Sabtu, 12 Januari 2013

KISAH SI MISKIN

Assalamualaikum..

Aku nak korang tengok gambar ini betul-betul..
Tatap dan renung..kemudian barulah baca entri seterusnya....


Anak muda ini bernama NAVEED ASIF . Berasal dari Nahranwali ,sebuah kampung di Okara, Pakistan Beliau telah mendapat markah 919 /1000 dalam peperiksaan matrik dan mendapat tempat ke -2 di BISE Lahore  (sebuah pusat pengajian terkenal tempatan). BISE Lahore terletak sejauh 7km dari rumahnya dan dia hanya berjalan kaki setiap hari untuk menghadiri kuliah.

Berikut adalah ceritanya.. 
"Saya dan ibu saya benar-benar  gementar bila rombongan wakil dari  BISE Lahore datang ke rumah pada lewat malam, dan memaklumkan keputusan peperiksaan saya. Anda mungkin terfikir ianya sesuatu yang tidak masuk akal tapi saya selalu berkata kepada ibu saya bahawa saya ingin menjadi seperti Quaid-e-Azam Muhammad Ali Jinnah"

"Quaid-e-Azam adalah idola saya"..

Malangnya , ketika hari penganugerahan, semua kerusi telah penuh dan disebabkan kemiskinan dan pakaian nya yang buruk, beliau tidak diberi kerusi untuk duduk..lalu beliau hanya duduk di atas tangga..

*petikan dari FB seorang kenalan ku dari Oman..yang telah aku terjemahkan
******

Selepas membaca petikan ini..air mata aku terjatuh tanpa sengaja..
Masih ada diskriminasi sebegini...sungguh tidak patut...dan aku tak terkata apa-apa...
Speechless.. :(

2 ulasan:

  1. hmm...tak patut...semoga beliau tabah dan terus berjaya lepas nih...

    BalasPadam
  2. Masha Allah.... tabah kan hati anak muda ni.Sebak I baca.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...