Sambung kisah semalam..nak tak nak aku dan Iera kena naik juga. Kami biarkan family kepoh tadi pergi dulu. Aku , Iera dan P.Cik Halim naik 1 perahu..memang tak bernafas aku dibuatnya..
Iera siap warning aku jangan gelak sebab bila gelak sampan tu bergoyang..hahahah
Si tukang kayuh pulun berkayuh dan akhirnya kami sampai ke bot yang sedang menunggu di muara sungai... Terus hulurkan tip seperti yang diberitahu P.Cik Halim. terpulanglah nak bagi berapa tapi mesti bagi untuk 2 orang sebab tukang kayuhnya 2 orang.
Naik semula ke bot..
*lega..
Perjalanan seterusnya ..
Tetiba kami nampak 1 bot besar di tengah Sg.Mekong. Semua bot-bot kecil yang melalui sungai ini mesti berhenti di situ..ooo rupa-rupanya..inilah dia Polis Sg. Mekong..
Kat sini juga ada jual barangan dari kulit ular, buaya dan sebagainya..Tapi aku tak beli pun..geli!.
Kat sini juga ada perusahaan membuat keropok kelapa pelbagai perasa..
Patutlah sebelum tu kami diminta untuk pakai life jacket..
Lepastu terus kami ke pulau yang seterusnya..
Di sinilah perusahaan candy kelapa dibuat. Melihat tempat pembuatannya maka aku yakin dan tawakal untuk membeli sebagai cenderahati dan cenderamulut untuk yang menunggu di tanahair.. 5pek 50,000VD bersamaan RM8 lebihkurang.. beli 5 percuma 1.
Di sinilah perusahaan candy kelapa dibuat. Melihat tempat pembuatannya maka aku yakin dan tawakal untuk membeli sebagai cenderahati dan cenderamulut untuk yang menunggu di tanahair.. 5pek 50,000VD bersamaan RM8 lebihkurang.. beli 5 percuma 1.
Kat sini juga ada jual barangan dari kulit ular, buaya dan sebagainya..Tapi aku tak beli pun..geli!.
Kat sini juga ada perusahaan membuat keropok kelapa pelbagai perasa..
Teruskan berjalan lagi ...
Azab la kuda tu membawa aku dan Iera..kesian pun ada..jauh juga perjalanan kuda tu. Kami di bawa hingga ke jeti..dan terus naik bot..
Di atas bot..kelapa muda menanti sorang sebiji...
Sampai di jeti..kaki ku menjerit kepedihan..aduh..salah kasut..terpaksa beli selipar..membuang duit lagi..ini hantu Mekong punya pasal..huh! terbang 80,000VD
di sini banyak tempat yang digantung buaian dan berkerusi malas..aku pun tak tau apa tempat ni..tapi boleh nampak di sepanjang jalan...
mampukah rakyat Malaysia patuh jika ini kelajuan yang dibenarkan?
jem ..perkara biasa di sini
makan time..menu simple aje..
selesai makan aku dan Iera memblah kan diri sebab pening kepala dengan family kepoh tu..
Lepas makan terus membawa perut yang kenyang pulang berjalan kaki ke hotel..
Sambung - Part 4
apa name penuh ruby hotel tu ek? sebab saye cari tak jumpe.. cume jumpe ruby river hotel. thanks
BalasPadamTak sabar juga nak naik sampan tu. Teruja vs serem..hehe..
BalasPadam