ramai. Kalau kita ingat persembahan mereka sebagai pelawak undangan masa final..gegak gempita stadium tu dengan lawak diorang..lebih lawak dari peserta.

Dan harapnya peserta kali ni lebih bersedia menerima kritikan dan teguran juri. Kalau tak boleh nak terima ..lebih baik jangan masuk bertanding. Orang yang tak boleh terima kritikan ni sebenarnya adalah orang yang rasa dirinya paling bagus.

Apapun kita tunggu 16 November ini..Adeuss!!!

Sabtu, 27 Oktober 2012

TIPS COVER MALU

Assalamualaikum.. Aku nak kongsikan tips ni yang aku dapat dari kawan aku. yang di postkan di fbnya



  1. Kalau tersepak batu : Jangan terus bangun , sebaliknyer anda baring dan terusa berguling-guling hingga jauh dari pandangan ramai..lepas tu baru bangun bila takde orang nampak
  2. Kalau terjatuh basikal : Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak.
  3. Kalau terjatuh tangga : teruslah bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
  4. Kalau terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yangada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan
  5. Kalau jatuh ketika nak naik bas : jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang dibelakang anda..
  6. Kalau terjatuh di depan bus stop : terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anada. Kalau takde.baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu..haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula.
  7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin : tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu..ye tak..hahaha
Bila difikirkan balik..ye tak ye jugak kan..orang kita ni selalunya banyak yang ketawa dari menolong kalau ada orang lain yang jatuh..kan???

Itu je untuk hari ni.. Adeuss!!!



Jumaat, 26 Oktober 2012

KORBAN & PENGORBANAN

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha..

Hari ini agak sayu hati aku tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tak kira walau apa jua raya, biasanya akulah antara yang sibuk memeriahkannya di rumah emak. Kegembiraan berhari raya hanya berlaku pada Aidil Fitri lalu..

Tidak perlulah aku jelaskan kenapa. Tapi rutin itu telah berubah hari ini.

Tahun ini juga, alhamdulillah..aku berjaya buat korban buat pertama kali dalam hidup aku dengan menggunakan duit simpanan aku sendiri yang aku peroleh dengan hasil usaha dan titik peluh aku..Semoga Allah memberkati rezeki dan korban aku itu. Tapi aku tidak buat kenduri, cukuplah dengan hanya sedekahkan daging korban itu kepada orang. Terpulanglah pada orang nak masak apa. Itu lebih afdal.

Pada aku..semua orang mampu buat korban jika betul-betul ikhlas dan bertekad. Namun untuk melakukan pengorbanan, ianya mungkin agak sukar. Buat pertama kalinya aku meluahkan rasa hati di sini. Para AMT yang selalu baca tulisan aku di sini, mungkin perasan yang aku jarang sekali bercerita hal peribadi sebegini. Tapi tidak untuk hari ini.

Tahun ini..adalah tahun aku melakukan korban dan pengorbanan yang besar dalam hidup. Semuanya untuk masa hadapan dan akhirat yang lebih baik ..apapun aku redho..


Memandang gambar Kaabah..hati aku bagai dilambai-lambai..rindu untuk kesana. Entah kenapa akhir-akhir ini hati aku bagai memberontak untuk kesana..Semoga Allah makbulkan hajatku suatu hari nanti.

AMT sekalian..doakan agar aku menjadi insan yang kental dan tabah. terima kasih semua....

*sebak memandang kari daging dan ketupat pulut emak..

Khamis, 25 Oktober 2012

MINAH REMPIT PENCEN

Assalamualaikum..

Semalam tak sempat menulis apalagi BW. Sebelum menyambut kedatangan Aidil Adha esok, sengaja aku nak kongsikan sedikit impian aku yang tergendala..dan insya Allah tahun depan aku akan cuba laksanakan ia kembali..aku tak mahu mensia-sia kan cita-cita aku kerana orang lain lagi..cukup-cukuplah pengorbanan aku tabur pada manusia yang tidak menghargai..sekarang tiba masanya aku nak berkorban untuk diri sendiri.

Masa remaja dulu..dalam Form 4..aku ni minat sangat dengan motor. Pada zaman tu (tahun 1996)..orang bermotor tidak digelar mat atau minah rempit. Perkataan rempit tu hanya mula digunakan dalam 5-6 tahun kebelakangan ini sahaja.

Dulu orang panggil mat atau minah motor. Maka amat kembanglah jugak bila mendapat gelaran itu. Dulu bermotor memang ada klass tersendiri sebab menunggang dengan baik dan tidak melulu..ikut undang-undang. Aku dapat lesen motor masa lepas SPM. Aku amat gilakan motor..tambah-tambah superbike.

Hatta dikala itu manalah mampu nak bersuperbike..maka berkapcaila juga aku...Sedar tak sedar mulai tahun 2003 aku mula berkereta ke pejabat..terlupalah pula pasal motor..dan percaya atau tidak, hingga ke hari ini aku tidak lagi memang handle motor,.

Akibat dari kejadian yang berlaku baru-baru ini, yang buat aku tension..maka aku ingin memulakan sesuatu yang baru yang pernah tertangguh dulu..yaa....aku akan kembali menunaikan hajat aku suatu masa dulu. Dan anak Pak Ngah aku merangkap sepupu aku dengan rela hati nak tolong aku sebab dia pun ada team sendiri..

Tengok punya tengok..hanya 3 model yang aku agak berkenan..

Yamaha YZF-R1


Yamaha XJ6


Yamaha R1

Motor ni memang buat aku gila sebentar..ok korang..biarkan aku terus berangan....jangan kaco!..


*ayak..baru ku sedar lesen aku B2 aje..makanya kena ambik B Full dulu..ceh!

Isnin, 22 Oktober 2012

CERITA TUN DR.M


Assalamualaikum..Cerita ini aku dapat dari page "Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad'

Ketika Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya, semua orang termasuk isteri dan anak-anak dia tak tahu mengenai keputusan yang mengejutkan itu. Ini kisah Dato Mukhriz ketika itu berada di LONDON, sebelum ke Cuba untuk berjumpa Fidel Castro ...

Ketika bapak saya umum perletakkan jawatan ada seorang sahabat saya call...
"Bapak u letak jawatan!"
Mukhriz tanya
"Ha?Bila?"
Sahabat dia menjawab
''Ni la ni, kat dewan tengah kecoh ni, u dengaq tak riuh rendah ni"
selepas itu, Mokhzani Mahathir call saya , "Jap, ni nak pi tarik dia (Tun M) masuk dalam''

Mokhzani pas telefon kepada ayahandanya..
Mukhriz : "Apa bapak umum tadi?''
Tun M : ''Bapak letak jawatan''
Mukhriz : "Letak jawatan daripada apa?''
Tun M : "Semua lah, Perdana Menteri, presiden parti"
Mukhriz : "Pasai apa?"
Tun M : "Dah lama sangat dah, 22 tahun cukup kot"
Mukhriz : "Pak, sebenaqnya orang Melayu masih perlukan bapak, bagi tunjuk ajar, nasihat , tunjuk pada depa mcm mana nak berjaya''
Tun M : dengan spontan menjawab "Tak, depa dah tak dengaq dah cakap bapak, bapak dah merayu, dah berdoa, dah menangis atas pentas pun, tak jadi jugak, jadi bapak ingat dah cukup kot " 
Mukhriz : "Tak pe bapak relaks dulu. Fikir masak-masak"

Sejam dua lepas tu , barulah Mokhzani call cakap "Hang relax, teruskan perjalanan hang dulu, nanti hang balik kita cakap "



_______________________________________




aku sayang Tun...

Sabtu, 20 Oktober 2012

PEMENANG PERADUAN TEKA HARGA 3

Assalamualaikum..

Entri hari ini kontot aje. Aku nak umumkan pemenang  Peraduan Teka Harga-3 hari tu..

Berapakah harga kueteow ini..




Harganya ialah RM4.50. Sepinggan ni memang puas juga nak habiskan sorang. Memang banyak. Inilah harga makanan di kawasan kelahiran aku.. Guar Chempedak.

Dan pemenangnya ialah Eny Zusnizar..(sila sms sy ye 0125677630..)

Thanks all..

Aku tak sempat jengah korang. Nanti aku free sikit aku jejalan blog korang ye. Adeuss!!!

Jumaat, 19 Oktober 2012

BUNGA MATAHARI SANGAT CANTIK...

Assalamualaikum..

Bunga matahari sangat cantik..
Kembang diwaktu pagi..
Daunnya hijau bunganya kuning..
Memikat kumbang lalu..

Bunga matahari sangat cantik
Di halaman rumahku
Dari lah pagi hingga ke petang..
Tak jemu ku memandang..

Korang tentu pernah dengar dan menyanyi lagu ni masa sekolah rendah dulu.. kan??? sila mengaku...

Aku pun ada bunga matahari ..atas meja aku kat ofis.. sentiasa hampir 3 tahun dia menari dan bergoyang kekiri dan kanan..tak kira aku sibuk..tension..sedih..bengang..dia sentiasa tersenyum..Tak perlu siram atau dibaja.

Inilah dia..Matahari Flip Flap aku...


Rabu, 17 Oktober 2012

SELERA GAJAH

Assalamualaikum..

Ini aku dan BFF aku..




Tiap kali kami berjumpa..dating 2-2 orang,..entah kenapa..bagai dirasuk syaiton...dengan tak semena-mena jadi lapar..

Sekali oder..macam nak makan 5 orang..padahal nak makan tu kami berdua aje...

Ini menu berbuka puasa untuk kami 2 orang...

ni menu kami last week dia melepak kat rumah aku..juga untuk 2 orang..

Apa nak jadi entahla...perut jin agaknya..huhu yang pstinya dia boleh makan banyak dari aku..

Selasa, 16 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - PEARL

Assalamualaikum.

Next topic..pasal pearl. Untuk pengetahuan, pearl atau mutiara yang digunakan bukanlah yang ori dari laut..boleh pengsan kalau nak guna yang ori tu. Melainkan ada anak raja yang nak..

Pearl yang aku gunakan gred A punya. Disini aku bagi tips untuk kelaskan samada pearl tu berkualiti atau tak walaupun bukan ori

  1. Ia lebih berkilat dan warnanya cantik
  2. Ia lebih berat
  3. Kulitnya susah nak tanggal melainkan korang henyak kat lantai atau kikis. Kalau pearl murah, kulit dia mudah tanggal
  4. Lubang pada pearl tu kecil aje. Kalaui yang koman punya ..lubang dia besar boleh masuk mata pen.
Pearl hanya ada 1 jenis je..iaitu bulat..belum pernah aku jumpa pearl bentuk segiempat. Cumanya pearl ada pelbagai saiz dan warna.

Ini yang ada dalam stok aku


Korang bayangkanlah berapa banyak pek aku guna untuk buat crumble kalau 1 pek isi dia macam kat gambar tu aje.. so..tolonglah bakal pelanggan sekalian. Janganla nak crumble glamer tapi nak bajet ciput. Kalau nak boleh..buatlah sendiri baru tau.

Itu aje untuk hari ni..
Adeuss!!!

Isnin, 15 Oktober 2012

AYAM TERGOLEK

Assalamualaikum.

Aku jarang cerita pasal resepi..sebab aku tak pandai masak. Tapi hari ni aku nak syer resepi ayam golek paling senang. Jom kita buat ayam golek

Resepi ni mudah aje..tiada sukatan..main campak baling aje. Bahan-bahannya ..
seekor ayam,
serbuk kari sesuka hati,
serbuk kunyit sikit aje,
garam sesedap rasa,
daun sup yang dicincang ikut suka..

Korang lumurkan aje kat ayam tu..perap semalaman.Baki-bakinya korang shumbatlah dlm body ayam tu. Kalau korang nak tambah pak aji ke..pati ayam ke..cukup rasa ke..terpulang. Korang yang nak makan...bukan aku..kihkihkih..

Esoknya korang panggang jer..tak kira la dalam oven...microwave atau atas bara api. Yang penting panggang sampai masak...Siap!

ini yang aku buat..

Nah kau..ini namanya Ayam Golek Tergolek..selesai dibedal dalam masa 15minit.. aku masak di opis..selesai dibedal oleh budak-budak ofis ni.


Sekian entri untuk hari ni.. Adeus!!!

Ahad, 14 Oktober 2012

PERADUAN TEKA HARGA - 3

Assalamualaikum..

Buat kali ke-3 aku nak anjurkan peraduan yang simple gila..tak yah slogan mogan. Cuma teka harga. Pemenang berdasarkan jawapan yang tepat dan saper jawab dulu..


Silalah teka..

Hadiah untuk pemenang dah standby..ok..selamat meneka. 
Adeuss!!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - KRISTAL

Assalamualaikum..

Ini lagi 1..kristal ni adalah buatan manusia ye..bukan buatan alam. Kalau buatan alam..aku pun tak sanggup. Mahal giler. Apa yang pasti..kristal yang aku gunakan pun berkualiti juga.

Macammana nak tahu berkualiti ke tak..ini tipsnya

  1. Kristal tu berkilau walau bukan bawah cahaya
  2. Keras mcm kaca walaupun ianya hanyalah plastik, kalau yang koman..kena gunting pun boleh putus
  3. Lubang pada kristal terletak cantik..tak senget
Kristal yang selalu aku gunakan ada 2 jenis..iaitu yang jenis pipis dan bulat.

Ini antara stok yang ada dalam simpanan aku

Jenis pipis..atau 1 permukaan aje..ada pelbagai bentuk dan saiz.

Bentuk bulat..ada juga yang lonjong..pelbagai saiz dan warna.

Itu aje untuk perkakasan , bahan yang aku gunakan untuk menjahit...Ilmu seterusnya..nanti-nantilah bila aku free aku ajar yang simple-simple aje. Korang pun sure dah boring kan...??? Sabo aje ye..

Ok..Adeuss!!!

Jumaat, 12 Oktober 2012

JOM JOIN CONTEST PE3

Assalamualaikum..

Pengumuman..

Selaku Admin Farid Kamil..aku nak canangkan kat korang..sape-sape nak hadiah misteri bolehla join contest yang sedang berlangsung..

Mudah aje..tuliskan apa-apa entri mengenai filem Pe3 dengan tajuk  " JOM TENGOK PE3". Entri yang menarik akan menerima hadiah misteri.



Entri tersebut mestilah di publishkan mulai hari ini 11 Okt hingga 13 Okt 2012.

Hanya 10 orang pemenang sahaja akan dipilih..

Tinggalkan link setiap entri yang telah dipublishkan di www.faridkamil.com (catatkan nama dan no .telefon)

Jangan lepaskan peluang ini.

Adeuss!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - LABUCI

Assalamualaikum.

Semalam aku dah cerita pasal manik. Hari ni pasal labuci pulak. Labuci pun sama macam manik. Ada yang berkualiti dan ada yang koman.

Ini tips nak tahu labuci tu kualiti ke tidak
  1. Warna takkan luntur kalau kena air. Kalau yang tak kualiti..warna dia boleh lekat dikulit kalau basah
  2. Warnanya cantik (boleh dibezakan dengan yang tak kualiti)
  3. Selaput plastik diatas labuci tidak mudah tertanggal
Memang susah nak tau kualiti ke tidak kalau benda tu ada dalam plastik. Apapun semuanya atas pemerhatian koranglah. Dah guna baru tahu. Tak ada jenama khusus untuk labuci yang aku guna. Asalkan cantik dan tahan lama..aku akan guna. Harganya tak jauh beza dengan yang tak kualiti. Oleh itu pandai-pandaila memilih.

Labuci pun ada macam-macam jenis. Jom tengok stok yang ada ditangan aku

 Labuci Lengkung..ada pelbagai saiz dan warna

 Labuci bunga dan daun..

Labuci piring..pelbagai saiz

Inilah antara labuci yang aku kutip sekeping-sekeping lalu disusun hingga menjadi kelopak dan kuntuman bunga pada baju. Pun begitu masih ada nak harga murah..orang tak buat memang tak kan tahu keperitannya

Rabu, 10 Oktober 2012

CARA MENJAHIT MANIK - MANIK

Assalamualaikum..

Tergendala sesi pembelajaran kita ye.. heehheh (macamla ramai sangat nak belajar kan?). 

Ok ..topik kita hari ni berkenaan manik. Kenali dulu manik sebelum menjahit. Jangan main hentam keromo aje. Beli je apa pun jenis manik. Hasilnya nanti ada ada menangis tak berlagu. 

Manik ni banyak jenis sebenarnya. Ada yang mahal dan ada yang murah. Yang aku gunakan adalah yang mahal sebab ianya memang lebih berkualiti. Warna yang cantik.

Ini tips nak tau manik tu berkualiti ke tak
  1. Warnanya cantik dan berkilau tanpa perlu diletak dibawah lampu
  2. Saiz tiap butir manik adalah sama..tak ada yang terpanjang atau terpendek
  3. Jika dah terbeli sesuatu manik..cuba tengok keluasan lubang manik tu. Kalau sama besar..itulah yang terbaik.
Ada 2 brand yang terbaik..iaitu Apple Beads dan Miyuki. Apple Beads adalah yang terbaik..tapi harganya boleh buat orang pengsan. Mahal manik dari upah baju. Aku hanya akan gunakan Apple  Beads jika ada permintaan.

Brand Miyuki adalah yang paling sesuai dengan kos dan kualitinya juga baik. Inilah manik yang paling lazim aku guna. Dikedai-kedai manik Miyuki ni di packingkan semula dan diberi jenama lain. Tanya dulu tuan kedai..apa brand manik diorang.

Manik juga ada pelbagai jenis.Jom berkenalan (gambar dibawah ni adalah manik yang ada dalam stok aku)

 Manik silinder

 Manik Hexagon.. nama ni aku le yang bagi sebab dia macam silinder tapi bersegi-segi

 Manik Silinder 3D

 Manik Hexagon 3D

Manik Bulat

Manik Bulat 3D

Ok.Itu aje pasal manik. Apapun yang penting, manik yang aku gunakan adalah yang kualiti. Yang koman-koman aku tak guna. Tapi kalau ada permintaan nak guna yang koman..aku guna aje. Jangan menyesal dah le kalau tak sampai setahun.manik tu nampak macam manik zaman batu paleolitik.Sekian


Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...