Isnin, 3 Disember 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 5

Assalamualaikum..

Selagi tak habis kisah pengembaraan yang dirancang tapi jadi tunggang langgang sebab mastermind tak jadi ikut..selagi itulah aku nak cerita..

Sambung hal semalam.

Selesai di Chu Chi Tunnel..bertolak balik ..

Ini yang sempat lensa aku rakam..

bagaimana berseleratnya lalulintas di jalan di darat...begitulah berseliratnya wayar elektrik di langit....agaknya kalau TNB Malaysia buat macam ni..dah lama kena komplen.. 

sempat aku bagi isyarat PEACE kat budak-budak yang tengah makan ni..

Tiba di HCM..Aku tak pasti apa nama patung di roundabout ni..

bas berhenti di pejabat agensi Sinh Tourist..ini yang sempat aku rakam..

Dari sini kami berjalan kaki balik ke hotel..meronda-ronda..agak jauh..tapi kepuasan itu yang penting. Aku kembali ke Ben Thanh Market sebab hajat di hati nak tempah baju tradisional Vietnam.. kata orang kat sini boleh tempah siap dalam 1 hari..so aku nak cuba. Sebab nak beli yang dah ready made aku tak muat.




Keadaan dalam Ben Thanh Market

aku tempah baju kat amoi ni. 3pasang termasuk baju Iera..USD100..lebih kurang RM100 sepasang (kain dan tailor)

Lepas tempah baju..dan shopping lebih kurang..perut mula minta di isi..lalu kami singgah di Restoran Kampung Melayu..juga dekat dengan pasar Ben Thanh

kopi di sini kurang umph..macam nescafe biasa aje..still tak boleh lawan kopi P.Cik Halim



Kami oder set ni. Harga 200,000VD..lebih kurang RM40 tanpa air..inilah set yang paling murah! Nak tak nak kena makan..nak beli tepi jalan..tak tahu halal ke tidak.

Lepas makan balik ke bilik. Berehat seketika. Pukul 8.00malam(Vietnam) kami keluar berjalan-jalan tak beli apa-apa. Cari akak jual roti semalam  tu tak ada pulak. 

Kami lepak di tengah bandar..tengok gelagat dan perangai manusia. Penat tengok perangai orag..kami balik membuta kat hotel..esok pengembaraan akan diteruskan..

sambung Part 6




2 ulasan:

  1. Salam, nak tanya la.. Semua perjalanan dari sihn travel ke hotel ke Ben Than Market tu jalan kaki je? Mmg dkt sangat2 ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde la dekat sgt..boleh la tahan.tp sy suka jln2 kaki..

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...