Khamis, 31 Januari 2013

SIAPA DIA? #1

Assalamualaikum..

Korang kenal orang ini..


wajah budak kecil yang mengundang "kebencian"..

Ya..inilah pelakon Anakku Sazali...

Generasi muda sekarang mungkin ada yang tidak mengenali watak ini, melainkan mereka pernah menonton atau peminat filem-filem P.Ramlee. Inilah dia Tony Castello atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah.

Berasal dari Filipina dan menetap di Singapura. Dan hasil lakonannya beliau dalam Anakku Sazali, beliau telah menerima Anugerah  Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Filem Festival Asia Pasifik di Tokyo,Jepun pada tahun 1957.

Beliau meninggal dunia pada usia 64 tahun ( 13 Disember 2010)  dan di kebumikan di tanah perkuburan Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura.


13 Julai 1946 - 13 Disember 2010
Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Rabu, 30 Januari 2013

OREN KU DEMAM

Assalamualaikum..

Pada yang dah lama follow blog aku pasti ingat kisah anak kucing yang jatuh dari siling..aku pernah ceritakan di SINI Disember tahun lepas..

Kucing ni memang spesis kurus..aku dah beli susu mahal untuk dia pun..dia tetap kurus.. Dah la jauh aku import susu dia..kat SINI ni haa...

Pun kurus jugak..

Baru-baru ni..dia demam..Bunyi macam pelik..tapi inilah kali pertama aku berhadapan dengan kucing yang demam. Macam mana aku tahu dia demam..badan dia panas berbahang sama panasnya macam badan kita bila kita demam. Tapak kaki dia yang biasanya sejuk tu pun panas..

Aku naik cuak..aku balik kerja dia mengiau tak henti..bila aku pegang..baru aku tahu dia demam..malam tu, lepas aku bagi dia susu..terkulai-kulai dia tido..

nak buka mata pun tak larat..

lepas minum susu..tido atas riba aku..memang terkulai..

Kesian pulak aku tengok..malam tu aku letak dalam raga dia dan selimutkan..

Esok pagi masa aku nak pergi keja..lepas aku siapkan makanan dan susu untuk dia..dia mula terloncat-loncat berlari nak tangkap kaki aku..hmm...dah lega demam dah budak ni..dan aku pun lega...



Selasa, 29 Januari 2013

TERIMA KASIH BATA

Assalamualaikum..

Tetiba jer dapat hadiah dari Bata..Ini semua berpunca dari tahun lepas, lepas aku beli kasut secara Online dengan bata.com.my.. dan aku pun ada ceritakan di SINI.

Dan kasut-kasut yang aku beli pun ada aku ceritakan kat SINI.

Tiba-tiba, hari Rabu lepas, aku dapat surat dari Bata..hairan jugak aku...




Bila dah dibuka..ooo..hadiah rupanya..iaitu Complimentary Starbuck Card yang bernilai RM20..



Biarpun takdelah mahal mana, aku tetap bersyukur..sebab aku tak harap pun, tiba-tiba aje dapat..Alhamdulillah la...

Cumanya sekarang..aku mula berfikir..bilalah agaknya aku boleh guna kad ni...Mana ada Starbuck kat Alor Star ni..Nama aje Alor Star......Star ada...tapi Buck nye tak ada..

Hampa...

Simpan ajelah buat kenang-kenangan..

Apepun terima kasih ye Bata..


Isnin, 28 Januari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 20

Assalamualaikum..

Sila jangan alihkan siaran anda..macam TV la pulak..tak pe kalau korang tak suka tengok pun. Tapi inilah pengisian blog ni..

Nah..lagi baju yang di jahit crumble..tegok aje lah ye..

Leher

Leher..sisi

tangan

 Leher dan tangan..

Baju ni atas permintaan pelanggan. Katanya nak glamer berkilau-kilauan..oleh itu inilah hasilnya..Pelanggan ini aku tak pernah jumpa. Tapi ini baju ke-2 yang dia hantar kat aku..terima kasih ye wahai pelanggan ku..

Pada korang yang nak sentuhan jemari ku yang montok bagai lintah kenyang ni, silalah sms aku 0125677630 (Ana).. Insya Allah akan ku buat seperti yang korang nak..tak kira baju kurung, kebaya, jubah, tudung..kala nak bagi selur jeans pun akan ku coba..

itu aje ye.. Adeuss!!!

Ahad, 27 Januari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 19

Assalamualaikum..

Maaf lah pada yang tak minat dengan entri bab-bab manik ni. Tapi inilah salah 1 punca pendapatan yang membuatkan aku mampu tengok negara orang . Bermula dari suka-suka..akhirnya jadi sumber pendapatan waluapun aku sebenarnya bekerja office hour. 

Inilah rezeki atas keringat..

Baju seterusnya adalah juga diminta jahit crumble.




Pelanggan ini telah menghantar 4 pasang baju..dan ini salah 1 darinya. Yang lainnya masih dalam proses..harap beliau bersabar. Aku tak reti nak jahit kelam kabut..nanti jahitan tak kemas dan tak elok..so sabar ye..

Esok ada lagi hasil jahitan yang sudah siap yang aku nak kongsikan di blog musyuk ini..pada yang boring..maaf lah ye..apa nak buat..ini blog tukang jahit manik..

Adeus!!!



Sabtu, 26 Januari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 18

Assalamualaikum..

Inilah design yang paling hot sekarang. Aku pun suka jahit crumble ni. Boleh di katakan cepat siap dan tak pening kepala.

Ini adalah crumble pertama untuk tahun ini. Juga milik pelanggan aku Yati (SADA)..dia nakkan crumble yang simple.. Inilah hasilnya..




Jahitan hanya di tangan sahaja..harapnya Yati berpuas hati..Itu aje untuk hari ni..Adeuss!!!

Jumaat, 25 Januari 2013

BUNGA LABUCI & KRISTAL - 3

Assalamualaikum..

Tak tahu nak kategorikan sebagai jahitan spesis apa..tapi lebih kepada Kristal yang menjadi bunga. Dikelilingi labuci dan manik..

Design ini permintaan pelanggan. Namun aku olahkan sedikit agar tidak menjadi ciplakkan yang nyata.

Inilah hasilnya..




Jahitan hanya ditangan sahaja..dan aku harap pelanggan aku berpuas hati. Terima Kasih Yati (SADA)

Khamis, 24 Januari 2013

BUNGA MANIK BUNGA LAWANG - 2

Assalamualaikum..

Dah lama tak masuk entri pasal jahitan manik. Sebenarnya aku tidak henti menjahit lepas dari raya tahun lepas..memang tiada waktu sengkang...tiada waktu duduk terlentang..hari-hari bermain dengan manik dan benang..

Ini baju hujung tahun lepas. Tapi aku anggaplah ini baju pertama siap untuk tahun ini..

Diminta pelanggan untuk jahit sesimple-simplenya.. 

Tangan

Bawah baju


Itu aje entri untuk hari ini...

p/s..sorry..tak sempat BW..kalau ada yg aku BW..aku silent reader aje.thanks ye korang.. :)

Rabu, 23 Januari 2013

GOMBUG??? APA BENDA NI???

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ada terima 1 komen dari seseorang yang aku tak tahu siapa dan kome itu langsung takde kena mengena dengan entri aku. Mujurlah aku dah set semua komen yang masuk hanya akan appear lepas aku approve sahaja..

*left click untuk besarkan 

"Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya... SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya... Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang tentang..."


Aku rasa pelik dan aku klik la nama profile blog tu.. Gombug namanya..skrin dibawah ni yang keluar..



Tiada maklumat..aku klik lagi nama blog tu,..tengok apa yang keluar

Apa ni???Blog kosong??

Aku terus spamkan saja komen ini. Kepada owner blog ini kalau perbuatan itu anda tidak salah, sila jelaskan  apa maksud anda.

Anda siapa? Apa tujuan anda?

Ada sape-sape tak lagi yang dapat benda yang aku dapat ni??? atau..ada sape-sape yang boleh explain kat aku???

Serius aku tak suka dengan apa yang jadi ni..baca komen dari annoynimus yang sah-sah penakut untuk munculkan diri itu adalah perbuatan yang membuang masa aku. Apa niat dia sebenarnya..

Selasa, 22 Januari 2013

CNY 2013 SALE

Assalamualaikum..


Tahun Baru Cina akan datang. Sana sini dah mula ada jualan murah. Kita pun boleh tumpang sekaki sebab raya diorang..barang lagi murah.


So kepada sesiapa nak beli barangan baby dan kanak-kanak, korang boleh beli secara Online di www.cutesweetbaby.com yang sekarang ini sedang melelong-lelong barangan serendah 70%..


Jangan lepaskan peluang ini.. 
*Cutesweetbaby adalah perniagaan berdaftar dan diyakini..sudah 4 tahun beroperasi. 

Isnin, 21 Januari 2013

VERSI ANDROID

Assalamualaikum..


Amboi..sejak dua menjak ni, situkang jahit manik ni dah berubah cerita kepada kisah ala-ala ICT gitu. Itu memang bidang aku sebenarnya. Bidang ini yang aku minat dan aku belajar di Kolej dulu. Entah kenapa dan macammana boleh terjebak dalam menjahit ni pun aku pun tak tau..tetiba aje..hikhikhik..

Okeh..beralih kepada tajuk..
Semalam aku ceritakan pasal si Bugdroid iaitu maskot kepada Android. Jangan ada yang pening ye.. Android itu adalah nama sistem pengoperasian.. si Bugdroid tu adalah robot hijau yang jadi logo @ maskot kepada Android..

Hari ini kisah kepada versi-versi Android. Aku nak tahu benda ni sebelum aku pakai Noted lagi. Aku pelik..apa bendanya..Ginger Bread la..Ice Cream Sandwich la..setahu aku itu semua nama makanan.. Apa kaitan makanan dengan sistem pengoperasian..

Poning kepalo den..

Setelah di google-google..inilah jawapannya..


Nama-nama versi Android ini diambil sempena nama makanan pencuci mulut atas cetusan idea Ryan PC Gibson. (siapa dia ni???... entah aku tak kenal :p )

Nama-nama versi ini di ambil ikut turutan abjad. Bermula dengan C = Cupcakes dan yang terkahir J = Jellybean.

Selepas Jelly Bean, kemungkinan nama  K = Key Lime Pie akan digunakan.

Agaknya kalaulah orang Malaysia yang cipta benda ni, dengan menggunakan nama pemanis mulut atau kuih temapatan..mungkinkah nama versi ini akan jadi macamni..
A = Apam
B = Bingka
C = Cekodok
D = Dadih
bla..bla..bla..

Dah..dah.. dah mula nak mengarut pulak.Ok..itu aje.. Adeus!!!

Ahad, 20 Januari 2013

ASAL-USUL ROBOT ANDROID

Assalamualaikum..


Haritu cerita pasal logo Apple..hari ni aku nak share pasal asal-usul Robot Android. Kenapa mesti robot warna hijau..apa kaitan Android dengan robot tu.

Sebelum tu aku jelaskan di sini. Apa itu Android. Pada yang tak tahu..Android adalah sistem pengoperasian untuk telefon bimbit (smartphone) yang berasaskan Linux dan ianya telah dipatentkan sebagai milik Google yang bersifat percuma dan terbuka. Kita tidak perlu membelinya. Hanya download sahaja.

Istilah Android digunakan buat pertama kali oleh seorang penulis buku berjudul Tomorrow's Eve, iaitu Mathias Viliers de L'Isle-Adam (1838-1898). Buku tersebut menceritakan tentang sebuah robot yang berbentuk seperti manusia  yang diberi nama Hadaly.


Mengenai asal-usul robot Android pula, ada yang mengatakan ianya di inspirasikan dari sebuah permainan komputer Gauntlet : The Third Encounter . Di dalam permainan itu ada beberapa karektor iaitu Nerd, Punkroker, Pirate dan Android.

Robot hijau Android ini digelar Bugdroid. Ada yang mengatakan robot ini direka oleh Irina Blo.

Pun begitu, tahukan anda, sebelum menjadikan robot hijau itu sebagai logo atau trademark Android, telah ada maskot tidak rasmi yang telah dicipta oleh jurutera Android bernama Dan Morril. Robot ini didatangkan dalam 4 warna. Merah, hijau, kuning dan biru dan dinamakan Dandroids.




Dandroids.. ada yang menggelarnya " Robot Mabuk"

Sehebat mana pun Android, ada juga tidak hebatnya..beteri Noted aku cepat sangat habis..Kalau nak tahu cara nak jimatkan bateri smartphone korang..tengok aje kat --> SINI

Adeus!!!







Sabtu, 19 Januari 2013

PATRICK TEOH..LISTEN!!!

Assalamualaikum..

Ini bukan entri politik. Aku tak suka politik. Aku tak suka bising-bising pasal politik. Aku tak nak kehilangan kawan kerana politik. Ini entri pasal aku panas hati bila bangsa asing yang non-muslim menghina agama aku. Apa masalah dia sampai sewenang-wenang hina agama aku.

Yes..dulu aku suka dia ni. Dari mula dia jadi pembaca berita di TV3, sampailah dia jadi pelakon. Afdlin Shauki selalu ambik dia ni berlakon dalam filem arahan beliau..

Ini yang aku dapat dari internet. Korang bukan boleh dapat baca dari blog aku saja,. malah dari merata-rata blog dan website pun ada..





kenapa bangsa asing ini melampau?? kerana orang melayu suka bercakaran. Apa nak jadi???..

To Politician : Kes Bawalni masing-masing tolong backing orang itu dan orang ini, buat kesimpulan itu..dan kesimpulan ini..marah orang itu dan marah orang ini...sampai sanggup buat rakaman upload kat youtube, walaupun itu hanya isu si bercakap dan si mendengar cakap..tapi kenapa isu ini masing-masing diam dan langsung tak bercakap???

To Apek Patrick : ..kerana mulut badan binasa. Ingat tu!

Jumaat, 18 Januari 2013

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

Assalamualaikum..

Semua orang sibuk cerita pasal Maharajalawak Mega 2012..

Malam ini adalah acara kemuncak. Dan aku ramalkan pemenangnya adalah..

PERTAMA
Harap-harapnya Johan ada malam ni. Kesian aku tengok Zizan terlompat-lompat sorang diri atas pentas.


KE-2
Walau hebat macammana pun diorang susah nak lawan Jozan sebab Jozan ramai peminat dan penyokong.


KE-3
Agak susah nak bersaing dengan Boboi.. tapi rasanya diorang ni lagi lawak dan sepanjang minggu tak pernah jatuh ke Bottom 3..cuma Boboi mempunyai pengaruh yang lebih berbanding Shiro.

Tak sabar nak layan malam ni..harap-harap best la..

Dan pada yang dah menang tu, kalau boleh tahun depan janganla masuk bertanding lagi..kalau kalah nanti kan dah rasa down tak boleh nak terima kenyataan..bagila peluang kat pelawak alin pulak..kan...kan..kan...

Adeus!!!





Khamis, 17 Januari 2013

CERITA LOGO APPLE

Assalamualaikum..

Penat gelakkan kisah Jambatan Bunian di PD semalam..hari ni jom kita baca kisah disebalik logo Apple iaitu antara syarikat pengeluar gadjet terkemuka dunia.


Aku pernah terfikir, kenapa logo Apple tu mesti buah epal yang dah di gigit..kenapa tak buah epal yang sempurna..


Maka aku pun merajinkan diri bertanyakan Pakcik Gugel..so inilah jawabnya..

  • Logo ini diinsipirasikan untuk Alan Turing yang dikenali sebagai Bapa Komputer Moden yang mengakhiri hidupnya dengan memakan buah epal yang mengandungi sianida

  • Gigitan pada epal ( Gigit = Bite) mewakili memori sebuah komputer atau gadjet iaitu bytes
  • Epal yang digigit juga diumpamakan sebagai ilmu pengetahuan. 1 gigitan disimbolkan sebagai manusia tidak boleh mendapatkan semua ilmu, tapi hanya sebahagian sahaja
  • Juga diinspirasikan dari Kisah Adam Dan Hawa yang memakan buah quldi sehingga wujudnya halkum atau dalam bahasa Inggerisnya Adam's Apple
  • Steve Jobs , pengasas Apple dikatakan seorang peminat Kumpulan The Bettles, maka beliau meniru gambar dari cover album kumpulan itu


  • Juga dikatakan Steve seorang vegetarian dan suka makan epal, maka beliau menamakan dan menggunakan logo buah epal ketika mula merancang untuk menubuhkan syarikatnya iaitu Apple Inc.
  • Bagi mengenang Sir Isaac Newton yang telah menemui teori graviti setelah melihat bauh epal jatuh dari pokok
  • Epal yang digit bagi membezakan epal dengan buah tomato yang mempunyai bentuk yang hampir sama. 
Pun begitu..pereka asal logo Apple Rob Janoff menyatakan bahawa logo itu direka mengikut kreativitnya dan tidak mempunyai makna. Hanya dia yang tahu jawapannya..

Sekianlah adanya...

Adeuss!!!





Rabu, 16 Januari 2013

JAMBATAN BUNIAN DI PD???

Assalamualaikum..

Cerita seram ..

Korang pernah dengar tak pasal Jambatan Bunian yang dibina di Lebuhraya menuju ke Port Dickson?? Bukan nak percaya cerita tahyul..tapi ini buktinya..




*pic credit to  fanadyalicious.blogspot.com

Dikatakan jambatan ini di bina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas lebuhraya..bunyi macam kelakar..dan aku pun tergelak.

Kalau di lihat gambar pun memang kita akan tertanya-tanya..kemana jambatan itu menghala sebab yang dibina hanyalah jambatan dan dihujung jambatan itu adalah hutan..musykil dan misteri..

******

Aku pun mula mengkaji dan berbual dengan kawan aku..akhirnya semua sudah terjawab..

Jambatan yang dibina itu bukanlah untuk bunian ya tuan-tuan dan puan-puan...jangan mudah terpengaruh dengan filem atau cerita merepek.. cik-cik dan tuan-tuan bunian yang ada tu tak perlu pun jambatan untuk melintas..dah nama pun bunian..

sebelum aku bercerita lebih lanjut biarlah aku gelak dulu..
KAH!...KAH!...KAH!!!!!

Jambatan itu sebenarnya adalah jambatan untuk haiwan melintas la mak cik... negara-negara luar dah lama ada. Kita di Malaysia ni aje yang baru ada, itupun tidaklah lengkap seperti yang negara luar buat. Buat sekadar buat aje.. Jomlah tengok jambatan haiwan luar negara..

*pic credit to : onwer of this pictures..sorry i dont know their names.


Animal Bridge, Montana USA

Green Bridge, Boeblingen Germany

Green Bridge, Grevesmuhlen, Germany

Ecoduct De Woeste Hoeve, Netherlands 



Ecoduct in France

 Ecoduct The Borkeld, Netherlands

Wildlife Overpass, Keechelus Lake, Washington USA

Wildlife Overpass, Banff National Park, Alberta, Canada

Overpass for Crabs, Christmas Island National Park, Australia

Inilah yang berlaku apabila masyarakat kita tidak berkembang mindanya..asyik nak percaya benda yang mengarut. Tak kanlah kerajaan kita nak buang duit rakyat semata-mata nak bina jambatan untuk kaum bunian yang sememangnya tak pernah mengundi..dan semestinya nak kemana-mana hanya perlu ghaib (meresap kata orang Kedah)..

Aduhai..

*goli pusat den!


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...