Ahad, 9 Disember 2012

KISAH TABLET & BUDAK 3 TAHUN

Assalamualaikum..

Selesai cerita pasal merayau-rayau di negara orang. Sekarang balik ke negara sendiri. Kisah ni bermula sejak aku pakai Galaxy Note beberapa bulan lepas. Kalau balik kampung..maka Note tu tak dapatlah aku pegang..si Abg.Bob cakap "Abang punya"..

Setelah fikir masak-masak..maka buatlah keputusan untuk membeli tablet murah untuk Abang dan Adik. Tak adil kalau beli 1. Nanti berebut pulak..

Balik dari Ho Chi Minh..aku pun mulalah mencari dan menservey kedai yang jual dengan harga yang berpatutan..Sebelum beli pun dah fikir..tab ni bukan untuk bermain sahaja..malah aku boleh install apa-apa perisian yang berbentuk pendidikan awal pada anak-anak..

Lalu aku terjumpalah kedai ini..terletak di Aneka Jitra.

Inilah kedainya.. Two Sj Resources..yang nampak kepala aje tu adalah tokey nye..

Inilah rupanya tablet yang aku beli..RM250 full set termasuk cover..agaknya 2-3bulan lagi mungkin harga akan turun sikit..

Lepas aku setting, buat profile picture muka masing-masing agar tak tertukar..maka buda-budak 2 orang tu pun pulunla main sampai tak makan..main sampai betri padam terus...kena marah dengan Tok sebab tak bagi caj sebelum tab tu terpadam terus..

Mengamuk-mengamuk ..bancuh susu..sumbat botol susu bagi diam...nah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


terbungkang 2-2 orang..

Sekian!

1 ulasan:

  1. syoknya anak tu tidur..anak lelaki memang tidur macam tu kan hehehe..lasak betul tidur hehehe

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...