Assalamualaikum
Durian Crepe lagi..
Ini entri aku yang ke-2 pasal Durian Crepe. Sebelum ni aku berkongsi resepi yang mudah. Ada yang bertanyakan pada aku..berapa keping crepe boleh dapat dengan bahan yang sebanyak sukatan yang aku bagi. Jawapan aku ialah..bergantung kepada ketebalan dan saiz adunan tepung yang korang buat. Kalau besar arau tebal,maka sedikit ajelah hasilnya..kalau korang buat nipis dan kecil..maka banyaklah hasilnya.
Tujuan entri ini dibuat untuk berkongsi resepi Durian Crepe versi yang lain. Pada yang mengenali aku,mereka pasti tahu bahawa aku ni amat simple orangnya dan tak suka buat kerja yang melecehkan. Aku sentiasa sibuk dengan menjahit. Setiap resepi yang aku kongsi adalah resepi yang paling mudah,senang dan sedap.
Untuk memenuhi permintaan yang bertanyakan tentang Durian Crepe Custard Filling, maka nak kongsikan resepi yang aku dapat dari seorang teman.
Bahan Crepe:
40g tepung gandum
40g tepung ubi
40g tepung jagung
40g tepung kastad
1 biji telur
1sudu besar minyak mazola atau butter yang dicairkan
130mlm susu segar
1cubit garam
sedikit perisa durian
pewarna ikut suka
air untuk bancuhan..agak-agak jangan sampai adunan terlalu cair atau pekat
Cara-cara:
Ayak semua tepung
Masukkan semua bahan dan bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga dapat bancuhan yang cantik dan tapis
Panaskan pan atau kuali dan oleskan sedikit butter atau minyak
Tuangkan bancuhan dan ratakan ikut suka.
Tak perlu balikkan
Tak perlu balikkan
Angkat kepingan dan sejukkan.
Bahan Filling Cream Castard:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung
1/2 cawan gula(boleh tambah lagi jika suka manis)
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair
30g butter
1 sudu teh esen vanilla
Non Dairy Whipping Cream secukupnya
Cara-cara:
Ayak semua tepung dan satukan dengan gula
Masukkan telur,esen vanila dan susu cair, dan kacau hingga sebati
Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan likat
Masukkan butter, kacau hingga adunan jadi licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Pukul Whipping Cream hingga kental dan campurkan dengan adunan tadi.
Masukkan dalam mixer dan pukul sehingga adunan sebati dan kental
Penyediaan;
Hamparkan sekeping crepe
Ratakan Cream Castard
Letakkan isi durian
Tutup isi durian dengan Cream Castard dan lipatla crepe tu sesuka hati.
DONE!
Nah..panjang berjela resepinya. Dan sesungguhnya aku tidak suka sesuatu yang renyah dan leceh. Aku suka yang simple ..tak membuang masa. Hasilnya lebih kurang sama. Ikut citarasa korang nak buat macam mana pun. Kalau nak yang simple..boleh ikut resepi ini -> CARA BUAT DURIAN CREPE

Jika ada resepi Durian Crepe versi lain, akan aku kongsikan juga dengan korang. Korang boleh cuba dan pilih mana yang paling sedap.Ok..selamat melipat crepe!
Adeus!!
Sedapnya..
BalasPadamAkak x pernah buat tp pernah lee beli sekali
Kualiti dan rasa x brapa nak ok.. sampai mak akak kata. Lempeng mcm ni ko kata sedap?
Panas juga hati.. tu yg membara nak buat sendiri tu..
Ni akak buat ke? Wow nampak menarik
BalasPadamassalamualaikum pen biru...mmg skg ni tgh musim durian crepe ni yer mana2 asyik org menyebut tentangnya...:)
BalasPadamfenomena ni..sana-sini bau durian..
BalasPadamtak pernah lagi try durian crepe sbb sy kureng sikit ngn deghian. hehe
BalasPadamakak nak tumpang promote satt.. hehe. pernah dgr ALSD2 tak? moh ler singgah2 ke blog sy kalo berazam nak kurus utk thn 2013. tq ;)