Day 4
Dah part 6..panjang gile..cerita tak banyak pun..gambar aje yang banyak. Okeh..sambung lagi ye...Pagi ni memang kembara ala-ala backpackers la kononnya...
Kami bersarapankan megi yang Iera bawak. Isi air minum 2 botol...rembat tuala hotel yang kecik...galas beg dan turun dari hotel jam 8pagi (Vietnam)..dengan menggunakan peta yang di beli (harga 2000VD)..maka bermulalah perjalanan kami..(ini baru betul-betul berjalan!)
Turun aje ke lobi..baju-baju yang aku tempah semalam dah siap menanti..terpaksa naik semula ke bilik. Sebelum apa-apa aku dan Iera masing-masing try pakai dulu..okla jahitannya. Kain pun sedap dipakai..Selesai!
Turun aje ke lobi..baju-baju yang aku tempah semalam dah siap menanti..terpaksa naik semula ke bilik. Sebelum apa-apa aku dan Iera masing-masing try pakai dulu..okla jahitannya. Kain pun sedap dipakai..Selesai!
Kami mulakan perjalanan dari hotel ke Muzium Perang. Hajat hati nak pergi Muzium Perang..tapi tersampai dan termasuk Muzium Istana Presiden. masuk ajelah.. Sampai di pintu masuk sekitar jam 8.30..bermakna kami berjalan selama setengah jam..memang membakar kalori!
Tiket masuk 30,000VD
Aku agak hairan kenapa hari ini terlalu ramai orang..mungkin diorang ada event apa-apa..
benda ni ada depan muzium tu..pengaruh 1 Malaysia agaknya ..
Kami naik dari 1 tingkat ke 1 tingkat. Bermula dari tingkat atas..turun ke bawah..Pun begitu tak dapat jejak ground floor sebab ada pembesar diorang nak datang..agaknya...So tempat tu ditutup. Nak tengok apa yang ada..
Perpustakaan..
Dining room
dari tingkat 2..
siap ada mini teater
ruang rehat..kat luar bilik ni siap ada meja pool dan piano..
tempat terima tetamu..
karpet ni kononnya dianggap memberi kekayaan..itu pun yang aku dengar dari seorang guide yang tengah explain kat pelancong mat saleh mana ntah..siap tak bagi pijak lagi..tapi aku tengok kapet ni pun dah kepam!
bilik tidur ..
putera katak yang disumpah jadi batu
*..tipu..heheheh
ruang dapur
aku tertarik dengan gambar ini..gambar seorang leftenan yang membakar diri kerana protes kerana diskriminasi penganut Budha
adik presiden yang mati dibunuh.
Dalam perjalanan keluar..si Iera meringankan mulut dengan bertanya..oo..rupa-rupanya hari ini adalah Coffee Day..sempena meraikan minuman No.1 di sana..dan kami pun melayan secawan..benda free.. nak minum pun kami dah kata "tawakal ajelah"
Jam pukul 10pagi..kami berjalan ke Muzium Perang. Mula-mula agak pening tengok peta sebab tak confident kat mana kami berada. Bila dah sampai Istana President tu, baru lah mudah nak cari Muzium Perang..
Jalan kaki lagi..
Jumpa!
Sambung Part 7
seringgit Malaysia berapa VD
BalasPadamseringgit Malaysia berapa VD
BalasPadam