Ahad, 2 Disember 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 4

Assalamualaikum..

Sambungan dari Part 3. Hajat di hati nak balik bilik..disebabkan Pasar Ben Thanh dekat sangat dan berada dilaluan kami..maka kami pun ambil keputusan untuk meninjau keadaan dan harga barang di situ.




Aku pun sambar beg kulit untuk sepupu aku..jalan-jalan lebih kurang tengok sana sini dan oleh kerana tak tahan dengan pujuk rayu peniaga aku pun balik ke bilik untuk berehat.

Oleh kerana malam awal disini,pukul 6 dah gelap maka pasar malam pun cepatla juga wujudnya.

Projek malam hari..aku dan Iera merayau-rayau dan tiba-tiba perut rasa lapar. So kami pun nak try makanan Vietnam..Kami pun singgah di Restoren Serai Malaysia. Kat sini kami makan Vietnam Noodles. Ok. Sedap rasanya. Harga???..memang  mahal la..Tak ada yang murah..

Fresh Paper Rice Popiah..sedap nih..tak de kat tempat kita.dibalut dengan Rice Paper.


Vietnam Noodles..sedap!




The one and only penaja roti halal yang ditemui..tak beli sebab kenyang..rugi jugak tak beli..huh.

Lepas makan merayau lagi dan aku sambar T-Shirt untuk anak-anak sedara aku. 1 benda yang buat aku tension..terpaksa beli selipar lain sebab selipar yag aku beli di Mekong tu kurang selesa..sakiiittttt kaki aku..siot betol la..

Ada 1 lorong yang memang jual selipar dan kasut berhampiran pasar ni..tapi peniaga sombong tahap cipan. No diskaun. Ada ke selipar bengong pun boleh sampai harga RM20???.. Sombong sangat..aku blah cari peniaga tepi kaki lima.  Dapatla murah sikit..terbang lagi 70,000VD..(RM14)




Selesai membeli..balik ke hotel dan tidooooo

Sampai di hotel kami meringankan mulut untuk bertanya sebab plan esok kami nak Chu Chi Tunnel..disebabkan pekerja hotel tolong adjust..maka kami terus bayar lebih kurang 200,000VD. 
Siap bayar,terus naik bilik 
************

Day 3

Hari ini dimulakan dengan kerja gila. Aku ambil teksi ke agen  Sinh Tourist..dah sampai sana batu sedar cincin aku tertinggal di bilik.Hati rasa tak senang..ambik teksi dan balik ke hotel. Mujurla tambang tak mahal lebih kurang 22,000VD. 

Disini kami dijoinkan dengan pekancong-pelancong lain. Perjalanan ambil masa 1jam setengah..


dibekalkan dengan mineral water dan wet tissue..ok lah jugak


Jaraknya tak jauh mana pun. 65km sahaja. Tapi dengan kelajuan 40-60km sejam..maka motorsikal adalah raja..

Bayaran masuk adalah 90,000VD untuk bukan warganegara. . Disini tak rasa macam berada di negara orang. Terlalu ramai orang Malaysia di sini. Maka pengembaraan di ChuChi Tunnel pun bermula.

4kali mimpi baru sampai..


pintu masuk







ini bukan kolam..tapi bekas hentaman bom Amerika

masuk dalam ni..ada tayangan video mengenai sejarah ChuChi Tunnel..

lubang ini hanya muat peha aku sahaja..harap maklum!

jerangkap samar yang masih ada


ini bukan lubang biasa..ini adalah lubang udara untuk terowong

antara lubang terowong(pintu masuk ke dalam teowong)



contoh tempat askar Vietnam melepak

 nampak macam busut..ini adalah busut buatan..lubang ditengah-tengah busut ini adalah saluran udara untuk dapur di dalam terowong

kereta kebal Amerika yang telah jahanam dibom

contoh perangkap yang ada disekitar ChuChi

ada juga tempat tunjuk cara buat paper rice

inilah Paper Rice yang aku makan kat restoren semalam..

tukang kasut..membuat kasut menggunakan tayar trak..kreatif sebab di zaman perang dulu, sumber adalah terhad..maka apa yang ada digunakan sepenuhnya..

contoh selipar Vietnam

Selesai..jalan-jalan tengok terowong yang dibenarkan masuk. Saiznya pun telah di ubah sebab orang Vietnam bersaiz kecil dan orang barat bersaiz besar..so sesiapa pun boleh masuk..Inilah antara terowong yang dibenar masuk..


Aku tak masuk sebab yang keluar terowong tu pun semput aku tengok..kena merangkak..

Selepas tu kami di bawa menikmati makanan asasi zaman perang..Ubi kayu rebus..aku duduk semeja dengan mat saleh mana ntah..dia hairan tengok aku dan Iera tak sentuh pun..mana nak sentuh..kampung aku pun berlambak ubi kayu..haha

Selesai makan..maka tamatlah pengembaraan di ChuChi Tunnel



Kembali ke bandar Ho Chi Minh yang tak pernah sunyi..




Sambung Part 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...