Rabu, 5 Disember 2012

KEMBARA HO CHI MINH - PART 7

Assalamualaikum..

Kami meneruskan perjalanan kaki ke Muzium Perang. Berpandukan peta yang ada di tangan..rasanya dah tak jauh..kami pun menapak dalam kepanasan..

tiket masuk 15,000VD

Jom tengok apa yang ada di Muzium ni







baju bekas tentera Amerika

Sebelum korang teruskan tengok gambar-gambar seterusnya..aku nak bagi amaran..pada sesiapa yang tak tahan tengok aksi-aksi ganas dan kejam..eloklah kurang jangan tengok..sebab aku sendiri pun jatuh air mata masa tengok gambar-gambar ni di sana..speechless..

Penyiksaan yang tiada henti..biarlah gambar berbicara..

Dari Tingkat 1...












Tidak cukup sengan penyiksaan..rakyat Vietnam bangkit melawan dan menentang..akhirnya Amerika menggunakan tektik yang cukup kotor dan jahat...

Tingkat 2
Penyebaran Agent Orange..yang boleh  menyebabkan kecacatan janin dan keturunan..ianya lebih merupakan serangan untuk hapus lenyapkan bangsa Vietnam..








Sebenarnya terlalu banyak gambar-gambar yang aku rakamkan...pelbagai jenis kecacatan yang menyayat hari,..namun tak semua mampu aku paparkan di sini..

Tingkat 2
Pemulihan selepas perang..







Seterusnya...








terlalu banyak yang aku rakamkan..tapi tak termampu untuk aku upload kesemuanya.  Biarlah ia kekal dalam ingatan aku.. Sesuatu yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang di sini..rasanya ..inilah yang amat menarik perhatian sepanjang aku berada atau melawat tempat-tempat yang skema macam ni...

ya..inilah dia..tempat mainan kanak-kanak..yang terdapat di tingkat 2 bangunan muzium ini. 

Ini adalah idea yang cukup baik bagi mereka yang membawa anak kecil...sementara ibubapa melawat ..anak-anak mungkin akan merasa jemu..lagi sakit kalau ank sibuk ajak balik..maka, idea tempat ini diwujudkan amat bagus sekali..rasanya di Malaysia belum ada lagi tempat mainan didalam Muzium!

Kami melangkah keluar dari muzium ini dengan perasaan yang bercampur baur..alangkah bertuahnya bumi Malaysia..kita tidak melalui keperitan 17tahun dijajah dalam kezaliman..tapi jika kita alpa..mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pada kita???

Bersambung Part 8




1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...